Hey! I'm Nabieel
CCI REALTY Realtor

Subscribe Us

Visit us at

304 Elephanta Isle, Paris
10092, France

Message us

hello@beautiful.com (205) 544-6558

Contact Form

Name

Email

Message

Video

5 Kelebihan Miliki Blog Makanan Malaysia - 2023

Banyak kelebihannya jika ushawan makanan miliki Blog Makanan Malaysia pada masa kini. Saya tahu ramai yang lebih selesa buat content video di Facebook, Youtube, Instagram dan Tiktok berbanding content di blog makanan sendiri. Fakta-fakta yang diberikan ini mungkin akan membuka mata anda kenapa perlu adanya blog.


5 Kelebihan Miliki Blog Makanan Malaysia

    Pasaran Online

    Usahawan makanan adalah disyorkan untuk memiliki blog makanan sendiri pada masa kini. Ia mungkin agak susah untuk bermula, tetapi ia adalah cabang anda menguasai pasaran online di Google Search Engine.

    Makanan adalah satu produk yang semua orang perlukan dan yang membezakan antara satu sama lain adalah selera setiap orang berbeza-beza. Sekiranya anda adalah usahawan yang terlibat di dalam bidang makanan, sangat baik untuk mulakan perkongsian bisnes makanan anda lebih banyak di blog berbanding di sosial media.


    5 Kelebihan Miliki Blog Makanan Malaysia

    Sumber : ziekitchen


    Anda boleh berkongsi apa sahaja berkaitan makanan dari segi tips, artikel resepi masakan anda dan video-video masakan di blog. Tidak salah jadikan sosial media sebagai medium untuk memperkenalkan produk atau perkongsian anda. Boleh buat artikel atau video preview di sosial media dan selebihnya kongsikan di blog anda.

    Apabila blog makanan anda sudah mula mengusai Google Search Engine, pengumpulan database pelawat atau pelanggan adalah sangat penting di dalam sesebuah bisnes. Anda boleh menyediakan borang online dengan mengambil butiran pelanggan seperti :-

    • Nama
    • Email
    • No telefon
    • Lokasi
    Butiran-butiran database sebegini susah untuk pemilik bisnes miliki sekiranya anda tiada blog atau website dengan hanya bergantung pada pelanggan yang hadir ke kedai anda sahaja. Pelanggan lebih suka butiran mereka diberikan tanpa paksaan dan privacy mereka dijaga dengan betul. 

    Ebook / Buku

    Seseorang yang minat memasak atau minat makan, pasti akan sentiasa mencari resepi yang ingin dimasak atau resepi baru. Ada yang masak setiap hari dan ada yang masak ketika mempunyai masa terluang. Pemilik makanan bolehlah mengeluarkan ebook atau buku masakan sendiri bagi tujuan rujukan kepada mereka yang berminat.


    5 Kelebihan Miliki Blog Makanan Malaysia
    Sumber : hanieliza


    Buku 1 Hari 1 Resepi - 365 Hari yang dikarang oleh Chef Hanieliza adalah salah satu contoh buku resepi yang terbaik pernah diterbitkan sejak dari tahun 2010. Entah sudah berapa banyak naskah yang terjual selama ada di pasaran. 

    Sekiranya anda berjaya menerbitkan ebook dan buku, boleh terus menjual melalui blog di mana pelanggan boleh mendapatkan autograf penulis dan tawaran-tawaran istimewa yang lain.

    Kelas

    Sudah ramai yang mengajar kelas masakan secara bersemuka mahupun kelas masakan online PJJ.

    Ilmu masakan sama ada kuih, kek, masakan makanan Malaysia atau masakan makanan barat sangat mudah didapati terutama secara online.

    Ilmu-ilmu begini sangat berguna kepada sesiapa sahaja untuk digunapakai secara sendiri atau ingin memulakan bisnes makanan dengan mencontohi apa yang dipelajari.

    Produk

    Setiap usahawan makanan pasti ada produk sendiri yang ingin dihasilkan. Samada ia disediakan secara terus ataupun produk itu dalam bentuk sejuk beku.

    Ini adalah peluang terbaik sebagai usahawan makanan untuk menjual secara online atau mencari mereka-mereka yang ingin menjadi ejen kepada produk anda.

    Kelebihan ini terdapat pada mereka yang menguasai blog makanan di Google Search Engine dengan keyword yang berkaitan. Teknik pemasaran ini adalah 100% percuma. 

    Business to Business

    Penguasaan blog makanan di Google Search Engine dengan content yang menarik akan memberi faedah kepada bisnes makanan anda dalam jangka masa yang panjang.

    Kelebihan ini adalah satu potensi untuk menguatkan brand atau jenama produk anda secara online.

    Business to business (B2B) ini boleh terbahagi kepada :-

    1. Pemilik produk makanan dengan ejen.
    2. Pemilik produk makanan dengan pembekal bahan mentah.
    3. Pemilik produk makanan dengan pembekal peralatan masak. 

    Kerjasama antara pemilik produk makanan bersama pembekal bahan mentah dan pembekal peralatan masak adalah sangat diperlukan antara satu sama lain. Ia boleh mengurangkan kos bahan dan meningkatkan peluang jualan dengan kelebihan yang ada pada masing-masing.


    No comments

    Post a Comment

    Powered by Blogger.