Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Melihat Trafik Website

Saya ada dapati beberapa orang masih tidak tahu trafik websitenya berapakah pelawat sehari, datang dari negara mana, datang dari link mana, keyword apa yang di klik sehingga pelawat ke website anda dan seumpamanya :)

Anda boleh melihat kedudukan website anda di Alexa,sekiranya kecil jumlah itu bermakna ramailah pelawat ke blog anda dan anda boleh sertai Nuffnang untuk mengetahui link dari mana di klik, keyword yang di klik dan datang dari negara mana. Cara begini ketepatannya tidak dapat diketahui dan tidak boleh dilihat lebih terperinci apa yang sepatutnya kita tahu.

Saya akan tunjukkan cara kepada mereka yang menggunakan hosting berbayar bagaimana melihat trafik website :-

1) Layari cpanel anda di http://domainanda.com/cpanel

*Gantikan domainanda dengan URL website anda


2) Cari di bahagian Logs dan klik pada Image Awstats


3) Anda akan di bawa ke Image seperti di atas, pilih domain yang anda ingin lihat trafiknya dan klik pada Image kanta pembesar.

4) Satu page yang tersenarai segala butiran trafik website anda akan kelihatan.

Cara ringkas di atas hanya boleh dilakukan oleh mereka yang membeli hosting sahaja. Bagi mereka yang menggunakan website percuma anda tidak mempunyai kelebihan berbuat demikian.

Melalui cara ini anda boleh buat sedikit kaji selidik tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan pesaingan pada website anda dengan website yang sama niche dengan anda.

PS : Ketahui siapakah penulis artikel ini dengan lebih lanjut di sini

Cara Buat Borang Pesanan

Pada permulaan penglibatan saya di dalam dunia membuat website, faktor utama permasalahan saya adalah untuk membuat borang pesanan. Disebabkan pengetahuan tentang php saya begitu kurang ini telah memberikan sekatan untuk saya melakukannya :)


Anda boleh menggunkan cara membuat borang pesanan menggunakan document google secara percuma.

1) Login http://docs.google.com

2) Klik pada Create new dan pilih Spreadsheet


3) Klik pada Form dan pilih Create a form


4) Dibahagian ini anda perlu mengisi beberapa bahagian penting bagi melengkapkan borang anda.

Untitled form – letakkan tajuk borang anda

You cann include… – taipkan sedikit penerangan atau panduan mengisi borang.

Add item – butang ini adalah untuk anda menambahkan lagi ruangan kotak yang diperlukan lagi pada borang. Ia terdapat beberapa pilihan seperti text, paragraph text, multiple choice, checkboxes, choose from a list, scale dan grid.

More actions – butang ini terdapat 2 komponen penting iaitu Embed kod yang perlu di copy dan paste ke laman yang dikehendaki borang itu diletakkan dan Edit confirmation adalah ayat pengesahan selepas mengisi borang tersebut.

5) Saved kerja-kerja yang telah anda lakukan tadi dan siap :)


Sekiranya anda inginkan borang pesanan yang menggunakan php dan install ke hosting, anda boleh layari blog Syed Ikhwan untuk mengikuti tutorialnya.

Belajar Buat Website

Seorang usahawan internet yang berjaya perlu mengetahui cara membuat website walaupun ia secara asas. Agak sukar seseorang yang bergelar usahawan yang berjaya, tidak faham atau tidak tahu hendak buat website.
Read more…