Penulis

Salam Perkenalan dan selamat datang ke blog Nabieel.com
Nama saya ialah Nabieel Syed Retos atau lebih di kenali di internet sebagai Nabieel S.R. Saya sudah terlibat di dalam perniagaan internet sejak hujung tahun 2006 lagi. Akan tetapi permulaan saya menapak untuk mengenali dunia perniagaan internet adalah secara main-main atau secara sambilan sahaja.
Setelah 3 tahun saya mempelajari sedikit demi sedikit selok belok perniagaan internet, saya telah pun bersedia untuk melakukan ia secara sepenuh masa. Bukan itu sahaja, saya juga mempunyai perniagaan online dan offline bagi mencapai matlamat utama iaitu umur 25 tahun saya memiliki perniagaan sendiri dan mengintai masa depan yang tenang.
Tujuan kewujudan blog ini bukan sahaja menyalurkan informasi yang berguna kepada pelawat malahan, saya juga membuat coaching berkenaan cara membuat website, khidmat nasihat tentang perniagaan internet, cara membuat blog dan menjalankan perniagaan internet rangkaian. Jika anda rasa perlukan pertolongan dari saya sila isikan borang di bawah
“Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini”
“Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan”
“Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat”








