Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Blogshop Directory Malaysia

Rakyat Malaysia adalah merupakan bilangan kedua paling besar di dalam bab shopping selepas Arab. Ini adalah pemerhatian saya sahaja, betul atau tidak itu tidak pasti :)

Kita boleh lihat dengan jelas di pusat beli belah ramai orang pada hujung minggu atau pada hari cuti umum. Tidak ketinggalan juga ada yang menawarkan perkhidmatan ecommerce dengan susun atur yang mudah dan juga mesra SEO dari keluaran Niagakit. Ini bermakna rakyat Malaysia kini sudah boleh membeli belah secara online tanpa perlu membuang masa hendak ke pusat membeli belah :)

Itu untuk website yang berbayar, anda juga boleh membuat ecommerce menggunakan blogger ia juga mudah dan percuma. Apa yang perlu adalah anda cari theme blogger yang bercirikan ecommerce di search engine.


Cakap pasal ecommerce, tahukah anda wujudnya kedai online anda tanpa promosi siapa yang nak datang dan membelinya. Dengan hasil usaha kawan saya dan juga sedikit bantuan saya, kami telah mewujudkan satu Blogshop Directory Malaysia secara percuma khas untuk rakyat Malaysia :)

Blogshop Directory Malaysia yang baru berusia beberapa bulan telah mencapai lebih 100 pelawat sehari, memiliki PageRank 2 serta menawarkan pengiklanan yang berpatutan.

Dengan wujudkan pengumpulan ecommerce Malaysia di bawah satu bumbung, ia memudahkan carian pelawat dan dapat meningkatkan trafik anda selain menukarkan pelawat kepada pembeli produk anda.

Dengan matlamat membantu perniagaan ecommerce kecil-kecilan di Malaysia, kami telah bersiap sedia mencari pelawat sebanyak mungkin selain mensasarkan Blogshop Directory Malaysia menduduki page pertama di search engine.

PS : Sokonglah produk buatan Malaysia. Jika anda tidak sokong, siapa lagi yang mahu menyokong :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.