Hey! Saya Nabieel S.R.

Contact Form

Name

Email

Message

Video

10 Potensi Blog Pelajar - Review 2022

Sekitar tahun 2005 ramai pelajar mengambil kesempatan ke atas membina blog sendiri. Semasa itu pelajar-pelajar ini tidak ketahui akan potensi blog pelajar yang sebenarnya termasuklah saya. Semuanya buat blog sendiri atas dasar suka-suka dan bertukar-tukar pendapat di komen blog post. Tetapi blog masa kini telah merubah keadaan sebenar dari suka-suka kepada sesuatu yang boleh mendatangkan hasil.

10 Potensi Blog Pelajar




    Meningkatkan Kemahiran Berkomputer 

    Melalui penghasilan blog, anda juga dapat meningkatkan kemahiran berkomputer samada ada memahami software komputer, hardware komputer dan ilmu internet yang berkaitan. 

    Ilmu begini perlu diterokai secara  dari hari ke hari bagi mengalami pengalaman sebanyak yang boleh. Sangat berguna ketika masuk dalam alam pekerjaan. Saya sangat yakin masih ramai lagi yang tidak ketahui ilmu kemahiran berkomputer walaupun sudah di zaman serba canggih kerana ramai lebih memiliki telefon bimbit daripada memiliki komputer.

    Meningkatkan Kemahiran Berfikir 

    Penulisan atau mengarang artikel di blog boleh meningkatkan kemahiran berfikir. Ia tidak tertakluk pada membina ayat semata-mata sahaja tapi lebih kepada cara penyusunan artikel yang dikarang, gambar yang berkaitan dengan artikel dan kita perlu mengetahui bagaimana artikel ini menarik untuk bacaan umum.

    Ya, pada mula penglibatan kita dalam dunia penulisan artikel di blog memang ada sedikit janggal kerana takutkan kritikan orang dan takutkan kesalahan cara menulis dengan betul. Percayalah setiap yang betul dan setiap yang kita pandai hari ini adalah bermula daripada kita tidak tahu dan pelajarinya dari masa ke semasa.

    Meningkatkan Kemahiran Bahasa 

    10 Potensi Blog Pelajar
    Sumber : Berita Harian


    Zaman sekarang ramai yang menggunakan bahasa singkatan baik dalam penulisan ataupun percakapan. Tidak kiralah ia dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. 

    Melalui penulisan blog ia dapat meningkatkan kemahiran bahasa yang betul. Ini kerana untuk mengusai blog di Search Engine perlulah menggunakan perkataan seperti yang terdapat di dalam kamus. 

    Jika kita sudah terbiasa menggunakan perkataan yang betul, maka tiada masalah dalam penulisan karangan di sekolah. Ini adalah latihan terbaik untuk pelajar mengasah bakat atau kemahiran dalam penulisan. Kecekapan kita dalam penulisan menunjukkan berapa banyak ilmu yang kita ada dalam diri.

    Mengisi Masa Lapang 

    Di sekolah dari dahulu lagi, sudah menerapkan pelajar mengisi masa lapang yang lebih berkualiti bagi membentuk pemikiran yang kreatif dan inovatif.
     
    Blog adalah salah satu cara mengisi masa lapang pelajar-pelajar pada hari ini yang ramai kian lupa akan kewujudan dan kebaikannya. 

    Artikel Ilmu 

    Sebagai seorang pelajar untuk mengarang artikel blog yang terbaik adalah berkaitan dengan apa yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti.

    Ia bukan sahaja membantu mereka yang mahukan informasi berkaitan dengan silibus itu tetapi ia melatih sama, proses ulangkaji pembelajaran pelajar tersebut di dalam penulisan blog. Ibarat sambil menyelam minum air.

    Kelebihan Kemahiran

    Pelajar yang kerap melakukan penulisan blog boleh memberi kelebihan kemahiran untuk kerjaya anda pada masa akan datang. 

    Dalam pekerjaan anda perlu tahu cara komunikasi yang betul, cara penulisan yang betul, cara mengatur strategi dan plan yang betul. Ianya boleh dilatih dan dibentuk melalui penulisan blog. Tak ramai yang memperkatakan perkara ini atas sebab ia tak popular dikalangan kita. 

    Penulisan blog yang berilmiah boleh membentuk karakter seseorang kepada lebih berilmu.

    Pendapatan Sampingan

    10 Potensi Blog Pelajar
    Sumber : wolfpress
     
    Penulisan blog yang baik dan memberi manfaat kepada ramai orang boleh menjana pendapatan sampingan secara tak langsung. 

    Anda hanya perlu latih diri untuk mengarang artikel yang baik dari masa ke semasa secara konsisten. Selepas 6 bulan anda boleh mohon pengiklanan di blog dari Google iaitu Adsense dan pengiklanan-pengiklanan lain untuk jana pendapatan sampingan. 

    Fokus utama adalah melakukan penulisan yang baik pada setiap artikel yang diterbitkan. Secara tak langsung pengiklanan akan berminat dengan isi kandungan blog anda.

    Melatih Pengurusan Masa & Aktiviti 

    Pengurusan masa dan aktiviti perlulah dilatih dari sebelum masuk ke alam pekerjaan. Antara cara terbaik untuk latihan tersebut adalah memiliki blog sendiri. 

    Melalui penghasilan blog sendiri akan merangsang kita untuk mengurus masa dan aktiviti yang lebih efisien demi menjadikan blog kita itu disukai pelawat. 

    Blog adalah diibaratkan sebagai sebuah rumah. sudah tentu kita inginkan rumah yang cantik dan ingin mempelawa orang lain untuk kunjung dengan rasa gembira. Begitulah rupa sebuah blog yang kita hasilkan untuk pelawat datang dan nikmati isi kandungannya.

    Komuniti Berdaya Saing 

    Samada komuniti itu ramai ataupun tidak sudah tentu kita mahu menjadi golongan yang terbaik antara yang terbaik. 

    Contoh mudah untuk faham, sebuah komuniti kelab kereta, sudah pasti masing-masing mahu menunjukkan kereta mereka yang tercantik dan kereta yang paling berkuasa demi menjadi yang terbaik serta demi kepuasan diri sendiri. 

    Apabila kita sudah mencapai satu tahap di mana, kita sendiri boleh rasakan ini yang terbaik dan ini perlu penambahbaikan demi menyampaikan isi kandungan yang bernilai kepada pembaca.

    Aset Digital 

    Kita selalui diberitahu aset adalah seperti emas, rumah, bangunan, tanah dll. 

    Tetapi jarang-jarang diberitahu blog adalah aset digital yang boleh capai nilainya kurang atau lebih baik dari aset fizikal yang dinyatakan tadi.

    Sebagai aset fizikal, jika kita mengalami masalah kewangan kita boleh jual untuk dapatkan kewangan bagi menampung masalah yang dihadapi. Begitulah juga dengan aset digital, kita boleh jual blog (blog berbayar sahaja) atau jual slot pengiklanan di blog. 

    Kita tidak tahu siapakah kita akan datang dan bagaimanakah rezeki kita pada masa akan datang. Jika blog penulisan kita sangat baik, saya sangat yakin blog itu sangat bernilai untuk menghasilkan sesuatu pendapatan walaupun tidak banyak. 

    Bonus 
    Inilah Masanya 

    Ketika masih belajar, biasanya anda tidak mempunyai tanggungjawab yang berat seperti membayar bil-bil, menjaga pasangan dan anak, perlu fokus pada kerjaya untuk mencapai KPI syarikat, membayar sewa rumah, membayar loan kereta dll. 

    Oleh itu, inilah masanya untuk anda mengarang artikel blog yang terbaik kerana kurangnya tekanan dalam kehidupan berbanding mereka yang sudah bekerja dan berkahwin. Tetapi ia bukanlah penghalang kepada sesiapa sahaja yang hendak mulakan penulisan blog sendiri. Lakukan pengurusan masa dan strategi blog yang betul, InsyaAllah anda boleh lakukan.

    No comments

    Post a Comment

    Powered by Blogger.