Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Herba Prima Online

Ingat Dr. Rozmey, ingat Jus Mate 5. Siapa tidak kenal dengan produk herba prima yang semakin hebat diperkatakan oleh kebanyakkan orang. Kegemukan yang dialami oleh rakyat Malaysia dapat di atasi dengan berkesan.



Dulu saya malu untuk keluar rumah. Nak bangun berjalan sendiri pun susah. Perlu bantuan ahli keluarga untuk bergerak. Kini saya dah boleh bergerak seperti orang lain, malah mula menambah pendapatan dengan menjadi pengedar Jus Mate 5 – Cik Suzana

Sebelum : 230 kg Selepas : 170 kg

Seorang pengedar aktif Herba Prima iaitu Puan Umi Kalsom telah menjadikan produk langsing ini sebagai sumber pendapatan pasif untuk perniagaan offline beliau. Di atas kesedarannya bahawa kini wujud perniagaan online atau lebih dikenali perniagaan internet, beliau nekad untuk mengetengahkan perniagaan ini di internet.




Perniagaan bercirikan Multi Level Marketing ini mengutamakan kesihatan dan mencapai kebebasan kewangan. Herba Prima mempunyai pelbagai jenis produk iaitu JUS DIET MATE 5, JUS DRII, dR Betes, DOC-K, GAIN 5, KOPI ESPRESSO-XY, dR Silky, dR Q10 dan dR 8. Sambil menjaga kesihatan kita boleh menjana pendapatan yang boleh dikatakan lumayan.

Perniagaan internet adalah merupakan cabang yang paling sesuai untuk memperluaskan perniagaan yang kita miliki. Produk yang sudah mendapat permintaan ramai, tidak perlu gusar melakukan secara online. Apa yang perlu, cari orang yang betul-betul boleh membantu untuk merealisasikan impian anda, dari pembikinan website, cara promosi dan cara jual beli di internet.

Saya mendoakan perniagaan online Puan Umi Kalsom akan lebih berjaya :)

PS : Anda boleh membuat pembelian produk Herba Prima ini secara online di http://auramahsuri.com/herbaprima . Segala kos penghantaran adalah PERCUMA.

GDI Malaysia : Pasaran, Produk dan Website

GDI Malaysia telah melakarkan satu lagi sejarah di dalam pembinaan website perniagaan internet. Website yang dimiliki hanya berharga USD10 setiap bulan, tetapi produk yang dipasarkan adalah bernilai puluhan ribu ringgit.



Boleh klik image di atas untuk terus ke website beliau

Tahniah diucapkan kepada saudara Hasanan bin Mohd Hidir yang membuka minda masyarakat Malaysia bahawa website GDI bukan semata-mata mempromosikan perniagaan GDI sahaja.

Beliau telah mendapat ilham menjadikan website GDI sebagai platform menjual kereta proton pelbagai model. Beliau tidak menjadikan kekurangan pada website GDI sebagai penghalang memperluaskan kerjayanya di internet dan juga secara tak langsung ia memperkenalkan produk buatan Malaysia kepada dunia.

Jika kita membuat sesuatu dengan menggunakan kreativiti yang ada tidak mustahil ia menjadi sesuautu itu lebih menarik dari apa yang orang sekeliling perkatakan. Kejayaan seseorang terletak pada diri sendiri, orang di sekeliling hanya tahu bercakap tanpa merasai apa yang kita rasa :D

PS : Sekiranya anda mempunyai sesuatu yang menarik tentang perniagaan internet dan ingin saya review secara percuma sila hubungi saya :)

Perniagaan Internet Indah Khabar Dari Rupa?

Adakalanya berasa sedih juga bila ada orang katakan perniagaan internet ini indah khabar dari rupa. Kemungkinan mereka yang berkata sedemikian adalah kerana kena tipu atau sememangnya pemalas nak berjaya atau memang sakit hati dengan kejayaan usahawan internet :D



Saya rasakan ayat saudara di atas ini terbalik :D

Apa pun yang saya kata, harap jangan ambil hati, memang kata-kata saya agak pedas tetapi ia adalah untuk membuka mata umum bahawa perniagaan internet sama seperti perniagaan biasa yang anda lihat seperti di kedai-kedai. Cuma ia dilakukan di internet dan potensinya lebih banyak positif iaitu tidak perlu menyewa kedai, peluang mencari pelanggan adalah lebih luas dari kedai biasa dan yang paling best sambil berkain pelekat sambil minum kopi pun masih boleh menjalankan perniagaan :D

Masih ramai yang keliru dengan perniagaan internet. Ada yang mengadu saya join perniagaan internet ini dah 1 tahun lebih tak dapat apa-apa hasil. Persoalannya berapa jam sehari anda melayari internet untuk mempelajari ilmu tentang perniagaan internet? Jika anda hanya melayari internet sehari 2jam. 1/2jam menulis artikel blog, 1jam promosi perniagaan anda dan 1/2jam lagi untuk komen di blog-blog kemudian memberitahu saya blog anda boleh mencapai PR8 dan pelawat sehari 8k, baik lupakan sahaja dunia perniagaan internet.

Blog Dr. Irfan Khairi PR4 dan Blog Smartzul PR5, jika mereka berkata-kata sedemikian kepada saya seperti itu saya percaya. Kerana mereka menulis artikel di blog bermula tahun 2005 lagi dan keyword “Perniagaan Internet” dikuasai mereka di muka pertama google, tangga pertama dan kedua serta setiap artikel mereka mendapat sambutan pengikutnya dengan memberi komen-komen yang bernas dan tanda sokongan mereka terhadap 2 orang Usahawan Internet ini.

Perniagaan internet adalah satu perniagaan, indah khabar dari rupa adalah cara anda mencorakkan perniagaan anda seperti mana yang anda mahukan. Jika anda ingin menjadikan affiliate sebagai perniagaan, dapatkan informasi bagaimana ingin menjadi super affiliate. Begitu juga perniagaan kedai makan, ingin laris masakan anda dibeli oleh ramai orang, anda perlu belajar menjadi tukang masak yang pandai memasak.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah saya gagal sebelum ini. Mungkin orang yang tak pernah gagal berkata “aku baru jer join perniagaan internet 3 bulan dah dapat RM10k” itu baru beberapa peratus sahaja. Untuk mencapai kejayaan tahap pertama, anda perlu lalui bidang perniagaan anda sekurang-kurangnya atau paling minima 2 tahun. Dari 2 tahun inilah baru anda dapat lihat secara keseluruhannya sistem perniagaan ini berjalan walaupun tidak semua bahagian anda boleh lakukan.

Diharap artikel ini bukan berbentuk teguran secara halus sahaja tetapi ia dapat merubah pemikiran anda kepada pemikaran usahawan internet yang berjaya.

PS : Kejayaan sesorang dilakukan dengan usaha yang keras. Mereka meluangkan masa lebih 10jam sehari untuk bekerja dan mengeluarkan modal beribu ringgit untuk mendapatkan ilmu. Anda bagaimana?

Perniagaan Internet 2010

Ada beberapa kawan email saya bertanyakan apa perniagaan yang boleh dilakukan pada tahun 2010? Bagi saya tahun ini adalah tahun perniagaan internet, jual apa pun insyaallah boleh laku dengan syarat tahu cara promosi yang betul, bukan main tangkap muat promosi dan SPAM di merata tempat :)


Antara yang saya nampak perniagaan internet yang boleh mendapat sambutan tahun 2010 adalah :-

1) Menjual jersi bola World Cup 2010
2) Perkhidmatan membuat minisite
3) Perkhidmatan membuat ecommerce atau kedai online
4) Perkhidmatan membuat website dan blog
5) Perkhidmatan design website seperti ecover, banner dan sebagainya

Ini adalah di antara beribu perniagaan internet yang laku pada tahun ini. Anda hanya perlu buat sedikit kajian di forum-forum apakah yang mendapat sambutan hangat apabila dibincangkan.

Kesilapan memulakan perniagaan internet

Saya melihat ada yang cuba mengumpul mail list dengan memberikan produk percuma. Itu adalah bagus, tetapi bila di tanya apakah produk yang ingin diberikan, beliau berkata ebook cara memulakan perniagaan internet. Cara memulakan perniagaan internet adalah terlalu umum tajuknya, mengapa tidak anda buat ebook bagaimana menjana pendapatan di internet dengan hanya mengajar membuat website. Lakukan sesuatu yang lain dari produk yang terdapat di internet.

Berikut adalah beberapa kesilapan ketika memulakan perniagaan internet :-

1) Tidak memiliki sistem autoresponder – ada yang cuba menghantar email satu per satu dan mengatakan itu adalah newsletter. Sebenarnya anda sedang melakukkan SPAM walaupun email yang diberikan adalah berguna. Jika betul ia newsletter pastikan ia di hantar dalam keadaan yang profesional dan di email tersebut mempunyai link unsubcribe atau remove bagi memudahkan pelanggan anda ingin melanggan newsletter anda lagi atau tidak. Kita tidak boleh memenuhi kehendak hati setiap pelanggan.

2) Tidak memiliki minisite atau website – anda ingin berniaga di intertnet tetapi tidak mahu atau tidak tahu membuat minisite atau website perniagaan yang anda ingin jual. Ia umpama anda bercakap tetapi pelanggan tidak nampak apakah produk anda yang sebenarnya dan secara jujur ia kelihatan tidak profesional.

3) Tidak tahu cara promosi – saya biasa mendengar, boleh tak awak buat website saya cantik-cantik. Saya cuma katakan saudara tahu bagaimana promosi produk di internet? Jawapan beliau tidak tahu. Anda ada autoresponder canggih mana pun dan mengupah orang membuat website sehingga RM 2k sekalipun ia tidak bermakna jika tidak tahu cara promosi yang betul. Promosi adalah senjata penjualan perniagaan anda.

4) Tidak fokus – apa sahaja yang kita lakukan kita perlu fokus baru boleh mendatangkan hasil. Bila sudah cukup fokus, perniagaan anda boleh dilakukan secara autopilot, pada ketika itu anda sudah boleh memikirkan perniagaan lain untuk menambahkan lagi sumber pendapatan.

Apa yang diperkatakan adalah pengalaman yang saya lalui. Kemungkinan ia berlainan dengan pengalaman yang anda lalui. Diharap sedikit perkongsian ini bakal merubah anda untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Salam kejayaan usahawan dari saya :)

Peluang Perniagaan Internet

Setiap orang pasti inginkan perniagaan sendiri. Sebut pasal perniagaan pasti berkait rapat dengan modal, tiada duit tiada perniagaan :) Adakah ia tanggapan yang betul pada masa kini?


Zaman sudah moden, cara berfikir juga perlu pantas ke hadapan seperti teknologi yang semakin canggih. Mengapa tidak anda melakukan perniagaan internet secara kecil-kecilan sebelum melonjak ke perniagaan internet yang lebih besar lagi. Dr. Irfan Khairi iaitu Jutawan Internet juga memulakan perniagaan internet dengan bermodalkan RM500 :)

Bagaimana hendak melakukan perniagaan internet?

1) Sediakan informasi berbentuk ebook seperti :-

- Belajar Bahasa Inggeris
- Belajar Bahasa Arab
- Belajar Bahasa Jepun
- Belajar Bahasa Korea
- Belajar Bahasa Mandarin
- Belajar Forex
- Belajar Main Gitar
- Belajar Menjahit
- Belajar Jahit Manik
- Belajar Menjahit Baju Kurung

2) Anda boleh membeli domain dan hosting semurah USD10 / RM35 setiap bulan. Tutorial mendaftar domain anda boleh melihat artikel ini .

3) Tidak tahu membuat website dan promosi? Saya ada menyediakan ruangan percuma belajar buat website dan promosi website di sini .

3 langkah yang diberikan adalah cukup mudah untuk anda lakukan perniagaan internet dengan skala modal yang teramat rendah. Kurang dari RM100 anda sudah berjaya membuat satu perniagaan yang untungnya adalah 9/10.

PS : Sekiranya anda tidak tahu, bagaimana melakukan sistem perniagaan internet ini seperti dinyatakan, sila hubungi saya.
PSS : Penulis hanya memberikan contoh jenis informasi yang boleh dijadikan perniagaan internet, sebenarnya ada banyak lagi informasi yang boleh di jual dalam bentuk ebook :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Ramai Mengeluh Harga Ikan Naik

Itulah keluhan rakyat Malaysia pada hari ini dan ia merupakan tajuk utama permasalahan negara. Mengikut kajian, saya rasa anda pun sudah mengetahuinya, bila tiba hari hendak raya, macam-macam harga barang keperluan naik 10%. Tidak pula saya tahu mengapa ia terjadi pada hari orang ramai ingin menyambut kegembiraan.

Biarkanlah isu ini diselesaikan oleh pihak kerajaan. Mereka lebih arif tentang isu rakyat, kerana itu kerajaan wujudkan program “1 Malaysia” :)

Sekiranya isu-isu sebegini berlaku, adakah kita hendak mengeluh sahaja? adakah kita hendak memberontak demi kerajaan membela nasib rakyat?

Apa pun tindakan yang anda hendak lakukan, fikirkan dahulu bahawa kesempitan kehidupan kita tidak boleh diubah oleh pihak kerajaan. Kesempitan hidup selalunya terjadi akibat kekurangan sumber kewangan untuk membayar segala hutang dan membiayai kos kehidupan.


Apakah jalan terbaik untuk anda mencari sumber kewangan tambahan di atas permasalah-permasalah di atas? Jawapannya lakukan sesuatu untuk memperolehi duit dari internet :)

Bermacam-macam program di internet yang boleh anda jana pendapatan secara sambilan mahupun secara pasif. Tidak tahu apakah peluang-peluang itu, boleh hubungi saya atau pergi ke forum-forum tempatan untuk mengetahui lebih lanjut.

Cara yang paling mudah adalah anda ubahkan hobi anda kepada perniagaan dan perniagaan itu dilakukan di internet. Mengapa internet? Internet adalah tempat yang paling pantas untuk perniagaan anda di kenali dalan masa singkat. Anda boleh dapatkan cara bagaimana membuat website dan cara mempromosikan website anda secara PERCUMA dari saya :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Blogshop Directory Malaysia

Rakyat Malaysia adalah merupakan bilangan kedua paling besar di dalam bab shopping selepas Arab. Ini adalah pemerhatian saya sahaja, betul atau tidak itu tidak pasti :)

Kita boleh lihat dengan jelas di pusat beli belah ramai orang pada hujung minggu atau pada hari cuti umum. Tidak ketinggalan juga ada yang menawarkan perkhidmatan ecommerce dengan susun atur yang mudah dan juga mesra SEO dari keluaran Niagakit. Ini bermakna rakyat Malaysia kini sudah boleh membeli belah secara online tanpa perlu membuang masa hendak ke pusat membeli belah :)

Itu untuk website yang berbayar, anda juga boleh membuat ecommerce menggunakan blogger ia juga mudah dan percuma. Apa yang perlu adalah anda cari theme blogger yang bercirikan ecommerce di search engine.


Cakap pasal ecommerce, tahukah anda wujudnya kedai online anda tanpa promosi siapa yang nak datang dan membelinya. Dengan hasil usaha kawan saya dan juga sedikit bantuan saya, kami telah mewujudkan satu Blogshop Directory Malaysia secara percuma khas untuk rakyat Malaysia :)

Blogshop Directory Malaysia yang baru berusia beberapa bulan telah mencapai lebih 100 pelawat sehari, memiliki PageRank 2 serta menawarkan pengiklanan yang berpatutan.

Dengan wujudkan pengumpulan ecommerce Malaysia di bawah satu bumbung, ia memudahkan carian pelawat dan dapat meningkatkan trafik anda selain menukarkan pelawat kepada pembeli produk anda.

Dengan matlamat membantu perniagaan ecommerce kecil-kecilan di Malaysia, kami telah bersiap sedia mencari pelawat sebanyak mungkin selain mensasarkan Blogshop Directory Malaysia menduduki page pertama di search engine.

PS : Sokonglah produk buatan Malaysia. Jika anda tidak sokong, siapa lagi yang mahu menyokong :)

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Buat Duit Dengan Blog

Membina blog adalah sesuatu yang bukan asing lagi pada zaman sekarang. Dari mereka yang di tadika sehinggalah ke peringkat kategori warga emas mereka memiliki blog sendiri baik yang percuma mahupun berbayar.



Gambar di atas adalah sebagai contoh

Buat duit dengan blog adalah satu fenomena yang sering diperkatakan oleh ramai orang, hakikatnya berapa ramai yang betul-betul boleh membuat duit dengan blog? Mengapa terlalu sikit bilangannya dari mereka yang membuat blog?

Semua ini adalah bergantung kepada tuan empunya blog, bagaimana anda menyusun strategi untuk menghasilkan duit melalui blog. Bukan bererti tidak ada blog tidak boleh jana duit, apa-apa pun boleh terjadi sekiranya anda kreatif.

Saya akan memberi beberapa cara bagaimana menjana duit melalui blog :-

1) Penulis blog
Sekiranya anda mempunyai minat di dalam bidang penulisan atau anda pernah mendapat keputusan yang baik di dalam BM atau BI mengapa tidak anda cuba di dalam penulisan blog. Ini kerana penulisan di blog boleh di lihat di serata dunia selagi mereka faham apa yang anda tulis.

Saya tidak tahu membuat blog bagaimana saya boleh menjana duit melalui penulisan blog? Tahukah anda, ramai blogger kekeringan idea untuk menulis artikel di blog, sebab itu kita nampak ramai yang membuat blog kemudian membiarkan terbengkalai akibat tak tahu hendak menulis apa.

Cuba anda buat tawaran kepada blog-blog sebegini dengan mengenakan sedikit bayaran seperti RM5 setiap artikel BM dan USD5 untuk artikel BI. Jika anda dapat mengarang 100 artikel dalam sebulan ia sudah menyamai gaji seorang penyambut tetamu hotel :)

2) Iklan
Sekiranya anda begitu teruja dengan blog dengan menulis artikel-arkitel yang memberikan informasi, sudah tentu kedatangan pelawat hari demi hari meningkat kerana blog anda penuh dengan informasi.

Bila tiba satu tahap yang meyakinkan anda, anda boleh menawarkan pengiklanan di blog samada pengiklanan berbentuk banner mahupun pengiklanan berbentuk review produk atau perkhidmatan.

3) Blog directory
Untuk permulaan blog, saya cadangkan anda membuat blog directory secara percuma. Lama kelamaan apabila sudah ramai orang yang menyertai blog anda, anda boleh mengenakan sedikit bayaran kepada mereka yang ingin berdaftar melalui directory anda.

4) Blog satu niche
Sekiranya anda betul-betul minat di dalam bidang blogging, saya amat menggalakan minat anda itu. Adalah lebih baik sekiranya anda membuat blog berkenaan satu niche sahaja. Contoh, sekiranya anda terlibat di dalam Perniagaan GDI adalah di syorkan anda berceritakan tentang GDI dan MLM sahaja.

Apabila sesuatu produk berkenaana GDI atau MLM dilancarkan di pasaran, anda boleh membuat pengiklanan atau review di blog. Secara tidak langsung ia nampak sedikit profesional dan membolehkan anda menjana pendapatan melalui affiliate produk tersebut.

5) Perkhidmatan blog
Anda telah berpengalaman membuat blog, mengapa tidak anda mengenakan sedikit bayaran kepada mereka yang tidak mahir membuat blog seperti anda. Anda tidak perlu fikirkan meletakkan harga yang mahal, cukup dengan meletakkan dengan harga RM15 sekali setup blog, ia sudah memadai daripada anda tidak menjana apa-apa di blog.

Sedikit tips untuk mencari traffik blog bagi mereka yang baru atau buntu tentang perkara ini, anda perlulah peka pada alam sekeling anda apakah yang berlaku pada masa kini. Saya mengambil contoh tentang kes Aduka Taruna, saya begitu yakin traffik blognya meningkat secara mendadak atas sebab perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau. Apa kata anda gunakan sedikit kreativiti anda untuk mencuri sedikit traffik di sana dengan memberi komen yang tidak seperti SPAM dan profesional. Jika tidak percaya, cubalah apa yang saya katakan tadi, anda pasti teruja jika sudah mengetahui bagaimana mencuri traffik dari blog yang sensasi :p

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.