Seperti semua orang sedia maklum, ramai yang sudah mendengar khabar-khabar yang mengatakan ekonomi dunia semakin hari semakin teruk dan impaknya ke atas Malaysia semakin dirasai ramai. Apatah lagi apabila para- para peniaga menetapkan hari selepas Hari Raya Cina sudah pastinya ekonomi akan menjadi lebih teruk. Peniaga-peniaga sekarang sedang bersedia menghadapi keadaan tersebut. Seperti di tempat tinggal saya, para pelancong terutamnaya dari negara sebelah Eropah sudah menitik beratkan soal membeli belah. Mereka hanya membeli apa yang penting. Di dalam kedai cenderamata kawan saya misalnya, pelancong berlegar-legar di sekitar dalam kedai tiga empat kali untuk membeli sesuatu cenderahati untuk dibawa pulang ke negara mereka. Keuntungan di kedainya menurun berbanding tahun lepas pada bulan yang sama.
Ingin saya katakan di sini peniaga-peniaga atau orang-orang Malaysia tidak perlu berasa fobia terhadap keadaan ekonomi sekarang. Jalankan hidup anda seperti biasa. Banyakkan doa. Saya pasti anda mesti berkata pada saya “ Wah, tenangnya dia” atau “Senangnya cakap” Ya, memang betul. Kerana saya tahu cara menggunakan minda saya untuk mendapat apa yang saya mahukan. Saya tak perlu rasa gusar dan begitu juga dengan anda! Percaya dan yakinlah dengan kata-kata saya ini!
Semua orang mendapat jawapan kepada setiap apa yang didoakan kerana kepercayaan atau penerimaan mental tentang apa yang diminta dalam doanya. Bila seseorang itu berfikir, merasai dan mempercayai apa yang diminta, begitulah juga dengan keadaan minda, badan dan situasinya. Apabila minda anda berfikir dengan betul, apabila anda memahami sesuatu perkara itu, minda anda akan bertindakbalas dan membawa anda kepada keadaan harmoni, ketenangan dan yang terbaik dalam hidup anda.
Apa yang perlu adalah dengan memahami prinsip-prinsip dalam hidup. Prinsip dalam hidup seperti normal berkeadaan sihat dan tidak normal berkeadaan sakit, normal berkeadaan harmoni dan tidak normal terjadi peperangan.
Mulai hari ini percayalah pada kebenaran abadi!
Baiklah, sekarang fikirkan apa yang anda betul-betul mahukan sekarang? Dalam aritkel ini saya lebih memfokuskan cara anda perlu berfikir terhadap ekonomi dunia. Pertama sekali, ambil perhatian pada ayat saya ini .
“Untuk mengubah keadaan luaran, anda perlu mengubah penyebabnya dahulu. Untuk membuang segala kekusutan,perselisihan dan kekurangan anda mesti membuang penyebabnya. Dalam erti kata lain, cara anda berfikir dan membayangkan benda itu dalam minda anda”
Perlu anda fahami bahawa minda anda bukannya jahat tetapi bergantung kepada cara anda menggunakan minda anda. Begitu juga dengan elektrik. Elektrik tidak membahayakan sekiranya anda tidak menyalahgunakan.
Minda anda memang kreatif. Tetapi tanamlah benih-benih (konsep) yang baik supaya ianya bercabang menjadi pokok-pokok yang baik. Seperti di dalam prinsip agrikultur, jika anda semai 1 jenis benih maka ia akan tumbuh menjadi 1 jenis anak pokok. Dan sekiranya anda menyemai beberapa jenis benih maka beberapa jenis anak pokok akan menjadi. Ini adalah satu prinsip yang benar bukan?
Apabila anda sudah tahu menggunakan minda anda dengan bijak saya yakin anda dapat menjana:
1. kekayaan dari kemiskinan
2. kebijaksaan dari kenaifan dan kepercayaan karut
3. ketenangan dari kesakitan
4. kegembiraan dari kesedihan
5. keyakinan dari ketakutan
6. kejayaan dari kegagalan
7. keharmonian dari perselisihan
Anda tidak boleh berkata “ Dunia sekarang sudah tidak selamat” “Tak lama lagi perang Dunia Ketiga akan berlaku” “Ekonomi dunia bertambah teruk” Kata-kata ini adalah penyebab dunia sekarang seperti yang anda katakan.
“Ubah cara pemikiran anda, dan anda dapat mengubah takdir ”
Setiap fikiran anda adalah puncanya, dan setiap keadaan yang berlaku adalah kesannya. Anda mempunyai minda dan anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan minda anda. Jika anda fikirkan kebaikan, maka kebaikan akan berlaku, jika anda fikirkan kejahatan, kejahatan akan mengikut. Inilah cara minda anda berfungsi.
Mulai hari ini, mari kita bersama-sama berusaha membayangkan masa depan negara kita. Apa yang kita bayangkan itulah yang akan terjadi. Anda mesti PERCAYA dan YAKIN yang apa yang anda minta atau doakan itu akan termakbul. Jika anda ragu-ragu dengan apa yang diminta, tanamkan dalam minda situasi ini.
“ Jika anda pergi ke restoran dan meminta roti, maka roti lah yang anda dapat”
Takkan anda minta roti , anda diberi nasi pula. Masa depan negara adalah di minda anda sendiri kerana apa yang didoakan oleh 90% rakyat di sesebuah negara itulah yang akan membina negara itu. Doa yang saya maksudkan adalah suatu keinginan atau kehendak.
Sekarang tenangkan diri anda. Tegaskan pada diri anda “Aku berada dalam keadaan tenang” Badan anda serta merta terus mengikut arahan anda kerana andalah yang berkuasa.
Pejamkan mata dan perlahan-lahan bayangkan apa yang anda ingin buat sekiranya ekonomi dunia sudah pulih. Sebagai contoh saya bayangkan kedai saya dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing dari sebelah Europe. (Mereka adalah kebanyakannya yang menjadi pelanggan utama saya) Mereka berada dalam keadaan penuh gembira membelek barang-barang perhiasan di kedai saya. Seorang daripada mereka berkata kepda saya
“It’s so nice that I can spend my money without worrying anymore. The world economic is doing great”
Saya juga gelak ketawa bersama mereka. Mereka membayar kepada saya dan saya dapat melihat dan merasa wang ringgit dua ribu dengan jari-jari saya. Saya berasa sangat gembira.
( Bayangan anda perlu diserta dengan emosi. Lakukannya sekurang-kurangnya 5 minit 2 kali setiap hari. Anda boleh lakukannya di mana-mana. Di tempat kerja, di dalam KTM atau LRT atau Monorail )
Sibukkan diri anda dengan kata-kata ini “Ekonomi dunia semakin hari bertambah baik” Kata-kata ini tidak membawa sebarang konflik dalam minda anda.
Atau boleh juga guna cara ini. “Aku berterima kasih/bersyukur kepada Tuhan memberi keharmonian kepada negaraku”
Anda mempunyai kebebasan untuk memilih. Pilihlah kedamaian! Pilihlah ketenangan ! Pilihlah keharmonian!
Di samping itu juga, amal doakan kebahagiaan dan keharmonian untuk orang lain. Ingat! Sekali anda doakan untuk orang lain, 10,000 kali doa itu datang balik pada anda dan anda juga akan hidup dalam keadaan yang tenang seperti yang anda doakan untuk orang lain. Jika rakyat saling mondoakan antara satu sama lain, maka ini sudah pasti membentuk negara yang harmoni.
Disiplinkan minda anda dengan kata-kata positif. Jadikannya suatu tabiat dalam hidup anda. Apabila tabiat pemikiran anda itu harmoni dan membina, sudah tentunya anda menjalani kehidupan seharian anda dengan baik dan sempurna. Sekiranya anda berkeinginan terhadap sesuatu seperti inginkan ekonomi dunia pulih, sebenarnya 51% permintaan anda itu sudah terlaksana. Selebihnya bergantung kepada anda untuk membayangkan masa depan negara yang anda idam-idamkan.
Sekarang saya ingin terangkan suatu perkara lagi. Sekiranya anda yakin dengan teknik saya ini dan anda memberitahu kepada kawan anda berkenaan perkara ini, tetapi kawan anda berkata;
“Benda-benda seperti itu merepeklah. Tiada siapa yang dapat selamatkan dunia”
atau dialog-dialog yang seantero dengannya, anda sebenarnya boleh menerima atau menolak kata-kata kawan anda itu. Beri latihan pada minda anda untuk memilih yang terbaik.
“You are the only thinker in your universe”
Yang bermaksud, kata-kata dari orang lain tidak dapat mengubah pendirian anda tanpa penglibatan mental anda.
Saya ingin berkongsi dengan anda suatu cerita berkenaan seorang ahli falsafah yang terkenal iaitu Socrates.
Seorang anak muda bertanyakan Socrates bagaimana dia boleh dapatkan “wisdom” atau kebijaksanaan. Socrates menjawab “Mari ikut saya” Dia membawa anak muda itu ke sungai dan menolak kepala anak muda itu ke dalam air dan apabila anak muda itu meronta-ronta untuk mendapatkan udara (oksigen) Socrates melepaskan kepala budak itu. Apabila anak muda itu sudah tenang kembali, Socrates bertanya kepada anak muda itu. “Apa yang anda amat memerlukan semasa kepala anda berada di dalam air?”
“Saya amat memerlukan udara” kata anak muda itu.
Lalu Socrates berkata padanya “Apabila anda betul-betul inginkan kebijaksanaan seperti anda inginkan udara semasa kepala anda di dalam air, dan sebaik anda keluarkan kepala anda dari air anda sudah tentu mendapatnya”
Begitu jugalah jika anda betul-betul mempunyai keinginan yang teramat sangat dan terdapat pelbagai halangan tetapi anda betul-betul percaya memang anda jalan keluar maka sudah pasti anda mencapai kejayaan.
SK
MindMaster
Business Partner Nabieel.com