Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Ramai Mengeluh Harga Ikan Naik

Itulah keluhan rakyat Malaysia pada hari ini dan ia merupakan tajuk utama permasalahan negara. Mengikut kajian, saya rasa anda pun sudah mengetahuinya, bila tiba hari hendak raya, macam-macam harga barang keperluan naik 10%. Tidak pula saya tahu mengapa ia terjadi pada hari orang ramai ingin menyambut kegembiraan.

Biarkanlah isu ini diselesaikan oleh pihak kerajaan. Mereka lebih arif tentang isu rakyat, kerana itu kerajaan wujudkan program “1 Malaysia” :)

Sekiranya isu-isu sebegini berlaku, adakah kita hendak mengeluh sahaja? adakah kita hendak memberontak demi kerajaan membela nasib rakyat?

Apa pun tindakan yang anda hendak lakukan, fikirkan dahulu bahawa kesempitan kehidupan kita tidak boleh diubah oleh pihak kerajaan. Kesempitan hidup selalunya terjadi akibat kekurangan sumber kewangan untuk membayar segala hutang dan membiayai kos kehidupan.


Apakah jalan terbaik untuk anda mencari sumber kewangan tambahan di atas permasalah-permasalah di atas? Jawapannya lakukan sesuatu untuk memperolehi duit dari internet :)

Bermacam-macam program di internet yang boleh anda jana pendapatan secara sambilan mahupun secara pasif. Tidak tahu apakah peluang-peluang itu, boleh hubungi saya atau pergi ke forum-forum tempatan untuk mengetahui lebih lanjut.

Cara yang paling mudah adalah anda ubahkan hobi anda kepada perniagaan dan perniagaan itu dilakukan di internet. Mengapa internet? Internet adalah tempat yang paling pantas untuk perniagaan anda di kenali dalan masa singkat. Anda boleh dapatkan cara bagaimana membuat website dan cara mempromosikan website anda secara PERCUMA dari saya :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Malu Bertanya Sesat Jalan

Jika kita hendak berjaya kita perlulah sentiasa bertanya. Tidak kiralah bertanya kepada yang lebih tua atau kepada yang lebih muda dari kita. Pertanyaan kita hendak tidak memalukan seseorang atau tidak membuatkan seseorang itu tidak mahu menjawab kerana soalan itu terlalu mudah di cari di internet.

Di antara pertanyaan yang terlalu mudah untuk mendapat jawapan adalah :-

Saya nak tanya, cara bagaimanakah untuk berforum?
Saya nak tanya, cara buat blog?
Saya nak tanya, cara upload video ke youtube?
Saya nak tanya, cara nak kuruskan badan?
Saya nak tanya, cara buat pizza?
Saya nak tanya, cara buat laman web?
Saya nak tanya, cara buat resume?
Saya nak tanya, cara buat kek coklat?

Kebanyakan pertanyaan di atas boleh dicari di google atau youtube terlebih dahulu sebelum bertanya kepada sesiapa.

Cara mencari persoalan anda :-
1) Taip google.com atau youtube.com
2) Taipkan keyword persoalan anda. Sekiranya tidak jumpa sila taip di dalam Bahasa Inggeris.


3) Jika tidak jumpa, barulah anda bertanya kepada sesiapa yang anda rasa betul-betul boleh menjawab atau tanyakan sahaja di forum-forum.

Internet adalah merupakan tempat untuk anda mencari segala informasi tanpa sempadan. Kebaikan atau keburukan informasi itu bergantung dengan carian yang anda lakukan.

PS : Terima kasih google kerana menyatakan nama Nabieel “who is the richest man in the world”. :D

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Duit Oh Duit

Duit dan wang adalah perkataan yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu satu nilai atau aset yang kita miliki dan membolehkan kita membeli apa sahaja barang dengan menggunakan duit. Duit juga mempunyai hukum yang perlu kita tahu, sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita hayati lirik lagu dan lagu duit nyanyian Hattan.

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri


Pernah tak kita melihat ada orang jadi gila kerana duit?

Pernah tak kita melihat orang bergaduh sebab duit?

Pernah tak kita melihat keluarga bercerai sebab duit?

Semua ini kerana manusia terlepas pandang pada hukum duit. Lagi kita kejar duit, lagi duit itu lari dan lagi hidup kita akan menjadi susah.

Siapa yang kata jadi kaya senang? dan siapa kata yang miskin itu susah? Semua tertakluk kepada kita bagaimana mendefinisikan duit dan bagaimana kita memahami keperluan duit itu terhadap diri kita :)

Mengapa ramai yang tidak berjaya di dalam bab penjanaan duit dan tidak cukup duit, walaupun gaji bulanan ia nampak besar?

Jawapan dari diri saya sendiri, saya tak pasti anda boleh terima atau tidak jawapan saya. Sebab utama mereka gagal kerana memikirkan duit yang datang kepada diri adalah duit tetapi bukannya rezeki :)

Saya pernah terfikir kenapa ayah saya yang dahulu kerja lebih 10 jam sehari, gaji RM2000 boleh menyara 5 orang termasuk bayar loan kereta, sewa rumah, sewa pejabat, duit minyak kereta, tambang bas sekolah, bil air, bil elektrik, bil telefon, bil pager (dulu tiada handphone), makanan, pakaian dan rokoknya :)

Bila saya duduk fikir, jawapannya satu sahaja fikirkan duit adalah rezeki bukannya duit semata-mata :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Bahasa Melayu dan Nilai Dalam Blogging

Zaman sekarang adalah zaman teknologi, Bahasa Melayu kini pun telah disingkatkan sehingga saya sendiri pun adakalanya tidak memahami sehinggakan kena baca 2 atau 3 kali untuk memahaminya.


Mengikut kajian Alexa Blogger menduduki tangga ke-6 dan WordPress menduduki tangga ke-13 di Malaysia daripada berjuta website di internet. Ini menunjukkan rakyat Malaysia suka blogging. Mengapa alang-alang blogging, kita tidak menggunakan Bahasa Melayu yang sebetulnya atau mengikut ejaan seperti di dalam kamus?

Ramai yang masih tidak perasan di atas kebaikan menggunakan Bahasa Melayu dengan betul ketika blogging.

Antara kebaikan yang dapat di lihat di dalam penggunaan Bahasa Melayu yang betul adalah :-

1) Ia menunjukkan akhlak kita ketika bercakap.

2) Kemahiran menulis menggunakan bahasa yang betul membolehkan kita mengasah bakat di bahagian penulisan blog, artikel dan buku.

3) Di search engine mempunyai peralatan terjemahan artikel dari Bahasa Melayu ke bahasa lain. Bukankah bagus penulisan anda boleh di baca di seluruh dunia dari pelbagai bangsa.

4) Bahasa yang betul lebih disukai ramai orang walaupun ada yang tak suka kita.

5) Bahasa merupakan satu keindahan yang tak ternilai, dengan bahasa yang betul maka wujudlah buat duit dengan blog.

6) Kebarangkalian penulisan kita di ulas oleh pihak-pihak tertentu pada sudut positif adalah tinggi.

7) Menjadi ikon penulisan yang berhemah.

Setiap kebaikan yang kita buat selalunya mendapat faedah yang berguna. Saranan saya jangan fikirkan susah hendak membuat artikel di dalam Bahasa Inggeris, fokuskan sahaja di dalam Bahasa Melayu penggunaan penterjemahan bahasa boleh membantu artikel anda di kenali ke serata dunia.

PS : Sekadar pandangan diri sendiri untuk perkongsian bersama :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Selamat Hari Minggu

Bila tiba hari minggu, tiada perkara yang lain perlu difikirkan adalah merehatkan diri dari melakukan kerja harian seperti pergi ke pasar, meluangkan masa dengan famili di rumah, membawa famili bersiar-siar ke destinasi yang boleh menggembirakan dan ada yang menetapkan hari minggu untuk bersenam. Apa pun aktiviti anda pada hari ini diharap ia memberikan kepuasan dan kegembiraan selama sehari selepas 5 atau 6 hari melihat kerja-kerja yang berlambak untuk diselesaikan.


Saya ingin memberikan satu tips yang berguna bagi mencapai matlamat anda pada tahun 2010 iaitu melihat kembali apa yang anda buat sepanjang minggu lepas, adakah tindakan anda itu ke arah matlamat yang di impikan atau adakah ia sudah tercapai? Jika tersasar atau belum tercapai lagi, lakukan ia pada minggu seterusnya. Lakukan tanpa ada rasa jemu dan putus asa.

Adakala matlamat ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang banyak, lakukan ia secara perlahan-perlahan seperti fokuskan 2 atau 3 jam sehari sebelum menganjakkan ia kepada masa yang lebih lama seperti 10 jam sehari :)

Saya ingin mengucapkan selamat hari minggu kepada anda yang membaca artikel ini, hilangkan tekanan dan permasalahan anda dengan bersiar-siar ke tempat-tempat menarik.

PS : Al fatihah ke atas kemangkatan Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan tahniah kepada Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru.


=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

10 Sebab Mengapa Anda Takut Untuk Memulakan Perniagaan Internet

Tahun 2010 adalah tahun yang paling mencabar dari tahun-tahun yang lepas. Peningkatan taraf hidup memerlukan kita bekerja lebih keras untuk menyara kos kehidupan yang semakin meningkat.


Saya berpendapat, perniagaan internet adalah tempat yang paling sesuai untuk kita memulakan penambahan pendapatan bulanan. Akan tetapi masih ramai yang tidak mahu memulakan perniagaan internet walaupun meluangkan masa berjam-jam melayari internet. Ikuti jejak 10 sebab mengapa anda takut untuk memulakan perniagaan internet.

1) Semua produk menjanjikan yang terhebat

Di dalam perniagaan kita perlulah memberi kata-kata yang meyakinkan kepada bakal pembeli supaya mereka membeli atau menyertai kita dengan mengatakan faedah-faedah program yang ditawarkan.

Yang menjadi masalah sekarang adalah selaku orang baru atau newbie mereka terpinga-pinga apakah program tersebut betul-betul boleh membantu beliau untuk menjana pendapatan di internet seperti yang mereka janjikan? Purata saya selidiki yang boleh ikuti seperti yang dikatakan adalah sedikit sahaja. Mengapa ini boleh terjadi, kerana program yang ditawarkan hanya menceritakan faedah mereka, mereka kebanyakam tidak mengajar cara membuat website, cara membuat pembayaran, cara menerima pembayaran dan juga cara promosi.

2) Ebook panduan di pasaran tidak membantu

Perkara ini sudah lama dibincangkan di forum-forum dan juga di blog-blog. Masih tidak ada jalan penyelesaiannya. Saya melihat ada beberapa faktor yang mengatakan ebook panduan itu tidak membantu (tidak semua begitu) :-

# Ebook yang hanya mengambil testimoni orang-orang yang sudah berjaya. Cuba jika testimoni 30% orang mahir dengan IT dan 70% testimoni orang yang kurang mahir dengan IT. Di sini penjual dapat menilai sama ada ebook dia betul-betul membantu ataupun tidak.

# Ebook yang dihasilkan kebanyakan adalah dari terjemahan dari ebook BI. Oleh itu sesetengah perkataan BI bila di terjemahkan kepada Bahasa Melayu maknanya tidak selari.

# Ebook yang dihasilkan ada yang mengambil masa singkat dan ada juga mengambil masa agak lama. Persoalannya ebook mereka tidak di nilai oleh juru yang betul-betul profesional seperti buku-buku di kedai buku seperti MPH, Popular dan lain-lain.

# Contoh Ebook Panduan Buat Duit Dengan GDI, penulis hanya menceritakan produk sahaja. Cara bagaimana sistem itu berjalan dari mula, promosi sehinggalah duit itu boleh di rasa pada tangan kita tidak dinyatakan. Ini bermasalah kepada orang yang masih baru tentang IT.

# Ebook dihasilkan begitu banyak dalam masa setahun oleh individi itu sendiri tetapi khidmat sokongan tidak diberikan alasan dia terlalu sibuk membuat kekayaan sendiri.

3) Perniagaan bermusim

Sekiranya anda sudah pun mempunyai pengalaman di dalam perniagaan internet, anda akan perasan perniagaan internet ini ada musimnya. Bermusim ini adalah di monopoli oleh mereka-mereka yang telah berjaya. Bagaimana saya boleh katakan begitu?

Katakan di dalam dunia perniagaan internet ini terdapat 4 orang yang begitu profesional. Mereka sudah tentu berkongsikan tips dan idea perniagaan masing-masing antara satu sama lain. Setiap orang memiliki senarai email di dalam lingkungan 50k. Bulan Januari si A melancarkan produk GDI dan meminta 3 rakannya mempromosikan produk itu kepada senarai email mereka, dengan ini produk tersebut telah di sebarkan secara viral kepada 200k senarai email. Sekiranya si B, C dan D melakukan perkara yang sama pada tahun itu juga. Newbie menghadapi masalah untuk mengejar mana satukah mereka patut fokus. Mana tidaknya satu tahun ada 4 produk yang mengatakan produknya hebat dan akhirnya si newbie terhenti tengah jalan sebab 4 produk yang mereka beli tidak boleh diikuti, si A,B,C dan D menjadi kaya dengan senang lenangnya :)

4) Kerana ditipu

Di tipu dengan janji-janji manis produk seperti goyang kaki dapat duit, kerja sikit boleh jadi jutawan, sehari jana USD100 dan bermacam-macam lagi.

Suka saya ingatkan, tiada jutawan yang duduk goyang kaki. Jika anda tidak percaya kata-kata saya, cubalah tanya kepada mereka yang menjadi jutawan ada tak masa nak buat perkara remeh temeh sepeti bermain video game, chat di facebook dan lain-lain lagi. Mereka kebanyakan berkata seperti saya ada perjumpaan di lokasi sekian, saya tengah membuat website perniagaan.

5) Suka mengutuk orang

Ini adalah penyakit manusia yang tidak boleh di elakkan atau memang sengaja tak nak elakkan. Saya perhatikan, setiap kali produk di lancarkan di internet oleh otai-otai, semua bukan main memuji hatta tak boleh pun kata boleh. Tetapi bila seorang newbie yang melakukan kerja dengan betul, membuat kajian, melabur beribu ringgit untuk mencipta produk tersebut tetiba dikutuk secara keras dan terang-terangan di forum tanpa belas kasihan.

Nasihat saya kepada orang baru adalah anda buat sahaja kerja anda dan aktifkan diri anda di forum dengan cara membina kredibiliti. Sekiranya anda melihat seseorang cuba mengutuk produk anda atau produk orang lain, tidak usahlah anda menjadi orang tengah untuk mendamaikannya. Saya suka memegang pepatah melayu ini ” Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

6) Cerita mitos

Orang Malaysia begitu kaya dengan cerita-cerita mitos perniagaan internet adalah SCAM, labur RM30 boleh jadi jutawan dan bermacam-macam lagi.

Mengapa anda perlu percaya kata-kata mitos ini? Cuba anda luangkan masa untuk melakukan kajian di internet apakah perniagaan yang betul-betul memberi keuntungan dan faedah kepada anda. Lain orang lain cara, lain orang lain keuntungannya.

7) Tiada guru

Memang tidak dinafikan buku, ebook dan video adalah tidak cukup untuk kita berjaya di dalam perniagaan internet. Ini kerana gurulah yang sentiasa memberi ilmu kepada kita. Kadang-kadang itu ilmu tersebut tidak terdapat di mana-mana buku atau ebook tetapi hanya terdapat pada guru tersebut sahaja. Cikgu tersebut mempunyai pengalaman dan melakukan kaji selidik, oleh itu tidak rugi mereka yang masih baru melaburkan sedikit wang anda untuk mendapatkan guru yang bertauliah. Pelaburan anda pada hari ini akan membuahkan hasil pada masa akan datang.

8 ) Silap melabur

“Labur RM 10k aku akan dapat RM100k dalam 3 bulan, best ni. Aku pun bukan ada masa nak surf internet sangat, bukan reti nak buat website dan promosi-promosi ni”

Inilah mentaliti orang zaman sekarang, nak cepat kaya labur pada tempat yang tak kena. Jika anda hendak kaya di dalam perniagaan internet, anda perlu tahu membuat website, promosi dan juga transaksi duit keluar dan masuk. Jika tidak tahu bagaimana? Upah saje perkhidmatan yang profesional dengan kadar harga yang berpatutan untuk melakukan perkara-perkara ini.

Saya pernah terfikir, mengapalah saya membazir duit sehingga hampir RM 10k membeli ebook dan menghadiri seminar. Tapi satu pun tidak membantu. Adalah lebih baik saya mengupah orang menyiapkan website dan membuat promosi menggunakan kaedah PPC (Pay Per Click), kosnya pun tidak sampai RM 1k. Saya sudah jimat RM 9k, ruginya saya baru sedar perkara ini :D

9) Alamak terlebih sudah

Maafkan saya jika meminjam kata-kata Stacy AF6 “alamak terlebih sudah” :)

Ini memang kerap kali terjadi pada mana-mana individu yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan internet. Oleh kerana inginkan informasi perniagaan internet, anda sanggup beli buku dan ebook sesiapa sahaja, subscribe semua email berkenaan perniagaan internet dan akhirnya anda mengalami “traffik jam” di dalam otak oleh informasi yang terlampau banyak pada satu-satu masa.

Anda tidak perlu mengambil terlalu banyak informasi, cukup anda fokuskan sahaja 2 atau 3 produk dan subscribe yang betul-betul membantu anda.

10) Tidak berani mencuba

Dalam banyak-banyak sebab yang saya nyatakan, inilah masalah yang paling bahaya iaitu tidak berani mencuba. Tidak berani mencuba, tidak akan anda rasai kejayaan. Percayalah kata-kata saya.

Anda kena berani mencuba, dari mencuba terciptalah kegagalan, dari kegagalan terciptalah kejayaan.

Ulasan di atas hanya pendapat peribadi saya, tiada niat untuk hentam mereka yang terasa apabila membaca artikel ini. Tujuan sebenar adalah ingin menyalurkan informasi yang berguna untuk manfaat bersama :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

10 Sebab Anda Perlu Tinggalkan Perniagaan GDI Pada Hari Ini

Tinggalkan saje, itulah ungkapan yang paling sesuai jika anda mempunyai kriteria yang bakal saya sebutkan nanti. Mengapa tajuk artikel ini begitu garang sekali ya? Jawapan yang mudah dari saya adalah kerana saya tidak mahu layan orang-orang seperti ini. Bukan niat untuk menyombong diri atau tunjuk belagak pandai, tetapi apa sahaja perancangan saya dan motivasi saya akan hancur sebab di pengaruhi oleh mereka.


Sekarang baru saya faham, mengapa sepanjang perjalanan saya di dunia perniagaan internet, boleh dikatakan 90% soalan saya tidak dijawab oleh otai-otai.

Mari kita lihat apakah 10 sebab anda perlu tinggalkan perniagaan GDI pada hari ini mengikut pandangan saya :-

1 ) Merasakan ia susah dan beban

Jika kita fikir ia susah maka tidak berjayalah kita untuk melakukannya. Mengapa kita perlu katakan susah dan membebankan sedangkan kita belum berjuang secara habis-habisan sehingga tiada tenaga lagi untuk melakukannya.

2 ) Anda sememangnya bukan dilahirkan untuk menjual produk

Saya tersenyum apabila ada orang menyatakan kenyataan sedemikian. Dari newbie sehinggalah ke otai, masih ada kedengaran “saya sememangnya bukan dilahirkan untuk menjual produk”.

Mari kita renungkan sebentar, sebagai seorang bakal usahawan dan juga mereka yang telah bergelar usahawan benda yang penting adalah produk dan pembeli. Secara jujurnya saya katakan tiada perniagaan yang tak perlu cari orang untuk membeli atau klik :) Bagaimanakah anda boleh menjana pendapatan dari ebay, adsense, clickbank, ebook, affiliate dan bermacam lagi sekiranya tidak mencari orang?

3 ) Ingin cepat kaya dalam masa singkat

Saya nak sertai perniagaan GDI nak kaya dalam masa seminggu. Adakah ia boleh terjadi? sudah tentu boleh. Bagaimanakah untuk mencapai kaya dalam masa seminggu? berusaha,berusaha dan terus berusaha. Belum pernah ada rekod mengatakan duduk diam sambil goyang kaki boleh jadi kaya melainkan anda berusaha pada awalnya dan goyang kaki pada kemudian hari seperti anda membuat sewaan kereta dan rumah.

4 ) Inginkan kerja yang mudah

Kerja yang tidak memerlukan sebarang modal adalah berfikir. Sebuah syarikat berkehendakan anda memikirkan bagaimana mencipta sebuah kereta yang boleh membawa mereka dari selatan ke utara dalam masa beberapa saat.

Susah atau senang untuk anda memikirkan kerja bagaimana untuk mencipta kereta sepantas itu? Sudah tentu susah. Begitu juga perniagaan GDI tiada yang mudah untuk mencapai kejayaan.

5 ) Tidak bersyukur apa yang anda dapat

“Tolonglah saya, saya dah 4 bulan sertai GDI, sampai ke hari ini saya hanya dapat seorang downline sahaja”.

Bersyukurlah apa yang anda dapat ketika itu. Mengapa tidak anda berbincang dengan downline bagaimana mengembangkan rangkaian anda daripada mengeluh tanpa dapat apa-apa.

6 ) Tiada inisiatif sendiri untuk mencari formula kejayaan

Setiap orang yang dilahirkan mempunyai kehebatan mereka yang tersendiri. Mungkin upline anda hendak mencapai kejayaan dengan berjalan 10km setiap hari, adakah anda mampu untuk meniru caranya? Sudah pasti tidak, oleh itu carilah formula kejayan sendiri dari menunggu formula orang lain yang belum tentu anda sanggup pikul.

7 ) Mengarah orang

“Minggu ini saya nak awak cari downline seramai 5 orang, jika tidak dapat, awak kena belanja saya makan beriani gam selama seminggu berturut-turut :D “.

Di dalam perniagaan GDI, tiada pengarah urusan yang mengarah anda suruh melakukan ini dan itu. Yang ada adalah seorang upline memberi informasi dan tunjuk ajar bagaimana ingin berjaya. Sistem mengarah hanya wujud apabila anda bekerja dengan seseorang dengan syarat-syarat tertentu dan mendapat gaji bulanan dari orang yang menawarkan anda kerja.

8 ) Merasakan satu pembaziran melabur USD10 / RM35 setiap bulan

Jika RM35, saya andaikan sekotak rokok berharga RM5 ini bermakna seorang perokok mampu membeli 7 kotak dalam sebulan. Apakah faedah yang anda dapat dari rokok ini? hanya khayalan semata-mata dan akhirnya anda menjadi sakit.

Bagaimana pula anda melabur RM35 setiap bulan dengan perniagaan GDI? Anda dapat membina rangkaian ke serata dunia dan membina masa depan sistem kewangan anda. Walaupun sudah pencen anda masih mampu mendapat duit setiap bulan daripada perniagaan autopilot ini.

9 ) Memikirkan keuntungan daripada usaha

Sesiapa sahaja akan memikirkan keuntungan sebelum mereka menyertai mana-mana perniagaan. Itu adalah bagus kerana anda melakukan strategi terlebih dahulu bagi menilai adakah anda mampu untuk menjalankan perniagaan yang bakal dilaksanakan.

Bagaimana pula jika anda selalu memikirkan keuntungan sahaja, sehingga mengajak seseorang sertai perniagaan GDI pun berkata, “awak join GDI awak boleh dapat USD100 setiap minggu”. Anda hanya menceritakan duit sahaja, tetapi tidak menceritakan bagaimana downline perlu berusaha untuk buat duit setelah sertai GDI.

10 ) Membina rangkaian ke-2

Membina rangkaian ke-2 ini adalah mencari calon isteri ke-2. Secara umumnya ramai tahu, perniagaan berbentuk MLM ni perlu keluar untuk berjumpa prospek. Sekali kena yang menggoda di jiwa, jom kita kahwin sambil-sambil tu boleh buat perniagaan bersama.

Wah..macam ni pun ada ya..hahaha :D

Janganlah anda buat rangkaian perniagaan atas dasar cinta pandang pertama atau ke berapa pun dengan seseorang. Ini bakal mengundang retak institusi keluarga dan rangkaian perniagaan anda juga bakal retak. Cinta adalah bermain dengan perasaan, jika terguris sedikit pasti meletup semuanya. Berhati-hatilah ketika melakukan tindakan.

Saya rasa sudah cukup menarik tertarik kau memang deboom perkongsian saya mengapa anda perlu tinggalkan perniagaan GDI pada hari ini, jika memiliki salah satu perkara di atas.

PS : “Alang-alang membazir duit, biar membazir ke arah masa depan”

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Luar Biasa Baik !!

Itulah trademark salah sebuah perniagaan MLM di Malaysia yang pernah saya jumpa. Pada permulaan saya mengetahui syarikat ini, saya fikir ia seperti biasa sahaja. Di hari yang telah di tentukan, saya menghadiri perjumpaan yang mereka anjurkan atas sebab ingin mengetahui apa yang mereka perkatakan. Alangkah terkejut dan bercampur tekanan darah tinggi (migrain pada tahap yang tinggi pada ketika itu) pada permulaan majlis, apabila si pengurusi majlis menjerit apa kabar semua? Semua di dalam bilik itu berdiri dan menjawab dengan penuh semangat “Luar Biasa Baik” sambil menepuk tangan dan menunjukkan tanda “bagus”.


Saya tertanya-tanya majlis apakah ini sehingga membuat saya migrain akibat terperanjat dari mereka yang mempunyai kuasa luar biasa ini. Bukankah ini sebuah perniagaan, mengapa mereka mempunyai trademark sedemikian? Sehinggakan ada sebuah buku tempatan pernah menggelarkan perbuatan ini seperti orang gila. Lama kelamaan barulah saya faham mengapa mereka mempunyai trademark tersendiri. Ini adalah untuk menaikkan semangat luar biasa dalam diri dengan mengambil masa beberapa saat sahaja :)

Seperkara lagi adalah trademark mereka bersalam apabila mereka berjumpa di mana-mana sahaja. Jika kita tidak pernah melihatnya, sudah tentu kita akan berkata di dalam hati persatuan apakah ini yang mengajar orang salam lain daripada bersalaman secara normal.

Perkara ini terjadi apabila, saya dan rakan-rakan duduk di kedai minum secara berkumpulan dan bersalaman agak lain sedikit, sehinggakan ia menimbulkan sesuatu kurang senang terhadap sebuah kumpulan lagi di sebelah meja yang saya duduk. Selepas bersalaman, kumpulan di sebelah memanggil salah seorang rakan saya dan bertanya “kau orang ni datang dari kumpulan mana?” pertanyaannya adalah seperti ingin mengajak bergaduh. Kawan saya bertanya “ada apa-apa masalah ke bang?”. Abang itu berkata “aku nampak kau orang salam, pelik semacam, tu aku nak tahu kau dari kumpulan mana?”. Kawan saya hanya berkata “Lu Pikir La Sendiri” tersenyum dan mengangkat kaki dari menjawab pertanyaannya.

Mengapakah perkara sebegini boleh berlaku di dalam masyarakat kita? Rasanya tidak salah jika kita berfikiran baik dan menjadikan di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain sebagai kawan.

Kesimpulan

Apa yang boleh saya katakan di sini janganlah cepat mengandaikan MLM ini sebuah syarikat yang tidak betul dan SCAM. Syarikat MLM di dunia ini kebanyakkannya adalah betul, cuma mereka yang menjadi ahli telah mempromosikannya mengikut cara yang tidak betul dan mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya.

Saya rasa adalah perlu kita membuat trademark sendiri, tidak kiralah perniagaan yang anda lakukan ia bentuk yang bagaimana. Dengan ada trademark tersendiri di gabung dengan sebuah kumpulan perniagaan anda, sudah pasti ia menjanjikan satu semangat yang tidak dapat dijumpai di mana-mana :)

PS : Pastikan trademark yang anda buat itu tidak menyalahi undang-undang agama dan juga tidak memalukan diri anda sendiri di khalayak ramai ;)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.