Forum adalah salah satu tempat pengumpulan maklumat berkenaan niche yang tertentu. Saudara Muhammad Abdul Alim Salleh atau lebih dikenali Alem merupakan pengasas kepada Forum GDI Malaysia. Forum yang baru sahaja bermula pada Oktober tahun lepas kini telah berkembang dengan pantas sehinggakan ia mendapat Page Rank 3 dan merupakan keyword yang popular di search engine.

Dengan niat ingin mengumpul semua di bawah satu bumbung demi berkongsi ilmu GDI secara bersama, saudara Alem bertungkus lumus menyiapkan forum itu secara bersendirian tanpa mengharapkan apa-apa dari pelawat.
Mengapakah kita perlu menyertai forum?
1) Dengan adanya forum maka wujudnya pelbagai persoalan dan jawapan berkenaan permasalahan perniagaan GDI.
2) Di forum terdapat pelbagai orang yang berkemahiran dari pelbagai bidang. Tidak mustahil dengan kehadiran anda di sana dan berkongsi sesuatu kepada forum, membolehkan anda mendapat apa yang anda kehendaki sebelum ini.
3) Membolehkan kita mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli GDI, blogger dan juga Usahawan Internet.
4) Di forum adalah tempat untuk anda membina kredibiliti sebagai seorang guru.
5) Sekiranya anda mempunyai prestasi yang baik, tidak mustahil pihak admin akan menolong mengumumkan sesuatu tawaran servis anda yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai kepada ahli forum.
6) Forum boleh meningkatkan backlink dan traffik dengan cepatnya, oleh itu gunakanlah sebaik mungkin fungsi forum untuk kebaikan bersama.
7) Anda boleh membuat iklan di forum selagi tidak menampakkan ia sebagai SPAM
Saya rasa ramai yang sudah tahu kelebihan berforum, artikel ini cuma memberi peringatan kepada mereka yang belum menyertai Forum GDI Malaysia. Tidak rugi anda menyertainya kerana ia adalah PERCUMA dan yang paling penting adalah bagaimana anda membina kredibiliti perniagaan GDI anda di forum
PS : Tahukah anda, tempat yang paling mudah untuk mencari prospek adalah di forum. Renung-renungkanlah, selamat mencuba
=========================================================
Biodata Penulis:

Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.



.gif)



