Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Teknik Cloaking

Rata-rata masih ramai tidak faham apa itu Teknik Cloaking dan kegunaannya. Teknik ini adalah untuk melindungi link affiliate anda dari dilihat oleh pelawat ke website affiliate anda.


Saya begitu yakin rakyat Malaysia yang tahu program affiliate di internet, berlumba-lumba mempromosikan affiliate masing-masing dengan melanggar segala macam etika. Sehingga YM saya pun dilakukan promosi produk affiliate secara SPAM.

Ya, sekali tengok program affiliate ini macam senang sahaja boleh dapat duit dengan promosi yang anda lakukan, tapi berapa ramai yang berjaya di dalam teknik promosi produk affiliate?

Teknik Cloaking adalah merupakan salah satu teknik promosi produk affiliate anda.

Cara melakukan cloaking

1) Anda perlu memiliki domain dan hosting sendiri. Sekiranya belum memilikinya dan mahukan domain yang kelihatan eksklusif dari pandangan mata pelawat, anda boleh membeli di sini.

2) Boleh download script cloaking di sini

3) Gantikan :-

a) domainAFFILIATEanda = url affiliate anda
b) Tajuk Website Affiliate Anda = tajuk website anda promosikan

4) Savekan script di atas menggunakan NVU dan namakan file itu index.html

5) Saya mengambil contoh affiliate dari website Kerja Kerajaan. Buat satu folder di ftp seperti :

Domain asal anda : http://nabieel.ws
Cipta folder di ftp : kerjakerajaan
Domain cloaking affiliate anda : http://nabieel.ws/kerjakerajaan

6) Upload file index.html di folder kerjakerajaan

7) Cuba klik link anda tadi iaitu http://nabieel.ws/kerjakerajaan sebelum promosi.

Teknik Cloaking telah pun siap, kini anda boleh promosikan ia seperti website itu milik anda :)

PS : Hasil daripada Teknik Cloaking :)


=========================================================
Biodata Penulis:


Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.

Sistem Pemasaran Autoviral

Pada masa kini perniagaan internet yang masih panas adalah perniagaan GDI (Global Domain International). Zamri Nanyan telah mencipta Sistem Pemasaran Autoviral sejak 2 bulan yang lalu. Beliau telah berjaya mencatatkan namanya di leaderboard GDI dalam sekelip mata.

Kini, satu lagi Sistem Pemasaran Autoviral yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ini kerana autoviral yang bakal saya kongsikan adalah di dalam bahasa Inggeris dan begitu mudah untuk anda jana USD50 yang pertama tanpa perlu keluar modal dan promosi.

Boleh percaya ke dengan Sistem Autoviral ini? Mengapa tidak boleh percaya, ia adalah PERCUMA, sekiranya anda tidak mencubanya, yang rugi adalah anda kerana info yang berguna ini tidak digunakan sebaiknya oleh anda :)


Laman Sistem Pemasaran Autoviral ini adalah Free and Powerful. Tajuk sistem pun sudah menunjukkan ia PERCUMA dan POWER mengapa perlu saya berbohong kepada anda :)



Saya baru sahaja menjana USD50 dengan hanya mengisi 3 langkah yang diperlukan

Adakah Sistem Pemasaran Autoviral Ini Perlu Dibayar?


Ia adalah 100% PERCUMA.

Sekiranya Saya Sudah Menyertai GDI, Adakah Saya Boleh Menyertai Sistem Pemasaran Autoviral Ini?


Ya, anda boleh menyertai Sistem Pemasaran Autoviral ini tanpa perlu mewujudkan akaun baru :)

Bilakah Saya Akan Mendapat Bayaran Melalui Sistem Pemasaran Autoviral Ini?


Anda akan dibayar pada hari ke-14 setiap bulan untuk bonus pada bulan sebelumnya.

Dengan adanya Sistem Pemasaran Autoviral Free and Powerful ini ada beberapa kemudahan yang akan anda perolehi :-

1) Boleh mencari prospek GDI anda dengan mudah
2) Boleh disertai walaupun ia telah sertai GDI
3) Ada lebih kurang 9 link untuk anda promosikan
4) Tidak sampai 1/2 jam anda sudah menjana USD50
5) Web yang memudahkan orang Malaysia mempromosikan ke serata dunia tanpa perlu anda fasih bahasa Inggeris
6) Disediakan video dan latihan

Semua sudah disediakan cuma sertai sahaja :)


Rahsia Menjadi Pro Affiliate Terbongkar!


Pada kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda sebuah ebook percuma Rahsia Menjadi Pro Affiliate di tulis oleh saudara Din Beramboi dan Kento yang membongkar rahsia kejayaan mereka menjana pendapatan dari penjualan produk orang tanpa mailing list.

Walaupun ebook ini adalah percuma, ia sudah cukup membantu mereka yang masih baru dan tercari-cari bagaimana untuk menjana pendapatan dari program affiliate, anda boleh dapatkan di sini Rahsia Menjadi Pro Affiliate. Di dalam ebook ini ada menceritakan Program Affiliate Individu, Program Affiliate Berpusat, Bagaimana Menjadi Pro Affiliate? , Mengenalpasti permintaan pasaran, Mengenalpasti pesaing dan banyak lagi.

Ebook tersebut ada mengatakan, Program Affiliate Individu dan Program Affiliate Berpusat. Untuk pengetahuan anda Program Affiliate Individu yang popular pada masa sekarang adalah Rahsia 10k dan Mentor Jutawan, manakala Program Affiliate Berpusat yang popular adalah Click Bank. Anda juga boleh dapatkan panduan click bank untuk mengetahui maklumat lebih lanjut bagaimana ia dilakukan. Dapatkan senarai ebook-ebook yang terhangat di pasaran dengan program affiliate ini secepat mungkin. ;)