Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

GDI : Hukum Multi Level Marketing (MLM)


Nampaknya wakil tuan besar iaitu Pemburu Impian begitu tidak tenang hatinya apabila sering kali orang di luar sana mempertikaikan perniagaan yang berbentuk Multi Level Marketing (MLM).

Dengan perasaan yang tidak tenang ini, Pemburu Impian telah membuat Solat Istikharah selama 7 hari (Islam sukakan nombor ganjil) dan mendapatkan buku berkenaan hukum perniagaan berbentuk MLM. Ikuti ulasan ringkas oleh Pemburu Impian :-

Bahagian pertama: Pengertian MLM

Bahagian kedua: Para ‘Ustaz’ dan MLM

Bahagian ketiga: Beberapa keraguan Syariah dalam MLM

Bahagian keempat: Syarat minimum Syariah bagi sesebuah MLM

Bahagian kelima: Bentuk skim MLM alternatif dan menepati Syariah

Bahagian keenam: Fatwa Majlis Ulama Indonesia berkenaan MLM

Melalui pengamatanku, penulis tidak menjatuhkan/menentukan hukum MLM. Penulis sekadar memberikan pandangan dan garis panduan dari segi hukum berjual beli. Penulis hanya merujuk kepada sebuah buku (All about MLM, Benny Santoso) untuk mengulas bahagian pertama: Pengertian MLM. Ulasan penulis pada bahagian itu cuma 7 baris ayat sahaja. Secara logiknya sesiapapun tidak berani menjatuhkan/menentukan hukum selagi belum benar-benar membuat kajian yang mendalam dan saksama. Apatah lagi industri jualan langsung adalah sebuah industri yang besar dan kompleks sebagaimana halnya industri perbankan/kewangan.

Kenyataan ini diluahkan sendiri oleh penulis pada muka surat 210.

“Saya tidak dapat lari daripada dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga sukar menerangkan hukumnya secara jelas.

Manakala pada muka surat berikutnya penulis menulis begini,

Bagi membantu masyarakat yang semakin hanyut dalam industri ini, saya merasa terpanggil berkongsi panduan umum Syariah dalam hal MLM ini. Bagaimanapun, saya tidak mampu menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

dan, pada muka surat 223 penulis menyambung begini,

Walau bagaimanapun, hukum MLM ini masih terbuka bagi perbincangan. Malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui isi ini agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan MLM ini disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab para ilmuan Syariah Asia Tenggara membantu masyarakat mengetahui pandangan Syariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya adalah pandangan awal bagi memberi ingatan dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlu pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapat serta memikirkan akhirat yang kekal abadi.

Atas perkara itu, bahagian penting untuk aku jadikan sandaran untuk membuat keputusan (jika berdasarkan pandangan dan nasihat penulis) adalah merujuk kepada bahagian ketiga . Pada Bahagian ketiga: Beberapa keraguan Syariah dalam MLM, penulis telah menulis begini,

“Sistem jualan pelbagai peringkat atau MLM ini boleh jatuh dalam kategori antara syubhah dan haram apabila menggunakan beberapa item berikut:

1) Harga tinggi daripada biasa

2) Sasaran jualan sebagai syarat komisen

3) Tiada produk diniagakan

Manakala pada bahagian keenam , fatwa yang jelas telah dikeluarkan. Fatwa ini adalah bertepatan pula dengan harapan penulis,

“Justeru itu, menjadi tanggungjawab para ilmuan Syariah Asia Tenggara membantu masyarakat mengetahui pandangan Syariah tentang MLM ini”

Oleh itu, aku merasakan bahawa pendapat yang ada kredibiliti untuk dijadikan hujah membuat keputusan terdapat pada bahagian ini:

Bahagian Keenam: Fatwa Majlis Ulama Indonesia berkenaan MLM

Akhir-akhir ini di tengah-tengah masyarakat Indonesia muncul sebuah sistem perdagangan baru dikenali dengan istilah Multi Level Marketing atau singkatannya MLM. Sistem perdagangan ini dipraktikkan oleh pelbagai perusahan, antaranya Amway, Uni Beauty Shop International (UBSI) dan DNX Indonesia. Sistem perdagangan ini menarik sebahagian rakyat kerana menjanjikan keuntungan besar dalam waktu singkat.

Berkenaan dengan hal ini MLM, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ulama Indonesia, DKI Jakarta memfatwakan:

1. Bahawa sistem Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh Syariah Islam dengan syarat-syarat berikut:

a. Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-bai’) dan pembeli (al-musytari) atas dasar suka sama suka (’an taradhin) , dan tidak ada paksaan.

b. Barang yang dijualbeli (al-mabi’) suci, bermanfaat dan telus sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar)

c. Barang-barang tersebut dijual beli dengan harga yang wajar

1. Jika sistem perdagangan MLM dilakukan dengan cara paksaan; atau barang yang dijual tidak jelas kerana dibungkus dalam bentuk bungkusan serta tidak dapat dilihat oleh pembeli, hukumnya tatkala itu adalah haram kerana ia mengandungi unsur kesamaran atau penipuan (gharar)….terdapat 18 baris lagi huraian mengenainya

2. Jika perusahan MLM melakukan kegiatan mengumpul dana orang ramai sebagai modal syarikat dengan janji akan memberikan keuntungan tertentu dalam setiap bulannya, maka kegiatan tersebut adalah haram kerana ia merupakan transaksi riba yang jelas-jelas diharamkan oleh Allah SWT.

Kesimpulannya, oleh kerana terdapat sistem MLM yang diharamkan oleh Syariah Islam, hendaklah umat Islam berhati-hati dalam melakukan kegiatan perdagangan dengan cara MLM.

Pilihlah sistem perdagangan MLM yang benar-benar diperbolehkan oleh Syariah Islam kerana memenuhi syarat-syarat yang telah disebutkan di atas.

Aku dapati pendapat penulis pada Bahagian ketiga keserasian dengan Fatwa Majlis Ulama Indonesia tersebut.

“Semoga rakan-rakanku yang bertanya mendapat sedikit maklumat dan berusaha pula membaca sendiri kandungan buku tersebut untuk kefahaman yang lebih. Tambahan pula terdapat banyak lagi isu-isu Syariahberkenaan hal-hal kewangan lain. Tentunya buku itu bermanfaat untuk dibaca hatta dimiliki” Bisikku

“Perasanku kini semakin tenteram. Perasanku semakin tenteram bilamana kerap mengamati huraian ini,

“Sistem jualan pelbagai peringkat atau MLM ini boleh jatuh dalam kategori antara syubhah dan haram apabila menggunakan beberapa item berikut:

1) Harga tinggi daripada biasa

2) Sasaran jualan sebagai syarat komisen

3) Tiada produk diniagakan

Diharap perkongsian Pemburu Impian dapat membuka minda dan manfaat bersama.

PS: Terima kasih Pemburu Impian kerana memberikan saya menyebarkan artikel GDI : Hukum Multi Level Marketing (MLM) kepada umum :)

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • email
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • 豆瓣
  • 豆瓣九点
  • Add to favorites
  • BarraPunto
  • Bitacoras.com
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • Blogplay
  • blogtercimlap
  • connotea
  • Current
  • del.icio.us
  • Design Float
  • Diggita
  • Diigo
  • DotNetKicks
  • DZone
  • eKudos
  • Fark
  • Faves
  • Fleck
  • FriendFeed
  • FSDaily
  • Global Grind
  • Gwar
  • HackerNews
  • Haohao
  • HealthRanker
  • HelloTxt
  • Hemidemi
  • Hyves
  • Identi.ca
  • IndianPad
  • Internetmedia
  • Kirtsy
  • laaik.it
  • LaTafanera
  • LinkaGoGo
  • LinkArena
  • LinkedIn
  • Linkter
  • Live
  • Meneame
  • MisterWong
  • MisterWong.DE
  • Mixx
  • MOB
  • MSN Reporter
  • muti
  • MyShare
  • MySpace
  • N4G
  • Netvibes
  • Netvouz
  • NewsVine
  • NuJIJ
  • PDF
  • Ping.fm
  • Posterous
  • Print
  • Propeller
  • QQ书签
  • Ratimarks
  • Rec6
  • Reddit
  • Scoopeo
  • Segnalo
  • SheToldMe
  • Simpy
  • Slashdot
  • Socialogs
  • SphereIt
  • Sphinn
  • Suggest to Techmeme via Twitter
  • ThisNext
  • Tipd
  • Tumblr
  • Upnews
  • viadeo FR
  • Webnews.de
  • Webride
  • Wikio
  • Wikio FR
  • Wikio IT
  • Wists
  • Wykop
  • Xerpi
  • Yigg
Name:
Email:
 
Kotak di atas hanya untuk mereka yang ingin belajar sesuatu dari saya

One Response to “GDI : Hukum Multi Level Marketing (MLM)”

  1. Adney says:

    aku tertarik dega GDI tapi masih belum join daa.. hoho

Leave a Reply