eBay.com VS Bonanzle.com

Saya menerima pelbagai aduan dan permasalahan dari newbie berkenaan eBay dan juga Paypal. Kebanyakan mereka sudah berputus asa apabila menghadapi permasalahan sebegini. Sekarang seperti cendawan tumbuh selepas hujan, banyak betul kita dengar kejayaan dari newbie di http://www.ebay.com/. Syukur Alhamdulillah saya doakan mereka ini lebih Berjaya dan terus maju kehadapan
Ramai yang masih baru sudah mula minat untuk berniaga di eBay. Saya sering menasihati newbie untuk tidak menumpukan sangat pada satu auction sahaja. Saya sering melawati forum-forum U.S, Kanada, UK dan Australia yang kebanyakan mereka ini tidak puas hati dengan eBay kerana perubahan mendadak seperti :-
1. Pelbagai yuran yang dikenakan
2. Seller tidak lagi boleh meninggalkan feedback neutral atau negative pada pembeli
3. eBook dan barangan bukan fizikal tidak lagi boleh dijual
4. eBay hanya mendengar luahan pembeli tanpa menyoal siasat penjual tentang sesuatu permasalahan yang berlaku
Maka mereka yang tidak puas hati ini telah mencari jalan alternatif berpindah ke Bonanzle.com, iaitu satu lagi auction site yang boleh dikatakan kehebatannya setaraf auction yang lain.

Tapak kubu Bonanzle di Seattle, telah bermula sejak 2007. Membolehkan pembeli mengimport barang-barang mereka (malahan juga feedback) dari eBay dan site lain seperti Craiglist dan Amazon. Mempunyai PR 4 dan Alexa rating 38,000. Kebanyakan trafik datang dari U.S, Kanada, U.K, China, India dan Australia ! (Ini peluang terbaik anda untuk menjana wang)
Bonanzle.com juga menawarkan beberapa khidmat percuma untuk anda menambahkan traffic ke booth anda sebanyak 2 kali ganda ! Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengikut langkah demi langkah supaya kesemua produk-produk anda di dalam booth Bonanzle.com di senaraikan dalam Google Products Search.
Register di Bonanzle.com adalah percuma. Listing barang-barang anda juga adalah percuma. Anda hanya perlu membayar sejumlah fees jika barangan anda terjual. Lebih menjimatkan bukan? Dan yang menariknya mereka menerima perndaftaran dari rakyat Malaysia. Tidak seperti Ubid.com dan Hibidder.com.
S.K.
Auction Hunter
ebay.coaching09@gmail.com







