Hey! I'm Nabieel
CCI REALTY Realtor

Subscribe Us

Visit us at

304 Elephanta Isle, Paris
10092, France

Message us

hello@beautiful.com (205) 544-6558

Contact Form

Name

Email

Message

Video

Apa itu Domain dan Hosting?

Bagi mereka yang masih baru dalam dunia internet ini, pasti akan bertanya, Apakah itu Domain dan Hosting? Untuk anda yang tidak faham lagi, ikuti penerangan mudah untuk anda faham berkaitan domain dan hosting serta kaitannya dengan blog dan website.



    Apa itu Domain?

    Domain iaitu URLs (Uniform Resource Locators) adalah alamat untuk kita layari sesuatu website di internet. Ia seperti kita miliki rumah atau pejabat, sekiranya kita ingin seseorang pergi ke lokasi tersebut, sudah pasti kita berikan beliau alamat lengkap untuk memudahkan beliau sampai.

    Domain atau dikenali sebagai TLD (top-level domain) dibahagian pihak yang menyediakan servis ini terdapat lebih kurang 1589 TLDs jenis sehingga Mac 2021 mengikut sumber pengkalan data yang ditulis di Wikipedia.

    Apa itu Domain dan Hosting?


    Domain TLD yang Popular

    Dari mula-mula wujudnya domain Symbolics.com yang didaftarkan iaitu pada tahun 15 Mac 1985 sehinggalah ke hari ini. Berikut adalah jenis-jenis Domain TLD yang paling banyak digunakan di seluruh dunia :

    1. .com
    2. .org
    3. .net
    4. .gov
    5. .biz
    6. .edu

    Apa itu Hosting?

    Hosting adalah tempat untuk simpanan data-data dalam website yang terdiri daripada text, image dan pelbagai database blog atau website itu sendiri. Untuk lebih faham tentang hosting, ia ibarat seperti sebuah rumah atau pejabat kita perlukan bangunan tersebut untuk tinggal dan meletakkan segala peralatan-peralatan yang berkaitan.

    Lagi banyak atau besarnya peralatan-peralatan yang kita ada untuk disimpan di bawah bumbung dan kawasan yang tertutup, maka lagi besarlah bangunan yang kita akan miliki nanti. Begitu jugalah hosting, lagi besar simpanan data yang kita dapat lagi besarlah hosting yang perlu kita miliki.

    Contoh website yang memerlukan simpanan data yang banyak adalah seperti Shopee.com.my . Website tersebut menyimpan berjuta-juta image, data pelanggan, data penjual dan lain-lain lagi.

    Apa itu Domain dan Hosting?


    Cara Dapatkan Domain dan Hosting

    Ada pelbagai syarikat menawarkan pakej-pakej menarik tentang Domain dan Hosting di dalam negara mahupun di luar negara. Yang membeza antara mereka adalah siapakah yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan nilai mata wang manakah yang menjimatkan kepada pengguna miliki.

    Sekiranya kita beli Domain dan Hosting di dalam negara, tidaklah terasa mahal sangat harganya walaupun tinggi. Tapi jika kita beli dari luar negara seperti di USA, nilai mata wang mereka adalah lebih 4 kali ganda dari Ringgit Malaysia. Maka pilihlah dengan bijak mengikut keperluan masing-masing.

    Seperti Nabieel.com , ia didaftarkan oleh syarikat Exabytes Malaysia.

    Kenapa saya memilih Exabytes Malaysia? Bukan pihak hosting lain tidak bagus, tetapi ada beberapa sebab kuat kenapa saya memilih mereka sejak dari 2017 lagi.

    Berikut adalah sebab saya memilih Exabytes Malaysia :

    1. Exabytes Malaysia telah menjalankan perkhidmatan  domain dan hosting ini lebih daripada 18 tahun.
    2. Mereka memiliki customer service yang sangat cekap apabila saya menghadapi masalah teknikal berkaitan domain dan hosting.
    3. Ada menyediakan course yang berkaitan dengan perniagaan online secara percuma mahupun berbayar untuk kita menambah ilmu pengetahuan tentang itu.
    4. Pelbagai event yang telah dan akan mereka lakukan di mana kita sebagai yang berkaitan boleh mengembangkan networking apabila bertemu. Ini adalah salah satu kejayaan mana-mana pemilik bisnes iaitu sentiasa memiliki networking yang berkualiti.
    5. Menawarkan Award dalam pertandingan Website Design kepada mereka yang sangat mahir dalam mereka cipta website yang kreatif dan inovatif.
    Mulakan blog anda sekarang sebelum memilik website perniagaan. Ini kerana kita tidak tahu 5 atau 10 tahun lagi rezeki kita bagaimana. Blog sebenarnya adalah aset digital kita pada masa mendatang jika kita urus dengan baik selain ia aset yang lebih murah berbanding aset fizikal seperti tanah, rumah, emas dan lain-lain lagi.

    No comments

    Post a Comment

    Powered by Blogger.