Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Malu Bertanya Sesat Jalan

Jika kita hendak berjaya kita perlulah sentiasa bertanya. Tidak kiralah bertanya kepada yang lebih tua atau kepada yang lebih muda dari kita. Pertanyaan kita hendak tidak memalukan seseorang atau tidak membuatkan seseorang itu tidak mahu menjawab kerana soalan itu terlalu mudah di cari di internet.

Di antara pertanyaan yang terlalu mudah untuk mendapat jawapan adalah :-

Saya nak tanya, cara bagaimanakah untuk berforum?
Saya nak tanya, cara buat blog?
Saya nak tanya, cara upload video ke youtube?
Saya nak tanya, cara nak kuruskan badan?
Saya nak tanya, cara buat pizza?
Saya nak tanya, cara buat laman web?
Saya nak tanya, cara buat resume?
Saya nak tanya, cara buat kek coklat?

Kebanyakan pertanyaan di atas boleh dicari di google atau youtube terlebih dahulu sebelum bertanya kepada sesiapa.

Cara mencari persoalan anda :-
1) Taip google.com atau youtube.com
2) Taipkan keyword persoalan anda. Sekiranya tidak jumpa sila taip di dalam Bahasa Inggeris.


3) Jika tidak jumpa, barulah anda bertanya kepada sesiapa yang anda rasa betul-betul boleh menjawab atau tanyakan sahaja di forum-forum.

Internet adalah merupakan tempat untuk anda mencari segala informasi tanpa sempadan. Kebaikan atau keburukan informasi itu bergantung dengan carian yang anda lakukan.

PS : Terima kasih google kerana menyatakan nama Nabieel “who is the richest man in the world”. :D

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Duit Oh Duit

Duit dan wang adalah perkataan yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu satu nilai atau aset yang kita miliki dan membolehkan kita membeli apa sahaja barang dengan menggunakan duit. Duit juga mempunyai hukum yang perlu kita tahu, sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita hayati lirik lagu dan lagu duit nyanyian Hattan.

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri


Pernah tak kita melihat ada orang jadi gila kerana duit?

Pernah tak kita melihat orang bergaduh sebab duit?

Pernah tak kita melihat keluarga bercerai sebab duit?

Semua ini kerana manusia terlepas pandang pada hukum duit. Lagi kita kejar duit, lagi duit itu lari dan lagi hidup kita akan menjadi susah.

Siapa yang kata jadi kaya senang? dan siapa kata yang miskin itu susah? Semua tertakluk kepada kita bagaimana mendefinisikan duit dan bagaimana kita memahami keperluan duit itu terhadap diri kita :)

Mengapa ramai yang tidak berjaya di dalam bab penjanaan duit dan tidak cukup duit, walaupun gaji bulanan ia nampak besar?

Jawapan dari diri saya sendiri, saya tak pasti anda boleh terima atau tidak jawapan saya. Sebab utama mereka gagal kerana memikirkan duit yang datang kepada diri adalah duit tetapi bukannya rezeki :)

Saya pernah terfikir kenapa ayah saya yang dahulu kerja lebih 10 jam sehari, gaji RM2000 boleh menyara 5 orang termasuk bayar loan kereta, sewa rumah, sewa pejabat, duit minyak kereta, tambang bas sekolah, bil air, bil elektrik, bil telefon, bil pager (dulu tiada handphone), makanan, pakaian dan rokoknya :)

Bila saya duduk fikir, jawapannya satu sahaja fikirkan duit adalah rezeki bukannya duit semata-mata :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Teknik Cloaking

Rata-rata masih ramai tidak faham apa itu Teknik Cloaking dan kegunaannya. Teknik ini adalah untuk melindungi link affiliate anda dari dilihat oleh pelawat ke website affiliate anda.


Saya begitu yakin rakyat Malaysia yang tahu program affiliate di internet, berlumba-lumba mempromosikan affiliate masing-masing dengan melanggar segala macam etika. Sehingga YM saya pun dilakukan promosi produk affiliate secara SPAM.

Ya, sekali tengok program affiliate ini macam senang sahaja boleh dapat duit dengan promosi yang anda lakukan, tapi berapa ramai yang berjaya di dalam teknik promosi produk affiliate?

Teknik Cloaking adalah merupakan salah satu teknik promosi produk affiliate anda.

Cara melakukan cloaking

1) Anda perlu memiliki domain dan hosting sendiri. Sekiranya belum memilikinya dan mahukan domain yang kelihatan eksklusif dari pandangan mata pelawat, anda boleh membeli di sini.

2) Boleh download script cloaking di sini

3) Gantikan :-

a) domainAFFILIATEanda = url affiliate anda
b) Tajuk Website Affiliate Anda = tajuk website anda promosikan

4) Savekan script di atas menggunakan NVU dan namakan file itu index.html

5) Saya mengambil contoh affiliate dari website Kerja Kerajaan. Buat satu folder di ftp seperti :

Domain asal anda : http://nabieel.ws
Cipta folder di ftp : kerjakerajaan
Domain cloaking affiliate anda : http://nabieel.ws/kerjakerajaan

6) Upload file index.html di folder kerjakerajaan

7) Cuba klik link anda tadi iaitu http://nabieel.ws/kerjakerajaan sebelum promosi.

Teknik Cloaking telah pun siap, kini anda boleh promosikan ia seperti website itu milik anda :)

PS : Hasil daripada Teknik Cloaking :)


=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Cara Meningkatkan PageRank (PR)

PR membawa maksud Page Rank. Page Rank mempunyai kedudukan bermula dari 0-10. Lagi tinggi kedudukan Page Rank anda, lagi bagus prestasi website anda di search engine dan penjanaan duit untuk website tersebut.


Bagaimana ingin mengetahui Page Rank website anda?

1) Layari http://www.prchecker.info/

2) Isikan url website anda di kotak hijau dan tekan butang “Check PR”

3) Isikan nombor password seperti yang ditunjukkan dan tekan butang “Verify Now”
4) Akan keluar Page Rank anda contoh : 2 /10

Bagaimana ingin meningkatkan Page Rank website anda?

Sekiranya anda mempunyai Page Rank 1, sila cari lebih banyak website yang sama dengan anda atau lagi tinggi tinggi daripada anda bagi mengikuti langkah-langkah yang saya akan berikan ini :-

1) Melakukan pertukaran link atau exchange link di antara website anda dengan website lain.

2) Tinggalkan komen di blog-blog dengan komen yang tidak kelihatan seperti SPAM. Tinggalkan komen di ruangan chatbox adalah tidak di kira backlink.

3) Lakukan submit artikel ke social network.

4) Sertai seberapa banyak forum dan social network, letakkan url website anda di ruangan yang disediakan.

5) Lakukan backlink artikel ke website yang ada kaitan dengan artikel yang anda tulis contohnya seperti blog ini.

6) Lakukan sesuatu yang boleh meninggalkan backlink cara mudah. Contohnya anda adalah merupakan seorang yang ingin mewujudkan Anti SCAM dengan menulis artikel yang menerangkan segala-galanya tentang SCAM demi mengelakkan sesiapa dari di tipu di internet. Anda hanya perlu buat satu banner kecil dan lakukan promosi ke setiap blog bagi meletakkan banner tersebut di blog mereka sekaligus mempromosi artikel berguna anda dan memberi backlicnk percuma. Ia boleh digunakan untuk cara lain sekiranya anda bijak dan kreatif :D

Ini adalah teknik mudah, berkesan dan percuma yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan Page Rank website anda. Selamat mencuba :)

PS : Page Rank adalah dinilai oleh pihak Google, mereka akan kemaskini Page Rank lebih kurang setiap 3 bulan sekali. Kali terakhir Page Rank di kemaskini iaitu pada 31 Disember 2009. Oleh itu anda mempunyai lebih kurang 2 bulan untuk mengejarnya dengan teknik yang saya ajar :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Backlink Trafik Dengan Facebook

Hari minggu yang indah ini ada sedikit perkongsian yang begitu menarik untuk anda promosikan blog atau website anda di facebook dengan menggunakan software yang telah dicipta oleh seorang usahawan internet yang begitu popular dengan penggunaan twitter iaitu Pedagang IT.


Beliau telah mencipta satu sofware untuk backlink Facebook anda dan secara tak langsung mempromosikan blog dan website secara percuma. Tahniah diucapkan kepada Pedagang IT kerana mencipta satu software yang berguna dan bermanfaat kepada sesiapa untuk membina tapak permulaan sebagai usahawan internet dengan cara yang mudah.

Anda boleh menonton video yang tersedia bagi memahami cara penggunaan sofware backlink trafik dengan facebook.

PS : Jika tidak keberatan anda boleh add saya sebagai rakan anda di facebook.

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Bahasa Melayu dan Nilai Dalam Blogging

Zaman sekarang adalah zaman teknologi, Bahasa Melayu kini pun telah disingkatkan sehingga saya sendiri pun adakalanya tidak memahami sehinggakan kena baca 2 atau 3 kali untuk memahaminya.


Mengikut kajian Alexa Blogger menduduki tangga ke-6 dan WordPress menduduki tangga ke-13 di Malaysia daripada berjuta website di internet. Ini menunjukkan rakyat Malaysia suka blogging. Mengapa alang-alang blogging, kita tidak menggunakan Bahasa Melayu yang sebetulnya atau mengikut ejaan seperti di dalam kamus?

Ramai yang masih tidak perasan di atas kebaikan menggunakan Bahasa Melayu dengan betul ketika blogging.

Antara kebaikan yang dapat di lihat di dalam penggunaan Bahasa Melayu yang betul adalah :-

1) Ia menunjukkan akhlak kita ketika bercakap.

2) Kemahiran menulis menggunakan bahasa yang betul membolehkan kita mengasah bakat di bahagian penulisan blog, artikel dan buku.

3) Di search engine mempunyai peralatan terjemahan artikel dari Bahasa Melayu ke bahasa lain. Bukankah bagus penulisan anda boleh di baca di seluruh dunia dari pelbagai bangsa.

4) Bahasa yang betul lebih disukai ramai orang walaupun ada yang tak suka kita.

5) Bahasa merupakan satu keindahan yang tak ternilai, dengan bahasa yang betul maka wujudlah buat duit dengan blog.

6) Kebarangkalian penulisan kita di ulas oleh pihak-pihak tertentu pada sudut positif adalah tinggi.

7) Menjadi ikon penulisan yang berhemah.

Setiap kebaikan yang kita buat selalunya mendapat faedah yang berguna. Saranan saya jangan fikirkan susah hendak membuat artikel di dalam Bahasa Inggeris, fokuskan sahaja di dalam Bahasa Melayu penggunaan penterjemahan bahasa boleh membantu artikel anda di kenali ke serata dunia.

PS : Sekadar pandangan diri sendiri untuk perkongsian bersama :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Buat Duit Dengan Blog

Membina blog adalah sesuatu yang bukan asing lagi pada zaman sekarang. Dari mereka yang di tadika sehinggalah ke peringkat kategori warga emas mereka memiliki blog sendiri baik yang percuma mahupun berbayar.



Gambar di atas adalah sebagai contoh

Buat duit dengan blog adalah satu fenomena yang sering diperkatakan oleh ramai orang, hakikatnya berapa ramai yang betul-betul boleh membuat duit dengan blog? Mengapa terlalu sikit bilangannya dari mereka yang membuat blog?

Semua ini adalah bergantung kepada tuan empunya blog, bagaimana anda menyusun strategi untuk menghasilkan duit melalui blog. Bukan bererti tidak ada blog tidak boleh jana duit, apa-apa pun boleh terjadi sekiranya anda kreatif.

Saya akan memberi beberapa cara bagaimana menjana duit melalui blog :-

1) Penulis blog
Sekiranya anda mempunyai minat di dalam bidang penulisan atau anda pernah mendapat keputusan yang baik di dalam BM atau BI mengapa tidak anda cuba di dalam penulisan blog. Ini kerana penulisan di blog boleh di lihat di serata dunia selagi mereka faham apa yang anda tulis.

Saya tidak tahu membuat blog bagaimana saya boleh menjana duit melalui penulisan blog? Tahukah anda, ramai blogger kekeringan idea untuk menulis artikel di blog, sebab itu kita nampak ramai yang membuat blog kemudian membiarkan terbengkalai akibat tak tahu hendak menulis apa.

Cuba anda buat tawaran kepada blog-blog sebegini dengan mengenakan sedikit bayaran seperti RM5 setiap artikel BM dan USD5 untuk artikel BI. Jika anda dapat mengarang 100 artikel dalam sebulan ia sudah menyamai gaji seorang penyambut tetamu hotel :)

2) Iklan
Sekiranya anda begitu teruja dengan blog dengan menulis artikel-arkitel yang memberikan informasi, sudah tentu kedatangan pelawat hari demi hari meningkat kerana blog anda penuh dengan informasi.

Bila tiba satu tahap yang meyakinkan anda, anda boleh menawarkan pengiklanan di blog samada pengiklanan berbentuk banner mahupun pengiklanan berbentuk review produk atau perkhidmatan.

3) Blog directory
Untuk permulaan blog, saya cadangkan anda membuat blog directory secara percuma. Lama kelamaan apabila sudah ramai orang yang menyertai blog anda, anda boleh mengenakan sedikit bayaran kepada mereka yang ingin berdaftar melalui directory anda.

4) Blog satu niche
Sekiranya anda betul-betul minat di dalam bidang blogging, saya amat menggalakan minat anda itu. Adalah lebih baik sekiranya anda membuat blog berkenaan satu niche sahaja. Contoh, sekiranya anda terlibat di dalam Perniagaan GDI adalah di syorkan anda berceritakan tentang GDI dan MLM sahaja.

Apabila sesuatu produk berkenaana GDI atau MLM dilancarkan di pasaran, anda boleh membuat pengiklanan atau review di blog. Secara tidak langsung ia nampak sedikit profesional dan membolehkan anda menjana pendapatan melalui affiliate produk tersebut.

5) Perkhidmatan blog
Anda telah berpengalaman membuat blog, mengapa tidak anda mengenakan sedikit bayaran kepada mereka yang tidak mahir membuat blog seperti anda. Anda tidak perlu fikirkan meletakkan harga yang mahal, cukup dengan meletakkan dengan harga RM15 sekali setup blog, ia sudah memadai daripada anda tidak menjana apa-apa di blog.

Sedikit tips untuk mencari traffik blog bagi mereka yang baru atau buntu tentang perkara ini, anda perlulah peka pada alam sekeling anda apakah yang berlaku pada masa kini. Saya mengambil contoh tentang kes Aduka Taruna, saya begitu yakin traffik blognya meningkat secara mendadak atas sebab perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau. Apa kata anda gunakan sedikit kreativiti anda untuk mencuri sedikit traffik di sana dengan memberi komen yang tidak seperti SPAM dan profesional. Jika tidak percaya, cubalah apa yang saya katakan tadi, anda pasti teruja jika sudah mengetahui bagaimana mencuri traffik dari blog yang sensasi :p

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

TrafficWave Review

Seorang blogger ataupun usahawan internet jika mereka ingin berkekalan lama di internet, autoresponder adalah yang paling penting. Bukan autoresponder bertujuan untuk mempromosikan produk affiliate semata-mata tetapi autoresponder juga memainkan peranan untuk menarik perhatian mereka yang pertama kali datang ke website anda dan mengisi nama serta email di ruangan yang disediakan bagi memudahkan mereka datang kembali ke website tersebut tanpa perlu mengingati domain website anda.

Ini merupakan satu masalah yang biasa berlaku atas sebab domain website terlalu sukar hendak diingat, pelawat yang pertama kali datang ke website itu lenyap begitu sahaja tanpa datang untuk kali yang seterusnya. Dengan ini anda telah rugi banyak pelawat yang sudah tentu anda boleh dijadikan pelanggan mungkin esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan mahupun tahun depan.

Kita sering tertanya-tanya, apakah autoresponder yang terbaik, percuma atau berbayar? Bagi saya yang terbaik adalah berbayar ini kerana :-

1) Jika percuma risiko untuk senarai email anda hilang dalam sekelip mata boleh terjadi.

2) Jika ia percuma menunjukkan anda seperti melakukan perniagaan sekadar main-main sahaja.


Di pasaran mempunyai pelbagai autoresponder berbayar manakah autoreponder yang paling baik untuk kegunaan kita? Nak kata saya mahir sangat bab autoresponder ini tidaklah sangat, saya begitu tertarik dengan satu email dari seorang otai GDI iaitu Mazelan Abas yang memberi pandangan peribadi mengapa beliau awalnya menggunakan perkhidmatan Aweber berpindah ke TrafficWave :-

1. Di Aweber, semakin ramai subscriber yuran bulanan semakin naik. Kalau mula2 mereka kenakan bayaran $20 sebulan, bila bilangan subscribers kita tinggi mereka pun naikkan harga dari $20 ke $30 ke $40 ke $50…. ikut suka2 je dia naikkan, itu yang marah sikit tu. Saya risau kalau subscriber saya baru nak berjinak dengan dunia internet, dan mereka dapat kumpul subscriber yang ramai tetapi masih belum berjaya buat sales, kan dah menjadi beban untuk mereka jika yuran tersebut semakin naik.

2. Di aweber, link url kita tidak mengikut username kita. Kalau kita promote link url kita, walau pun ada nama kita, tetapi bila orang lain klik, username kita akan hilang. Ramai yang register aweber melalui link saya, bila saya check, mereka bukan downline saya, tetapi downline kompani. Bila saya tanya manager mereka, mereka menjawab ini disebabkan orang tak delete cookies. Bila saya tanya apa nak buat, mereka suruh saya beritahu siapa yang dah join tapi tak bawah downline saya. Saya kata kalau sorang dua, bolehlah saya tahu, tapi kalau ramai, macamana saya nak tahu. Mereka menjawab itu adat perniagaan. Saya jawab itu bukan adat perniagaan. Itu menipu namanya, kita penat2 promote autoresponder mereka, tetapi hanya disebabkan ada sebahagian yang register tetapi terlupa nak delete cookies, dah terlepas kepada company. Bagi saya tak masuk akal dan tak menghargai penat lelah kita buat promosi untuk mereka.

3. Trafficwave, berapa ramai sekali pun subscriber, yurannya hanya $18 tak akan naik2 lagi.

4. Trafficwave, menggunakan matrik spillover 3×10, maknanya ada kemungkinan upline akan dapatkan downline untuk kita didalam program affiliate mereka. Syarat untuk layak dapat komisyen kita kena promote paling kurang seorang sahaja menyertai Trafficwave secara berbayar, bukan yang register free 30 hari. Maknanya Trafficewave bayar sampai 10 level, tapi aweber bayar hanya 1 level sahaja.

5. Di Trafficwave, kalau bawah kita dah penuh 3 orang, sama ada kita yang sponsor atau upline kita yang bagi secara automatik, maka kita boleh suruh TW ambil yuran bulanan sebanyak $18 dari komisyen kita tersebut, maka kita pakai TW Autoresponder sampai bila-bila secara percuma. Di aweber, walaupun komisyen tinggi, tapi mereka tetap potong dari kredit kad kita.

6. Di Trafficwace, (jika anda sudah menjadi pengguna berbayar, bukan yang free) jika ada orang join bawah anda secara berbayar terus, TW akan beri komisen 100% kepada anda, maknnya anda akan dapat terus $18 tersebut dan dibayar melalui cek dalam tempoh 2 minggu. Dan bonus ini dibayar setiap minggu. Maka tiap2 minggulah anda akan dapat upah, jika rajin mempromosikannya. Di Aweber tiada bonus mingguan.

7. Trafficwave ada bonus leadership, aweber tak ada.

Jadi itulah sebab saya berpindah ke trafficwave

Dari email ini, barulah saya faham kenapa dia bersungguh-sungguh mempromosikan TrafficWave dengan saya. Ini bermakna TrafficWave adalah merupakan saingan autoresponder yang terhebat pada masa kini selain Aweber, Getresponse dan Norabots.

PS : Berhati-hati menggunakan autoresponder Norabots, memanglah ia murah tetapi pernah terjadi seorang IM kehilangan senarai email sebanyak 700 email tanpa sebab yang munasabah yang diberikan oleh pihak pengurusan Norabots ;)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.