Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Hasil Daripada Fokus 2009

Artikel sebelum ini saya ada menyatakan tahun 2010 sekiranya anda betul-betul berminat di dalam sesuatu perkara anda perlulah fokus untuk mendapatnya.

Saya ingin berkongsikan kepada anda bukti saya fokus apa yang saya kehendaki.


1) Carta di atas adalah berkenaan traffik ke blog saya yang tak seberapa ini. Pada permulaan tahun 2009 saya hanya melakukan sekadar suka-suka di dalam dunia perniagaan dan blogging. Setelah saya sudah merasakan ia sebagai tanggungajawab atau masa depan saya, saya mula fokus pada saat-saat akhir tahun. Buktinya saya telah pun mendapat peratusan traffik 2 bulan melebihi 1000 pelawat unik.

Pelawat unik ini, membuktikan saya mempunyai pengikut tanpa saya sedari secara langsung. Dan ini juga memberi semangat untuk saya berkongsi sesuatu yang berfaedah kepada pelawat saya.

2) Di sebabkan minat yang mendalam di dalam dunia perniagaan dan blogging. Saya telah mewujudkan beberapa website dan blog untuk tujuan mencapai cita-cita saya. 3 daripada website tersebut telah menunjukkan hasil yang membangga kerana semalam saya telah mendapat berita bahawa website-website tersebut telah pun di naikkan page rank di antara PR 1 dan PR 2.

Selaku orang baru yang berkecimpung di dalam dunia perniagaan dan blogging ini, saya begitu berasa bangga kerana ia telah menampakkan hasil permulaan langkah kanan saya ke arah matlamat yang lebih jelas pada tahun 2010.

3) Kini saya sudah memiliki perniagaan online dan juga perniagaan offline. Perniagaan ini bukanlah ia dilakukan secara berseorangan. Oleh itu saya juga, perlu mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada team saya dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa mendorong ke arah kejayaan :)

3 kejayaan yang di anggap bermakna untuk saya, telah mencetuskan sesuatu yang lebih menarik terhadap idea-idea saya sebelum ini.

PS : Saya telah berbesar hati ingin memberikan hadiah kepada anda secara PERCUMA lebih dari 10k artikel pelbagai niche dan juga ebook-ebook yang berguna. Sila dapatkan di sidebar blog ini.
PSS : Nantikan artikel yang seterusnya bagaimana saya menetapkan matlamat hidup ketika masih di bangku sekolah dan ia menjadi kenyataan pada masa sekarang.
PSSS : Saya sedang menjalankan perniagaan internet. Sekiranya anda berminat untuk melakukan bersama-sama saya atau berminat ingin mempelajari ilmu-ilmu ini, sila hubungi saya di admin@nabieel.ws

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Hasil Adsense & Cerita Tentang GDI lagi…

Sejak akhir-akhir ini saya begitu sibuk dengan kerja seharian, oleh itu fokus di dunia internet ini telah berkurangan sedikit, tambahan pula sibuk mengurus kedai online dan offline. Alhamdulillah, di harap ia akan terus maju setapak demi setapak.

Hari ini ada 3 perkara menarik berdasarkan 2 topik pada tajuk artikel ini.

Saya mulakan cerita tentang hasil adsense.Sekiranya anda pernah mengikuti artikel di blog ini sudah pasti anda telah membaca aartikel bertajuk Belajar Buat Blog Asas – Blogspot dan Wordpress dan Coaching Belajar Buat Blog Asas Mencapai Kejayaan Yang Pertama! . Apa menarik di sini adalah, saya telah memberi coaching membuat blog ini pada 9 September 2009 kepada peserta bernama Azli sekiranya anda ingin mengetahui siapakah orangnya bolehlah klik disini. Beliau yang tidak mahir apa-apa tentang blog, adsense serta mengarang apa-apa artikel telah menjana pendapatan dari internet sebanyak yang tertera di bawah :-


Beliau tidak mengeluarkan apa-apa modal untuk menjana pendapatan sedemikian selama 1 bulan, hanya melakukan secara asas sudah mampu tersenyum walaupun masih baru. Anda rasakan, anda perlukan coaching dari saya, bolehlah menghubungi saya.

Cerita yang kedua ingin saya kongsikan adalah tentang GDI. Saya ada menerima pertanyaan dari seseorang tentang GDI melalui SMS :-



Tahukah anda perniagaan yang berkonsepkan MLM (Multi Level Marketing) bukanlah suatu perniagaan yang haram melainkan ia mengeluarkan barangan haram atau mengeluarkan modal yang haram

GDI adalah suatu perniagaan yang berbentuk rangkaian dan ia memberikan kelebihan kepada mereka yang berusaha lebih. Ini bermakna, ia bukanlah memakan duit seseorang sesuka hati iaitu siapa berada dia atas akan menjadi kaya dan yang berada di bawah adalah sengsara.

Cerita yang ketiga adalah saya ingin memberi peluang kepada mereka yang berminat menyertai ujikaji GDI bersama saya. Saya hanya memerlukan beberapa orang untuk ujikaji ini. Ujikaji ini adalah di lakukan secara PERCUMA, saya hanya inginkan kerjasama anda untuk melakukannya. Jika berminat bolehlah hubungi saya seberapa segera. Tempat untuk ujikaji saya adalah terhad.

GDI (Global Domain International) Minisite Express

Sebelum saya menceritakan GDI Minisite Express, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada mereka yang menyambutnya dan saya ingin meminta maaf di hari yang mulia ini kepada sesiapa yang terasa hati dengan tingkah laku saya. Saya adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan di muka bumi ini. Bagi mereka yang balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan bagi mereka yang tak balik kampung seperti saya janganlah bersedih :)

Apakah yang di maksudkan GDI Minisite Express?

GDI Minisite Express adalah satu minisite untuk anda mempromosikan perniagaan GDI kita kepada umum. Minisiste adalah satu perkara yang penting kerana dari minisite dapat memberitahu latarbelakang tentang perniagaan itu dan dapat mengumpul mailisting untuk memberi informasi tentang perniagaan yang kita jalankan dari semasa ke semasa kepada pelanggan atau pelawat yang telah subscribe email mereka di ruangan yang telah disediakan.

Saya akan menunjukkan beberapa contoh minisite yang sama tetapi berbeza corak serta warna sahaja :-


Minisite 2
Minisite 3
Minisite 4
Minisite 5
Minisite 6
Minisite 7
Minisite 8
Minisite 9

Kesibukan dengan jadual kerja serta harian anda, mungkin menjejaskan sedikit sebanyak masa untuk anda menjalankan Perniagaan Global Domain International. Contoh-contoh minisite di atas yang akan menjalankan perniagaan anda secara autopilot.

Tahukan anda Minisite di dalam Bahasa Melayu amat penting untuk meningkatkan jualan 300% di pasaran Malaysia. Ini kerana segelintir masyarakat kita masih lagi belum menguasai Bahasa English dan membuatkan mereka tidak beminat untuk membaca dan terus membaca, apatah lagi menyertai program affiliate terbaik dunia ini.

Saya di sini ada menyediakan perkhidmatan membuat minisite GDI seperti contoh di atas. Minisite bernombor 2 sehingga 6 adalah berharga RM40 dan minisite bernombor 7 sehingga 9 serta gambarajah di atas adalah berharga RM50

Apa yang menarik dengan tempahan GDI Minisite Express ini?

  1. Jimat Masa dan Wang! Teruskan Promosi Anda!
  2. Meta Tag dan Keyword Sedia Terbina!
  3. Tidak Perlu Pening Kepala dan Bersusah Payah!
  4. Boleh di Edit dengan Menggunakan Perisian Notepad dan NVU!
  5. Kami Tukarkan Header dan Footer ke URL Anda!
  6. Kami Tukarkan Hak Milik 100% kepada anda!
  7. Setiap Design Minisite Terhad kepada 10 Orang Sahaja!

Apa yang saya perlukan untuk siapkan Minisite anda?

  1. Nama Penuh
  2. Gambar Berukuran Passport
  3. Email dan Alamat Domain dot ws anda
  4. No Telefon, YM, SKYPE, GTALK
  5. Pengesahan Pembayaran

Jika anda berminat dengan tawaran saya ini, bolehlah menghubungi saya di admin@nabieel.ws

ps : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan GDI ini atau ingin menyertai saya sila layari website ini http://www.nabieel.ws

Produk Fizikal : Fresh Water Pearl Jewelleries


Hari ini saya ingin membuat sedikit pengumuman ringkas.

Sekiranya anda berminat untuk berniaga tetapi tidak mempunyai lagi produk untuk di jual mahupun anda sedang mencari barang mutiara untuk di jual. Bolehlah menghubungi saya.

Saya hanya buka tawaran ini kepada 10 orang agent sahaja. Ini kerana saya ingin memberi fokus kepada 10 orang terlebih dahulu.

Saya ada post beberapa gambar mutiara di facebook untuk anda melihat sendiri.

PS : Mutiara ini cukup di minati oleh masyarakat europe dan timur tengah kerana harganya tidak terlalu mahal seperti kebanyakkan mutiara.

PSS : Jadikan laman web GDI sebagai medan anda untuk menjual produk fizikal dan digital. Sekiranya anda berminat bolehlah mendaftarkan diri di http://website.ws/nabieel

Coaching Belajar Buat Blog Asas Mencapai Kejayaan Yang Pertama!

Baru sahaja saya melancarkan coaching belajar buat blog asas semalam. Hari ini saya telah mendapat satu berita yang sungguh menggembirakan, baik untuk saya dan juga peserta coaching saya. Tahukah anda, peserta saya ini adalah boleh dikategorikan sebagai pemalu dan takut hendak mencuba.

Sebelum saya mengajarnya membuat blog, dia asyik mengatakan kepada saya,

bestlah awak dah pernah jana duit melalui blog. Saya ni masih baru dan tak tahu buat blog, nak mengarang apa pun saya tak tahu

Senang cerita, beliau ini satu perkara pun tidak tahu, samalah seperti saya mula-mula menceburi bidang ini. Apa yang boleh saya bantu adalah saya menyuruh beliau tiru cara saya satu per satu sehinggalah mencapai objektif utama membuat blog tersebut.

Anda pasti nak tahu apakah yang menggembirakan itu? Anda boleh melihat gambar di bawah ini :-


Klik pada image dengan klik kanan dan View Image untuk melihat dengan lebih jelas

Ya! bagi mereka yang baru bermula dengan blogging, program adsense adalah yang paling sesuai untuk anda sertai. Walaupun peserta ini tidak mempunyai atau tidak pandai membuat blog di dalam bahasa inggeris sekali pun, saya telah berjaya membantunya untuk sama-sama menjana duit di internet.

Apa yang perlu adalah stabilkan kedudukan yang di milikinya sekarang serta tahu cara promosi blog dengan betul. Sesiapa yang ingin mengikuti jejak langkah saudara kita ini bolehlah mengambil coaching belajar buat blog asas bersama saya.

PS : Jika berminat, sila tinggalkan komen anda di bawah, agar saya dapat menghubungi anda dan merealisasikan impian untuk memiliki blog sendiri serta menjana duit melalui internet :)

Belajar Buat Blog Asas – Blogspot dan Wordpress

Setelah sekian lama saya tidak mengarang artikel di sini. Bukan tidak mahu mengarang tetapi saya begitu sibuk dengan kerja harian serta mempelajari sesuatu tentang kehidupan, perniagaan dan dunia internet dengan seseorang yang telah saya bayar. Semua ini saya lakukan adalah kerana ingin mempertingkatkan ilmu di dada.

Hari demi hari saya lihat semakin ramai newbie terjebak dengan benda-benda yang tidak betul di internet. Seperti menyertai skim cepat kaya, membuat SPAM ke email orang lain, membuat blog hanya hangat-hangat tahi ayam dan bermacam-macam lagi.

Mengapa semakin ramai yang sudah mengundurkan diri dari blongging? Saya tidak dapat menjawab persoalan ini. Apa yang saya lihat adalah kerana tidak mempunyai idea untuk mengarang, blog yang dibuat tidak mendatangkan pulangan balik dan membuat blog kerana ikut-ikutan bukan kerana minat ingin berkongsi sesuatu kepada umum.

BloggerWordpress

Di sini saya ingin membuka sesi coaching kepada mereka yang inginkan membina blog dengan menggunakan blogspot dan wordpress secara asas. Saya tidak akan mengajar secara advance kepada anda. Saya akan mengajar anda cara yang betul untuk anda menjadi seorang blogger.

Bayaran : RM50.00
Tempoh : Tiada had
Tujuan : Ingin memartabatkan blogging secara sihat
Silibus : 1) Asas membuat blog
2) Asas mempromosi blog
3) Asas membuat duit dengan blog
4) Beberapa perkara yang dirasakan penting untuk saya sampaikan.

Jika anda berminat dengan tawaran yang saya berikan ini. Sila tinggalkan komen di bawah, saya akan menghubungi anda dengan seberapa segera :)

Ebook Otai Download – Membongkar Akses Ke Lubuk Rahsia

Kebiasaannya kita akan mendengar seseorang itu mengeluarkan produk ebooknya berkenaan membuat duit, tidak kiralah duit RM ataupun USD. Tetapi kali ini, saudara Rizash telah melahirkan sebuah produk Ebook Otai Download – Membongkar Akses Ke Lubuk Rahsia. Pada pendapat saya ebook ini adalah satu ebook yang patut di letak pada tahap pertama sekali, kerana ebook ini boleh menilai sejauh manakah kepakaran anda dengan selok belok internet. Ebook ini boleh membantu anda tanpa di sedari. Ebook ini juga merupakan ebook yang panas seperti “MELODI” kerana ia mempunyai konsep “TERJAH” dan mengupas sesuatu yang panas seperti “360” kerana ia akan menentukan anda menjadi seorang yang baik atau seorang yang jahat selepas membaca ebook ini.

Berikut adalah di antara isi yang terkandung pada ebook ini :-

Akses Ke Lubuk Rahsia

Pada bahagian ini, penulis menyatakan senarai laman web, blog dan forum sebanyak 15 link lubuk yang biasa di layarinya beserta penerangan ringkas tentang link tersebut dan beliau menyenaraikan 30 link lagi lubuk rahsia yang patut dibongkar dan diterokai. Banyak betul lubuk rahsia untuk anda dapatkan software yang diperlukan.

Teknik Memuat Turun Menggunakan Proxy di Lubuk Rahsia

Untuk memuat turun khazanah berharga seperti mp3. ebook dan video yang eksklusif sudah tentu ada cabarannya. Mungkin ada di antara anda akan menghadapi cabaran terbesar apabila anda tidak dibenarkan untuk memuat turun fail idaman anda oleh sebab-sebab yang tertentu. Kadang-kadang anda memang tidak dibenarkan untuk memuat turun langsung oleh sebab yang tidak munasabah. Dimanakah keadilan? Bagi mereka yang tidak tahu cara mengatasi masalah ini sudah tentu akan terus menyerah kalah. Oleh sebab itu, penulis yang amat memahami situasi ini telah menunjukkan langkah demi langkah kaedah menggunakan proxy untuk mengatasi masalah ini. Mungkin ramai yang tahu mengenai cara menggunakan proxy. Namun, berapa ramai yang tahu cara terbaik dan terpantas mendapatkan proxy yang baik? Penulis ada kaedahnya yang tersendiri. Segala-galanya ada diterangkan di dalam ebook Otai Download

Muat Turun Ke Satu Lubuk Rahsia

Mungkin ramai lagi yang masih tidak mengetahui tentang “satu lubuk rahsia” ini. Secara mudahnya, Lubuk Rahsia atau ia lebih dikenali tempat di mana “persembunyian” di simpan. Ibaratkan saja Lubuk Rahsia ini sebagai “kalau tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya”. Ini bermakna pecah satu lubuk tidak rugi maklumat yang di perolehi.

Tahukah anda bahawa sekarang ini terdapat ramai orang yang menggunakan Lubuk Rahsia ini untuk berkongsi fail seperti MP3, movie dan video yang lainnya, ebook dan banyak lagi dengan rakan-rakan mereka ataupun sebagai koleksi peribadi. Perlu anda ketahui bahawa tidak semua yang membuka Lubuk Rahsia mereka untuk diakses oleh orang ramai. Namun terdapat banyak lagi Lubuk Rahsia yang memang bersifat TERBUKA.

Kaedah Berkesan Untuk Carian MP3,Ebook dan Video

Penulis juga ada membongkar teknik mudah untuk mencari MP3, Ebook dan Video dengan “keyword” yang betul. “Keyword” yang amat simple, pendek dan sememangnya mudah, dengan sekelip mata membolehkan anda mencari dengan pantas.

Teknik-teknik ini secara tidak langsung bukan sahaja menjimatkan duit anda membeli sesuatu produk, malahan ia boleh menjimatkan masa anda untuk mendapatkan sesuatu software dengan hanya duduk menghadap komputer dan layari internet serta menggunakan kaedah yang telah penulis kongsikan di dalam ebook ini.

Sebenarnya kehebatan teknik dari penulis bukanlah seperti kehebatan otai-otai lain yang telah lama berkecimpung di dunia internet ini. Sekurang-kurangnya, pengalaman dan teknik penulis, serba sedikit dapat membantu anda dari sesat lebih jauh atau lebih tepat, buang masa yang lama di depan komputer tetapi satu apa pun belum dapat kerana kemahiran yang ada pada diri anda amat cetek sekali. Bak kata pepatah “malu bertanya, sesat jalan”, ebook ini sudah menunjukkan jalannya.

Mengapa saya mengatakan ia perlu untuk anda? Jawapannya kerana anda menggunakan internet, sudah pasti anda memerlukan maklumat yang terdapat di dalam ebook ini. Ebook ini di tawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu RM 30.00. Tetapi saya menawarkan ia lebih berpatutan iaitu RM 25.00 dalam masa 1 minggu. Kenapa? tak percaya. Ada lagi yang anda perlu tahu, tawaran ebook ini hanya di buka kepada 300 orang pembeli terawal sahaja. Ini kerana si penulis ingin memberi tumpuan kepada pembelinya di satu forum rahsia. Oleh itu dapat segera sebelum terlambat berserta bonus ebook rahsia dari penulis dan ebook-ebook terpilih di http://otaidownload.blogspot.com/ .

MAKLUMAT PENTING

1) Insyaallah Ebook Otai Download ini akan dilancarkan pada 12 Januari 2009 iaitu bersamaan hari Isnin.
2) Jika anda inginkan DISKAUN dengan harga RM 25.00 pastikan anda meletakkan perkataan ini “Harta Karun” di Kod Diskaun. Link pembelian http://otaidownload.blogspot.com/ . Tawaran DISKAUN ini tamat pada 19 Januari 2009 iaitu pada pukul 6.00 P.M.
3) Walaupun ebook ini akan dilancarkan pada Isnin ini, anda boleh membuat tempahan sekarang sebelum terlambat. Jadilah 300 pembeli terawal sebelum penulis menutup peluang ini. Ebook akan diberikan bermula pada hari pelancaran.
4) Sebelum beli Ebook Otai Download ini,

Lu pikir ler sendiri, aku malas nak pikir sebab murah sangat harga ni

Penulis ingin letakkan harga ebook ini lebih dari RM 30.00 . Nasib baik saya sebagai penyelamat anda memberi diskaun. Jika anda beli tanpa Kod Diskaun, harga diskaun tidak akan diberikan. Jangan cuai semasa mengisi borang.

Jom Bincang

Salam perkenalan dari saya Dr.MindMaster untuk pembaca blog Nabieel.com. Saya adalah seorang yang baru lagi di dalam dunia perniagaan internet. Seorang yang masih baru bukan bermakna ia tidak boleh menyumbangkan sesuatu kepada anda.

Saya secara rasminya telah menjadi rakan cyber dan business partner dengan Nabieel.com. Saya ingin menghasilkan satu perkhidmatan yang di kenali Dr.MindMaster secara PERCUMA kepada anda.

Apakah tawaran perkhidmatan yang bakal saya berikan kepada anda?

Tawaran ini bukanlah tawaran dari segi kewangan mahupun pertolongan sesuatu kerja ataupun berkenaan sistem perniagaan internet. Tetapi tawaran yang diberikan adalah dari sebuah idea pemikiran yang betul bagi menyelesaikan masalah yang berserabut di kepala anda.

Mengapa saya memberikan perkhidmatan secara PERCUMA?

Jawapannya, saya suka membantu orang lain dalam memberi pemikiran yang betul dalam apa jua sudut selagi saya mampu melakukannya. Selama saya membantu orang di sekeliling, hampir 90% bersetuju dengan cadangan saya.

Berapa lamakah jawapan akan anda perolehi?

Secepat yang mungkin. Sekiranya saya di dalam kesibukan, di harap anda dapat bersabar menunggu jawapan dari saya.

Siapakah yang layak menyertainya?

Tidak kira siapakah anda, selagi anda bersopan santun dan percayakan saya, saya akan membantu anda selagi mampu.

Mengapa saya melakukan perkhidmatan ini dan bukan perkhidmatan lain?

Saya seorang pendengar yang baik di dalam sesuatu permasalahan dan suka menyelesaikan permasalahan. Apabila selesai satu permasalahan, seolah-olah telah lepas tanggungjawab sebagai seorang manusia di muka bumi ini.

Jangan kusutkan fikiran anda dengan permasalahan, ceritakan dahulu kepada saya, insyaallah jawapan yang bernas akan diberikan.