Saya ada dapati beberapa orang masih tidak tahu trafik websitenya berapakah pelawat sehari, datang dari negara mana, datang dari link mana, keyword apa yang di klik sehingga pelawat ke website anda dan seumpamanya
Anda boleh melihat kedudukan website anda di Alexa,sekiranya kecil jumlah itu bermakna ramailah pelawat ke blog anda dan anda boleh sertai Nuffnang untuk mengetahui link dari mana di klik, keyword yang di klik dan datang dari negara mana. Cara begini ketepatannya tidak dapat diketahui dan tidak boleh dilihat lebih terperinci apa yang sepatutnya kita tahu.
Saya akan tunjukkan cara kepada mereka yang menggunakan hosting berbayar bagaimana melihat trafik website :-
1) Layari cpanel anda di http://domainanda.com/cpanel
*Gantikan domainanda dengan URL website anda
2) Cari di bahagian Logs dan klik pada Image Awstats
3) Anda akan di bawa ke Image seperti di atas, pilih domain yang anda ingin lihat trafiknya dan klik pada Image kanta pembesar.
4) Satu page yang tersenarai segala butiran trafik website anda akan kelihatan.
Cara ringkas di atas hanya boleh dilakukan oleh mereka yang membeli hosting sahaja. Bagi mereka yang menggunakan website percuma anda tidak mempunyai kelebihan berbuat demikian.
Melalui cara ini anda boleh buat sedikit kaji selidik tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan pesaingan pada website anda dengan website yang sama niche dengan anda.
PS : Ketahui siapakah penulis artikel ini dengan lebih lanjut di sini
To host your domain with another hosting company you would need to
change your DNS setting and enter the hosting company’s nameservers. To change your DNS options to ‘Own Nameservers’ simply follow the instructions below:
1. Log into your account at www.website.ws/members
2. Click on the ‘Domains’ tab
3. Click on the ‘Change DNS’ link
4. Select the ‘Own NamerServers’ option and enter your nameservers
5. Click ‘Update’ to save changes
Please note that any service change may take 24-48 hours to take effect.
Once an affiliate he may not create a second account per our Independent Affiliate Policies and Procedures, they may not have multiple accounts. They will need to cancel their current account, wait 14 days and create a new account. Please note that our billing system is completely automated; therefore, we are unable to manually process any payments or stop the billing attempts. Our system will continue the billing attempts every 4 days until payment has been successfully secured or until it has completed all 8 billing attempts.
We currently offer a grace period of about 28 days, where our billing
system will automatically re-attempt to secure payment every four days for a total of 8 billing attempts. If all 8 attempts fail, the domain
will be removed and your account will be placed in “INACTIVE” status.
Sekiranya kita boleh membaca artikel ini, sudah tentu kita adalah seorang yang suka atau selalu atau ada juga melayari internet. Di internet, kita boleh membuat bermacam-macam perkara sertai laman-laman social network, bermain game, menonton video, membuat blog, membuat web perniagaan dan sebagainya.
Pertama sekali, jika kita sertai Global Domain International (GDI) mesti akan berkata kepada upline, tak pun pada diri sendiri “nak buat macam mana” ? Jika kita hanya bertanya tetapi tidak berfikir secara dalam semamangnya tidak jalan. Apatah lagi jika hanya berfikir sahaja tetapi tidak melaksanakan lagilah tidak jalan.
Adakah setelah menyertai GDI, saya perlu mahir membina web? Jawapan peribadi saya mengatakan jika mahir itu adalah satu kelebihan, jika tidak ia tidak menjadi kesalahan.
Jika kita seorang yang kreatif, kita boleh mempelbagaikan domain GDI ini sambil menjana duit
Antara cara yang terfikir oleh saya :-
Kita boleh membina penjenamaan sendiri melalui domain. Ada yang suka meletakkan domain dengan nama sendiri seperti saya dan mungkin boleh meletakkan nama domain yang sesuai dengan aktiviti yang kita lakukan.
Sekiranya kita berniaga di ebay, sudah tentu mempunyai store online. Oleh itu, gunakan domain GDI itu untuk di “redirect” ke store ebay kita. Kita juga boleh menggunakan domain GDI ini dengan “redirect” ke laman yang kita suka atau kita hendak promosikan.
Jika kita mahir di dalam membuat web, tidak perlulah kita membeli domain + hosting dengan GDI. Untuk menjimatkan kos, kita beli satu domain dengan GDI dan beli juga domain + hosting yang murah dan memuaskan kita dengan harga berpatutan. Dengan ini kita gunakan cara yang sama seperti no.1 tadi iaitu “redirect” domain GDI ke laman yang baru dibeli tadi.
Jika diberikan pilihan, saya akan memilih cara yang no.1, ini kerana kita boleh menjimatkan kos untuk memulakan perniagaan di internet. Akan tetapi sekiranya kita mempunyai satu domain + hosting yang telah di beli sebelum ini dan terbengkalai, lebih bagus kita “redirect” dengan tujuan mempromosikan GDI atau sebaliknya.
Contoh domain + hosting yang pernah dibeli sebelum menyertai program GDI dan di “redirect” untuk tujuan promosi
Kemungkinan penjelasan saya agak memutar belitkan bagi mereka yang masih baru. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya di admin@nabieel.ws atau anda boleh layari laman web saya di http://nabieel.ws
Sebelum saya menceritakan GDI Minisite Express, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada mereka yang menyambutnya dan saya ingin meminta maaf di hari yang mulia ini kepada sesiapa yang terasa hati dengan tingkah laku saya. Saya adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan di muka bumi ini. Bagi mereka yang balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan bagi mereka yang tak balik kampung seperti saya janganlah bersedih
Apakah yang di maksudkan GDI Minisite Express?
GDI Minisite Express adalah satu minisite untuk anda mempromosikan perniagaan GDI kita kepada umum. Minisiste adalah satu perkara yang penting kerana dari minisite dapat memberitahu latarbelakang tentang perniagaan itu dan dapat mengumpul mailisting untuk memberi informasi tentang perniagaan yang kita jalankan dari semasa ke semasa kepada pelanggan atau pelawat yang telah subscribe email mereka di ruangan yang telah disediakan.
Saya akan menunjukkan beberapa contoh minisite yang sama tetapi berbeza corak serta warna sahaja :-
Kesibukan dengan jadual kerja serta harian anda, mungkin menjejaskan sedikit sebanyak masa untuk anda menjalankan Perniagaan Global Domain International. Contoh-contoh minisite di atas yang akan menjalankan perniagaan anda secara autopilot.
Tahukan anda Minisite di dalam Bahasa Melayu amat penting untuk meningkatkan jualan 300% di pasaran Malaysia. Ini kerana segelintir masyarakat kita masih lagi belum menguasai Bahasa English dan membuatkan mereka tidak beminat untuk membaca dan terus membaca, apatah lagi menyertai program affiliate terbaik dunia ini.
Saya di sini ada menyediakan perkhidmatan membuat minisite GDI seperti contoh di atas. Minisite bernombor 2 sehingga 6 adalah berharga RM40 dan minisite bernombor 7 sehingga 9 serta gambarajah di atas adalah berharga RM50
Apa yang menarik dengan tempahan GDI Minisite Express ini?
Jimat Masa dan Wang! Teruskan Promosi Anda!
Meta Tag dan Keyword Sedia Terbina!
Tidak Perlu Pening Kepala dan Bersusah Payah!
Boleh di Edit dengan Menggunakan Perisian Notepad dan NVU!
Kami Tukarkan Header dan Footer ke URL Anda!
Kami Tukarkan Hak Milik 100% kepada anda!
Setiap Design Minisite Terhad kepada 10 Orang Sahaja!
Apa yang saya perlukan untuk siapkan Minisite anda?
Nama Penuh
Gambar Berukuran Passport
Email dan Alamat Domain dot ws anda
No Telefon, YM, SKYPE, GTALK
Pengesahan Pembayaran
Jika anda berminat dengan tawaran saya ini, bolehlah menghubungi saya di admin@nabieel.ws
ps : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan GDI ini atau ingin menyertai saya sila layari website ini http://www.nabieel.ws
Semasa mula-mula saya mengenali GDI (Global Domain International) adalah melalui email yang di hantar oleh SPAMMER dan juga melalui forum yang di promosikan oleh seseorang. Apabila saya melawati link yang diberikan, ia terdapat sebuah video yang menyatakan anda boleh mendapat duit yang banyak, network yang besar dan anda boleh hidup mewah dengan network yang dimiliki.
Saya tertanya-tanya adakah ini merupakan salah sebuah program MLM (Multi Level Marketing) ? Setelah di kaji, memang sah ia adalah MLM. Saya pun terus menutup web tersebut. Anda mesti tertanya-tanya apa kaitan MLM ini dengan saya? Sebenarnya saya pernah menyertai sebuah program MLM pada tahun 2006. Ia bermula di sebabkan saya mempunyai pendapatan hanya sebanyak RM500 sebulan dan saya bersetuju menyertai dengan melabur lebih daripada RM200 sebulan. Janji-janji yang ditaburkan ketika itu sungguh manis. Saya akan mendapat kereta, duit, rumah dan pakej melancong apabila tiba pada tahap yang sepatutnya.
Bila tiba setahun berlalu saya menyertai program MLM itu, terlintas di hati berkata
aku ni masuk MLM apa tujuannya? dan apakah hasil yang aku dapat daripada menyertainya selama setahun?
saya terasa ada semacam tidak kena, labur begitu banyak setiap bulan, tetapi tidak di tegur dan di tanya sihat atau tidak oleh upline saya. Saya beranggapan, mereka terlalu sibuk dan tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.
Apabila tarikh keahlian saya telah tamat, saya mempunyai 2 pilihan samada ingin meneruskan keahlian ataupun tidak. Di dalam berteka teki itu, datanglah sepucuk surat kepada saya dan membukanya. Didapati keahlian saya telah diperbaharui. Selang beberapa hari selepas itu, saya di telefon oleh upline
macam mana dah dapat kad baru? tu aku yang aktifkan. Kalau boleh bulan ni, sales kau tingkatkan sikit, sebab akau nak pakai duit lebih
Setelah mendengar kata-kata itu. Hancur musnah hati saya, program yang saya lalui selama ini hanya untuk “kayakan” upline.
Ok, itu cerita MLM yang saya sertai sebelum ini. Tetapi berlainan pula MLM yang saya sertai sekarang bersama GDI. Pada suatu hari ketika saya mencari sesuatu maklumat di internet, terjumpa sebuah blog yang bertajuk “diari seorang pemburu impian” di punyai oleh En. Fathuri . Saya meminati blognya kerana ia merupakan satu kelainan dari beribu blog yang saya pernah jumpai dan persoalan saya tentang dunia perniagaan di jawab dengan bagus sehinggalah saya menjadi orang pertama menyertai GDI di bawah perancangannya.
Baru menyertai pada 31 Ogos 2009 saya dan fathuri bercadang ingin membina sebuah group yang terdiri daripada 14 orang mewakili setiap negeri di Malaysia ini. Sekarang kumpulan ini telah berkembang dengan kehadiran Waka, Mantra dan Fahdi. Kini kami berlima telah memasang impian yang sama memburu bukan keseorangan. Ini bermakna 9 tempat kosong lagi perlu di isi.
Apakah keistimewaan GDI Group ini?
Kami bergerak secara berkumpulan, iaitu setiap seorang pasti mempunyai kelebihan masing-masing. Dengan kelebihan yang dimiliki, akan dikongsikan secara bersama dan ini dapat menunjukkan sifat bekerjasama di antara satu sama lain.
Yuran bulan USD 10.00 setiap bulan memanglah besar jika dikira secara tahunan. Akan tetapi kami disini akan membuat eksperimen dengan GDI bahawasanya domain dan hosting yang dibeli bukan semata-mata mempromosi GDI dan mendapat keuntungan dari situ sahaja. Kami akan mempelbagaikan web tersebut, biar setiap orang dapat menggunakan kelebihan yang ada di GDI dengan sebaiknya.
Tujuan penubuhan group ini bukanlah untuk menjalankan perniagaan semata-mata akan tetapi ia lebih kepada mengeratkan silaturrahim.
Kami mempunyai matlamat jangka panjang iaitu pada tahun 2014 kami telah kukuh dengan perniagaan internet yang diceburi.
Kami telah mengubah konsep perniagaan internet ini dari kepada susah kepada dengan cara yang lebih santai.
Kami tidak suka berjanji kepada downline memasuki program ini anda akan menjadi Jutawan. Jutawan atau tidak adalah ketentuan Ilahi, kita sebagai manusia berusaha kearah yang betul.
Jika anda rasakan group saya ini cukup memikat anda untuk mengisi 9 lagi kekosongan anda bolehlah melayari http://nabieel.ws untuk menonton dan memahami konsep perniagaan internet ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada saya di nabieelsr[@]gmail.com
PS : Nantikan artikel yang berikut bertajuk Perniagaan Dari Sudutku
Betulkah bines domain ini boleh memberi pendapatan pendapatan sampingan kepada kita? Jawapannya adalah ya, ia merupakan suatu bisnes yang amat menguntungkan pada masa sekarang.
Apa itu domain? Saya rasa sudah ramai yang tahu dan ada yang masih tidak tahu apakah domain. Domain ia adalah sama seperti nombor telefon, yang mempunyai deretan nombor yang panjang dikenali sebagai alamat IP. Akan tetapi nombor ini ditukarkan kepada bentuk perkataan agar seseorang yang hendak melawati sesebuah laman web tidak perlu mengingati nombor yang panjang berjela itu.
Tahukah anda :-
Domain kini juga dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang amat menguntungkan menandingi pelaburan hartanah yang telah wujud sejak sekian lama.
Anda jangan terkejut, ada di antara domain yang di jual dengan jutaan ringgit. Salah satu domain yang dapat mencapai jualan jutaan ringgit adalah Business.com, ini kerana zaman sekarang adalah zaman IT dan bisnes, begitu ramai mencari maklumat bisnes di internet dengan hanya menaip perkataan “Business” pada enjin carian.
Secara umumnya, terdapat 2 kaedah untuk mendapatakan domain :-
1) Pembelian baru iaitu seseorang yang belum memiliki domain yang di ingini. Apa yang perlu, anda pergi ke pusat jualan domain seperti SempoiHosting.com, cari domain yang anda inginkan, sekiranya ada lagi kekosongan bolehlah beli terus dengan harga yang berpatutan RM35.00. Cara ini kita tidak perlu berunding dengan sesiapa.
2)Membeli terus domain kepada tuan empunya domain. Cara ini dinamakan “Domain Aftermarket”. Ia seperti kita membeli sesuatu barang “Secondhand” akan tetapi cara ini boleh mencapai jutaan ringgit atas sebab kepopularan sesuatu carian dari pelawat dan perlu berunding dahulu dengan tuan empunya dengan pembeli tentang harganya.
Secara logiknya carian yang banyak merupakan domain yang boleh di golongkan sebagai domain yang berharga dan mahal. Akan tetapi, domain yang berharga dan mahal itu bukanlah jaminan untuk sesuatu bisnes online itu mencapai keuntungan yang banyak. Ada banyak faktor lagi perlu di fikirkan untuk meningkatkan hasil jualan di internet.
Jika dilihat pada zaman sekarang, IT adalah merupakan sesuatu bidang yang meningkat dengan cepat sekali. Oleh itu sekiranya anda bercita-cita ingin membuka perniagaan domain bolehlah mencubanya secara kecil-kecilan dahulu dan anda juga boleh bertanyakan kepada mereka yang pernah melakukannya agar anda dapat tips-tips yang berguna untuk bisnes ini.
Kepada mereka yang pernah atau tahu tentang bisnes ini, bolehlah berkongsi pengalaman secara bersama di ruangan ini.