Ada beberapa kawan email saya bertanyakan apa perniagaan yang boleh dilakukan pada tahun 2010? Bagi saya tahun ini adalah tahun perniagaan internet, jual apa pun insyaallah boleh laku dengan syarat tahu cara promosi yang betul, bukan main tangkap muat promosi dan SPAM di merata tempat

Antara yang saya nampak perniagaan internet yang boleh mendapat sambutan tahun 2010 adalah :-
1) Menjual jersi bola World Cup 2010
2) Perkhidmatan membuat minisite
3) Perkhidmatan membuat ecommerce atau kedai online
4) Perkhidmatan membuat website dan blog
5) Perkhidmatan design website seperti ecover, banner dan sebagainya
Ini adalah di antara beribu perniagaan internet yang laku pada tahun ini. Anda hanya perlu buat sedikit kajian di forum-forum apakah yang mendapat sambutan hangat apabila dibincangkan.
Kesilapan memulakan perniagaan internet
Saya melihat ada yang cuba mengumpul mail list dengan memberikan produk percuma. Itu adalah bagus, tetapi bila di tanya apakah produk yang ingin diberikan, beliau berkata ebook cara memulakan perniagaan internet. Cara memulakan perniagaan internet adalah terlalu umum tajuknya, mengapa tidak anda buat ebook bagaimana menjana pendapatan di internet dengan hanya mengajar membuat website. Lakukan sesuatu yang lain dari produk yang terdapat di internet.
Berikut adalah beberapa kesilapan ketika memulakan perniagaan internet :-
1) Tidak memiliki sistem autoresponder – ada yang cuba menghantar email satu per satu dan mengatakan itu adalah newsletter. Sebenarnya anda sedang melakukkan SPAM walaupun email yang diberikan adalah berguna. Jika betul ia newsletter pastikan ia di hantar dalam keadaan yang profesional dan di email tersebut mempunyai link unsubcribe atau remove bagi memudahkan pelanggan anda ingin melanggan newsletter anda lagi atau tidak. Kita tidak boleh memenuhi kehendak hati setiap pelanggan.
2) Tidak memiliki minisite atau website – anda ingin berniaga di intertnet tetapi tidak mahu atau tidak tahu membuat minisite atau website perniagaan yang anda ingin jual. Ia umpama anda bercakap tetapi pelanggan tidak nampak apakah produk anda yang sebenarnya dan secara jujur ia kelihatan tidak profesional.
3) Tidak tahu cara promosi – saya biasa mendengar, boleh tak awak buat website saya cantik-cantik. Saya cuma katakan saudara tahu bagaimana promosi produk di internet? Jawapan beliau tidak tahu. Anda ada autoresponder canggih mana pun dan mengupah orang membuat website sehingga RM 2k sekalipun ia tidak bermakna jika tidak tahu cara promosi yang betul. Promosi adalah senjata penjualan perniagaan anda.
4) Tidak fokus – apa sahaja yang kita lakukan kita perlu fokus baru boleh mendatangkan hasil. Bila sudah cukup fokus, perniagaan anda boleh dilakukan secara autopilot, pada ketika itu anda sudah boleh memikirkan perniagaan lain untuk menambahkan lagi sumber pendapatan.
Apa yang diperkatakan adalah pengalaman yang saya lalui. Kemungkinan ia berlainan dengan pengalaman yang anda lalui. Diharap sedikit perkongsian ini bakal merubah anda untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Salam kejayaan usahawan dari saya











