Belajar Buat Website
Seorang usahawan internet yang berjaya perlu mengetahui cara membuat website walaupun ia secara asas. Agak sukar seseorang yang bergelar usahawan yang berjaya, tidak faham atau tidak tahu hendak buat website.

Website adalah di antara 3 perkara penting selain promosi dan juga produk. Ada orang terlalu fokus pada website kerana mahukan canggih dan cantik seperti profesional, tidak tahu buat promosi, satu jualan pun tidak dapat. Ada yang buat website sekadar kemas dan melakukan promosi secara terancang dan betul, jualannya lagi hebat daripada yang terlalu mahukan website kelihatan canggih dan profesional
Hendak membuat website ada 2 cara :-
1) Upah orang
Berapakah anda sanggup bayar kepada designer untuk membuat website anda? Adakah perkhidmatan yang anda cari itu sama seperti bayangan bentuk website anda? Tahukah anda upah website yang biasa tidak mempunyai grafik yang canggih adalah RM700, sekiranya anda bernasib baik anda akan berjumpa dengan seorang pelajar IT yang berkebolehan di dalam bidang ini dan mengenakan bayaran sebanyak RM500. Adakah ia berbaloi? Sekiranya anda mempunyai modal pendahuluan ia dialu-alukan.
2) Buat sendiri
Anda boleh menjimatkan kewangan anda 2-5 kali ganda daripada mengupah orang untuk membuat website. Malahan duit penjimatan itu boleh digunakan untuk membuat pengiklanan di blog, forum, akhbar dan juga Pay Per Click. Malahan anda boleh mempelajari cara buat website secara PERCUMA di internet. Mengapa tidak anda pelajari sedikit ilmu ini dari mengupah orang.
Di dalam perniagaan internet, cantik atau tidak website anda, ia hanya mempengaruhi sedikit peratusan pembeli untuk membeli. Peratusan yang tinggi adalah bagaimana anda membuat promosi. Sekiranya anda buat promosi secara kerap, sudah pasti orang akan beranggapan produk anda pasti mendapat sambutan, manakan tidak anda buat iklan dengan mengeluarkan duit, duit yang datang adalah daripada keuntungan yang diperolehi. Jika tidak keluarkan duit sekali pun, ia menunjukkan anda melakukan kerja itu kerana anda telah mendapat duit yang berbaloi. Duit adalah satu perkara yang memotivasikan diri kita untuk bekerja lebih keras lagi. Itulah salah satu tanggapan orang ramai terhadap perniagaan internet mahupun perniagaan offline.
Mungkin anda tidak pernah terfikir belajar membuat website secara asas membolehkan anda membuat duit dengan mengajarkan orang yang memerlukan cara bersemuka. Di internet anda boleh jumpa macam-macam tutorial secara percuma, rajin dengan tidak rajin anda mencari sahaja.
PS : Baru-baru ini saya ada berbual dengan salah seorang Jutawan Internet, beliau ada membuat bengkel membuat website dan keuntungan yang beliau perolehi pada bulan 12 tahun lepas, mampu membayar gaji untuk 15 orang guru
=========================================================
Biodata Penulis:

Nabieel S.R. mula berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan online di bawah pengurusan SN Trainet dan perniagaan offline di bawah pengurusan SN Shop. Bagi beliau perniagaan adalah umpama sebuah kehidupan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melibatkan diri di dalam perniagaan.









bila tak ada masa aje aku upah orang. Biasanya memang akan cuba buat sendiri..