Hey! Saya Nabieel S.R.

Contact Form

Name

Email

Message

Video

Cara Membuat Blog Posting [2022]

Cara membuat blog posting perlu ada rangka dan strukturnya supaya pelawat yang melayari blog kita mudah untuk membaca isi kandungan artikel yang hendak disampaikan. Selain itu ia memainkan peranan untuk Google menilai kemesraan blog terhadap pelawat dan memberi markah agar blog yang mesra ini berada pada tahap ranking yang terbaik di Google Search.

Cara Membuat Blog Posting



    Title

    Setiap artikel yang dikarang perlulah mempunyai Title atau Tajuk yang berkaitan dengan artikel tersebut.

    Ada beberapa cara untuk menetapkan Title itu sendiri :-

    1. Mengikut pengalaman kita tentang artikel tersebut untuk dirumuskan kepada satu tajuk besar.
    2. Lakukan carian di Google Search apakah keyword yang pelawat cari.
    3. Gunakan tools seperti Keyword Planner di Google Ads atau neilpatel.com/ubersuggest/
    Cara Membuat Blog Posting


    Kandungan Artikel

    Setiap posting dikarang perlulah mengandungi kandungan artikel yang mengikut susunan bagi memudahkan pembacaan dan praktikal dilakukan dengan teratur untuk artikel jenis panduan.

    Artikel perlulah disusun seperti :-

    1. Title (Tajuk)
    2. Senarai Isi Kandungan
    3. Heading (Penggunaan H2)
    4. Subheading (Penggunaan H3)
    5. Penutup
    Di dalam artikel juga perlu diselitkan elemen seperti :-

    1. Gambar / Video
    2. Carta
    3. Hyperlink
    Cara Membuat Blog Posting


    Labels

    Labels di dalam Blogger dan Tags di dalam WordPress adalah rangkaian Keyword yang berkaitan dengan artikel tersebut. Ia memberi tambahan kepada Keyword atau Title kedua artikel tersebut sebagai sokongan yang berkaitan apabila carian di Google Search oleh pelawat dilakukan.

    Pastikan hanya Keyword penting sahaja dan tidak meletakkan terlalu banyak Keyword di Labes kerana ia boleh diletakkan artikel kita sebagai SPAM oleh pihak Google. Tindakan ini seakan memaksa artikel untuk masuk di Google Search dengan Keyword yang terlalu banyak. 

    Ibarat sebuah botol yang bersaiz 500ml tetapi dipaksa memasukkan air lebih daripada 500ml dan akhirnya botol itu terbalik dan tumpah isipadu airnya. 



    Cara Membuat Blog Posting

    Published On

    Published On adalah tetapan tarikh artikel yang dikarang. Ia boleh diletakkan pada tarikh terkini atau tarikh beberapa hari sebelum atau tarikh yang akan datang untuk posting berjadual.


    Cara Membuat Blog Posting

    Permalink

    Permalink adalah URL blog artikel kita. Ia boleh direka secara automatik ataupun kita boleh melakukkan secara manual untuk mendapatkan URL yang ringkas dan menepati SEO dengan Title artikel.


    Cara Membuat Blog Posting

    Location

    Location di Blogger adalah sesuai untuk artikel yang berkaitan dengan lokasi contohnya kedai makan, tempat menarik, tempat berniaga yang memerlukan pelanggan untuk hadir.

    Ruangan ini tidaklah penting sangat. Ia boleh diisi atau ditinggalkan. Tidak mendatangkan apa-apa masalah pada Blog Posting kita.

    Cara Membuat Blog Posting

     

    Option Reader Comments

    Option Reader Comments adalah untuk kita membenarkan Blog Posting itu dibuka komen kepada umum ataupun tidak dan membenarkan Google Search untuk Index ataupun tidak.

    Sebaiknya biarkan ia Allow untuk dikomen dan di Index oleh Google Search. Ini menambahkan interaksi pelawat dengan Blog Post dan disukai oleh Google sendiri.


    Cara Membuat Blog Posting


    Custom Robot Tags

    Custom Robott Tags adalah digalakkan untuk tanda pada Default. Ia lebih memberi Blog Posting mesra Google Search ataupun Google Image bagi tujuan Ranking dan SEO.

    Cara Membuat Blog Posting

    Setelah diteliti dari atas sehinggalah ke penghujung Blog Posting, jangan lupa untuk menekan butang Publish atau Update untuk memaparkan kandungan artikel kepada umum secara online.

    Bagi mereka yang baru sahaja dalam dunia Blogging ini mungkin agak berasa kekok cara membuat blog posting. Apabila sudah biasa melakukan Blog Posting, InsyAllah anda akan dapat rentak dan memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

    No comments

    Post a Comment

    Powered by Blogger.