Hey! Saya Nabieel S.R.

Contact Form

Name

Email

Message

Video

Cara Membuat Halaman Blog [2022]

Cara membuat halaman blog atau lebih dikenali sebagai Page Blog adalah bertujuan untuk mewujudkan beberapa halaman penting pada sesebuah blog itu sendiri. Selain itu ia boleh digambarkan halaman yang statik tanpa ada tarikh dan berkongsikan sesuatu maklumat dimana artikel ini jarang-jarang dikemaskini berbanding blog post biasa.

Cara Membuat Halaman Blog


    Cara Membuat Halaman Blog

    Cara membuat halaman blog dengan blogger adalah sangat mudah. Hanya perlukan 2 langkah untuk menghasilkan sebuah halaman blog.

    1. Klik pada Page di Sidebar blog.
    2. Kemudian klik New Page untuk penghasilan halaman baru.


      Cara Membuat Halaman Blog


    3. Taipkan tajuk halaman yang mahu dibuat.
    4. Taipkan kandungan halaman.
    5. Pada ruangan Reader Comments klik pada Do Not Allow, Show Existing (tidak membenarkan sesiapa komen pada ruangan tersebut dan halaman ini akan di Index di Google Search).
    6. Klik Publish atau Update apabila artikel siap untuk dipaparkan.


      Cara Membuat Halaman Blog

    7. Halaman blog telah pun siap dibuat.


      Cara Membuat Halaman Blog

    5 Halaman Blog Penting Yang Perlu Ada

    Setiap blog yang terhasil perlu ada halaman blog atau Page Blog kerana ia telah ditetapakan oleh polisi Google sendiri selain platform blog itu mewajibkan penghasilan halaman seperti halaman utama.

    Ada 5 halaman blog perlu ada :-

    1. Halaman Utama
    2. Halaman Hubungi
    3. Halaman Privacy Policy
    4. Halaman Tentang
    5. Halaman Terma dan Syarat
    Manakala ada lagi halaman lain sekiranya ia perlu, antaranya :-

    1. Halaman Daftar
    2. Halaman Jualan
    3. Halaman Terima Kasih
    4. Halaman Download
    5. Halaman Pengiklanan
    6. Halaman Servis

    Halaman Utama

    Halaman utama adalah halaman awalan masuk ke blog kita.

    Sebagai contoh halaman utama blog ini adalah Nabieel.com .

    Ia tidak boleh dibuang kerana halaman utama ini adalah merupakan salah satu struktur blog itu sendiri. Sekiranya kita tidak mempunyai kepakaran dalam coding, dengan membuang halaman utama, struktur blog akan error sepenuhnya.

    Jadi, tidak perlulah membuang halaman utama blog kita.

    Halaman Hubungi

    Halaman hubungi adalah halaman untuk pelawat blog menghubungi kita secara melalui email dengan memerlukan pelawat memasukkan nama, email dan mesej yang ingin disampaikan.

    Contoh halaman hubungi https://www.nabieel.com/p/hubungi.html

    Halaman Privacy Policy

    Halaman Privacy Policy adalah halaman yang berkaitan dengan polisi mengambil database pelawat untuk tujuan blog sendiri, polisi tentang pengiklanan pihak ke-2 di blog kita dan pengjagaan privacy pelawat ketika melayari blog kita.

    Kita tidak perlu pening kepala untuk mengarang Privacy Policy ini. Di internet banyak website yang boleh mengarang Privacy Policy untuk blog kita secara percuma dalam Bahasa Inggeris. Kita hanya perlu mendaftar atau meletakkan butiran yang diinginkan dan software akan generate secara automatik untuk penghasilan Privacy Policy dalam masa beberapa minit sahaja.

    Contoh halaman Privacy Policy https://www.nabieel.com/p/privacy-policy.html

    Halaman Tentang

    Halaman tentang adalah halaman yang menceritakan tentang blog kita dengan servis dan perkhidmatan yang ditawarkan.

    Tiada had jumlah perkataan dalam halaman tentang ini. Cukup dengan artikel yang ringkas dan padat untuk pemahaman umum.

    Contoh halaman tentang https://www.nabieel.com/p/about.html

    Halaman Terma dan Syarat

    Halaman terma dan syarat adalah halaman tentang terma dan syarat blog yang perlu diikuti oleh pelawat apabila melayarinya. Terma dan syarat ini boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

    Terma dan syarat juga anda boleh dapatkan secara percuma dalam Bahasa Inggeris.

    Contoh halaman terma dan syarat https://www.nabieel.com/p/terma-dan-syarat.html

    Dimanakah Halaman Ini Perlu Dipamerkan?

    Secara biasanya 5 halaman penting ini perlu dipamerkan di header ataupun di footer sesebuah blog. Ikut kesesuaian kita, mana yang perlu letak di header dan mana perlu letak di footer.

    Manakala halaman selebihnya ada yang perlu letak di footer dan ada halaman hanya diberikan kepada individu-individu yang layak menerimanya sahaja. 


    No comments

    Post a Comment

    Powered by Blogger.