Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Kepentingan Ilmu & Melabur

Ilmu sudah semesti semua orang tahu ia adalah penting. Tidak kiralah ilmu apa pun kecuali ilmu hitam tidak bagus dituntut, yang lain ia sangat dituntut oleh Islam supaya kita mempelajarinya. Sejauh manakah kita menitikberatkan ilmu pada diri dan bagaimana kita melabur untuk mendapatkan ilmu?


Ilmu ini ada bermacam-macam yang boleh kita lakukan, ada yang menempah orang lain lakukan dahulu kemudian kita pelajari seperti membuat website dan ada yang kita wajib pelajari dan wajib lakukan sendiri seperti perkara fardu ain. Pada topik kali ini saya mengambil contoh kepentingan ilmu membina blog dan cara melaburnya.

1) Belajar Sendiri

Belajar sendiri ini adakalanya percuma dan adakalanya kita melaburkan sedikit modal untuk mengetahui tutorial atau cara yang sebetulnya. Sebagai contoh anda ingin mengetahui cara membina blog, kemungkinan kita meminjam sebuah buku atau membeli buku untuk mengikuti langkah-langkah membina blog.

Cara ini bagus kerana kita cuba sendiri atau try and error dengan hanya berpandukan buku, sekiranya ada sebarang persoalan kemungkinan ia tiada jawapan di dalam buku tersebut dan ia secara tidak langsung melambatkan proses kita untuk menyiapkannya.

2) Bengkel atau Seminar

Menghadiri bengkel atau seminar memerlukan kos yang boleh dikatakan tinggi bermula dari RM200 lebih sehinggalah beribu-ribu ringgit. Jika kita menghadiri bengkel ia akan mengajar langkah demi langkah cara bagaimana membina blog. Manakala jika kita menghadiri seminar ia akan menceritakan tips, panduan dan pengalaman yang dilalui oleh si penceramah.

Cara ini juga bagus, tetapi masa yang singkat memaksimakan ilmu pengetahuan seberapa banyak yang kita boleh dapat. Jika kita seorang yang cepat belajar banyaklah ilmu yang diperolehi, jika tahap pembelajaran kita lambat itulah yang selalu kita dengar “lepas habis seminar aku masih tak mampu buat apa-apa”

Jika di dalam bengkel atau seminar itu terdapat 30 peserta, ini bermakna sesiapa yang aktif bertanya, penceramah akan menjawab dan menolong kita. Selalunya sesi bengkel dan seminar terdiri di antara 2 sehingga 5 orang ahli panel. Untuk mereka fokus kepada 30 orang peserta kemungkinan agar sukar dengan masa yang terhad.

3) Personal Coaching

Mempelajari dengan cara personal coaching adalah yang paling terbaik. Harga personal coaching juga adalah lebih mahal di antara RM400 sehingga ribuan ringgit. Personal coaching ada pelbagai kaedah mengikut cara berapa jumlah pembayaran yang dibuat. Ia boleh dilakukan melalui chatting, bersua muka (face to face) dan perbualan melalui internet seperti menggunakan skype, gtalk dan lain-lain.

Cara ini merapatkan di antara kita dan guru yang mengajar. Ini membolehkan kita lebih cepat memahami kerana penumpuan yang lebih berbanding cara-cara sebelum ini. Peserta boleh bertanya apa sahaja soalan yang tidak faham secara terus tanpa perlu berebut-rebut mengangkat tangan seperti menghadiri bengkel atau seminar.

4) Tempahan

Melalui cara tempahan adalah cara yang paling pantas menjana duit sebelum kita pelajari sedikit demi sedikit cara bagaimana membuat duit dengan blog. Cara ini menjimatkan masa, tenaga dan duit kita, tetapi ilmu yang bakal kita dapat juga adalah lambat sedikit dari kebiasaan kita pelajari. Ia memerlukan kita memerhati atau membongkar perjalanan dari mula sehingga akhir kita boleh menjana duit melalui blog. Pembongkaran yang kita lakukan setelah di “setting” oleh perkhidmatan yang kita tempah ini memerlukan kita berhati-hati supaya kita tidak menyentuh apa-apa program yang telah di “setting” agar ia tidak lari dari kedudukan asal.

Dari 4 cara yang saya pelajari selama ini saya akan lakukan langkah demi langkah seperti orang baru merangkak mempelajari sesuatu. Pertama saya akan belajar sendiri, sebelum mengikut personal coaching, bengkel atau seminar dan akhir sekali membuat tempahan sekiranya saya masih gagal membuat apa yang saya kehendaki :) Setiap orang berlainan pendapat dan pengetahuan, anda boleh pilih manakah yang selesa untuk dimulakan dahulu dan tidak semestinya setiap di atas perlu dilengkapkan ke semua sekali. Ada cuma menggunakan satu cara di atas sudah boleh berjaya dan memahami ilmu yang dikehendaki.

Saya doakan anda teruskan belajar walau pada peringkat mana sekalipun. Tidak rugi kita mempelajari pelbagai ilmu di dunia ini bagi menambahkan pengetahuan dan juga berkongsi secara bersama :)

Kejayaan Usahawan

Kejayaan adalah satu kemenangan seseorang tentang apa yang dilakukan. Sebagai seorang usahawan offline mahupun usahawan online, kita perlu mencapai kejayaan demi anjakan ke arah yang lebih baik. Kejayaan perlulah dilalui dengan kejayaan yang kecil dan seterusnya meningkat kepada yang besar.


Apa akan jadi jika anda tidak memiliki apa-apa tetiba mencapai kejayaan yang besar?

Bagi pendapat saya, ia adalah satu perkara yang positif dan bagus, kerana mencapai kejayaan besar dalam masa singkat dengan hasil usaha yang dilakukan. Tetapi perlu diingatkan juga, setiap kejayaan besar secara tiba-tiba akan mengundang kejatuhan yang teramat cepat.

Benda ini benar walaupun ia adalah dari kata-kata orang tua. Saya mengambil contoh cerita berkenaan seorang penyanyi yang bernama Mawi. Beliau berjaya mencapai kejayaan besar dalam sekelip mata apabila menjuarai AF3 dan beliau digelar “Raja SMS”. Malahan fenomena itu tidak berhenti begitu sahaja, habis nama Mawi terlekat pada nama selendang. Sedang asyik orang memuji Mawi, beliau meningkat begitu mendadak, akhbar menilai aset Mawi miliki dalam masa singkat sudah setaraf Dato Siti Nurhaliza dan sebagainya. Tiba hari ini, ada tak kita mendengar cerita kejayaan Mawi lagi? Walaupun hampir setiap hari tayangan cerita Mawi di Astro, tetapi itu rakaman lama :) Mengapa cerita berkenaan Mawi kian pudar? Mawi sudah jatuh?

Jawapan yang berani saya berikan adalah, Mawi belum cukup bersedia melalui kejayaan besar kerana beliau hanya memiliki pengalaman yang terlalu cetek dan kini beliau menjadi manusia normal untuk mempelajari bagaimana mengekalkan momentum kejayaan terhadap diri sendiri.

Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata

Sememangnya kejayaan bukan datang dalam sekelip mata. Kejayaan yang datang dalam sekelip mata adalah kejayaan yang bakal jatuh dalam sekelip mata juga. Dalam kehidupan, kita mesti melalui masa kejayaan dan juga masa kegagalan. Barang siapa yang berusaha susah payah untuk mencapai kejayaan, saya tidak berasa takut apabila mereka berada di masa kegagalan kerana mereka tahu apa yang perlu dibuat.

Apa yang takut adalah mereka yang tidak atau kurang lalui masa susah tetiba mencapai kejayaan. Bila tiba masa kejatuhan mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat dan kemungkinan putus asa serta mengalami kerugian yang amat teruk pada perniagaan adalah tinggi. Apabila tiba tahap ini, macam-macam perkara buruk boleh berlaku seperti jatuh sakit, kekecewaan yang keterlaluan dan lain-lain lagi.

Kejayaan Saya

Alhamdulillah walaupun ia adalah kejayaan kecil, saya berjaya juga menghasilkannya. Antara kejayaan saya pada bulan februari adalah :-

1) Meningkatkan trafik blog sebaik yang mungkin.


2) Melancarkan eBook Cara Meningkatkan Trafik Blog dengan menggunakan teknik percuma. Anda boleh mendapatkan ebook ini di sini

3) Menambahkan perkhidmatan iaitu memasang ecommerce di blog wordpress anda. Sambil blogging anda boleh menggunakan ecommerce. Untuk membuat ecommerce atau kedai online adalah satu perkara yang sukar dan juga jika menempah untuk membuatnya paling murah pun RM500.

Dengan perkhidmatan memasang ecommerce di blog wordpress ini sekurang-kurangnya ia mampu dimiliki oleh sesiapa dan ia juga adalah merupakan satu sistem yang senang untuk sesiapa memilih perkhidmatan yang anda tawarkan.

Sebagai contoh anda ada menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat dengan harga RM20. Selalunya anda akan gunakan kotak form hubungi di dalam perniagaan sampingan sebegini. Mengapa tidak anda guna perkhidmatan ecommerce ini, ia mudah, kelihatan profesional dan bersistematik :)

Bagaimana sekali pun bentuk kejayaan anda, teruskan usaha janganlah berputus asa. Ada kala usaha yang meletihkan, pada saat hampir putus asa kejayaan akan muncul tanpa didugakan :D

Kuasa Blog

Blog dan web jualan adalah satu perkara yang sangat berkaitan rapat. Ada blog tak ada website kita boleh buat jualan, ada website tiada blog kita boleh buat jualan juga tetapi tidak menarik seperti ada kedua-duanya :)

Apakah kelebihan blog di internet berbanding website jualan?

1) Blog boleh di kemaskini berapa kali dalam seminggu dalam bentuk artikel.

2) Blog boleh berinteraksi seperti kita sedang bercakap dengan kawan, famili atau sesiapa sahaja.

3) Kerap kemaskini akan meyakinkan orang terhadap diri dan jualan yang kita promosikan.

4) Blog mudah di index dengan search engine dari keyword yang kita gunakan. Jika kita menceritakan tentang perniagaan menjahit, setiap artikel berkenaan menjahit, tidak mustahil blog kita akan mendapat keyword yang bagus di search engine berkenaan menjahit.

5) Blog adalah pusat mengumpul trafik sebelum trafik bertukar ke laman jualan kita dan seterusnya bertukar kepada membeli produk kita.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, blog begitu penting di dalam perniagaan mahupun informasi yang kita ingin sampaikan kepada umum. Lakukan penulisan blog seperti kita bercakap dengan rakan, famili mahupun kekasih kita :) Jika kita boleh bercakap atau bercerita, takkan menukar cara bercakap ke bidang penulisan tidak boleh :D


Kemungkinan orang yang masih baru di dalam blogging, berfikiran janji buat blog dan boleh menyebarkan informasi yang ingin kita sebarkan sudah memadai. Kita terlupa mempromosikan blog tersebut supaya orang membaca apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang amat penting juga.

Jika tiada pelawat melawat blog kita, anda akan rasa seperti penulisan yang dilakukan tidak berguna dan juga diri seperti putus asa untuk berhenti dari menulis. Lama kelamaan kita tinggalkan bidang menulis dan produk yang sepatutnya boleh memberi pulangan yang baik pun ditinggalkan kerana beranggapan kita tidak sesuai menjual produk atau kita yang rasakan produk itu memang tidak mendapat sambutan. Anda jangan terkejut jika ada yang menjual durian di internet dan mendapat permintaan :D Kita hanya perlu tahu bagaimana untuk mempromosi blog dari hari ke bulan dan seterusnya ke tahun.


Jika kita pernah atau ada atau akan memiliki blog, kita akan rasa “Kuasa Blog” pada suatu hari. Anda boleh lihat seperti di gambarajah di atas, idola saya kini tinggal beberapa ribu sahaja untuk mencapai 100k di Alexa. Ini menunujukkan blog beliau mempunyai trafik yang semakin baik kerana beliau sudah tahu bagaimana ingin mempromosikan blog dengan betul. Mendapat kedudukan yang baik pun bukan mendapat piala, itu kata beliau. Apabila sudah tahap di sini kita sebenarnya sudah mempunyai kuasa blog yang luar biasa malahan piala juga tidak mampu membayar kepakaran kita :D Buat niche apa sekali pun jika dah memiliki kuasa ini, blog baru ditubuhkan pun boleh mencapai pelawat yang ramai.

Kesimpulan untuk menjadi kuasa blog kita perlu belajar bagaimana ingin menjadi seperti idola kita, belajar bagaimana mempromosi blog, belajar bagaimana mencari keyword, belajar apa yang orang suka, belajar cara menulis dengan betul dan belajar bagaimana membuat blog dengan betul :D Semuanya berkaitan dengan belajar, oleh itu ingin menjadi “Kuasa Blog” kita perlu belajar :)

PS : Jadikan blog ini sebagai sumber pembelajaran dan informasi anda :)

Idola Saya

Setiap orang pasti mempunyai idola. Tidak kira kita menceburi bidang apa sekalipun pasti kita mempunyai idola sebagai model atau contoh untuk berjaya. Dengan adanya idola perasaan kita ingin jadi seperti beliau adalah tinggi :D

Untuk berjaya kita perlu mempunyai identiti sendiri, sebelum mempunyai identiti tersendiri kita perlu tiru cara idola kita, maksud di sini bukan tiru sehingga produk idola anda hasilkan juga anda tiru. Itu dah kira melanggar hak cipta :) Tiru di sini adalah seperti cara bekerja, cara percakapan, cara penampilan dan seumpama dengannya.


Disebabkan saya menceburi bidang perniagaan internet dan blogging, idola saya adalah Dr. Irfan Khairi. Tetapi itu adalah idola saya no. 2 . Idola saya kini adalah seorang blogger Malaysia yang begitu terkenal sekali iaitu Encik Rohaizad iaitu Rohaizad.com :)

Mengapa saya menjadikan beliau sebagai idola?

1) Seorang blogger yang sempoi.

2) Menjawab sebaik mungkin seberapa banyak komen yang ada di blog beliau.

3) Suka berkongsi ilmu berkaitan blogging baik secara percuma ataupun berbayar.

4) Cara penampilan yang baik semasa berinteraksi di komen blog mahupun facebook. Bersua muka belum pernah lagi :)

5) Mempunyai kejayaan demi kejayaan yang boleh saya contohi.

6) Mungkin beliau boleh masuk atau sesuai untuk semua peringkat umur. Sebab itu beliau semakin popular :p

Bukan hendak bodek atau mengampu beliau. Penilaian ini, saya lihat sejak saya mengenali beliau melalui “blog walking” saya melihat begitu ramai yang memberi komen di blog beliau. Sudah pasti ada sesuatu menarik pada diri beliau. Sehingga pada suatu hari saya memberi gambar beliau untuk dinilai oleh seseorang yang tidak mengenali beliau. Jawapan yang diterima adalah lebih kepada positif.

Setakat ini saya mempelajari sesuatu dari beliau secara pemerhatian, adalah cara beliau memberi komen dan memberi informasi yang berguna sehingga membuatkan trafik blog beliau semakin meningkat. Saya juga ingin seperti beliau dan alhamdulillah setakat saya ikuti, saya berjaya melakukannya pada tahap pertama :)

Kejayaan boleh dicapai dengan memiliki idola yang kita rasakan ia boleh menjadi panduan untuk kita seperti si dia.

Bukan bererti tidak kawan dengan sesetengah orang! Tetapi, dekati juga mereka yang lebih berjaya daripada anda, baca kisah-kisah mereka yang berjaya dan aplikasikan apa yang dapat dipelajari daripada bulatan kenalan anda yang berjaya ~ Irfan Khairi

Cara Buka Pusat Tuisyen

Pada zaman sekarang ibu bapa sudah mula membuka minda untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen atau melakukan tuisyen di rumah mereka sendiri. Ibu bapa mahukan anak-anak mereka lebih pandai dan berjaya daripada mereka.


Anak murid semakin ramai, tetapi guru tuisyen tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang begitu hangat terutamanya di bandar-bandar pesat seperti di Johor Bahru, Selangor, Kuala Lumpur dan Penang.

Di dalam bidang tuisyen ini sememangnya mulia kerana anda memberikan ilmu yang berguna untuk manfaat anak-anak kecil mempelajarinya demi menempuh kehidupan harian. Tanpa ilmu anak-anak kecil ini melalui kehidupan seperti tanpa arah tujuan dan mulalah mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Saya rasa ramai yang ingin mengetahui bagaimana cara buka pusat tuisyen :-

1) Anda boleh membeli buku Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya

2) Boleh ikuti Seminar Tuisyen bagaimana menjana duit sampingan dengan tuisyen sambilan.

3) Anda juga boleh bertanya kepada mereka yang pernah melakukannya atau ikut sekali bagi merasai bagaimana melakukan tuisyen.

4) Melawat blog-blog yang menceritakan tentang tuisyen.

Tuisyen adalah satu pekerjaan yang betul-betul boleh buat duit sampingan baik secara offline ataupun online. Jika anda mempunyai bakat mahupun kemahiran lakukan sekarang home tuisyen berdekatan dengan rumah anda.

PS : Sekiranya sesiapa inginkan khidmat guru tuisyen di Langkawi bolehlah email ke tuisyen@nabieel.ws atau hubungi terus guru tuisyen iaitu Cikgu Su 0125963609.

PSS : Ketahui siapakah penulis artikel ini dengan lebih lanjut di sini

Serama Online

PELIK! Dalam banyak ternakan lain lembu, kambing atau ayam mengapa memilih ayam serama? Bukankah harganya mahal? Berbaloi ke? Begitulah antara soalan yang kerap ditanya kira-kira setahun yang lalu sewaktu Ahmad Fauzi Mohamed mengambil keputusan menternak ayam serama secara komersial. ~ Petikan Utusan Online – Serama Malaysia ke peringkat global

Memandangkan hobi ayam serama ini sudah lama di Malaysia dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan di pasaran offline tetapi kurang di pasaran online. Saya ingin membuat sedikit review tentang Ayam Serama di internet :)

Pada tahun 1998 saya dan keluarga pernah memiliki reban ayam di belakang rumah. Walaupun rumah taman ia tidak mematahkan semangat saya dan keluarga menternak ayam kampung, ayam hutan, ayam siam dan juga ayam serama. Niat di hati menternak ayam serama adalah ingin dijadikan perniagaan secara kecil-kecilan, tetapi tidak berjaya atas sebab pengetahuan tentang penternakan ayam yang terlalu cetek.


Setelah 10 tahun berlalu, saya telah menjumpai seorang rakan di Langkawi, begitu meminati Ayam Serama sehingga ingin memiliki blog sendiri untuk berkongsikan cerita Ayam Serama serta menjual secara online. Dengan sedikit bantuan dari saya serta sedikit bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh rakan yang bernama Remie telah berjaya mewujudkan blog sendiri walaupun menggunakan blogger sahaja.

Beliau telah menunjukkan bahawa hobi juga boleh dibawa teruskan ke online dengan mewujudkan blog dan juga menjual di internet. Jika beliau yang memiliki pengetahuan bidang IT terlalu cetek boleh melakukannya dengan usaha ingin belajar, mengapa tidak anda? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

PS : Ikuti testimoni eBook Cara Meningkatkan Trafik Blog oleh Tuan Aqif di sini

PSS : Ketahui siapakah penulis artikel ini dengan lebih lanjut di sini