Malu Bertanya Sesat Jalan
Jika kita hendak berjaya kita perlulah sentiasa bertanya. Tidak kiralah bertanya kepada yang lebih tua atau kepada yang lebih muda dari kita. Pertanyaan kita hendak tidak memalukan seseorang atau tidak membuatkan seseorang itu tidak mahu menjawab kerana soalan itu terlalu mudah di cari di internet.
Di antara pertanyaan yang terlalu mudah untuk mendapat jawapan adalah :-
Saya nak tanya, cara bagaimanakah untuk berforum?
Saya nak tanya, cara buat blog?
Saya nak tanya, cara upload video ke youtube?
Saya nak tanya, cara nak kuruskan badan?
Saya nak tanya, cara buat pizza?
Saya nak tanya, cara buat laman web?
Saya nak tanya, cara buat resume?
Saya nak tanya, cara buat kek coklat?
Kebanyakan pertanyaan di atas boleh dicari di google atau youtube terlebih dahulu sebelum bertanya kepada sesiapa.
Cara mencari persoalan anda :-
1) Taip google.com atau youtube.com
2) Taipkan keyword persoalan anda. Sekiranya tidak jumpa sila taip di dalam Bahasa Inggeris.
3) Jika tidak jumpa, barulah anda bertanya kepada sesiapa yang anda rasa betul-betul boleh menjawab atau tanyakan sahaja di forum-forum.
Internet adalah merupakan tempat untuk anda mencari segala informasi tanpa sempadan. Kebaikan atau keburukan informasi itu bergantung dengan carian yang anda lakukan.
PS : Terima kasih google kerana menyatakan nama Nabieel “who is the richest man in the world”.
=========================================================
Biodata Penulis:

Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.




.gif)




Hahahaha…..semoga murah rezeki untuk jadi orang kaya