Tinggalkan saje, itulah ungkapan yang paling sesuai jika anda mempunyai kriteria yang bakal saya sebutkan nanti. Mengapa tajuk artikel ini begitu garang sekali ya? Jawapan yang mudah dari saya adalah kerana saya tidak mahu layan orang-orang seperti ini. Bukan niat untuk menyombong diri atau tunjuk belagak pandai, tetapi apa sahaja perancangan saya dan motivasi saya akan hancur sebab di pengaruhi oleh mereka.
Sekarang baru saya faham, mengapa sepanjang perjalanan saya di dunia perniagaan internet, boleh dikatakan 90% soalan saya tidak dijawab oleh otai-otai.
Mari kita lihat apakah 10 sebab anda perlu tinggalkan perniagaan GDI pada hari ini mengikut pandangan saya :-
1 ) Merasakan ia susah dan beban
Jika kita fikir ia susah maka tidak berjayalah kita untuk melakukannya. Mengapa kita perlu katakan susah dan membebankan sedangkan kita belum berjuang secara habis-habisan sehingga tiada tenaga lagi untuk melakukannya.
2 ) Anda sememangnya bukan dilahirkan untuk menjual produk
Saya tersenyum apabila ada orang menyatakan kenyataan sedemikian. Dari newbie sehinggalah ke otai, masih ada kedengaran “saya sememangnya bukan dilahirkan untuk menjual produk”.
Mari kita renungkan sebentar, sebagai seorang bakal usahawan dan juga mereka yang telah bergelar usahawan benda yang penting adalah produk dan pembeli. Secara jujurnya saya katakan tiada perniagaan yang tak perlu cari orang untuk membeli atau klik
Bagaimanakah anda boleh menjana pendapatan dari ebay, adsense, clickbank, ebook, affiliate dan bermacam lagi sekiranya tidak mencari orang?
3 ) Ingin cepat kaya dalam masa singkat
Saya nak sertai perniagaan GDI nak kaya dalam masa seminggu. Adakah ia boleh terjadi? sudah tentu boleh. Bagaimanakah untuk mencapai kaya dalam masa seminggu? berusaha,berusaha dan terus berusaha. Belum pernah ada rekod mengatakan duduk diam sambil goyang kaki boleh jadi kaya melainkan anda berusaha pada awalnya dan goyang kaki pada kemudian hari seperti anda membuat sewaan kereta dan rumah.
4 ) Inginkan kerja yang mudah
Kerja yang tidak memerlukan sebarang modal adalah berfikir. Sebuah syarikat berkehendakan anda memikirkan bagaimana mencipta sebuah kereta yang boleh membawa mereka dari selatan ke utara dalam masa beberapa saat.
Susah atau senang untuk anda memikirkan kerja bagaimana untuk mencipta kereta sepantas itu? Sudah tentu susah. Begitu juga perniagaan GDI tiada yang mudah untuk mencapai kejayaan.
5 ) Tidak bersyukur apa yang anda dapat
“Tolonglah saya, saya dah 4 bulan sertai GDI, sampai ke hari ini saya hanya dapat seorang downline sahaja”.
Bersyukurlah apa yang anda dapat ketika itu. Mengapa tidak anda berbincang dengan downline bagaimana mengembangkan rangkaian anda daripada mengeluh tanpa dapat apa-apa.
6 ) Tiada inisiatif sendiri untuk mencari formula kejayaan
Setiap orang yang dilahirkan mempunyai kehebatan mereka yang tersendiri. Mungkin upline anda hendak mencapai kejayaan dengan berjalan 10km setiap hari, adakah anda mampu untuk meniru caranya? Sudah pasti tidak, oleh itu carilah formula kejayan sendiri dari menunggu formula orang lain yang belum tentu anda sanggup pikul.
7 ) Mengarah orang
“Minggu ini saya nak awak cari downline seramai 5 orang, jika tidak dapat, awak kena belanja saya makan beriani gam selama seminggu berturut-turut
“.
Di dalam perniagaan GDI, tiada pengarah urusan yang mengarah anda suruh melakukan ini dan itu. Yang ada adalah seorang upline memberi informasi dan tunjuk ajar bagaimana ingin berjaya. Sistem mengarah hanya wujud apabila anda bekerja dengan seseorang dengan syarat-syarat tertentu dan mendapat gaji bulanan dari orang yang menawarkan anda kerja.
8 ) Merasakan satu pembaziran melabur USD10 / RM35 setiap bulan
Jika RM35, saya andaikan sekotak rokok berharga RM5 ini bermakna seorang perokok mampu membeli 7 kotak dalam sebulan. Apakah faedah yang anda dapat dari rokok ini? hanya khayalan semata-mata dan akhirnya anda menjadi sakit.
Bagaimana pula anda melabur RM35 setiap bulan dengan perniagaan GDI? Anda dapat membina rangkaian ke serata dunia dan membina masa depan sistem kewangan anda. Walaupun sudah pencen anda masih mampu mendapat duit setiap bulan daripada perniagaan autopilot ini.
9 ) Memikirkan keuntungan daripada usaha
Sesiapa sahaja akan memikirkan keuntungan sebelum mereka menyertai mana-mana perniagaan. Itu adalah bagus kerana anda melakukan strategi terlebih dahulu bagi menilai adakah anda mampu untuk menjalankan perniagaan yang bakal dilaksanakan.
Bagaimana pula jika anda selalu memikirkan keuntungan sahaja, sehingga mengajak seseorang sertai perniagaan GDI pun berkata, “awak join GDI awak boleh dapat USD100 setiap minggu”. Anda hanya menceritakan duit sahaja, tetapi tidak menceritakan bagaimana downline perlu berusaha untuk buat duit setelah sertai GDI.
10 ) Membina rangkaian ke-2
Membina rangkaian ke-2 ini adalah mencari calon isteri ke-2. Secara umumnya ramai tahu, perniagaan berbentuk MLM ni perlu keluar untuk berjumpa prospek. Sekali kena yang menggoda di jiwa, jom kita kahwin sambil-sambil tu boleh buat perniagaan bersama.
Wah..macam ni pun ada ya..hahaha
Janganlah anda buat rangkaian perniagaan atas dasar cinta pandang pertama atau ke berapa pun dengan seseorang. Ini bakal mengundang retak institusi keluarga dan rangkaian perniagaan anda juga bakal retak. Cinta adalah bermain dengan perasaan, jika terguris sedikit pasti meletup semuanya. Berhati-hatilah ketika melakukan tindakan.
Saya rasa sudah cukup menarik tertarik kau memang deboom perkongsian saya mengapa anda perlu tinggalkan perniagaan GDI pada hari ini, jika memiliki salah satu perkara di atas.
PS : “Alang-alang membazir duit, biar membazir ke arah masa depan”
=========================================================
Biodata Penulis:

Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.