Adakalanya berasa sedih juga bila ada orang katakan perniagaan internet ini indah khabar dari rupa. Kemungkinan mereka yang berkata sedemikian adalah kerana kena tipu atau sememangnya pemalas nak berjaya atau memang sakit hati dengan kejayaan usahawan internet

Apa pun yang saya kata, harap jangan ambil hati, memang kata-kata saya agak pedas tetapi ia adalah untuk membuka mata umum bahawa perniagaan internet sama seperti perniagaan biasa yang anda lihat seperti di kedai-kedai. Cuma ia dilakukan di internet dan potensinya lebih banyak positif iaitu tidak perlu menyewa kedai, peluang mencari pelanggan adalah lebih luas dari kedai biasa dan yang paling best sambil berkain pelekat sambil minum kopi pun masih boleh menjalankan perniagaan
Masih ramai yang keliru dengan perniagaan internet. Ada yang mengadu saya join perniagaan internet ini dah 1 tahun lebih tak dapat apa-apa hasil. Persoalannya berapa jam sehari anda melayari internet untuk mempelajari ilmu tentang perniagaan internet? Jika anda hanya melayari internet sehari 2jam. 1/2jam menulis artikel blog, 1jam promosi perniagaan anda dan 1/2jam lagi untuk komen di blog-blog kemudian memberitahu saya blog anda boleh mencapai PR8 dan pelawat sehari 8k, baik lupakan sahaja dunia perniagaan internet.
Blog Dr. Irfan Khairi PR4 dan Blog Smartzul PR5, jika mereka berkata-kata sedemikian kepada saya seperti itu saya percaya. Kerana mereka menulis artikel di blog bermula tahun 2005 lagi dan keyword “Perniagaan Internet” dikuasai mereka di muka pertama google, tangga pertama dan kedua serta setiap artikel mereka mendapat sambutan pengikutnya dengan memberi komen-komen yang bernas dan tanda sokongan mereka terhadap 2 orang Usahawan Internet ini.
Perniagaan internet adalah satu perniagaan, indah khabar dari rupa adalah cara anda mencorakkan perniagaan anda seperti mana yang anda mahukan. Jika anda ingin menjadikan affiliate sebagai perniagaan, dapatkan informasi bagaimana ingin menjadi super affiliate. Begitu juga perniagaan kedai makan, ingin laris masakan anda dibeli oleh ramai orang, anda perlu belajar menjadi tukang masak yang pandai memasak.
Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah saya gagal sebelum ini. Mungkin orang yang tak pernah gagal berkata “aku baru jer join perniagaan internet 3 bulan dah dapat RM10k” itu baru beberapa peratus sahaja. Untuk mencapai kejayaan tahap pertama, anda perlu lalui bidang perniagaan anda sekurang-kurangnya atau paling minima 2 tahun. Dari 2 tahun inilah baru anda dapat lihat secara keseluruhannya sistem perniagaan ini berjalan walaupun tidak semua bahagian anda boleh lakukan.
Diharap artikel ini bukan berbentuk teguran secara halus sahaja tetapi ia dapat merubah pemikiran anda kepada pemikaran usahawan internet yang berjaya.
PS : Kejayaan sesorang dilakukan dengan usaha yang keras. Mereka meluangkan masa lebih 10jam sehari untuk bekerja dan mengeluarkan modal beribu ringgit untuk mendapatkan ilmu. Anda bagaimana?



















