Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Pentingnya Informasi Perniagaan

Makin hari di Malaysia ini wujud bermacam-macam jenis perniagaan dari perniagaan yang biasa di dengar sehinggalah perniagaan pelik yang tak pernah kita dengar. Di sebalik melakukan perniagaan ada juga yang cuba hendak menipu pelanggan demi mengaut keuntungan semata-mata.

Tahukah anda, apa jua perniagaan sekiranya anda tidak berlaku jujur semasa menyebarkan informasi ia boleh meranapkan perniagaan dalam jangka masa panjang



Joe Girard


Secara puratanya seseorang akan mengenali 250 orang yang lain, itu adalah kenyataan yang diberikan oleh Joe Girard, seorang pemegang World Record sebagai “Jurujual Terbaik di Dunia”. Ini bermakna anda melakukan jualan kepada seorang mewakili 250 orang yang lain. Jika anda tidak menyatakan informasi perniagaan yang sebetulnya, apa akan jadi dengan perniagaan anda dalam jangka masa panjang?

Mengapa masih ramai merahsiakan informasi perniagaan yang sebenarnya?

1) Mereka tamak ingin membolot segala kekayaan tanpa memikirkan ia halal atau tidak dan menyusahkan orang atau tidak.
2) Mereka fikirkan dengan cara ini barulah manusia hendak percaya atau ikut perniagaan yang dijalankan.
3) Mereka sangkakan manusia lain hanya pandang pada duit bukan pada informasi.
4) Mereka sangkakan jika berlaku sedikit tidak jujur siapa yang akan tahu, sedangkan seseorang mengenali 250 orang lain dan sesuatu informasi boleh disebarkan secara pantas di internet dalam beberapa minit sahaja.

Saya masih tidak faham, mengapa orang-orang begini wujud demi untuk menyedapkan mata orang khususnya dan menyedapkan hati sendiri amnya. Saya meluahkan rasa kecewa dan ingin berkongsikan apa yang berlaku pada dunia perniagaan di internet sekarang.

Pada mula seseorang menawarkan sesuatu yang menarik, menjana duit melalui “saving” iaitu cara simpanan, saya berasa ingin tahu lebih lanjut informasi yang sepatutnya. Secara logiknya jika kita simpan RM100 setiap bulan cukup setahun kita boleh memperolehi RM1200. Tetapi mereka boleh membuatkan RM1200 itu dalam masa 1 bulan sahaja. Saya mula berfikir bagaimana dengan cara simpanan dalam setahun kita boleh dapat dalam masa singkat. Adakah ia satu perniagaan ataupun Sistem KUTU?

Oleh itu saya cuba menghantar SMS dan email, mereka cuma katakan ia adalah simpanan bukan satu perniagaan ataupun kutu. Wah, saya makin menjadi hairan bin pelik ajaib dengan kata-kata mereka. Sehingga beberapa kali saya email, mereka menyuruh saya datang ke KL untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut. Persoalannya apakah teknik mereka ini tidak boleh diberitahu cara email atau SMS? Seperti ada yang tidak kena di sini.

Saya meneruskan siasat demi siasat dan akhirnya saya telah terjumpa satu thread di sebuah forum terkemuka di Malaysia bahawa teknik yang mereka ceritakan pada saya adalah satu perniagaan dan perniagaan itu adalah bersifat MLM. Patutlah rakyat Malaysia cukup anti dengan MLM dan menganggap ianya haram. Puncanya adalah orang-orang seperti ini tidak jujur menyalurkan informasi yang betul kepada pelanggan. Mengapa mereka tidak jujur di dalam memberikan informasi? Sesungguhnya tuhan akan membalas sesuatu yang lebih bermakna daripada mereka menipu cara begini.

Secara tidak langsung, mereka telah memburukkan imej sendiri dan imej syarikat MLM tersebut. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata lu pikir ler sendiri.

PS : Ada beberapa MLM Malaysia yang mengalami permasalahan dalaman, oleh itu nasihat saya jangan terburu-buru join MLM semata-mata hendak mengejar bonus atau duit. Cukuplah join sekadar ingin mencari rezeki dan bersabar melakukan perniagaan ini secara perlahan-perlahan :)

Cara Lajukan Celcom Broadband

Zaman sekarang ramai yang sudah menggunakan broadband untuk melayari internet baik di rumah mahupun di mana-mana selagi ada gelombang internet pada tempat di mana anda berada. Terlalu kerap kita mendengar broandband terlalu “slow” seperti “snail” :D



Broadband Vodafone




Broadband Huawei

Ikuti beberapa langkah yang senang untuk meningkatkan kelajauan broadband :-

1) Klik pada menu settings dan klik Choose Connection Type. Apa yang perlu anda buat adalah kekalkan ia pada 3G Only sebelum connect.

2) Jika anda menggunakan broadband jenis Vodafone dan mendapati ia terlalu lemah, ada 2 kemungkinan :-

i) Broadband anda lemah menarik gelombang internet.
ii) Software broadband Vodafone terlalu lambat untuk mencapai kelajuan internet.

Apa yang perlu anda lakukan?

i) Pinjam broadband jenis Huawei dari sesiapa yang memilikinya dan install software broadband tersebut. Anda cuba guna broadband Vodafone dengan mengaktifkan software dari Huawei. Walaupun ia berlainan broadband tetapi software tersebut boleh digunakan untuk kedua-dua broadband.

ii) Sekiranya broadband Vodafone masih lemah menarik gelombang internet, cuba guna broadband Huawei. Jika lemah lagi, bermakna kawasan anda sememangnya mempunyai gelombang internet yang lemah.

3) Defragment komputer anda setiap seminggu sekali.

4) Download CCleaner dan lakukan CCleaner selepas anda selesai menggunakan komputer.

Ini adalah kajian saya sahaja tidak pasti kesahihannya. Berlainan tempat berlainan gelombang. Selamat mencuba teknik yang saya berikan.

PS : Elakkan dari menempah broadband pakej unlimited, kerana ia tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

GDI Malaysia : Pasaran, Produk dan Website

GDI Malaysia telah melakarkan satu lagi sejarah di dalam pembinaan website perniagaan internet. Website yang dimiliki hanya berharga USD10 setiap bulan, tetapi produk yang dipasarkan adalah bernilai puluhan ribu ringgit.



Boleh klik image di atas untuk terus ke website beliau

Tahniah diucapkan kepada saudara Hasanan bin Mohd Hidir yang membuka minda masyarakat Malaysia bahawa website GDI bukan semata-mata mempromosikan perniagaan GDI sahaja.

Beliau telah mendapat ilham menjadikan website GDI sebagai platform menjual kereta proton pelbagai model. Beliau tidak menjadikan kekurangan pada website GDI sebagai penghalang memperluaskan kerjayanya di internet dan juga secara tak langsung ia memperkenalkan produk buatan Malaysia kepada dunia.

Jika kita membuat sesuatu dengan menggunakan kreativiti yang ada tidak mustahil ia menjadi sesuautu itu lebih menarik dari apa yang orang sekeliling perkatakan. Kejayaan seseorang terletak pada diri sendiri, orang di sekeliling hanya tahu bercakap tanpa merasai apa yang kita rasa :D

PS : Sekiranya anda mempunyai sesuatu yang menarik tentang perniagaan internet dan ingin saya review secara percuma sila hubungi saya :)

Perniagaan Internet Indah Khabar Dari Rupa?

Adakalanya berasa sedih juga bila ada orang katakan perniagaan internet ini indah khabar dari rupa. Kemungkinan mereka yang berkata sedemikian adalah kerana kena tipu atau sememangnya pemalas nak berjaya atau memang sakit hati dengan kejayaan usahawan internet :D



Saya rasakan ayat saudara di atas ini terbalik :D

Apa pun yang saya kata, harap jangan ambil hati, memang kata-kata saya agak pedas tetapi ia adalah untuk membuka mata umum bahawa perniagaan internet sama seperti perniagaan biasa yang anda lihat seperti di kedai-kedai. Cuma ia dilakukan di internet dan potensinya lebih banyak positif iaitu tidak perlu menyewa kedai, peluang mencari pelanggan adalah lebih luas dari kedai biasa dan yang paling best sambil berkain pelekat sambil minum kopi pun masih boleh menjalankan perniagaan :D

Masih ramai yang keliru dengan perniagaan internet. Ada yang mengadu saya join perniagaan internet ini dah 1 tahun lebih tak dapat apa-apa hasil. Persoalannya berapa jam sehari anda melayari internet untuk mempelajari ilmu tentang perniagaan internet? Jika anda hanya melayari internet sehari 2jam. 1/2jam menulis artikel blog, 1jam promosi perniagaan anda dan 1/2jam lagi untuk komen di blog-blog kemudian memberitahu saya blog anda boleh mencapai PR8 dan pelawat sehari 8k, baik lupakan sahaja dunia perniagaan internet.

Blog Dr. Irfan Khairi PR4 dan Blog Smartzul PR5, jika mereka berkata-kata sedemikian kepada saya seperti itu saya percaya. Kerana mereka menulis artikel di blog bermula tahun 2005 lagi dan keyword “Perniagaan Internet” dikuasai mereka di muka pertama google, tangga pertama dan kedua serta setiap artikel mereka mendapat sambutan pengikutnya dengan memberi komen-komen yang bernas dan tanda sokongan mereka terhadap 2 orang Usahawan Internet ini.

Perniagaan internet adalah satu perniagaan, indah khabar dari rupa adalah cara anda mencorakkan perniagaan anda seperti mana yang anda mahukan. Jika anda ingin menjadikan affiliate sebagai perniagaan, dapatkan informasi bagaimana ingin menjadi super affiliate. Begitu juga perniagaan kedai makan, ingin laris masakan anda dibeli oleh ramai orang, anda perlu belajar menjadi tukang masak yang pandai memasak.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah saya gagal sebelum ini. Mungkin orang yang tak pernah gagal berkata “aku baru jer join perniagaan internet 3 bulan dah dapat RM10k” itu baru beberapa peratus sahaja. Untuk mencapai kejayaan tahap pertama, anda perlu lalui bidang perniagaan anda sekurang-kurangnya atau paling minima 2 tahun. Dari 2 tahun inilah baru anda dapat lihat secara keseluruhannya sistem perniagaan ini berjalan walaupun tidak semua bahagian anda boleh lakukan.

Diharap artikel ini bukan berbentuk teguran secara halus sahaja tetapi ia dapat merubah pemikiran anda kepada pemikaran usahawan internet yang berjaya.

PS : Kejayaan sesorang dilakukan dengan usaha yang keras. Mereka meluangkan masa lebih 10jam sehari untuk bekerja dan mengeluarkan modal beribu ringgit untuk mendapatkan ilmu. Anda bagaimana?

Perniagaan Internet 2010

Ada beberapa kawan email saya bertanyakan apa perniagaan yang boleh dilakukan pada tahun 2010? Bagi saya tahun ini adalah tahun perniagaan internet, jual apa pun insyaallah boleh laku dengan syarat tahu cara promosi yang betul, bukan main tangkap muat promosi dan SPAM di merata tempat :)


Antara yang saya nampak perniagaan internet yang boleh mendapat sambutan tahun 2010 adalah :-

1) Menjual jersi bola World Cup 2010
2) Perkhidmatan membuat minisite
3) Perkhidmatan membuat ecommerce atau kedai online
4) Perkhidmatan membuat website dan blog
5) Perkhidmatan design website seperti ecover, banner dan sebagainya

Ini adalah di antara beribu perniagaan internet yang laku pada tahun ini. Anda hanya perlu buat sedikit kajian di forum-forum apakah yang mendapat sambutan hangat apabila dibincangkan.

Kesilapan memulakan perniagaan internet

Saya melihat ada yang cuba mengumpul mail list dengan memberikan produk percuma. Itu adalah bagus, tetapi bila di tanya apakah produk yang ingin diberikan, beliau berkata ebook cara memulakan perniagaan internet. Cara memulakan perniagaan internet adalah terlalu umum tajuknya, mengapa tidak anda buat ebook bagaimana menjana pendapatan di internet dengan hanya mengajar membuat website. Lakukan sesuatu yang lain dari produk yang terdapat di internet.

Berikut adalah beberapa kesilapan ketika memulakan perniagaan internet :-

1) Tidak memiliki sistem autoresponder – ada yang cuba menghantar email satu per satu dan mengatakan itu adalah newsletter. Sebenarnya anda sedang melakukkan SPAM walaupun email yang diberikan adalah berguna. Jika betul ia newsletter pastikan ia di hantar dalam keadaan yang profesional dan di email tersebut mempunyai link unsubcribe atau remove bagi memudahkan pelanggan anda ingin melanggan newsletter anda lagi atau tidak. Kita tidak boleh memenuhi kehendak hati setiap pelanggan.

2) Tidak memiliki minisite atau website – anda ingin berniaga di intertnet tetapi tidak mahu atau tidak tahu membuat minisite atau website perniagaan yang anda ingin jual. Ia umpama anda bercakap tetapi pelanggan tidak nampak apakah produk anda yang sebenarnya dan secara jujur ia kelihatan tidak profesional.

3) Tidak tahu cara promosi – saya biasa mendengar, boleh tak awak buat website saya cantik-cantik. Saya cuma katakan saudara tahu bagaimana promosi produk di internet? Jawapan beliau tidak tahu. Anda ada autoresponder canggih mana pun dan mengupah orang membuat website sehingga RM 2k sekalipun ia tidak bermakna jika tidak tahu cara promosi yang betul. Promosi adalah senjata penjualan perniagaan anda.

4) Tidak fokus – apa sahaja yang kita lakukan kita perlu fokus baru boleh mendatangkan hasil. Bila sudah cukup fokus, perniagaan anda boleh dilakukan secara autopilot, pada ketika itu anda sudah boleh memikirkan perniagaan lain untuk menambahkan lagi sumber pendapatan.

Apa yang diperkatakan adalah pengalaman yang saya lalui. Kemungkinan ia berlainan dengan pengalaman yang anda lalui. Diharap sedikit perkongsian ini bakal merubah anda untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Salam kejayaan usahawan dari saya :)

Kepentingan Ilmu & Melabur

Ilmu sudah semesti semua orang tahu ia adalah penting. Tidak kiralah ilmu apa pun kecuali ilmu hitam tidak bagus dituntut, yang lain ia sangat dituntut oleh Islam supaya kita mempelajarinya. Sejauh manakah kita menitikberatkan ilmu pada diri dan bagaimana kita melabur untuk mendapatkan ilmu?


Ilmu ini ada bermacam-macam yang boleh kita lakukan, ada yang menempah orang lain lakukan dahulu kemudian kita pelajari seperti membuat website dan ada yang kita wajib pelajari dan wajib lakukan sendiri seperti perkara fardu ain. Pada topik kali ini saya mengambil contoh kepentingan ilmu membina blog dan cara melaburnya.

1) Belajar Sendiri

Belajar sendiri ini adakalanya percuma dan adakalanya kita melaburkan sedikit modal untuk mengetahui tutorial atau cara yang sebetulnya. Sebagai contoh anda ingin mengetahui cara membina blog, kemungkinan kita meminjam sebuah buku atau membeli buku untuk mengikuti langkah-langkah membina blog.

Cara ini bagus kerana kita cuba sendiri atau try and error dengan hanya berpandukan buku, sekiranya ada sebarang persoalan kemungkinan ia tiada jawapan di dalam buku tersebut dan ia secara tidak langsung melambatkan proses kita untuk menyiapkannya.

2) Bengkel atau Seminar

Menghadiri bengkel atau seminar memerlukan kos yang boleh dikatakan tinggi bermula dari RM200 lebih sehinggalah beribu-ribu ringgit. Jika kita menghadiri bengkel ia akan mengajar langkah demi langkah cara bagaimana membina blog. Manakala jika kita menghadiri seminar ia akan menceritakan tips, panduan dan pengalaman yang dilalui oleh si penceramah.

Cara ini juga bagus, tetapi masa yang singkat memaksimakan ilmu pengetahuan seberapa banyak yang kita boleh dapat. Jika kita seorang yang cepat belajar banyaklah ilmu yang diperolehi, jika tahap pembelajaran kita lambat itulah yang selalu kita dengar “lepas habis seminar aku masih tak mampu buat apa-apa”

Jika di dalam bengkel atau seminar itu terdapat 30 peserta, ini bermakna sesiapa yang aktif bertanya, penceramah akan menjawab dan menolong kita. Selalunya sesi bengkel dan seminar terdiri di antara 2 sehingga 5 orang ahli panel. Untuk mereka fokus kepada 30 orang peserta kemungkinan agar sukar dengan masa yang terhad.

3) Personal Coaching

Mempelajari dengan cara personal coaching adalah yang paling terbaik. Harga personal coaching juga adalah lebih mahal di antara RM400 sehingga ribuan ringgit. Personal coaching ada pelbagai kaedah mengikut cara berapa jumlah pembayaran yang dibuat. Ia boleh dilakukan melalui chatting, bersua muka (face to face) dan perbualan melalui internet seperti menggunakan skype, gtalk dan lain-lain.

Cara ini merapatkan di antara kita dan guru yang mengajar. Ini membolehkan kita lebih cepat memahami kerana penumpuan yang lebih berbanding cara-cara sebelum ini. Peserta boleh bertanya apa sahaja soalan yang tidak faham secara terus tanpa perlu berebut-rebut mengangkat tangan seperti menghadiri bengkel atau seminar.

4) Tempahan

Melalui cara tempahan adalah cara yang paling pantas menjana duit sebelum kita pelajari sedikit demi sedikit cara bagaimana membuat duit dengan blog. Cara ini menjimatkan masa, tenaga dan duit kita, tetapi ilmu yang bakal kita dapat juga adalah lambat sedikit dari kebiasaan kita pelajari. Ia memerlukan kita memerhati atau membongkar perjalanan dari mula sehingga akhir kita boleh menjana duit melalui blog. Pembongkaran yang kita lakukan setelah di “setting” oleh perkhidmatan yang kita tempah ini memerlukan kita berhati-hati supaya kita tidak menyentuh apa-apa program yang telah di “setting” agar ia tidak lari dari kedudukan asal.

Dari 4 cara yang saya pelajari selama ini saya akan lakukan langkah demi langkah seperti orang baru merangkak mempelajari sesuatu. Pertama saya akan belajar sendiri, sebelum mengikut personal coaching, bengkel atau seminar dan akhir sekali membuat tempahan sekiranya saya masih gagal membuat apa yang saya kehendaki :) Setiap orang berlainan pendapat dan pengetahuan, anda boleh pilih manakah yang selesa untuk dimulakan dahulu dan tidak semestinya setiap di atas perlu dilengkapkan ke semua sekali. Ada cuma menggunakan satu cara di atas sudah boleh berjaya dan memahami ilmu yang dikehendaki.

Saya doakan anda teruskan belajar walau pada peringkat mana sekalipun. Tidak rugi kita mempelajari pelbagai ilmu di dunia ini bagi menambahkan pengetahuan dan juga berkongsi secara bersama :)