Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Coaching Belajar Buat Blog Asas Mencapai Kejayaan Yang Pertama!

Baru sahaja saya melancarkan coaching belajar buat blog asas semalam. Hari ini saya telah mendapat satu berita yang sungguh menggembirakan, baik untuk saya dan juga peserta coaching saya. Tahukah anda, peserta saya ini adalah boleh dikategorikan sebagai pemalu dan takut hendak mencuba.

Sebelum saya mengajarnya membuat blog, dia asyik mengatakan kepada saya,

bestlah awak dah pernah jana duit melalui blog. Saya ni masih baru dan tak tahu buat blog, nak mengarang apa pun saya tak tahu

Senang cerita, beliau ini satu perkara pun tidak tahu, samalah seperti saya mula-mula menceburi bidang ini. Apa yang boleh saya bantu adalah saya menyuruh beliau tiru cara saya satu per satu sehinggalah mencapai objektif utama membuat blog tersebut.

Anda pasti nak tahu apakah yang menggembirakan itu? Anda boleh melihat gambar di bawah ini :-


Klik pada image dengan klik kanan dan View Image untuk melihat dengan lebih jelas

Ya! bagi mereka yang baru bermula dengan blogging, program adsense adalah yang paling sesuai untuk anda sertai. Walaupun peserta ini tidak mempunyai atau tidak pandai membuat blog di dalam bahasa inggeris sekali pun, saya telah berjaya membantunya untuk sama-sama menjana duit di internet.

Apa yang perlu adalah stabilkan kedudukan yang di milikinya sekarang serta tahu cara promosi blog dengan betul. Sesiapa yang ingin mengikuti jejak langkah saudara kita ini bolehlah mengambil coaching belajar buat blog asas bersama saya.

PS : Jika berminat, sila tinggalkan komen anda di bawah, agar saya dapat menghubungi anda dan merealisasikan impian untuk memiliki blog sendiri serta menjana duit melalui internet :)

Ekonomi Dunia

Seperti semua orang sedia maklum, ramai yang sudah mendengar khabar-khabar yang mengatakan ekonomi dunia semakin hari semakin teruk dan impaknya ke atas Malaysia semakin dirasai ramai. Apatah lagi apabila para- para peniaga menetapkan hari selepas Hari Raya Cina sudah pastinya ekonomi akan menjadi lebih teruk. Peniaga-peniaga sekarang sedang bersedia menghadapi keadaan tersebut. Seperti di tempat tinggal saya, para pelancong terutamnaya dari negara sebelah Eropah sudah menitik beratkan soal membeli belah. Mereka hanya membeli apa yang penting. Di dalam kedai cenderamata kawan saya misalnya, pelancong berlegar-legar di sekitar dalam kedai tiga empat kali untuk membeli sesuatu cenderahati untuk dibawa pulang ke negara mereka. Keuntungan di kedainya menurun berbanding tahun lepas pada bulan yang sama.

Ingin saya katakan di sini peniaga-peniaga atau orang-orang Malaysia tidak perlu berasa fobia terhadap keadaan ekonomi sekarang. Jalankan hidup anda seperti biasa. Banyakkan doa. Saya pasti anda mesti berkata pada saya “ Wah, tenangnya dia” atau “Senangnya cakap” Ya, memang betul. Kerana saya tahu cara menggunakan minda saya untuk mendapat apa yang saya mahukan. Saya tak perlu rasa gusar dan begitu juga dengan anda! Percaya dan yakinlah dengan kata-kata saya ini!

Semua orang mendapat jawapan kepada setiap apa yang didoakan kerana kepercayaan atau penerimaan mental tentang apa yang diminta dalam doanya. Bila seseorang itu berfikir, merasai dan mempercayai apa yang diminta, begitulah juga dengan keadaan minda, badan dan situasinya. Apabila minda anda berfikir dengan betul, apabila anda memahami sesuatu perkara itu, minda anda akan bertindakbalas dan membawa anda kepada keadaan harmoni, ketenangan dan yang terbaik dalam hidup anda.

Apa yang perlu adalah dengan memahami prinsip-prinsip dalam hidup. Prinsip dalam hidup seperti normal berkeadaan sihat dan tidak normal berkeadaan sakit, normal berkeadaan harmoni dan tidak normal terjadi peperangan.

Mulai hari ini percayalah pada kebenaran abadi!

Baiklah, sekarang fikirkan apa yang anda betul-betul mahukan sekarang? Dalam aritkel ini saya lebih memfokuskan cara anda perlu berfikir terhadap ekonomi dunia. Pertama sekali, ambil perhatian pada ayat saya ini .

“Untuk mengubah keadaan luaran, anda perlu mengubah penyebabnya dahulu. Untuk membuang segala kekusutan,perselisihan dan kekurangan anda mesti membuang penyebabnya. Dalam erti kata lain, cara anda berfikir dan membayangkan benda itu dalam minda anda”

Perlu anda fahami bahawa minda anda bukannya jahat tetapi bergantung kepada cara anda menggunakan minda anda. Begitu juga dengan elektrik. Elektrik tidak membahayakan sekiranya anda tidak menyalahgunakan.

Minda anda memang kreatif. Tetapi tanamlah benih-benih (konsep) yang baik supaya ianya bercabang menjadi pokok-pokok yang baik. Seperti di dalam prinsip agrikultur, jika anda semai 1 jenis benih maka ia akan tumbuh menjadi 1 jenis anak pokok. Dan sekiranya anda menyemai beberapa jenis benih maka beberapa jenis anak pokok akan menjadi. Ini adalah satu prinsip yang benar bukan?

Apabila anda sudah tahu menggunakan minda anda dengan bijak saya yakin anda dapat menjana:

1. kekayaan dari kemiskinan
2. kebijaksaan dari kenaifan dan kepercayaan karut
3. ketenangan dari kesakitan
4. kegembiraan dari kesedihan
5. keyakinan dari ketakutan
6. kejayaan dari kegagalan
7. keharmonian dari perselisihan

Anda tidak boleh berkata “ Dunia sekarang sudah tidak selamat” “Tak lama lagi perang Dunia Ketiga akan berlaku” “Ekonomi dunia bertambah teruk” Kata-kata ini adalah penyebab dunia sekarang seperti yang anda katakan.

“Ubah cara pemikiran anda, dan anda dapat mengubah takdir ”

Setiap fikiran anda adalah puncanya, dan setiap keadaan yang berlaku adalah kesannya. Anda mempunyai minda dan anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan minda anda. Jika anda fikirkan kebaikan, maka kebaikan akan berlaku, jika anda fikirkan kejahatan, kejahatan akan mengikut. Inilah cara minda anda berfungsi.

Mulai hari ini, mari kita bersama-sama berusaha membayangkan masa depan negara kita. Apa yang kita bayangkan itulah yang akan terjadi. Anda mesti PERCAYA dan YAKIN yang apa yang anda minta atau doakan itu akan termakbul. Jika anda ragu-ragu dengan apa yang diminta, tanamkan dalam minda situasi ini.

“ Jika anda pergi ke restoran dan meminta roti, maka roti lah yang anda dapat”

Takkan anda minta roti , anda diberi nasi pula. Masa depan negara adalah di minda anda sendiri kerana apa yang didoakan oleh 90% rakyat di sesebuah negara itulah yang akan membina negara itu. Doa yang saya maksudkan adalah suatu keinginan atau kehendak.

Sekarang tenangkan diri anda. Tegaskan pada diri anda “Aku berada dalam keadaan tenang” Badan anda serta merta terus mengikut arahan anda kerana andalah yang berkuasa.
Pejamkan mata dan perlahan-lahan bayangkan apa yang anda ingin buat sekiranya ekonomi dunia sudah pulih. Sebagai contoh saya bayangkan kedai saya dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing dari sebelah Europe. (Mereka adalah kebanyakannya yang menjadi pelanggan utama saya) Mereka berada dalam keadaan penuh gembira membelek barang-barang perhiasan di kedai saya. Seorang daripada mereka berkata kepda saya

“It’s so nice that I can spend my money without worrying anymore. The world economic is doing great”

Saya juga gelak ketawa bersama mereka. Mereka membayar kepada saya dan saya dapat melihat dan merasa wang ringgit dua ribu dengan jari-jari saya. Saya berasa sangat gembira.

( Bayangan anda perlu diserta dengan emosi. Lakukannya sekurang-kurangnya 5 minit 2 kali setiap hari. Anda boleh lakukannya di mana-mana. Di tempat kerja, di dalam KTM atau LRT atau Monorail )

Sibukkan diri anda dengan kata-kata ini “Ekonomi dunia semakin hari bertambah baik” Kata-kata ini tidak membawa sebarang konflik dalam minda anda.

Atau boleh juga guna cara ini. “Aku berterima kasih/bersyukur kepada Tuhan memberi keharmonian kepada negaraku”

Anda mempunyai kebebasan untuk memilih. Pilihlah kedamaian! Pilihlah ketenangan ! Pilihlah keharmonian!

Di samping itu juga, amal doakan kebahagiaan dan keharmonian untuk orang lain. Ingat! Sekali anda doakan untuk orang lain, 10,000 kali doa itu datang balik pada anda dan anda juga akan hidup dalam keadaan yang tenang seperti yang anda doakan untuk orang lain. Jika rakyat saling mondoakan antara satu sama lain, maka ini sudah pasti membentuk negara yang harmoni.

Disiplinkan minda anda dengan kata-kata positif. Jadikannya suatu tabiat dalam hidup anda. Apabila tabiat pemikiran anda itu harmoni dan membina, sudah tentunya anda menjalani kehidupan seharian anda dengan baik dan sempurna. Sekiranya anda berkeinginan terhadap sesuatu seperti inginkan ekonomi dunia pulih, sebenarnya 51% permintaan anda itu sudah terlaksana. Selebihnya bergantung kepada anda untuk membayangkan masa depan negara yang anda idam-idamkan.

Sekarang saya ingin terangkan suatu perkara lagi. Sekiranya anda yakin dengan teknik saya ini dan anda memberitahu kepada kawan anda berkenaan perkara ini, tetapi kawan anda berkata;

“Benda-benda seperti itu merepeklah. Tiada siapa yang dapat selamatkan dunia”

atau dialog-dialog yang seantero dengannya, anda sebenarnya boleh menerima atau menolak kata-kata kawan anda itu. Beri latihan pada minda anda untuk memilih yang terbaik.

“You are the only thinker in your universe”

Yang bermaksud, kata-kata dari orang lain tidak dapat mengubah pendirian anda tanpa penglibatan mental anda.

Saya ingin berkongsi dengan anda suatu cerita berkenaan seorang ahli falsafah yang terkenal iaitu Socrates.

Seorang anak muda bertanyakan Socrates bagaimana dia boleh dapatkan “wisdom” atau kebijaksanaan. Socrates menjawab “Mari ikut saya” Dia membawa anak muda itu ke sungai dan menolak kepala anak muda itu ke dalam air dan apabila anak muda itu meronta-ronta untuk mendapatkan udara (oksigen) Socrates melepaskan kepala budak itu. Apabila anak muda itu sudah tenang kembali, Socrates bertanya kepada anak muda itu. “Apa yang anda amat memerlukan semasa kepala anda berada di dalam air?”
“Saya amat memerlukan udara” kata anak muda itu.
Lalu Socrates berkata padanya “Apabila anda betul-betul inginkan kebijaksanaan seperti anda inginkan udara semasa kepala anda di dalam air, dan sebaik anda keluarkan kepala anda dari air anda sudah tentu mendapatnya”

Begitu jugalah jika anda betul-betul mempunyai keinginan yang teramat sangat dan terdapat pelbagai halangan tetapi anda betul-betul percaya memang anda jalan keluar maka sudah pasti anda mencapai kejayaan.

SK
MindMaster
Business Partner Nabieel.com

Compound Interest – Senjata Jutawan – Dr. Irfan Khairi

Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil
kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan
ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung di dalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya
dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa kompoun interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan
minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds).

Pasangan tersebut sebenarnya adalah di dalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagaimana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM 2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur
38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk kompoun interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek kompun interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Salam cemerlang!

ps: Untuk melipat kali gandakan pendapatan melalui compound interest, tambahkan hasil pendapatan anda, mungkin dari memulakan perniagaan secara sambilan dan gabungkannya dengan pendapatan melalui compound Interest ini.

Bisnes Cinta Merudum

Krisis kewangan global sudah mula menjejaskan ‘bisnes cinta’ di Singapura dengan sejumlah agensi mencari jodoh mengeluh kerana kekurangan pelanggan.

Beberapa agensi mencari jodoh menyatakan golongan lelaki kini berfikir panjang sebelum membelanjakan ribuan dolar untuk mencari bakal isteri.

“Hampir 10 peratus pelanggan saya berkata ‘ekonomi lembap, saya tidak mempunyai wang’,” kata pengusaha Vietnam Brides International Matchmaker, Mark Lin.

Tiga hingga empat pelanggannya membatalkan perkahwinan pada setiap bulan.

Semua ketidaktentuan ekonomi dunia bermula di Amerika Syarikat (AS) hingga ke Iceland mengakibatkan bukan sahaja pasaran kewangan tetapi sektor lain termasuk harga rumah jatuh dan kebimbangan kehilangan pekerjaan sehingga memaksa pengguna mula berjimat cermat.

“Perniagaan terjejas teruk akibat keadaan semasa. Pada masa lalu, saya akan memperoleh sehingga 20 panggilan sehari tetapi kini untuk mendapatkan satu panggilan pun sukar,” kata seorang pekerja di agensi Truelove International Matchmaker, Hannah.

Pasangan di Singapura akan menghabiskan beribu-ribu dolar ketika mereka berkahwin dengan mengadakan majlis makan mewah untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.

Mark mengenakan yuran S$8,000 (RM19,120) bagi lelaki yang mencari pasangan di agensinya namun jika pelanggannya tidak menemui gadis idaman mereka boleh membuat bayaran tambahan S$2,000 (RM4,780) pergi ke Ho Chi Minh City, Vietnam untuk memilih antara 50 hingga 100 perempuan.

“Pelanggan saya selalunya berumur lebih 35 tahun. Mereka kecewa dengan wanita tempatan yang dianggap memiliki cita rasa tinggi,” kata Mark.

20 Cara Jimat Penggunaan Minyak Kenderaan

Baru-baru ini negara kita di gemparkan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak disebabkan harga minyak dunia meningkat. Kerajaan membuat pengumuman itu secara drastik, menyebabkan ramai di antara kita sanggup beratur panjang di stesen minyak pada malam terakhir harga minyak murah sebelum melambung tinggi.

Yang terbaru, dengar khabar berita harga minyak akan diturunkan sedikit tetapi tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Harga minyak dunia telah pun turun, negara kita tetap tidak menurunkan harganya. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja perbincangan harga minyak.

Kita lupakan seketika masalah politik dengan minyak yang tak habis-habis ini. Saya ingin bawakan kepada anda, seorang insan yang bernama Mohd Nuur Fahmy Bin Massailan dari RahsiaEbiz.com. Ia telah pun melancarkan satu ebook berjudul 20 cara jimat minyak kereta secara percuma kepada anda.

Ebook yang banyak memberi tips berguna cara menjimatkan bahan bakar ini terhadap kenderaan anda. Walaupun ia suatu ebook yang ringkas, sudah cukup untuk saudara Fahmy berkongsi kepada anda mengurangkan bebanan yang sedia ada ini.

Jangan buang masa, mari download secara percuma di sini untuk tatapan anda, agar anda melalui kehidupan dengan berjimat cermat.

Rakyat Malaysia Tidak Komited Rancang Kewangan

Adakah anda adalah merupakan salah seorang seperti tajuk diatas? Anda ada membuat simpanan kewangan, pernahkah anda berfikir bahawa simpanan itu cukup atau tidak pada masa hari tua nanti?

Persoalan ini jarang di ambil berat oleh masyarakat kita terutamanya bagi pihak wanita. Bagi mereka kemungkinan anak-anak akan membantu mereka pada masa tua kelak. Jika di lihat memanglah di Malaysia kita mengamalkan begitu. Apakah semua anak-anak akan berbuat demikian? Ada pula yang berfikir di mana ia akan hidup selesa selepas bersara dengan menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Satu kajian telah di buat oleh Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, terhadap 400 responden yang separuhnya daripadanya adalah kaum wanita. Wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas. Ini kerana mereka lebih terdedah dengan isu-isu kewangan di media massa dan media cetak.  

Tahukah anda?

Wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat. Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup.

Berikan komen bernas anda tentang topik ini agar kita boleh membantu sesama sendiri merancangan kewangan pada masa hadapan.

Duit banyak, tiada simpanan…

Saya yakin ramai di antara kita yang memperolehi duit yang banyak setiap bulan tetapi tiada simpanan atau boleh dikatakan simpanan yang dibuat tidak setimpal dengan apa yang di belanjakan (bermakna anda belanja lebih dari yang di simpan). Jika di sebut pasal duit siapa yang tidak membuka seluas-luas telinga yang hendak di dengar dan mata yang hendak di lihat.

Bagaimanakah anda yang bekerja gaji beribu-ribu hendak menyimpan dan berbelanja secara berpatutan? Saya akan kongsikan beberapa tips cara mengurus kewangan anda.

1) KUTU

Ada di antara anda sudah mengetahui apa itu KUTU. KUTU adalah cara menyimpan duit yang di lakukan secara berkumpulan dan membayar mengikut yang di kehendaki setiap bulan serta mengikut giliran siapakah yang patut dapat pada bulan berkenaan. Sebagai contoh satu kumpulan ada 10 orang, seorang membayar RM100.00 setiap bulan. Permainan ini akan berlaku selama 10 bulan dan kebiasaannya cabutan telah di buat pada awal-awal permainan lagi bagi menentukan siapa yang dapat pada bulan berkenaan. Nasihat saya biarlah anda memilih cabutan yang terakhir sekali, sebabnya anda boleh merancang dengan teliti apa yang patut anda beli semasa mendapatkan duit. Perancangan kewangan adalah penting di dalam kehidupan.

2) Pelbagai akaun bank

Membuka beberapa akaun bank akan dapat menyelamatkan banyak duit anda secara tidak langsung. Jika kita melihat jumlah yang banyak di dalam akaun pasti di dalam hati akan berbisik “banyak lagi duit aku, aku boleh beli apa yang aku nak”. Bila duit dah sikit, pasti pada waktu tersebut kita baru teringat nak berjimat cermat. Akaun bank yang pertama yang patut anda buka adalah ASB, akaun bank kedua adalah bank yang nak pergi jauh dari rumah anda atau bank yang hanya boleh keluarkan duit di bank tersebut sahaja dan akaun bank yang seterusnya adalah bank yang mudah di cari atau boleh membuat pembayaran melalui internet.

3) Perbankan internet

Jika anda tidak tahu menggunakan perbankan internet, maka saya syorkan rajin-rajinlah belajar dari mereka yang mahir. Mengapa perbankan internet menjadi pemilihan saya?

*Jika anda ada berhutang dengan PTPTN dan ingin membuat pembayaran melalui perbankan internet, anda dapat menjimatkan kos komisen pemprosesan, sebagai contoh pembayaran di Bank Islam komisen dikenakan RM1.00 pada setiap pembayaran manakala melalui perbankan internet dengan menggunakan FPX adalah RM0.50 pada setiap pembayaran.

*Dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan ke bank.

*Boleh melakukan pada bila-bila masa lapang.

*Perbankan internet menggalakkan kita bayar tepat pada masanya dan sekaligus dapat mengelakkan kita membayar “bunga” sesuatu hutang atas sebab kelewatan pembayaran kerana tiada masa ke bank.

Dengan 3 tips perancangan dan penjimatan kewangan, di harap anda dapat praktikkan dan membantu anda secara tidak langsung bab kewangan anda ;)