Hey! Saya Nabieel S.R.

Contact Form

Name

Email

Message

Video

Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri - Part 2

Artikel sebelum ini berkaitan Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri - Part 1 telah menerangkan cara mendaftar blog Blogger atau Blogspot dengan mudah. Kini artikel sambungan untuk penambahbaikan blog supaya ia lebih responsive di enjin carian Google dan mobile view.

Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri



    Cara Menukar Theme Blogger

    Pemilihan menukar theme blogger perlulah sesuai dengan kategori blog yang ingin kita karang. Supaya ia tidak mengelirukan pelawat yang hadir dan membaca blog kita dalam tempoh yang semaksima yang boleh.
    1. Klik pada Theme.
    2. Pilih theme percuma yang diberikan.
    3. Sekiranya ada theme lain sama ada percuma ataupun berbayar boleh klik anak panah kecil disebelah CUSTOMIZE.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


    4. Klik pada Edit HTML.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri



    5. Paste code XML theme blogger yang anda dapat diruangan yang disediakan dan tekan save.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri



    6. Sudah pun tukar dari theme lama kepada theme baru.

    Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

    Cara Membuat Blog Mobile Responsive

    Membuat blog mobile responsive adalah salah satu user friendly iaitu memudahkan pelawat membaca blog kita ketika melayarinya di smartphone dan Google Search sangat sukakan blog yang menitikberatkan hal ini.
    1. Klik pada Theme.
    2. Klik anak panah kecil disebelah CUSTOMIZE dan pilih Mobile Settings.

      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

    3. Klik Desktop dan tekan SAVE. Ada sesetengah theme blog perlu memilih Desktop dan ada yang perlu memilih Mobile. Perlu lihat di handphone untuk pastikan theme blog ini responsive mobile view ataupun tidak.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

    Cara Menukar Title, Meta Description dan Meta Keywords

    Dalam membuat sesuatu blog, pemilihan Title, Meta Description dan Meta Keywords adalah salah satu cara untuk menarik blog ranking di Google Search selain ia memainkan peranan penting pada pelawat yang melakukan carian di Google dengan tepat.

    1. Klik Edit HTML.

      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri



    2. Klik pada code XML, tekan Ctrl+F dan paste code di bawah :-

      <title>
      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


    3. Gantikan code <title> dengan code yang baru dan tekan SAVE :-
    <title>Tukar dengan title blog anda</title>
    <meta content='Tukar dengan description blog anda.' name='description'/>
    <meta content='Tukar dengan keywords blog anda,' name='keywords'/>

     Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


    Cara Menukar Title Blog Di Header

    Menukar Title blog di Header adalah untuk menunjukkan kepada pelawat apakah tajuk sebenar blog kita dan adakah ia ada kaitan dengan info yang dicari oleh pelawat.
    1. Klik pada Layout.
    2. Setiap Layout Theme adalah berbeza, anda perlu semak betul-betul sebelum tukar. Di Theme saya cari Header Info dan klik pada Edit.

      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


       
    3. Tukarkan Title asal kepada Title blog anda. Masukkan text pada code yang betul dan tekan SAVE.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri


    4. Klik SAVE dibahagian bawah pula.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

    5. Ok, boleh lihat hasilnya dengan refresh blog anda.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

    Cara Semak SEO & Kelajuan Blog

    Ada banyak website yang boleh kita semak tentang SEO “search engine optimization” dan kelajuan sesebuah blog. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Percuma biasanya banyak limit yang boleh diterokai. Sebagai orang baru, ia sudah cukup kita menilai sendiri tahap SEO dan kelajuan blog.

    1. Layari https://seositecheckup.com/analysis
    2. Masuk URL blog anda pada kotak carian dan tunggu keputusannya.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

    Blog baru kita jika berada tidak bawah dari 70/100 ia sudah cukup baik untuk permulaan.

    Disini kita perlu perhatikan Meta Title Test dan Meta Description Test.

    Adakah ia bertanda hijau dan mencapai markah yang maksima?

    Adakah apa yang dipaparkan di Google Search Results Preview Test seperti yang kita mahukan?

    Jika ya, maka kita dah berjaya mengemaskini SEO awalan blog yang baru dibina. Untuk pelajari SEO “search engine optimization” perlu mengambil masa sedikit memahami struktur SEO itu sendiri.

    1. Untuk semakan kelajuan website, layari https://pagespeed.web.dev/
    2. Masuk URL blog anda pada kotak carian dan tunggu keputusannya.


      Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

    Untuk prestasi blog Mobile view walaupun dapat 74/100, cuba semak melalui handphone sendiri.

    Adakah blog anda laju? Jika ya, kira berjayalah. Kemudian anda boleh ubah mana yang patut untuk capai 90 ke atas apabila sudah faham berkaitan coding.

    Secara asasnya cara buat blog sendiri seperti yang saya tunjukkan dalam 2 artikel ini. Untuk langkah seterusnya bolehlah mengarang artikel dan mengubah apa yang perlu dan tidak perlu dalam sesebuah blog.

    No comments

    Post a Comment

    Powered by Blogger.