Hey! Saya Nabieel S.R.

Contact Form

Name

Email

Message

Video

Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri - Part 1

Ada 2 jenis platform blog yang sangat popular iaitu BlogSpot dan WordPress. Post kali ini saya ingin tunjukkan bagaimana cara buat blog sendiri dengan hanya 6 langkah mudah dan percuma. Platform yang akan kita gunakan adalah dari Blogger atau lebih dikenali sebagai BlogSpot.

Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri




    Blog Tentang Apa?

    Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


    Blog tentang apa yang patut kita karang untuk tatapan umum?

    Sudah tentunya blog yang berkaitan apa yang kita minat atau pakar dalam sesuatu bidang.

    Apabila kita minat dan pakar dalam sesuatu bidang, kita lebih mudah untuk mengarang sebuah artikel bagi berkongsi pengalaman dan tips kepada mereka yang berminat dalam bidang yang sama.

    Cara Mencari Idea Mengarang Artikel Blog

    Ada banyak cara mencari idea mengarang artikel blog tanpa rasa dibebani atau tiada idea lagi untuk mengarang artikel blog.

    1. Rajin membaca buku, akbar, majalah dan artikel tentang bidang yang kita minati.
    2. Bertanyakan kepada umum apa yang mereka ingin tahu tentang bidang yang kita ceburi.
    3. Berada dalam kelompok atau kumpulan yang sama minat, supaya kita boleh bertukar-tukar pendapat.
    4. Rajin melakukan carian di internet atau di mana-mana yang boleh mendatangkan idea mengarang artikel blog.
    5. Pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang itu, sudah pasti banyak yang ingin dikongsikan dalam sesebuah artikel.
    6. Wawancara beberapa orang yang sama bidang. Biasanya pengalaman seseorang tidak sama antara yang lain.

    Cara Buat Blog Sendiri

    1. Layari Blogger.com dan klik Sign In di atas penjuru sebelah kanan.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


    2. Masukkan Gmail anda yang sedia ada. Jika belum ada lagi, boleh daftar baru akaun Gmail.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


    3. Taipkan tajuk blog anda.

    Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

          4. Taipkan URL domain pilihan blog anda. Sekiranya domain itu ada ia akan tertera tulisan This blog address is available.
    Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

          5. Taipkan nama pengarang artikel. Nama ini akan dipaparkan ketika sesebuah artikel di publish.

    Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

           6. Beginilah rupa interface dalaman Blogger.


    Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

           7. Blog pertama anda telah pun siap dibuat.


    Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


    Beginilah cara buat blog sendiri dengan Blogger atau BlogSpot yang sangat mudah.

    Artikel seterusnya, saya akan terangkan beberapa setting yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan blog kita. (Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri - Part 2)

    No comments

    Post a Comment

    Powered by Blogger.