Blog dan web jualan adalah satu perkara yang sangat berkaitan rapat. Ada blog tak ada website kita boleh buat jualan, ada website tiada blog kita boleh buat jualan juga tetapi tidak menarik seperti ada kedua-duanya
Apakah kelebihan blog di internet berbanding website jualan?
1) Blog boleh di kemaskini berapa kali dalam seminggu dalam bentuk artikel.
2) Blog boleh berinteraksi seperti kita sedang bercakap dengan kawan, famili atau sesiapa sahaja.
3) Kerap kemaskini akan meyakinkan orang terhadap diri dan jualan yang kita promosikan.
4) Blog mudah di index dengan search engine dari keyword yang kita gunakan. Jika kita menceritakan tentang perniagaan menjahit, setiap artikel berkenaan menjahit, tidak mustahil blog kita akan mendapat keyword yang bagus di search engine berkenaan menjahit.
5) Blog adalah pusat mengumpul trafik sebelum trafik bertukar ke laman jualan kita dan seterusnya bertukar kepada membeli produk kita.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, blog begitu penting di dalam perniagaan mahupun informasi yang kita ingin sampaikan kepada umum. Lakukan penulisan blog seperti kita bercakap dengan rakan, famili mahupun kekasih kita
Jika kita boleh bercakap atau bercerita, takkan menukar cara bercakap ke bidang penulisan tidak boleh

Kemungkinan orang yang masih baru di dalam blogging, berfikiran janji buat blog dan boleh menyebarkan informasi yang ingin kita sebarkan sudah memadai. Kita terlupa mempromosikan blog tersebut supaya orang membaca apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang amat penting juga.
Jika tiada pelawat melawat blog kita, anda akan rasa seperti penulisan yang dilakukan tidak berguna dan juga diri seperti putus asa untuk berhenti dari menulis. Lama kelamaan kita tinggalkan bidang menulis dan produk yang sepatutnya boleh memberi pulangan yang baik pun ditinggalkan kerana beranggapan kita tidak sesuai menjual produk atau kita yang rasakan produk itu memang tidak mendapat sambutan. Anda jangan terkejut jika ada yang menjual durian di internet dan mendapat permintaan
Kita hanya perlu tahu bagaimana untuk mempromosi blog dari hari ke bulan dan seterusnya ke tahun.

Jika kita pernah atau ada atau akan memiliki blog, kita akan rasa “Kuasa Blog” pada suatu hari. Anda boleh lihat seperti di gambarajah di atas, idola saya kini tinggal beberapa ribu sahaja untuk mencapai 100k di Alexa. Ini menunujukkan blog beliau mempunyai trafik yang semakin baik kerana beliau sudah tahu bagaimana ingin mempromosikan blog dengan betul. Mendapat kedudukan yang baik pun bukan mendapat piala, itu kata beliau. Apabila sudah tahap di sini kita sebenarnya sudah mempunyai kuasa blog yang luar biasa malahan piala juga tidak mampu membayar kepakaran kita
Buat niche apa sekali pun jika dah memiliki kuasa ini, blog baru ditubuhkan pun boleh mencapai pelawat yang ramai.
Kesimpulan untuk menjadi kuasa blog kita perlu belajar bagaimana ingin menjadi seperti idola kita, belajar bagaimana mempromosi blog, belajar bagaimana mencari keyword, belajar apa yang orang suka, belajar cara menulis dengan betul dan belajar bagaimana membuat blog dengan betul
Semuanya berkaitan dengan belajar, oleh itu ingin menjadi “Kuasa Blog” kita perlu belajar
PS : Jadikan blog ini sebagai sumber pembelajaran dan informasi anda
















.gif)


