Hey! I'm Nabieel
CCI REALTY Realtor

Subscribe Us

Visit us at

304 Elephanta Isle, Paris
10092, France

Message us

hello@beautiful.com (205) 544-6558

Contact Form

Name

Email

Message

Video

BlogSpot vs WordPress - Mana Lebih Berbaloi?

BlogSpot vs WordPress, mana lebih berbaloi? Jawapannya adalah apakah objektif utama kita mahu dari blog yang kita binakan nanti. Kedua-duanya adalah kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Kenapa ada yang panggil BlogSpot dan ada yang panggil Blogger? Sebenarnya BlogSpot adalah domain sevice provider percuma dan Blogger adalah publishing platform percuma untuk kita membina blog. BlogSpot dan Blogger ini adalah hak milik Google sejak dari tahun 2003.


BlogSpot vs WordPress - Mana Lebih Berbaloi?




    Blog Pertama

    Cara buat blog pertama sebenarnya tidaklah susah mana pun jika kita sanggup mempelajarinya dalam masa beberapa jam sahaja. Fahami proses dari login blog sehinggalah artikel itu di publish, InsyAllah ia sangat mudah bila dah biasa.

    Saya masih baru dalam dunia blogging. 

    Apakah platform yang sesuai untuk saya mulakan menulis blog? 

    BlogSpot ataupun WordPress?

    Ketahui objektif utama kita :-

    1. Adakah kita sanggup keluarkan minima lebih kurang RM150 setahun atau kita mahu mulakan secara percuma dahulu?
    2. Adakah kita menulis blog itu mahu pergi lebih jauh atau sekadar menulis suka-suka tanpa mengharapkan apa-apa?
    3. Adakah kita sanggup belajar perkara asas berkaitan coding terutamanya berkaitan HTML, PHP, JAVASCRIPT?
    4. Adakah kita mahukan DomainSaya.com atau cukup menumpang di domain service provider secara percuma seperti DomainSaya.Blogspot.com atau DomainSaya.WordPress.com ?
    Jawapan :-
    1. Jika rasa rugi untuk keluarkan duit kerana tidak nampak matlamat yang jelas ataupun sebab tiada hasil lagi, maka mulakan dengan percuma dahulu.
    2. Sudah pasti jika kita hendak pergi lebih jauh dalam dunia blogging perlu miliki blog sendiri seperti Dot Com dll.
    3. Membina blog pada zaman sekarang adalah sangat mudah, hanya perlu drag and drop sahaja. Akan tetapi sekiranya kita miliki blog berbayar yang berkaitan dengan domain dan cpanel web hosting, memerlukan kita berpengetahuan sedikit tentang coding agar blog tidak error dan file penting tidak hilang.
    4. Apa yang boleh saya katakan jika kita anggap blog kita itu sebagai aset bernilai seperti aset emas, rumah, tanah dll adalah lebih baik miliki Dot Com dari awal pembinaan blog itu sendiri.

    BlogSpot atau WordPress?


    Publishing platform samada BlogSpot atau WordPress, kedua-duanya ada berbayar dan percuma serta ada kekuatan mereka yang tersendiri.

    Pendapat saya :-

    Percuma - gunakan BlogSpot sebagai blog.
    Berbayar - gunakan WordPress sebagai blog.

     

    BlogSpot vs WordPress

    BlogSpot (PERCUMA)

    WordPress (BERBAYAR)

    Domain percuma diakhiri seperti DomainSaya.blogspot.com Domain berbayar diakiri seperti DomainSaya.com
    Hosting percuma dan terhad Hosting berbayar dan tiada had
    Blog bukan miliki kita sepenuhnya kerana hosting percuma Blog adalah milik kita sepenuhnya
    Banyak customization blog perlukan coding sendiri seperti carta perbandingan ini Customization blog boleh terus lakukan di post dengan menggunakan plugin-plugin terpilih
    Theme blog yang sangat terhad di pasaran online Pelbagai pilihan theme blog di pasaran online
    Mudah untuk dikawal kerana tidak perlu pengetahuan coding Perlukan pengetahuan coding
    Security blog dijaga oleh Google dari serangan hacker Security blog dijaga oleh pihak hosting dari serangan hacker

     *Slide carta diatas ke kiri bagi mobile view

    Blog Adalah Asas Belajar Coding

    Ya, jika bertanyakan kepada saya, saya mula belajar coding adalah bermula dari blog. Bermula dari BlogSpot sehinggalah ke WordPress banyak coding saya mula belajar di sini.

    Kenapa perlu belajar coding sedangkan ia boleh drag and drop?

    Ini kerana ada sesetengah perkara kita perlu melalui fasa coding secara manual. Akan tetapi kita boleh sahaja upah kepada yang pakar untuk membantu seperti mengambil upah di Fiverr dan Freelancer.

    Kos operasi blog juga meningkat kerana mengupah pakar untuk memperbetulkan coding yang kita tidak tahu. Sebaiknya kita boleh lakukan searching dahulu di Youtube sekiranya ia mudah, boleh lakukan sendiri tanpa kos. Sudah pun jimat di sini :) 

    No comments

    Post a Comment

    Powered by Blogger.