Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

133 Sumber Produk eBay Terjual Dalam Masa Singkat!

“Anda sudah putus asa kerana sukar mendapatkan produk fizikal?, Tak tahu nak cari kat mane produk fizikal? Dah Boring menggunakan dropshipper?, Saya akan bocorkan kepada anda lubuk sumber produk ebay saya!


Itulah kata-kata yang diberikan oleh Saudara Fadzli Ahmad iaitu penulis eBook Sumber Produk eBay. Semasa saya sedang menulis artikel ini beliau sudah menjual 133 ebook dalam masa yang singkat! Sungguh mengagumkan :)

Sejak akhir-akhir ini perniagaan eBay semakin meningkat atau semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh otai-otai eBay, seperti mengadakan seminar yang dilakukan Saudara Noorizamshah dan Sifu Lan untuk membuka mata masyarakat bahawa eBay adalah tempat yang paling sesuai untuk melakukan perniagaan.

Sebelum kita melakukan perniagaan di eBay, perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu bagaimana berniaga di eBay dan selok beloknya. Jika kita terus terjun ke bidang ini, tanpa sebarang ilmu, kemungkinan pertama yang saya dapat agak adalah, kita akan MUFLIS untuk bulan seterusnya. Itulah yang berlaku oleh usahawan-usahawan eBay.

Sekiranya kita katakan tidak mampu untuk menyertai seminar eBay kerana harga penyertaannya agak terlalu mahal. Saya sarankan anda belilah eBook Sumber Produk eBay dengan harga RM40.00 iaitu harga yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Dapatkan eBook ini dengan segera sebelum tuan empunya eBook meningkatkan harga promosinya.



Kejayaan Penulis Menjual Di eBay

Apa motif kita membeli eBook Sumber Produk eBay?

1.Uuntuk eBay Seller yang sudah boring asyik menggunakan dropshipper dan mahu berjinak-jinak dengan produk fizikal.
2. Untuk eBay Seller yang menghadapi masalah dan sudah tidak ada kepercayaan untuk menggunakan dropshipper lagi.
3. Untuk eBay Seller yang sudah merancang untuk membuat serangan jualan besar-besaran terhadap eBay, tetapi buntu kerana tidak ada produk untuk dijual.
4. untuk eBay Seller yang ingin melebarkan perniagaanya dengan produk fizikal selain sudah biasa menggunakan khidmat dropshipper.
5. eBook ini akan berkongsi dengan kita beberapa niche produk fizikal yang digunakan oleh penulis dan sememangnya hot item. Apa yang penting, bukanlah barangan elektronik.
6. Penulis mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan kita apakah niche design yang beliau gunakan untuk dropshipper Artsnow yang meletupkan akaun paypal beliau (sangat berguna bagi mereka yang ketandusan idea).
7. Penulis akan terangkan satu persatu taktik dan teknik penting yang beliau gunakan untuk berniaga di eBay.
8. Penulis akan tunjukkan 1 teknik kajian yang berkesan untuk mencari produk fizikal.

Tahukah Anda?

eBay adalah perniagaan yang masih popular di Malaysia. Lihatlah keyword-keyword yang hot di Malaysia :)


Antara ulasan eBook Sumber Produk eBay :-

1) Sifu Lan
2) Noorizamshah
3) Matzis
4) Anuar Marzuki
5) Firdaus Sani

Coaching Belajar Buat Blog Asas Mencapai Kejayaan Yang Pertama!

Baru sahaja saya melancarkan coaching belajar buat blog asas semalam. Hari ini saya telah mendapat satu berita yang sungguh menggembirakan, baik untuk saya dan juga peserta coaching saya. Tahukah anda, peserta saya ini adalah boleh dikategorikan sebagai pemalu dan takut hendak mencuba.

Sebelum saya mengajarnya membuat blog, dia asyik mengatakan kepada saya,

bestlah awak dah pernah jana duit melalui blog. Saya ni masih baru dan tak tahu buat blog, nak mengarang apa pun saya tak tahu

Senang cerita, beliau ini satu perkara pun tidak tahu, samalah seperti saya mula-mula menceburi bidang ini. Apa yang boleh saya bantu adalah saya menyuruh beliau tiru cara saya satu per satu sehinggalah mencapai objektif utama membuat blog tersebut.

Anda pasti nak tahu apakah yang menggembirakan itu? Anda boleh melihat gambar di bawah ini :-


Klik pada image dengan klik kanan dan View Image untuk melihat dengan lebih jelas

Ya! bagi mereka yang baru bermula dengan blogging, program adsense adalah yang paling sesuai untuk anda sertai. Walaupun peserta ini tidak mempunyai atau tidak pandai membuat blog di dalam bahasa inggeris sekali pun, saya telah berjaya membantunya untuk sama-sama menjana duit di internet.

Apa yang perlu adalah stabilkan kedudukan yang di milikinya sekarang serta tahu cara promosi blog dengan betul. Sesiapa yang ingin mengikuti jejak langkah saudara kita ini bolehlah mengambil coaching belajar buat blog asas bersama saya.

PS : Jika berminat, sila tinggalkan komen anda di bawah, agar saya dapat menghubungi anda dan merealisasikan impian untuk memiliki blog sendiri serta menjana duit melalui internet :)

Siapakah Otai eBay Yang Popular Pada Masa Kini?

Pada 3 minggu lepas, saya telah pun membuat satu survey di forum wangcyber yang bertajuk Siapakah otai eBay yang popular pada masa kini? dan hasilnya anda bolehlah lihat di screenshot di bawah.

Adakah seseorang yang menjalankan perniagaan internet perlu menjadi popular barulah ia boleh mencapai pendapatan yang lumayan?

Pada pendapat saya adalah tidak. Ini kerana kredibiliti adalah lebih utama dari kepopularan. Apabila kredibiliti anda telah kukuh, barulah populariti akan datang.

Untuk membina kredibiliti anda boleh melihat bagaimana usaha bro Noorizam dan Sifu Lan bertungkus lumus menghadapinya sebelum mereka menjadi popular sebagai otai eBay Malaysia di internet. Dengan kredibiliti yang mereka miliki, mereka telah berjaya menjana pendapatan dari online mahupun offline. Mereka mempunyai perniagaan sendiri di eBay, mempunyai produk sendiri dan juga mempunyai seminar serta personal coaching untuk mendidik seseorang bagaimana menjana pendapatan melalui eBay.

Jika di lihat keputusan bro Mas Dino, mengapakah beliau hanya mendapat 1 undian sahaja, selama 20 hari poll ini berlangsung?

Mas Dino mempunyai kebolehan berniaga di dalam eBay, mempunyai produk sendiri dan mempunyai seminar sendiri, akan tetapi beliau tidak boleh melawan kehebatan bro Noorizam dan Sifu Lan.

Pengiklanan sesuatu produk di internet perlulah di dahului dengan informasi sebelum mempromosikannya

Di dalam perniagaan internet, anda bukan sahaja perlu memberi informasi yang berguna kepada pelanggan seberapa banyak yang boleh, tetapi servis yang ditawarkan oleh anda juga perlulah di ambil kira. Sebagai contoh, bro Mas Dino mempunyai produk yang begitu hebat iaitu Visa Jutawan, disebabkan tidak menang tangan untuk melayan pelangganya yang terlalu ramai, banyak janji-janjinya tidak ditunaikan. Sehinggakan ada yang melabelkan Mas Dino adalah penipu.

Untuk pengajaran dari artikel ini, menjadi seseorang yang popular anda perlulah membina kredibiliti dahulu. Kredibiliti datang dari perancangan yang teratur dan strategi pasaran yang betul. Hebat mana pun produk anda, sekiranya tiada perancangan rapi, anda boleh di anggap sebagai usahawan yang gagal.

PS : Artikel ini tidak berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa mahupun menjatuhkan reputasi seseorang. Ia sebagai pandangan sendiri dan ingin melihat kejayaan anda seperti bro Noorizam dan Sifu Lan.

eBay Success Story from $800 to 3.3 Million in 3 years

Untuk memberi perangsang kepada anda yang baru hendak memulakan perniagaan internet :)

PS : Kami ada membuat eBay Personal Coaching melalui YM dan chat Gmail berharga RM 50.00 untuk 2 jam. Kepada mereka yang berminat bolehlah email kepada kami di ebay.coaching09@gmail.com
PSS : Coaching ini adalah lebih sempurna sekiranya anda mempunyai microphone

Report PERCUMA – PayPal account access is LIMITED Edisi Khas

null

Pada hari ini Team Nabieel.com telah melancarkan sebuah report bertajuk Paypal account access is LIMITED Edisi Khas secara PERCUMA.

Kami yakin, anda yang sedang membaca artikel ini sudah tahu apa itu Paypal. Apatah lagi jika anda yang bergiat aktif di dalam perniagaan eBay seperti kami.

Di suatu hari yang indah, anda berasa sungguh bahagia kerana dapat mengaut keuntungan yang banyak hasil idea kreatif anda di eBay.com tetapi tiba-tiba bertukar menjadi suasana yang muram hanya kerana satu emel.

Your Paypal account access is LIMITED !!!!

Jika ada di antara anda yang pernah mengalaminya, kami pasti anda sedang tersenyum teringatkan pengalaman anda dahulu. Jika di antara anda belum pernah mengalaminya, kami ingin cuba menambahkan pengetahuan anda mengenai masalah ini.

Dan jika di antara anda yang baru saja menerima emel ngeri seperti di atas, kami ingin membantu anda menyelamatkan wang anda.

Secara ringkasnya, “Paypal Limited Account Access” membawa maksud pihak Paypal menghadkan pengaksesan akaun Paypal anda.

Kebiasaannya, anda tidak boleh melakukan tiga perkara di bawah :-

1) Mengeluarkan money / Request money / Menerima wang /
2) Memindahkan fund secara elektronik dari akaun Paypal.
3) Menutup akaun Paypal.

Kesimpulannya, akaun Paypal anda akan terus dibekukan sehingga 180 hari jika anda tidak mengambil apa-apa tindakan.

Report ini terkandung soaljawab kami dengan seorang newbie yang juga bergiat di dalam perniagaan eBay dan menghadapi permasalahan seperti yang kami telah lalui. Emel yang kami terima ini, dihantar kepada kami di ebay.coaching09@gmail.com.

Selamat membaca !

MAKLUMAT TAMBAHAN

Seminar eBay bersama Otai eBay Malaysia di :-

Tempat: De Palma Hotel, Shah Alam

Tarikh: 19 April 2009 (Ahad)

Masa: Dari 9:30 pagi – 4:30 petang

Speaker: Sifu LAN & Noorizam Shah

Bayaran: RM760 RM380 sahaja

Kouta: TEMPAT TERHAD, DAFTAR PADA HARI INI PENUH

PENYERTAAN DITUTUP PADA 12 April 2009.

OTAI JEMPUTAN: Mas Dino, Zakri, Mansor Sapari, Shahraduan, Matzis, KayRULe dll.

PS : Ada kekosongan lagi untuk eBay Coaching di Alor Star pada 25 April 2009, untuk keterangan lanjut anda boleh membaca artikel ini Personal Coaching – eBay

Ketahui Masa Yang Sesuai Menjual Di eBay – Terapeak

Personal Coaching – eBay

Kami membuka peluang kepada newbie yang ingin menjana pendapatan melalui eBay. Saya menawarkan Personal Coaching eBay kepada 2 bahagian :-


1. TIADA akaun eBay dan tidak tahu langsung mengenai perniagaan eBay dan Paypal

2. ADA akaun eBay dan Paypal dan ingin lebih maju dalam perniagaan eBay.

Syarat

1. Sila bawa laptop sendiri.

2. Tiada had umur

3. Sila nyatakan anda kategori mana seperti di atas no.1 atau no.2

4. Jika berminat terus PM kepada kami, tempat amat terhad.

Personal Coaching

TENAGA PENGAJAR : S.K. (Ingin tahu siapakah dia, daftarlah segera, tempat amat terhad)
TEMPAT : Radix KFC, Alor Star, Kedah (Sebelah Terminal Shahab Perdana, Alor Star)
TARIKH : 25 April 2009 (Sabtu)
BAYARAN : RM100.00 seorang (2 JAM) Masa tambahan FOC

KOUTA : 5 orang sahaja
TEMPOH : Bermula 12.00 P.M.- 2.00 P.M. – jika ada masa tambahan kami hanya boleh luangkan masa sehingga pukul 5.00 P.M.

Apa Yang Anda Pelajari

1. Cara membuka akaun eBay dan Paypal.

2. Teknik SEO dalam eBay

3. Membongkar 10 dropshipping yang boleh anda gunakan

4. Bagaimana mengelak Paypal account access limit / Cara menghadapinya.

5. Cara mengelak dari mendapat negative feedback.

6. Dan banyak lagi

PS : Kami tidak mahu menjanjikan terlalu banyak kepada anda, apa yang pasti kami memberi kepuasan anda

Import Dari China

Sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan penggunaan strategi Dropshipping di dalam perniagaan anda!

Apakah itu dropshipping?

Dropshipping adalah strategi di mana anda sebagai penjual cuma perlu mempromosi barang jualan anda dan mengambil pesanan. Pesanan tersebut seterusnya disalurkan kepada pembekal yang akan melakukan pembungkusan dan penghantaran untuk anda.

Dengan cara ini, anda akan dapat mengurangkan usaha yang perlu anda curahkan di dalam perniagaan anda dan pada masa yang sama dapat meningkatkan keuntungan anda pada tahap yang lebih tinggi!

Strategi ini amat menarik dan akan membolehkan anda untuk menumpukan usaha kepada pengembangan perniagaan dan bukan hanya pada kerja-kerja administrasi seperti pembungkusan dan penghantaran barangan.

Sama ada anda sedar ataupun tidak sedar, ramai penjual di Lelong.com.my dan juga eBay mendapatkan bekalan barangan berkualiti dan murah dari Negara China untuk dijual semula.

Dengan cara ini mereka dengan mudah dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan berbanding penjual lain yang mendapatkan bekalan barangan mereka daripada pembekal lain.

Pada masa ini negara China digelar sebagai kilang dunia kerana banyak barangan yang dihasilkan di negara mereka telah dieksport dengan kuantiti yang banyak kepada hampir kesemua negara di seluruh dunia.

Negara-negara lain suka mendapatkan bekalan daripada negara China disebabkan kos per kuantiti barang yang rendah berbanding kos per kuantiti barang yang sama yang dihasilkan di negara selain negara China.

Oleh itu, sebagai seorang yang bijak mengambil peluang, anda sepatutnya mula mencari jalan untuk mendapatkan bekalan barangan untuk dijual daripada negara China.

Dengan berbuat demikian, anda akan dapat menjana lebih banyak keuntungan disebabkan kos bekalan anda yang lebih rendah. Ini akan membolehkan anda untuk mencapai impian kewangan anda dengan lebih cepat.

Pada masa ini, hanya eBook Import Dari China sahaja yang mampu memberikan gambaran dan maklumat sebenar mengenai cara untuk mengimport barangan dari Negara China. Oleh itu, saya sarankan anda untuk mendapatkannya.

Berikut adalah senarai kandungan di dalam ebook Import Dari China :

1. Tip Kejayaan
2. Delivered Duty Unpaid
3. Kurang Membayar Cukai
4. Risiko Drop-Shipping
5. Drop-Shipping Dari Negara China
6. Pemilihan Produk Yang Menguntungkan
7. Database Pembekal Dan Drop-Shipper
8. Dan banyak lagi

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut produk-produk dari Eruwan Gerry Norsen, Pakar Lelongan Online #1 di Malaysia di Rahsia Raja Lelong.