Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

GDI Malaysia : Pasaran, Produk dan Website

GDI Malaysia telah melakarkan satu lagi sejarah di dalam pembinaan website perniagaan internet. Website yang dimiliki hanya berharga USD10 setiap bulan, tetapi produk yang dipasarkan adalah bernilai puluhan ribu ringgit.



Boleh klik image di atas untuk terus ke website beliau

Tahniah diucapkan kepada saudara Hasanan bin Mohd Hidir yang membuka minda masyarakat Malaysia bahawa website GDI bukan semata-mata mempromosikan perniagaan GDI sahaja.

Beliau telah mendapat ilham menjadikan website GDI sebagai platform menjual kereta proton pelbagai model. Beliau tidak menjadikan kekurangan pada website GDI sebagai penghalang memperluaskan kerjayanya di internet dan juga secara tak langsung ia memperkenalkan produk buatan Malaysia kepada dunia.

Jika kita membuat sesuatu dengan menggunakan kreativiti yang ada tidak mustahil ia menjadi sesuautu itu lebih menarik dari apa yang orang sekeliling perkatakan. Kejayaan seseorang terletak pada diri sendiri, orang di sekeliling hanya tahu bercakap tanpa merasai apa yang kita rasa :D

PS : Sekiranya anda mempunyai sesuatu yang menarik tentang perniagaan internet dan ingin saya review secara percuma sila hubungi saya :)

10 Cara Mengetahui Perniagaan GDI SCAM atau Tidak

Sudah lama saya mencari jalan bagaimanakah untuk mengesan sesuatu program jana duit di internet itu satu perkara yang benar atau sekadar hendak menipu pengguna. Kini saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh mengetahui Perniagaan GDI ini SCAM atau tidak. Cara ini juga boleh dipraktikan untuk program jana duit yang lain di internet.

1) Global Domain International


- Buka muka depan Google
- Taip perkataan “Global Domain International”
- Anda dapati ratus ribu dan juta keyword ini di cari oleh pelawat.

Bagi pendapat saya ada 2 perkara berdasarkan mengapa ia terlalu mendapat sambutan keyword ini :-

i) Ia kemungkinan satu program yang bagus atau tidak bagus
ii) Ia merupakan sebuah program yang sedang hangat di perbualkan di serata dunia.

2) GDI Review


- Taip perkataan “GDI Review” di kotak search engine
- Ambil 3 website yang menceritakan “GDI REVIEW”
- Baca dan nilai

3) GDI SCAM


- Taip perkataan “GDI SCAM” di kotak search engine
- Ambil 3 website yang menceritakan tentang “GDI SCAM”
- Baca dan nilai

4) Facebook


- Log in facebook
- Masuk ke bahagian Groups
- Taip perkataan “Global Domain International”
- Sertai beberapa group yang mempunyai ahli yang ramai
- Baca apa yang mereka post pada wall group itu

5) Blog Perniagaan GDI


- Taip perkataan “Blog Perniagaan GDI” di kotak search engine
- Ambil beberapa blog yang menceritakan tentang “Blog Perniagaan GDI”
- Hubungi penulis blog dan bertanyakan soalan-soalan yang sepatutnya, sekiranya si penulis menjawab dalam keadaan yang mencurigakan. Ada 2 kemungkinan sebab dia menjawab begitu :-

i) Tak tahu nak cakap apa pasal GDI, sebab tak study.
ii) Sertai GDI sebab terpaksa atau fikirkan duit sahaja selain dari itu ia rasa tidak penting.

6) Forum GDI Malaysia


- Layari Forum GDI Malaysia
- Daftarkan diri di sana secara PERCUMA
- Cari beberapa persoalan tentang Perniagaan GDI atau anda buka sendiri thread untuk bertanyakan apa yang tidak tahu.

7 ) Youtube


- Layari Youtube
- Taip perkataan “GDI Global Domain International”
- Tonton beberapa video berkenaan GDI

8 ) Cek


- Layari http://images.google.com.my
- Taip perkataan “Cek GDI”
- Pilih beberapa gambar bukti pembayaran Cek dari GDI



Cek dari GDI

9) Paypal



Paypal dari GDI

- Layari http://images.google.com.my
- Taip perkataan “Paypal GDI”
- Pilih beberapa gambar bukti pembayaran Paypal dari GDI
- Pastikan ia tertera perkataan Global Domain International

10 ) Sertai GDI

Cara ini adalah yang terbaik, anda sertai GDI untuk tempoh percubaan selama 7 hari PERCUMA dan anda boleh selidik habis-habisan apa yang ada di dalam control panel GDI, FAQ dan anda boleh tanya terus ke support GDI. Nak daftar GDI boleh dilakukan di sini Nabieel.ws

Penulis hanya berkongsikan pengalaman yang pernah dilalui sebagai mengelakkan diri dari kena tipu di internet. Maklumlah orang yang kita bersemuka pun boleh menipu, bagaimana pula di internet yang hanya membaca ayat-ayat manis tanpa melihat orang itu bagaimana. Harap cara di atas dapat mengurangkan orang Malaysia terutamanya, terjebak di dalam skim cepat kaya yang tak kaya-kaya pun :)

PS : Sekiranya anda tidak menjumpai apa yang hendak di cari dalam perkataan Bahasa Melayu, sila ubahkan kepada perkataan English.

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

10 Sebab Anda Perlu Tinggalkan Perniagaan GDI Pada Hari Ini

Tinggalkan saje, itulah ungkapan yang paling sesuai jika anda mempunyai kriteria yang bakal saya sebutkan nanti. Mengapa tajuk artikel ini begitu garang sekali ya? Jawapan yang mudah dari saya adalah kerana saya tidak mahu layan orang-orang seperti ini. Bukan niat untuk menyombong diri atau tunjuk belagak pandai, tetapi apa sahaja perancangan saya dan motivasi saya akan hancur sebab di pengaruhi oleh mereka.


Sekarang baru saya faham, mengapa sepanjang perjalanan saya di dunia perniagaan internet, boleh dikatakan 90% soalan saya tidak dijawab oleh otai-otai.

Mari kita lihat apakah 10 sebab anda perlu tinggalkan perniagaan GDI pada hari ini mengikut pandangan saya :-

1 ) Merasakan ia susah dan beban

Jika kita fikir ia susah maka tidak berjayalah kita untuk melakukannya. Mengapa kita perlu katakan susah dan membebankan sedangkan kita belum berjuang secara habis-habisan sehingga tiada tenaga lagi untuk melakukannya.

2 ) Anda sememangnya bukan dilahirkan untuk menjual produk

Saya tersenyum apabila ada orang menyatakan kenyataan sedemikian. Dari newbie sehinggalah ke otai, masih ada kedengaran “saya sememangnya bukan dilahirkan untuk menjual produk”.

Mari kita renungkan sebentar, sebagai seorang bakal usahawan dan juga mereka yang telah bergelar usahawan benda yang penting adalah produk dan pembeli. Secara jujurnya saya katakan tiada perniagaan yang tak perlu cari orang untuk membeli atau klik :) Bagaimanakah anda boleh menjana pendapatan dari ebay, adsense, clickbank, ebook, affiliate dan bermacam lagi sekiranya tidak mencari orang?

3 ) Ingin cepat kaya dalam masa singkat

Saya nak sertai perniagaan GDI nak kaya dalam masa seminggu. Adakah ia boleh terjadi? sudah tentu boleh. Bagaimanakah untuk mencapai kaya dalam masa seminggu? berusaha,berusaha dan terus berusaha. Belum pernah ada rekod mengatakan duduk diam sambil goyang kaki boleh jadi kaya melainkan anda berusaha pada awalnya dan goyang kaki pada kemudian hari seperti anda membuat sewaan kereta dan rumah.

4 ) Inginkan kerja yang mudah

Kerja yang tidak memerlukan sebarang modal adalah berfikir. Sebuah syarikat berkehendakan anda memikirkan bagaimana mencipta sebuah kereta yang boleh membawa mereka dari selatan ke utara dalam masa beberapa saat.

Susah atau senang untuk anda memikirkan kerja bagaimana untuk mencipta kereta sepantas itu? Sudah tentu susah. Begitu juga perniagaan GDI tiada yang mudah untuk mencapai kejayaan.

5 ) Tidak bersyukur apa yang anda dapat

“Tolonglah saya, saya dah 4 bulan sertai GDI, sampai ke hari ini saya hanya dapat seorang downline sahaja”.

Bersyukurlah apa yang anda dapat ketika itu. Mengapa tidak anda berbincang dengan downline bagaimana mengembangkan rangkaian anda daripada mengeluh tanpa dapat apa-apa.

6 ) Tiada inisiatif sendiri untuk mencari formula kejayaan

Setiap orang yang dilahirkan mempunyai kehebatan mereka yang tersendiri. Mungkin upline anda hendak mencapai kejayaan dengan berjalan 10km setiap hari, adakah anda mampu untuk meniru caranya? Sudah pasti tidak, oleh itu carilah formula kejayan sendiri dari menunggu formula orang lain yang belum tentu anda sanggup pikul.

7 ) Mengarah orang

“Minggu ini saya nak awak cari downline seramai 5 orang, jika tidak dapat, awak kena belanja saya makan beriani gam selama seminggu berturut-turut :D “.

Di dalam perniagaan GDI, tiada pengarah urusan yang mengarah anda suruh melakukan ini dan itu. Yang ada adalah seorang upline memberi informasi dan tunjuk ajar bagaimana ingin berjaya. Sistem mengarah hanya wujud apabila anda bekerja dengan seseorang dengan syarat-syarat tertentu dan mendapat gaji bulanan dari orang yang menawarkan anda kerja.

8 ) Merasakan satu pembaziran melabur USD10 / RM35 setiap bulan

Jika RM35, saya andaikan sekotak rokok berharga RM5 ini bermakna seorang perokok mampu membeli 7 kotak dalam sebulan. Apakah faedah yang anda dapat dari rokok ini? hanya khayalan semata-mata dan akhirnya anda menjadi sakit.

Bagaimana pula anda melabur RM35 setiap bulan dengan perniagaan GDI? Anda dapat membina rangkaian ke serata dunia dan membina masa depan sistem kewangan anda. Walaupun sudah pencen anda masih mampu mendapat duit setiap bulan daripada perniagaan autopilot ini.

9 ) Memikirkan keuntungan daripada usaha

Sesiapa sahaja akan memikirkan keuntungan sebelum mereka menyertai mana-mana perniagaan. Itu adalah bagus kerana anda melakukan strategi terlebih dahulu bagi menilai adakah anda mampu untuk menjalankan perniagaan yang bakal dilaksanakan.

Bagaimana pula jika anda selalu memikirkan keuntungan sahaja, sehingga mengajak seseorang sertai perniagaan GDI pun berkata, “awak join GDI awak boleh dapat USD100 setiap minggu”. Anda hanya menceritakan duit sahaja, tetapi tidak menceritakan bagaimana downline perlu berusaha untuk buat duit setelah sertai GDI.

10 ) Membina rangkaian ke-2

Membina rangkaian ke-2 ini adalah mencari calon isteri ke-2. Secara umumnya ramai tahu, perniagaan berbentuk MLM ni perlu keluar untuk berjumpa prospek. Sekali kena yang menggoda di jiwa, jom kita kahwin sambil-sambil tu boleh buat perniagaan bersama.

Wah..macam ni pun ada ya..hahaha :D

Janganlah anda buat rangkaian perniagaan atas dasar cinta pandang pertama atau ke berapa pun dengan seseorang. Ini bakal mengundang retak institusi keluarga dan rangkaian perniagaan anda juga bakal retak. Cinta adalah bermain dengan perasaan, jika terguris sedikit pasti meletup semuanya. Berhati-hatilah ketika melakukan tindakan.

Saya rasa sudah cukup menarik tertarik kau memang deboom perkongsian saya mengapa anda perlu tinggalkan perniagaan GDI pada hari ini, jika memiliki salah satu perkara di atas.

PS : “Alang-alang membazir duit, biar membazir ke arah masa depan”

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Forum GDI Malaysia

Forum adalah salah satu tempat pengumpulan maklumat berkenaan niche yang tertentu. Saudara Muhammad Abdul Alim Salleh atau lebih dikenali Alem merupakan pengasas kepada Forum GDI Malaysia. Forum yang baru sahaja bermula pada Oktober tahun lepas kini telah berkembang dengan pantas sehinggakan ia mendapat Page Rank 3 dan merupakan keyword yang popular di search engine.


Dengan niat ingin mengumpul semua di bawah satu bumbung demi berkongsi ilmu GDI secara bersama, saudara Alem bertungkus lumus menyiapkan forum itu secara bersendirian tanpa mengharapkan apa-apa dari pelawat.

Mengapakah kita perlu menyertai forum?

1) Dengan adanya forum maka wujudnya pelbagai persoalan dan jawapan berkenaan permasalahan perniagaan GDI.

2) Di forum terdapat pelbagai orang yang berkemahiran dari pelbagai bidang. Tidak mustahil dengan kehadiran anda di sana dan berkongsi sesuatu kepada forum, membolehkan anda mendapat apa yang anda kehendaki sebelum ini.

3) Membolehkan kita mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli GDI, blogger dan juga Usahawan Internet.

4) Di forum adalah tempat untuk anda membina kredibiliti sebagai seorang guru.

5) Sekiranya anda mempunyai prestasi yang baik, tidak mustahil pihak admin akan menolong mengumumkan sesuatu tawaran servis anda yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai kepada ahli forum.

6) Forum boleh meningkatkan backlink dan traffik dengan cepatnya, oleh itu gunakanlah sebaik mungkin fungsi forum untuk kebaikan bersama.

7) Anda boleh membuat iklan di forum selagi tidak menampakkan ia sebagai SPAM

Saya rasa ramai yang sudah tahu kelebihan berforum, artikel ini cuma memberi peringatan kepada mereka yang belum menyertai Forum GDI Malaysia. Tidak rugi anda menyertainya kerana ia adalah PERCUMA dan yang paling penting adalah bagaimana anda membina kredibiliti perniagaan GDI anda di forum :)

PS : Tahukah anda, tempat yang paling mudah untuk mencari prospek adalah di forum. Renung-renungkanlah, selamat mencuba :D

=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

100Mb Besar Mana?

Sekiranya anda seorang ahli GDI (Global Domain International) pembelian domain akan anda dapat mencipta 10 email dari domain .ws, saiz hosting bersaiz 100Mb dan beberapa theme.

Sebelum kita melihat 100Mb besar mana, mari kita lihat apa itu mb.


Mb bermaksud Megabyte lebih besar dari kb (kilobyte) dan lebih kecil dari Gb (Gigabyte). Anda boleh lihat carta di atas sebagai rujukkan tentang nilai kuasa yang berkaitan dengan teknologi komputer.

Saya telah melakukan kajian tentang 100Mb berapa besar yang perlu anda bayangkan. Secara peribadi saya katakan soalan ini, begitu subjektif untuk saya berikan jawapannya. Cukup sekadar anda bayangkan apa yang saya nak tunjukkan.

Kajian di lakukan menggunakkan Microsoft Word :-

1Mb = 200 muka surat
1Mb = 488,000 huruf (Times New Roman / bersaiz 12 / perkataan GDI)

100Mb = 20,000 muka surat
100Mb = 48,800,000 huruf (Times New Roman / bersaiz 12 / perkataan GDI)

Ini adalah anggaran saya sekiranya anda menggunakan hosting bersaiz 100Mb. Sekiranya anda menggunakan warna pada website anda, ada upload video dan ada upload image ke dalam hosting berkenaan, anda tidak akan dapat mencapai 20,000 muka surat seperti kajian yang saya lakukkan ini.

Memang terlalu subjektif untuk menjawabnya, tetapi anda boleh bayangkan berapa besar 100Mb itu jika digunakan dengan sebaiknya.

PS : Email marketing merupakan senjata utama anda untuk berjaya di dalam dunia perniagaan internet. Sudahkah anda memiliki autoresponse yang betul-betul anda boleh buat duit 2 dalam 1? Jika anda belum atau ingin mengetahuinya sila layari http://nabieel.com/trafficwave

Kemunculan Panduan X GDI 2.0

Kemunculan GDI 2.0 bukanlah datang dari pihak GDI akan tetapi ia datang daripada saya sendiri. GDI 2.0 bukanlah satu software atau apa sahaja yang boleh anda menjadi super di dalam GDI.

Idea untuk mewujudkan GDI 2.0 ini adalah datang dari soalan yang bertubi-tubi kepada saya. Tujuan utama adalah untuk menyelesaikan permasalah anda berkenaan perniagaan GDI.

Di dalam GDI 2.0 ini, saya sertakan keterangan, image dan video panduan yang teramat mudah untuk difahami. Akan tetapi video yang saya sertakan di dalam pakej ini tidak mempunyai audio. Oleh itu anda fahamkan pergerakan video dan ulasan yang di berikan pada video tersebut.

GDI 2.0 ini akan mengenakan sedikit bayaran dengan harga yang berpatutan. Harga yang ditawarkan oleh saya adalah tersangatlah murah jika dibandingkan dengan anda makan KFC bersama famili ataupun dengan yang tersayang. Mengapa tidak anda laburkan sedikit untuk memperolehi ilmu yang berguna ini :)

Dengan bertemakan Cara Memulakan Perniagaan Internet dan Strategi GDI, saya terapkan elemen-elemen seperti masalah teknikal, pengisian rohani sebagai seorang usahawan dan beberapa perkara yang wajar saya fikirkan untuk diberikan kepada anda yang membelinya.

Apa yang boleh saya katakan di sini, sekiranya anda ingin memiliki produk ini dan belum sertai Facebook, silalah daftarkan diri anda di sana. Saya ada menggunakan perkhidmatan Facebook untuk produk ini. Produk yang bakal muncul dengan kelainan dengan lain-lain produk GDI Malaysia ini mungkin sedikit sebanyak akan membuka minda anda mengaplikasikannya, tunggukan sahaja kemunculannya tidak berapa lama lagi.

Cara Mendaftar Perniagaan GDI

Untuk mendaftar dengan GDI, ada 3 cara bagaimana anda boleh membuat pembayaran kepada GDI untuk yuran bulanan :-

1) Paypal – Cara mendaftar anda boleh lihat video ini
2) Kad Debit – Mohon kad debit dahulu kemudian ikuti langkah-langkah seperti di http://www.perniagaaninternet.ws/r/nabieel/maybank.html
3) Kad Kredit

Beza antara ketiga-tiga jenis pembayaran :-

1) Paypal – Adalah sebuah akaun bank di internet yang membolehkan anda membayar dengan syarat anda perlu mengisi duit di dalamnya dengan membeli fund paypal kepada mereka yang menjualnya.
2) Kad Debit – Sesiapa sahaja boleh memohonnya, tiada syarat yang ketat. Ada duit di dalam kad itu, bolehlah anda membuat pembayaran, ia seperti prepaid handphone kita :)
3) Kad Kredit – Cara memohonnya adalah ketat sedikit. Tiada duit, anda masih boleh membeli sehingga limit yang telah diberikan.

Pertama sekali anda perlu klik borang untuk mendaftar di sini


User Pilihan Anda adalah user untuk anda login di capel GDI anda.

Setelah lengkap mengisi borang tersebut, anda klik butang Continue


Pilih domain anda, anda boleh memilih apa sahaja domain selagi tiada siapa yang membelinya.

Setelah selesai, klik pada butang Search


Apabila anda berapa di langkah ini, pastikan jumlah bayaran adalah $10. Sekiranya ia lebih dari itu, ini bermakna anda telah melakukan pemilihan domain lebih dari sekali.

Setelah anda puas hati dengan pemilihan domain tersebut, sila klik butang Continue.


Gambarajah ini anda perlu membuat pemilihan jenis pembayaran :-

1) Register with Credit/Debit Card – Tekan butang ini dan terus mengisi butiran-butiran kad anda
2) Register with Paypal – boleh lihat gambarajah di bawah


Anda klik pada kotak kecil yang tertulis perkataan Check box to confirm you read and understand dan klik pada butang Proceed to Paypal


Gambarajah ini mengesahkan kembali anda untuk melakukan pembayaran melalui paypal. Anda boleh klik butang Proceed to Paypal

Anda akan di bawa ke laman Paypal dan anda hanya perlu login bagi membuat pengesahan dengan pihak GDI.

Mudah bukan untuk mendaftar perniagaan bersama GDI.

Sekiranya anda tidak faham langkah-langkah yang di tunjukkan, sila berikan komen anda di bawah atau email ke admin@nabieel.ws .

Apa Itu Domain Dan Hosting?

Saya pernah di tanya apakah domain dan hosting?

Jika anda seorang yang masih baru, saya yakin anda tidak akan tahu apakah domain dan hosting itu.

Saya akan ceritakan secara ringkas sahaja bab ini.

Domain dan url adalah benda yang sama. Seperti kita katakan T-Shirt dan kemeja iaitu baju. Samalah domain dan url sebutan sahaja berbeza tetapi benda yang sama.

Domain adalah alamat untuk anda kunjungi di internet :-

1) http://nabieel.com/blog
2) http://yahoo.com
3) http://google.com

Hosting pula adalah tempat anda untuk menyimpan segala artikel yang ditaip, gambar dan file-file yang anda ingin simpan di web anda.

Saya akan bawakan contoh yang senang dan mudah untuk anda faham.

Saya ibaratkan domain dan hosting itu seperti sebuah kedai

Domain = Alamat kedai anda
Hosting = Kedai yang anda miliki untuk simpan barang

Sekiranya anda masih tidak faham dengan ulasan yang saya buat. Sila tinggalkan komen anda di bawah :)