
Semakin hari sudah kelihatan semakin ramai yang sudah memulakan perniagaan sendiri. Tidak kiralah perniagaan produk fizikal atau produk digital, medium internet adalah salah satu tempat paling berkesan melakukan perniagaan. Mari kita lihat dahulu erti perniagaan itu sendiri :-
Niaga atau perniagaan merupakan satu sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan
Jika sebut pasal perniagaan pasti banyak perkara yang bermain diruang kotak fikiran kita. Kadang-kadang itu, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah, sebab memikirkan sangat perniagaan “bilalah aku nak maju dan kaya ni”. Saya akan senaraikan beberapa perkara yang berkaitan dengan perniagaan :-
1) Produk
Ramai bercita-cita ingin melakukan perniagaan sendiri akan tetapi masih ada lagi yang terkapai-kapai memikirkan apakah produk yang mereka hendak jual. Adakah terlalu sukar untuk kita mengetahui apakah produk yang kita hendak jual? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Sekiranya kita hendak menjual sesuatu produk pertama sekali kita perlu fikir apakah minat kita atau kita berada di situasi yang bagaimana. Situasi yang di maksudkan saya adalah apakah produk yang bakal dijual itu kita mampu dapatkan, mampu terjual dan mampu untuk melakukan servis jualan atau tidak. Jika ya, ia adalah satu produk yang sesuai dengan kita. Perniagaan dalam erti kata lain adalah mewujudkan sesuatu produk atau perkhidmatan untuk menolong orang sekeliling.
2) Modal
Cakap pasal perniagaan mesti terlintas pada bab modal. Jika tiada modal maka perniagaan pun tak jalan. Pada zaman sekarang, bermacam-macam perniagaan anda boleh jalankan dari modal yang kecil sehinggalah ke modal yang berjuta-juta ringgit.
Contoh modal perniagaan yang kecil adalah perniagaan internet antaranya Global Domain International . Modal yang diperlukan adalah USD10 (RM35.00) setiap bulan. Adakah pelaburan RM35.00 dari gaji setiap bulan kita, sangat merugikan kita? Jika anda seorang perokok sebulan anda belanja lebih kurang RM150.00 . Apa kata dari jumlah itu, anda kurangkan merokok dan laburkan sedikit ke perniagaan ini. Pastinya ia berbaloi-baloi.
3) Keuntungan
Saya begitu yakin, sekiranya kita berfikir untuk melakukan perniagaan sendiri, kita beriya-iya ingin memulakan perniagaan pada saat ini dan hendak merasakan keuntungan itu pada hari keesokkan. Ya, perniagaan ini bukanlah satu pekerjaan yang mudah seperti kita bekerja makan gaji. Makan gaji kerja bermula pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Selepas itu tidak perlu fikir apa lagi, melainkan kita fikir esok kita kena datang kerja pada waktu yang sama seperti hari ini. Inilah lumrah kehidupan ramai pekerja lakukan.
Perniagaan ini sebenarnya, kita tidak boleh memikirkan keuntungan pada tahap utama. Kita kena fikirkan kualiti servis kita bagaimana apabila pelanggan membeli produk kita. Kita perlu mempelajari produk kita dan hal-hal berkenaan perniagaan sebelum memikirkan keuntungan. Keuntungan akan datang dengan sendirinya sekiranya kita utamakan kualiti daripada kuantiti yang terjual.
4) Hukum
Di dalam perniagaan, kita perlulah mengetahui hukum-hukum agama. Sebagai orang Islam kita tidak boleh mencontohi bangsa-bangsa lain apabila menjalankan perniagaan antaranya melakukan perniagaan dengan tidak adil iaitu menipu, untuk mencari modal lebih ketika berniaga kita melaburkan sedikit duit ke arah perjudian diharap dapat tuah agar tuah itu dapat memusingkan modal perniagaan balik, menjual bahan-bahan terlarang seperti dadah, arak dan seumpamanya.
Di dalam dunia ini sendiri, barang siapa yang berusaha bersungguh, merekalah yang akan maju. Tidak kiralah kita dari kaum mana pun, itulah janji tuhan kepada manusia. Seperti kita yang beragama Islam, jika nilai-nilai hukum ini diambil berat, maka bertambah majulah perniagaan yang kita ceburi dan mendapat keredhaanNYA.
5) Berkumpulan
Di dalam perniagaan bukan mudah untuk kita bergerak seorang diri. Mungkin anda akan katakan bahawa kerja seorang pun boleh maju. Cuba kita perhatikan, pernahkah kita melihat orang yang yang kaya dia bergerak secara seorang diri. Tidak, mereka mengupah pekerja untuk menggerakkan jentera perniagaannya supaya berkembang dengan pesatnya.
Kerja secara berkumpulan, kemajuan yang dimiliki adalah berlipat kali ganda dari bekerja keseorangan. Manusia ada diciptakan kelebihan dan kekurangan, jika bergabungan secara kumpulan sudah pasti kekurangan itu dapat di tampung oleh mereka yang berkelebihan.
6) Asas
Buat perkara apa sekalipun mesti ada asasnys. Apakah asas perniagaan? Tahu bagaimana membeli produk pada harga murah (jika tidak bagaimana nak untung), tahu menerima pembayaran, tahu cara promosi, tahu bagaimana servis produk kita terhadap pelanggan dan tahu kitaran balik serta perancangan perniagaan.
Jika kita berjumpa dengan ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya, bertanyakan apakah rahsia anda membuat perniagaan ini begitu maju sekali? Sudah tentu jawapannya saya tidak menggunakan sebarang rahsia di dalam perniagaan. Mudah bukan jawapannya, akar perniagaan yang kita tidak mahu ambil tahu bagaimana kita hendak berjaya untuk mendapatkan buahnya yang lazat itu.
Kesimpulan
Begitulah secara ringkasnya perniagaan dari sudut pandangan saya. Bukanlah mudah dan bukanlah susah untuk melakukan perniagaan, kena pada cara dan sanggup hadapi perkara remeh temeh dahulu, barulah kita boleh menempah tapak menuju kejayaan. Perlu di ingatkan juga, perniagaan ada yang laris sepanjang musim dan ada juga perniagaan mengikut musim. Oleh itu, aturkan strategi kita yang sebaiknya agar kita tidak mengalami kerugian yang melampaui.
Jika anda di antara anda yang masih terpinga-pinga atau terkapai-kapai tidak tahu apakah perniagaan yang patut di ceburi, saya sarankan anda sertai Global Domain International untuk permulaan langkah pertama atau ingin menjana pendapatan sampingan bersama kumpulan saya. Anda juga boleh melihat artikel yang bertajuk Cerita Tentang GDI (Global Domain International)
PS : Anda boleh mendaftar Global Domain International dahulu di http://nabieel.ws secara PERCUMA untuk 7 hari. Anda tontoni video dan selidik apakah kekuatan perniagaan ini.