Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

GDI Malaysia : Pasaran, Produk dan Website

GDI Malaysia telah melakarkan satu lagi sejarah di dalam pembinaan website perniagaan internet. Website yang dimiliki hanya berharga USD10 setiap bulan, tetapi produk yang dipasarkan adalah bernilai puluhan ribu ringgit.



Boleh klik image di atas untuk terus ke website beliau

Tahniah diucapkan kepada saudara Hasanan bin Mohd Hidir yang membuka minda masyarakat Malaysia bahawa website GDI bukan semata-mata mempromosikan perniagaan GDI sahaja.

Beliau telah mendapat ilham menjadikan website GDI sebagai platform menjual kereta proton pelbagai model. Beliau tidak menjadikan kekurangan pada website GDI sebagai penghalang memperluaskan kerjayanya di internet dan juga secara tak langsung ia memperkenalkan produk buatan Malaysia kepada dunia.

Jika kita membuat sesuatu dengan menggunakan kreativiti yang ada tidak mustahil ia menjadi sesuautu itu lebih menarik dari apa yang orang sekeliling perkatakan. Kejayaan seseorang terletak pada diri sendiri, orang di sekeliling hanya tahu bercakap tanpa merasai apa yang kita rasa :D

PS : Sekiranya anda mempunyai sesuatu yang menarik tentang perniagaan internet dan ingin saya review secara percuma sila hubungi saya :)

Ramai Mengeluh Harga Ikan Naik

Itulah keluhan rakyat Malaysia pada hari ini dan ia merupakan tajuk utama permasalahan negara. Mengikut kajian, saya rasa anda pun sudah mengetahuinya, bila tiba hari hendak raya, macam-macam harga barang keperluan naik 10%. Tidak pula saya tahu mengapa ia terjadi pada hari orang ramai ingin menyambut kegembiraan.

Biarkanlah isu ini diselesaikan oleh pihak kerajaan. Mereka lebih arif tentang isu rakyat, kerana itu kerajaan wujudkan program “1 Malaysia” :)

Sekiranya isu-isu sebegini berlaku, adakah kita hendak mengeluh sahaja? adakah kita hendak memberontak demi kerajaan membela nasib rakyat?

Apa pun tindakan yang anda hendak lakukan, fikirkan dahulu bahawa kesempitan kehidupan kita tidak boleh diubah oleh pihak kerajaan. Kesempitan hidup selalunya terjadi akibat kekurangan sumber kewangan untuk membayar segala hutang dan membiayai kos kehidupan.


Apakah jalan terbaik untuk anda mencari sumber kewangan tambahan di atas permasalah-permasalah di atas? Jawapannya lakukan sesuatu untuk memperolehi duit dari internet :)

Bermacam-macam program di internet yang boleh anda jana pendapatan secara sambilan mahupun secara pasif. Tidak tahu apakah peluang-peluang itu, boleh hubungi saya atau pergi ke forum-forum tempatan untuk mengetahui lebih lanjut.

Cara yang paling mudah adalah anda ubahkan hobi anda kepada perniagaan dan perniagaan itu dilakukan di internet. Mengapa internet? Internet adalah tempat yang paling pantas untuk perniagaan anda di kenali dalan masa singkat. Anda boleh dapatkan cara bagaimana membuat website dan cara mempromosikan website anda secara PERCUMA dari saya :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Bisnes Tshirt

Mungkin selama ini kita selalu dimomokkan dengan pelbagai bisnes internet, penjualan ebook, affiliate, adsense dan sebagainya :)

Saya tak menafikan bahawa ke semua teknik di atas akan memberikan keuntungan yang lumayan untuk menjana pendapatan di internet.

Tapi jangan sampai kita tidak nampak peluang-peluang lain yang terbuka luas untuk kita menjana pendapatan lumayan di internet dengan cara yang betul.

Hari ini, saya ada berita gembira untuk anda.


Salah seorang usahawan internet, Hafizi Zain dengan ikhlas akan mendedahkan satu peluang perniagaan yang beliau lakukan sendiri berdasarkan pengalaman beliau.

Ia adalah perniagaan yang boleh dilakukan secara offline dan online. Pendedahan ini cukup menarik, kerana perniagaan sebegini mempunyai ciri-ciri menarik seperti :

1. Boleh dibuat secara online atau offline.
2. Tak memerlukan simpan stok barang dalam rumah.
3. Modal yang sangat rendah.
4. Boleh dibuat secara sambilan.

Malah, beliau sendiri berjaya meraih jualan sehingga 6 angka dengan perniagaan ini.

Nak tahu lebih lanjut?

Download ebook pendedahan perniagaan ini di laman web berikut :

http://nabieel.ws/bisnestshirt/

Ebook pendedahan ini percuma sahaja. Bukan itu saja. Anda boleh sertai program PPL yang bermula 21 januari – 31 Januari 2010. Setiap lead yang anda promosi, anda dapat RM 0.40!

Cepat sebelum terlambat :

http://nabieel.ws/bisnestshirt/

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

10 Cara Mengetahui Perniagaan GDI SCAM atau Tidak

Sudah lama saya mencari jalan bagaimanakah untuk mengesan sesuatu program jana duit di internet itu satu perkara yang benar atau sekadar hendak menipu pengguna. Kini saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh mengetahui Perniagaan GDI ini SCAM atau tidak. Cara ini juga boleh dipraktikan untuk program jana duit yang lain di internet.

1) Global Domain International


- Buka muka depan Google
- Taip perkataan “Global Domain International”
- Anda dapati ratus ribu dan juta keyword ini di cari oleh pelawat.

Bagi pendapat saya ada 2 perkara berdasarkan mengapa ia terlalu mendapat sambutan keyword ini :-

i) Ia kemungkinan satu program yang bagus atau tidak bagus
ii) Ia merupakan sebuah program yang sedang hangat di perbualkan di serata dunia.

2) GDI Review


- Taip perkataan “GDI Review” di kotak search engine
- Ambil 3 website yang menceritakan “GDI REVIEW”
- Baca dan nilai

3) GDI SCAM


- Taip perkataan “GDI SCAM” di kotak search engine
- Ambil 3 website yang menceritakan tentang “GDI SCAM”
- Baca dan nilai

4) Facebook


- Log in facebook
- Masuk ke bahagian Groups
- Taip perkataan “Global Domain International”
- Sertai beberapa group yang mempunyai ahli yang ramai
- Baca apa yang mereka post pada wall group itu

5) Blog Perniagaan GDI


- Taip perkataan “Blog Perniagaan GDI” di kotak search engine
- Ambil beberapa blog yang menceritakan tentang “Blog Perniagaan GDI”
- Hubungi penulis blog dan bertanyakan soalan-soalan yang sepatutnya, sekiranya si penulis menjawab dalam keadaan yang mencurigakan. Ada 2 kemungkinan sebab dia menjawab begitu :-

i) Tak tahu nak cakap apa pasal GDI, sebab tak study.
ii) Sertai GDI sebab terpaksa atau fikirkan duit sahaja selain dari itu ia rasa tidak penting.

6) Forum GDI Malaysia


- Layari Forum GDI Malaysia
- Daftarkan diri di sana secara PERCUMA
- Cari beberapa persoalan tentang Perniagaan GDI atau anda buka sendiri thread untuk bertanyakan apa yang tidak tahu.

7 ) Youtube


- Layari Youtube
- Taip perkataan “GDI Global Domain International”
- Tonton beberapa video berkenaan GDI

8 ) Cek


- Layari http://images.google.com.my
- Taip perkataan “Cek GDI”
- Pilih beberapa gambar bukti pembayaran Cek dari GDI



Cek dari GDI

9) Paypal



Paypal dari GDI

- Layari http://images.google.com.my
- Taip perkataan “Paypal GDI”
- Pilih beberapa gambar bukti pembayaran Paypal dari GDI
- Pastikan ia tertera perkataan Global Domain International

10 ) Sertai GDI

Cara ini adalah yang terbaik, anda sertai GDI untuk tempoh percubaan selama 7 hari PERCUMA dan anda boleh selidik habis-habisan apa yang ada di dalam control panel GDI, FAQ dan anda boleh tanya terus ke support GDI. Nak daftar GDI boleh dilakukan di sini Nabieel.ws

Penulis hanya berkongsikan pengalaman yang pernah dilalui sebagai mengelakkan diri dari kena tipu di internet. Maklumlah orang yang kita bersemuka pun boleh menipu, bagaimana pula di internet yang hanya membaca ayat-ayat manis tanpa melihat orang itu bagaimana. Harap cara di atas dapat mengurangkan orang Malaysia terutamanya, terjebak di dalam skim cepat kaya yang tak kaya-kaya pun :)

PS : Sekiranya anda tidak menjumpai apa yang hendak di cari dalam perkataan Bahasa Melayu, sila ubahkan kepada perkataan English.

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

10 Sebab Mengapa Anda Takut Untuk Memulakan Perniagaan Internet

Tahun 2010 adalah tahun yang paling mencabar dari tahun-tahun yang lepas. Peningkatan taraf hidup memerlukan kita bekerja lebih keras untuk menyara kos kehidupan yang semakin meningkat.


Saya berpendapat, perniagaan internet adalah tempat yang paling sesuai untuk kita memulakan penambahan pendapatan bulanan. Akan tetapi masih ramai yang tidak mahu memulakan perniagaan internet walaupun meluangkan masa berjam-jam melayari internet. Ikuti jejak 10 sebab mengapa anda takut untuk memulakan perniagaan internet.

1) Semua produk menjanjikan yang terhebat

Di dalam perniagaan kita perlulah memberi kata-kata yang meyakinkan kepada bakal pembeli supaya mereka membeli atau menyertai kita dengan mengatakan faedah-faedah program yang ditawarkan.

Yang menjadi masalah sekarang adalah selaku orang baru atau newbie mereka terpinga-pinga apakah program tersebut betul-betul boleh membantu beliau untuk menjana pendapatan di internet seperti yang mereka janjikan? Purata saya selidiki yang boleh ikuti seperti yang dikatakan adalah sedikit sahaja. Mengapa ini boleh terjadi, kerana program yang ditawarkan hanya menceritakan faedah mereka, mereka kebanyakam tidak mengajar cara membuat website, cara membuat pembayaran, cara menerima pembayaran dan juga cara promosi.

2) Ebook panduan di pasaran tidak membantu

Perkara ini sudah lama dibincangkan di forum-forum dan juga di blog-blog. Masih tidak ada jalan penyelesaiannya. Saya melihat ada beberapa faktor yang mengatakan ebook panduan itu tidak membantu (tidak semua begitu) :-

# Ebook yang hanya mengambil testimoni orang-orang yang sudah berjaya. Cuba jika testimoni 30% orang mahir dengan IT dan 70% testimoni orang yang kurang mahir dengan IT. Di sini penjual dapat menilai sama ada ebook dia betul-betul membantu ataupun tidak.

# Ebook yang dihasilkan kebanyakan adalah dari terjemahan dari ebook BI. Oleh itu sesetengah perkataan BI bila di terjemahkan kepada Bahasa Melayu maknanya tidak selari.

# Ebook yang dihasilkan ada yang mengambil masa singkat dan ada juga mengambil masa agak lama. Persoalannya ebook mereka tidak di nilai oleh juru yang betul-betul profesional seperti buku-buku di kedai buku seperti MPH, Popular dan lain-lain.

# Contoh Ebook Panduan Buat Duit Dengan GDI, penulis hanya menceritakan produk sahaja. Cara bagaimana sistem itu berjalan dari mula, promosi sehinggalah duit itu boleh di rasa pada tangan kita tidak dinyatakan. Ini bermasalah kepada orang yang masih baru tentang IT.

# Ebook dihasilkan begitu banyak dalam masa setahun oleh individi itu sendiri tetapi khidmat sokongan tidak diberikan alasan dia terlalu sibuk membuat kekayaan sendiri.

3) Perniagaan bermusim

Sekiranya anda sudah pun mempunyai pengalaman di dalam perniagaan internet, anda akan perasan perniagaan internet ini ada musimnya. Bermusim ini adalah di monopoli oleh mereka-mereka yang telah berjaya. Bagaimana saya boleh katakan begitu?

Katakan di dalam dunia perniagaan internet ini terdapat 4 orang yang begitu profesional. Mereka sudah tentu berkongsikan tips dan idea perniagaan masing-masing antara satu sama lain. Setiap orang memiliki senarai email di dalam lingkungan 50k. Bulan Januari si A melancarkan produk GDI dan meminta 3 rakannya mempromosikan produk itu kepada senarai email mereka, dengan ini produk tersebut telah di sebarkan secara viral kepada 200k senarai email. Sekiranya si B, C dan D melakukan perkara yang sama pada tahun itu juga. Newbie menghadapi masalah untuk mengejar mana satukah mereka patut fokus. Mana tidaknya satu tahun ada 4 produk yang mengatakan produknya hebat dan akhirnya si newbie terhenti tengah jalan sebab 4 produk yang mereka beli tidak boleh diikuti, si A,B,C dan D menjadi kaya dengan senang lenangnya :)

4) Kerana ditipu

Di tipu dengan janji-janji manis produk seperti goyang kaki dapat duit, kerja sikit boleh jadi jutawan, sehari jana USD100 dan bermacam-macam lagi.

Suka saya ingatkan, tiada jutawan yang duduk goyang kaki. Jika anda tidak percaya kata-kata saya, cubalah tanya kepada mereka yang menjadi jutawan ada tak masa nak buat perkara remeh temeh sepeti bermain video game, chat di facebook dan lain-lain lagi. Mereka kebanyakan berkata seperti saya ada perjumpaan di lokasi sekian, saya tengah membuat website perniagaan.

5) Suka mengutuk orang

Ini adalah penyakit manusia yang tidak boleh di elakkan atau memang sengaja tak nak elakkan. Saya perhatikan, setiap kali produk di lancarkan di internet oleh otai-otai, semua bukan main memuji hatta tak boleh pun kata boleh. Tetapi bila seorang newbie yang melakukan kerja dengan betul, membuat kajian, melabur beribu ringgit untuk mencipta produk tersebut tetiba dikutuk secara keras dan terang-terangan di forum tanpa belas kasihan.

Nasihat saya kepada orang baru adalah anda buat sahaja kerja anda dan aktifkan diri anda di forum dengan cara membina kredibiliti. Sekiranya anda melihat seseorang cuba mengutuk produk anda atau produk orang lain, tidak usahlah anda menjadi orang tengah untuk mendamaikannya. Saya suka memegang pepatah melayu ini ” Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

6) Cerita mitos

Orang Malaysia begitu kaya dengan cerita-cerita mitos perniagaan internet adalah SCAM, labur RM30 boleh jadi jutawan dan bermacam-macam lagi.

Mengapa anda perlu percaya kata-kata mitos ini? Cuba anda luangkan masa untuk melakukan kajian di internet apakah perniagaan yang betul-betul memberi keuntungan dan faedah kepada anda. Lain orang lain cara, lain orang lain keuntungannya.

7) Tiada guru

Memang tidak dinafikan buku, ebook dan video adalah tidak cukup untuk kita berjaya di dalam perniagaan internet. Ini kerana gurulah yang sentiasa memberi ilmu kepada kita. Kadang-kadang itu ilmu tersebut tidak terdapat di mana-mana buku atau ebook tetapi hanya terdapat pada guru tersebut sahaja. Cikgu tersebut mempunyai pengalaman dan melakukan kaji selidik, oleh itu tidak rugi mereka yang masih baru melaburkan sedikit wang anda untuk mendapatkan guru yang bertauliah. Pelaburan anda pada hari ini akan membuahkan hasil pada masa akan datang.

8 ) Silap melabur

“Labur RM 10k aku akan dapat RM100k dalam 3 bulan, best ni. Aku pun bukan ada masa nak surf internet sangat, bukan reti nak buat website dan promosi-promosi ni”

Inilah mentaliti orang zaman sekarang, nak cepat kaya labur pada tempat yang tak kena. Jika anda hendak kaya di dalam perniagaan internet, anda perlu tahu membuat website, promosi dan juga transaksi duit keluar dan masuk. Jika tidak tahu bagaimana? Upah saje perkhidmatan yang profesional dengan kadar harga yang berpatutan untuk melakukan perkara-perkara ini.

Saya pernah terfikir, mengapalah saya membazir duit sehingga hampir RM 10k membeli ebook dan menghadiri seminar. Tapi satu pun tidak membantu. Adalah lebih baik saya mengupah orang menyiapkan website dan membuat promosi menggunakan kaedah PPC (Pay Per Click), kosnya pun tidak sampai RM 1k. Saya sudah jimat RM 9k, ruginya saya baru sedar perkara ini :D

9) Alamak terlebih sudah

Maafkan saya jika meminjam kata-kata Stacy AF6 “alamak terlebih sudah” :)

Ini memang kerap kali terjadi pada mana-mana individu yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan internet. Oleh kerana inginkan informasi perniagaan internet, anda sanggup beli buku dan ebook sesiapa sahaja, subscribe semua email berkenaan perniagaan internet dan akhirnya anda mengalami “traffik jam” di dalam otak oleh informasi yang terlampau banyak pada satu-satu masa.

Anda tidak perlu mengambil terlalu banyak informasi, cukup anda fokuskan sahaja 2 atau 3 produk dan subscribe yang betul-betul membantu anda.

10) Tidak berani mencuba

Dalam banyak-banyak sebab yang saya nyatakan, inilah masalah yang paling bahaya iaitu tidak berani mencuba. Tidak berani mencuba, tidak akan anda rasai kejayaan. Percayalah kata-kata saya.

Anda kena berani mencuba, dari mencuba terciptalah kegagalan, dari kegagalan terciptalah kejayaan.

Ulasan di atas hanya pendapat peribadi saya, tiada niat untuk hentam mereka yang terasa apabila membaca artikel ini. Tujuan sebenar adalah ingin menyalurkan informasi yang berguna untuk manfaat bersama :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Kejayaan Ahli GDI Malaysia!

Bro susah ler nak buat GDI ni, nak kena cari orang, aku bukan pandai cari orang

Anda boleh lihat carta GDI di bawah ini :-


Orang Malaysia pun boleh bersaing dengan US buat duit dengan GDI. Mengapa anda mengatakan tidak boleh?

Kemungkinan anda berfikir sebab mereka adalah otai-otai di dunia perniagaan internet, jadi perbezaan ini akan yang memberi kelebihan kepada mereka.

Saya tidak nafikan sekiranya kita mempunyai nama, orang lebih mudah untuk mempercayai kata-kata kita berbanding mereka yang baru seperti saya.

Apakah kejayaan mereka itu, tidak boleh di capai oleh kita?

Jawapannya :-

1) Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan
2) Nak Seribu Daya, Tak Nak seribu Dalih

Saya juga ingin menjadi seperti mereka yang berada di dalam carta GDI, anda bila lagi. Ayuh kita bertindak sekarang untuk bersaing dengan mereka.

Sertai GDI di Nabieel.ws dengan tanpa was-was :)

Hasil Adsense & Cerita Tentang GDI lagi…

Sejak akhir-akhir ini saya begitu sibuk dengan kerja seharian, oleh itu fokus di dunia internet ini telah berkurangan sedikit, tambahan pula sibuk mengurus kedai online dan offline. Alhamdulillah, di harap ia akan terus maju setapak demi setapak.

Hari ini ada 3 perkara menarik berdasarkan 2 topik pada tajuk artikel ini.

Saya mulakan cerita tentang hasil adsense.Sekiranya anda pernah mengikuti artikel di blog ini sudah pasti anda telah membaca aartikel bertajuk Belajar Buat Blog Asas – Blogspot dan Wordpress dan Coaching Belajar Buat Blog Asas Mencapai Kejayaan Yang Pertama! . Apa menarik di sini adalah, saya telah memberi coaching membuat blog ini pada 9 September 2009 kepada peserta bernama Azli sekiranya anda ingin mengetahui siapakah orangnya bolehlah klik disini. Beliau yang tidak mahir apa-apa tentang blog, adsense serta mengarang apa-apa artikel telah menjana pendapatan dari internet sebanyak yang tertera di bawah :-


Beliau tidak mengeluarkan apa-apa modal untuk menjana pendapatan sedemikian selama 1 bulan, hanya melakukan secara asas sudah mampu tersenyum walaupun masih baru. Anda rasakan, anda perlukan coaching dari saya, bolehlah menghubungi saya.

Cerita yang kedua ingin saya kongsikan adalah tentang GDI. Saya ada menerima pertanyaan dari seseorang tentang GDI melalui SMS :-



Tahukah anda perniagaan yang berkonsepkan MLM (Multi Level Marketing) bukanlah suatu perniagaan yang haram melainkan ia mengeluarkan barangan haram atau mengeluarkan modal yang haram

GDI adalah suatu perniagaan yang berbentuk rangkaian dan ia memberikan kelebihan kepada mereka yang berusaha lebih. Ini bermakna, ia bukanlah memakan duit seseorang sesuka hati iaitu siapa berada dia atas akan menjadi kaya dan yang berada di bawah adalah sengsara.

Cerita yang ketiga adalah saya ingin memberi peluang kepada mereka yang berminat menyertai ujikaji GDI bersama saya. Saya hanya memerlukan beberapa orang untuk ujikaji ini. Ujikaji ini adalah di lakukan secara PERCUMA, saya hanya inginkan kerjasama anda untuk melakukannya. Jika berminat bolehlah hubungi saya seberapa segera. Tempat untuk ujikaji saya adalah terhad.

Apa Perlu Buat Dengan GDI?


Sekiranya kita boleh membaca artikel ini, sudah tentu kita adalah seorang yang suka atau selalu atau ada juga melayari internet. Di internet, kita boleh membuat bermacam-macam perkara sertai laman-laman social network, bermain game, menonton video, membuat blog, membuat web perniagaan dan sebagainya.

Pertama sekali, jika kita sertai Global Domain International (GDI) mesti akan berkata kepada upline, tak pun pada diri sendiri “nak buat macam mana” ? Jika kita hanya bertanya tetapi tidak berfikir secara dalam semamangnya tidak jalan. Apatah lagi jika hanya berfikir sahaja tetapi tidak melaksanakan lagilah tidak jalan.

Adakah setelah menyertai GDI, saya perlu mahir membina web? Jawapan peribadi saya mengatakan jika mahir itu adalah satu kelebihan, jika tidak ia tidak menjadi kesalahan.

Jika kita seorang yang kreatif, kita boleh mempelbagaikan domain GDI ini sambil menjana duit :)

Antara cara yang terfikir oleh saya :-

Kita boleh membina penjenamaan sendiri melalui domain. Ada yang suka meletakkan domain dengan nama sendiri seperti saya dan mungkin boleh meletakkan nama domain yang sesuai dengan aktiviti yang kita lakukan.

  1. Sekiranya kita berniaga di ebay, sudah tentu mempunyai store online. Oleh itu, gunakan domain GDI itu untuk di “redirect” ke store ebay kita. Kita juga boleh menggunakan domain GDI ini dengan “redirect” ke laman yang kita suka atau kita hendak promosikan.
  2. Jika kita mahir di dalam membuat web, tidak perlulah kita membeli domain + hosting dengan GDI. Untuk menjimatkan kos, kita beli satu domain dengan GDI dan beli juga domain + hosting yang murah dan memuaskan kita dengan harga berpatutan. Dengan ini kita gunakan cara yang sama seperti no.1 tadi iaitu “redirect” domain GDI ke laman yang baru dibeli tadi.

Jika diberikan pilihan, saya akan memilih cara yang no.1, ini kerana kita boleh menjimatkan kos untuk memulakan perniagaan di internet. Akan tetapi sekiranya kita mempunyai satu domain + hosting yang telah di beli sebelum ini dan terbengkalai, lebih bagus kita “redirect” dengan tujuan mempromosikan GDI atau sebaliknya.

Contoh domain + hosting yang pernah dibeli sebelum menyertai program GDI dan di “redirect” untuk tujuan promosi

http://nabieel.ws ———-> http://rahsiasocialnetwork.com

Kemungkinan penjelasan saya agak memutar belitkan bagi mereka yang masih baru. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya di admin@nabieel.ws atau anda boleh layari laman web saya di http://nabieel.ws

PS : Sertai forum GDI secara PERCUMA di http://forumgdi.rahsiasocialnetwork.com

PSS : Dapatkan minisite GDI di GDI (Global Domain International) Minisite Express