Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Strategi, Tips dan Rahsia Kuasa Forum

Saya pasti ramai yang sudah menyertai pelbagai bentuk forum dari mewujudkan blog sendiri. Maklumlah di blog kita kena sentiasa aktif untuk mencari idea-idea bernas untuk mengarang artikel baru. Jika di forum kadang-kadang itu letak tajuk apa pun orang singgah.

Tahukah anda kuasa forum bukan sahaja boleh menjana pandapatan sehingga RM3500.00 dalam masa sebulan, malahan ada yang jana lebih dari itu. Tetapi ia juga boleh membina kredibiliti anda serta menjana traffik ke blog anda.

Bagi mereka yang masih baru mestilah ghairah menyertai forum. Post bermacam-macam thread baru tanpa memeriksa terlebih dahulu adakah post di ruangan yang betul ataupun niche forum yang betul. Sebagai contoh forum A diwujudkan untuk niche Ayam Serama, anda yang begitu ghairah berforum ini terus melangkah masuk dengan post thread berkenaan kereta racing. Adakah ini cara yang betul? Jawapannya tidak sama sekali.

Saya akan kongsikan pendapat saya bagaimana Strategi Rahsia Kuasa Forum yang betul untuk anda fahami dan ikuti.

Berikut adalah strategi yang betul saya sempat senaraikan :-

1. Post thread pada tempat yang betul.
2. Post thread berkenaan bertanya, kongsi ilmu, mencari, menjual, membeli atau survey.
3. Tajuk thread mestilah menarik perhatian.
4. Hampirkan atau samakan keyword tajuk thread yang hangat di forum dengan blog anda.
5. Elakkan buang masa dengan post yang tidak berkenaan anda dan niche forum.

Post thread pada tempat yang betul
Saya rasa anda lawat forum mana pun sudah pasti perkara pertama ini yang akan dijumpai jika anda kaki forum. Bagi yang newbie kerap kali membuat kesilapan yang boleh dianggap tidak beretika. Mereka daftar ahli di sesuatu forum dan terus membuka thread yang sama pada kategori yang berlainan. Ini bermakna jika post itu ada kaitan dengan 5 kategori di forum itu, kelima-lima kategori itu di penuhi dan membuat ahli forum lain marah dengan sikap yang tidak mematuhi peraturan forum.

Post thread berkenaan bertanya, kongsi ilmu, mencari, menjual, membeli atau survey
Jika anda post thread yang berbunyi ingin bertanya dan melakukan survey, pastikan anda post artikel itu bersungguh ingin mengetahui jawapan yang anda tidak ketahui. Janganlah anda post sekadar “saya orang baru, diharap orang lama dapat mengajar saya”. Soalan sebegini adalah soalan lapuk dan ia sememangnya tidak boleh diterima dek akal.

Manakan tidaknya, jika anda sudah pandai menggunakan komputer, ini menunjukkan anda sudah boleh membaca di kaca screen komputer dan mencari jawapan untuk soalan anda. Jadi hanya orang malas sahaja yang tunggu orang lama suapkan.

Post berkenaan berkongsi ilmu adalah satu senjata yang patut anda perlu titik beratkan. Disini anda boleh membina kredibiliti sebagai orang yang profesional di dalam memberi ilmu pengetahuan dan mengajar mereka yang tidak tahu. Secara tak langsung dengan perkongsian ilmu, ahli forum akan menjenguk blog anda, sekiranya ada lagi info yang berguna untuk mereka ketahui.

Ingin mencari, menjual dan membeli produk ataupun perkhidmatan adalah cara bagaimana anda mengasah cara berinteraksi dan juga cara untuk mendapatkan anugerah di forum iaitu itrade. Kebiasaannya mereka yang mempunyai itrade yang tinggi adalah orang yang boleh dipercayai di forum dan akan mendapat perhatian dari ahli lain. Jadikan mencari, menjual dan membeli ini untuk anda menambah koleksi itrade bagi jaminan kepercayaan di sesuatu forum.

Tajuk thread mestilah menarik perhatian
Semua orang sedia maklum, jika tajuk yang menarik akan menggalakkan ramai ahli klik pada thread anda dan membacanya. Tetapi bagaimanakah anda ingin membuat tajuk thread itu menarik perhatian? Cara yang paling mudah adalah anda perhatiankan tajuk yang mendapat perhatian di tv, akhbar dan juga blog. Mengapa ramai yang suka membuka thread berkenaan politik, cinta dan artis hiburan? Kerana ia sememangnya menjadi lumrah akan mendapat sambutan pelbagai pihak.

Hampirkan atau samakan keyword tajuk thread yang hangat di forum dengan blog anda
Ramai yang mengeluh, bagaimana ingin menjana traffik ke blog? Sudah mencuba pelbagai cara dari yang percuma sehingga yang berbayar. Macam tu juga traffik yang datang. Ini ada satu tips yang amat mudah sekali iaitu anda tiru tajuk yang hangat di forum untuk artikel di blog anda. Anda cipta artikel sendiri berdasarkan tajuk di forum itu. Secara tak langsung SEO blog anda juga akan mencacak naik di search engine.

Elakkan buang masa dengan post yang tidak berkenaan anda dan niche forum
Ya, ramai yang suka post thread di forum berkenaan artis, politik dan bahan lawak. Anda perlu tahu sekiranya forum berkenaan masakan, anda perlu berbincang pasal masakan. Jika forum tentang perniagaan, anda perlu berbincang pasal perniagaan. Jika perkara ini tidak terkawal, ia bukan sahaja merugikan anda, malahan merugikan forum itu sendiri kerana ia tidak memberikan fokus sepenuhnya kepada niche asalnya. Maka wujudlah suatu forum yang hanya cantik hiasan luar, kosong isi dalaman.

Di perkongsian ini, ia adalah sekadar pendapat peribadi. Oleh itu janganlah anda fikirkan forum ini hanya untuk mendapat duit dan membina kredibiliti diri sahaja. Jika anda berfikir di luar kotak pemikiran, sebenarnya ia adalah lebih daripada apa yang anda fikirkan.