Telefon Dan Usahawan
Barangkali anda semua mesti terfikir apakah sebenarnya maksud tajuk ini? Adakah ia memberi maksud seorang usahawan begitu sinonim dengan telefon kerana ia perlu berhubung dengan orang lain? ataupun membawa maksud lain. Saya ingin menceritakan sebuah kisah benar yang terjadi pada diri saya dan saya mengadaptasikan kisah ini dengan seorang yang bernama “usahawan”.
Pada 21 Jun yang lepas, iaitu pada hari ahad. Saya bekerja sehingga di malam hari. Iaitu pada hari itu saya bekerja dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam. Kerja 13 jam sungguh memenatkan, gaji tak seberapa pun
Kerja saya adalah sebagai pemandu pelancong di Langkawi. Kerja sebagai pemandu pelancong ini perlu aktif dan sentiasa bertenaga untuk bekerja lebih masa. Kerja sebagai pemandu ia perlu mempunyai beberapa perkara yang tersangatlah penting ketika bekerja.
Antara perkara tersebut adalah :-
1) Duit
2) Jam
3) Air Masak
4) Telefon
Duit adalah penting kerana ia memerlukan kita membeli makan ketika di perlukan, mengisi minyak kereta dan persediaan sekiranya terjadi kerosakkan pada kenderaan ketika sedang bekerja.
Jam adalah berkait rapat dengan masa. Oleh itu masa ini sentiasa bermain di fikiran pemandu kerana tidak tahu masa maka tidak bolehlah membuat temujanji dengan pelancongan dan juga pengiraan masa ketika melakukan lawatan.
Air masak adalah sebagai satu sumber kepada pemandu yang sentiasa dahaga dan juga sebagai “backup” untuk menahan perut dari lapar. Maklumlahlah, kerja sebagai pemandu, pemakanan selalunya tidak mengikut jadual yang tepat.
Akhir sekali adalah telefon. Telefon ini penting kerana ingin menelefon pelancong ataupun sesiapa yang dikehendaki ketika bekerja bagi membantu pelancaran pekerjaan yang dijalankan. Hendak di pendekkan cerita, telefon saya telah hilang pada hari berkenaan tanpa di sedari samada tercicir atau dipukau oleh seseorang. Apabila telefon hilang, saya umpama berada di suasana yang masa depan yang gelap. Mana tidaknya, jika ingin menelefon seseorang, kita tekan sahaja butang telefon pilih nama yang dikehendaki, terus “call”.
Nombor telefon yang saya ingat pada ketika itu adalah no. boss, no. rumah di kampung dan juga no kecemasan iaitu 999. Apa yang lebih mendukacitakan saya, sudahlah kehilangan telefon, “kredit” di dalam ada banyak lagi, yang paling perit saya tidak ingat no. telefon rakan-rakan saya baik yang ditempat kerja, rakan-rakan IM, rakan-rakan lama dahulu dan beberapa no. telefon yang penting yang selalu saya hubungi. Dengan tidak membuat “backup” senarai no telefon itu, saya telah kehilangan ramai rakan-rakan yang penting dan juga sumber-sumber yang penting dalam sekelip mata.
Kaitan di antara telefon dan usahawan ini saya ingin memberikan satu gambaran iaitu sekiranya anda sebagai usahawan persiapkan diri ini dengan “backup”. “Backup” ini terdiri dari pelbagai sumber, mungkin kewangan, hubungan rakan niaga, bahan mentah yang anda sentiasa perolehi dan bermacam-macam lagi. Dengan persediaan “backup” lebih awal, sekiranya apa-apa perkara yang tidak di duga berlaku kepada anda. Anda tidak akan berasa gelap seperti apa yang berlaku terhadap diri saya ini. Tidak berguna menyesal kemudian setelah perkara itu berlaku.
PS : Sudahakah anda mendapatkan eBook Rahsia Buat Duit Denngan Social Networking Terbongkar? Jika anda belum mendapatkannya, sila dapatkan versi preview sebelum anda betul-betul yakin ingin membina kewangan sampingan sebagai backup perniagaan internet anda. Dapatkan segara di sini.







