Membina blog adalah sesuatu yang bukan asing lagi pada zaman sekarang. Dari mereka yang di tadika sehinggalah ke peringkat kategori warga emas mereka memiliki blog sendiri baik yang percuma mahupun berbayar.
Gambar di atas adalah sebagai contoh
Buat duit dengan blog adalah satu fenomena yang sering diperkatakan oleh ramai orang, hakikatnya berapa ramai yang betul-betul boleh membuat duit dengan blog? Mengapa terlalu sikit bilangannya dari mereka yang membuat blog?
Semua ini adalah bergantung kepada tuan empunya blog, bagaimana anda menyusun strategi untuk menghasilkan duit melalui blog. Bukan bererti tidak ada blog tidak boleh jana duit, apa-apa pun boleh terjadi sekiranya anda kreatif.
Saya akan memberi beberapa cara bagaimana menjana duit melalui blog :-
1) Penulis blog
Sekiranya anda mempunyai minat di dalam bidang penulisan atau anda pernah mendapat keputusan yang baik di dalam BM atau BI mengapa tidak anda cuba di dalam penulisan blog. Ini kerana penulisan di blog boleh di lihat di serata dunia selagi mereka faham apa yang anda tulis.
Saya tidak tahu membuat blog bagaimana saya boleh menjana duit melalui penulisan blog? Tahukah anda, ramai blogger kekeringan idea untuk menulis artikel di blog, sebab itu kita nampak ramai yang membuat blog kemudian membiarkan terbengkalai akibat tak tahu hendak menulis apa.
Cuba anda buat tawaran kepada blog-blog sebegini dengan mengenakan sedikit bayaran seperti RM5 setiap artikel BM dan USD5 untuk artikel BI. Jika anda dapat mengarang 100 artikel dalam sebulan ia sudah menyamai gaji seorang penyambut tetamu hotel
2) Iklan
Sekiranya anda begitu teruja dengan blog dengan menulis artikel-arkitel yang memberikan informasi, sudah tentu kedatangan pelawat hari demi hari meningkat kerana blog anda penuh dengan informasi.
Bila tiba satu tahap yang meyakinkan anda, anda boleh menawarkan pengiklanan di blog samada pengiklanan berbentuk banner mahupun pengiklanan berbentuk review produk atau perkhidmatan.
3) Blog directory
Untuk permulaan blog, saya cadangkan anda membuat blog directory secara percuma. Lama kelamaan apabila sudah ramai orang yang menyertai blog anda, anda boleh mengenakan sedikit bayaran kepada mereka yang ingin berdaftar melalui directory anda.
4) Blog satu niche
Sekiranya anda betul-betul minat di dalam bidang blogging, saya amat menggalakan minat anda itu. Adalah lebih baik sekiranya anda membuat blog berkenaan satu niche sahaja. Contoh, sekiranya anda terlibat di dalam Perniagaan GDI adalah di syorkan anda berceritakan tentang GDI dan MLM sahaja.
Apabila sesuatu produk berkenaana GDI atau MLM dilancarkan di pasaran, anda boleh membuat pengiklanan atau review di blog. Secara tidak langsung ia nampak sedikit profesional dan membolehkan anda menjana pendapatan melalui affiliate produk tersebut.
5) Perkhidmatan blog
Anda telah berpengalaman membuat blog, mengapa tidak anda mengenakan sedikit bayaran kepada mereka yang tidak mahir membuat blog seperti anda. Anda tidak perlu fikirkan meletakkan harga yang mahal, cukup dengan meletakkan dengan harga RM15 sekali setup blog, ia sudah memadai daripada anda tidak menjana apa-apa di blog.
Sedikit tips untuk mencari traffik blog bagi mereka yang baru atau buntu tentang perkara ini, anda perlulah peka pada alam sekeling anda apakah yang berlaku pada masa kini. Saya mengambil contoh tentang kes Aduka Taruna, saya begitu yakin traffik blognya meningkat secara mendadak atas sebab perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau. Apa kata anda gunakan sedikit kreativiti anda untuk mencuri sedikit traffik di sana dengan memberi komen yang tidak seperti SPAM dan profesional. Jika tidak percaya, cubalah apa yang saya katakan tadi, anda pasti teruja jika sudah mengetahui bagaimana mencuri traffik dari blog yang sensasi :p
=========================================================
Biodata Penulis:

Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.