Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Michael Jackson Seorang IM

Tajuk di atas sebenarnya tiada kena mengena dengan apa yang ingin saya sampaikan :) Ia adalah hanya gimik semata-mata.

Ramai yang masih keliru apakah maksud IM yang sebenarnya. IM membawa maksud Internet Marketing atau dalam bahasa melayu Perniagaan Internet. Adakah setiap apa yang duit ada miliki dari internet sudah boleh dikenali sebagai IM?

Apa yang saya lihat jika anda mendapat duit dari internet dengan menyertai program seperti affiliate dan menjual ebook. Itu bukanlah boleh digelar sebagai IM. Jika di lihat pada 2 tahun yang lepas, ramai yang masih tidak faham apa itu affiliate, tetapi sekarang ini ramai yang sudah cerdik tentang itu. Katakanlah anda telah menerima lebih dari 3 penyertaan affliate pada setiap bulan dan anda boleh menjana keuntungan sehingga lebih RM2k mungkin anda berasa bangga pada ketika itu.

Tetapi perlulah di ingatkan program affiliate ini bukan jaminan semata-mata pendapatan dari internet. Jika pasaran affiliate anda hanya sekadar lingkungan orang Malaysia sahaja. Lambat laun orang akan mengatakan, buat apa aku nak kayakan si dia ni dengan program affiliate lebih baik aku beli terus ke web jualan. Sebab pertama anda hanya promosi link affiliate tanpa memberi apa-apa info yang membina. Kedua jika sebulan sudah banyak sertai program affiliate, mampukah anda menawarkan bonus yang berterusan untuk pembeli, melainkan bonus anda itu sentiasa hangat dipasaran. Ketiga, asyik-asyik orang ni sahaja yang hanya email suruh beli melalui linknya, tak ada kerja lain agaknya IM ni :) Itu cerita berkenaan penyertaan anda dengan affiliate.

Anda pasti sudah mengetahui apa itu ebook. eBook adalah sebuah buku yang di panggil elektronik book. Ia boleh dibaca di komputer anda dan boleh di print untuk di lihat secara buku fizikal. eBook adalah jalan yang diantara paling pantas memperolehi keuntungan. Tetapi mungkin ia hangat setakat 1 atau 2 bulan yang pertama sahaja. Selepas itu anda begitu susah mendapat pembeli seperti mana mula-mula anda jual. Disini pendapatan anda juga tidak stabil. Maka dengan itu 2 perkara yang saya nyatakan ini bukanlah jaminan anda boleh kategorikan diri sebagai IM.

Jika anda ingin mengelarkan diri sebagai IM, anda perlulah menetapkan berapakah pendapatan yang paling minima anda betul-betul selesa, bila mana anda menumpukan pada IM sepenuh masa, tiada masalah kewangan yang mengganggu kehidupan harian anda.

Yang seterusnya anda perlu mempunyai satu perniagaan tetap yang boleh menjamin masa depan anda dan bila orang sebut nama anda, ia sudah tahu yang anda adalah seorang IM yang terlibat di dalam bidang seperti eBay. Perniagaan internet yang boleh saya syorkan kepada anda untuk diceburi adalah menjual di pusat lelongan seperti lelong, eBay dan Amazon, mengadakan seminar, mengadakan coaching, design web, menjual perkhidmatan dan servis di internet, dan macam-macam lagi.

Ketiga anda perlu mempunyai 1 perniagaan internet yang besar dan di ikuti dengan sumber-sumber kecil untuk menjana pendapatan dari internet. Saya mengambil contoh, Nizar ada mengadakan coaching bagaimana membuat duit di internet disamping itu beliau menjana sumber sampingan dengan menyertai social network, menjual ebook Rahsia Buat Duit Dengan Social Networking Terbongkar, menyertai adsense, menyertai affiliate dan mempunyai produk fizikal untuk dijual secara online dan offline. Cuba anda lihat bagaimana Nizar membina empayar perniagaan internetnya dengan mewujudkan 1 perniagaan internet yang besar di bantu dengan 5 sumber pendapatan secara sampingan di internet. Inilah yang dikatakan IM yang sebenarnya.

Untuk mereka yang masih baru di dunia perniagaan ini, usahawan internet dan menjana duit melalui internet adalah suatu perkara dan maksud yang berbeza. Perniagaan internet bermaksud anda ada platform perniagaan sendiri dan menjana pendapatan melalui internet adalah anda menyertai sesuatu program di internet. Sekiranya anda mengatakan anda menjana duit dengan internet RM2k setiap bulan, ia ada kemungkinannya anda hanya bertahan sementara sahaja di dunia IM ini. Perniagaan internet bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang selalu di nyatakan di blog-blog, web jualan dan di mana sahaja yang anda pernah lihat. Jika betul caranya dan teknik menjana pendapatan dari internet, tidak mustahil anda boleh mencapai dengan mudah dan cepat.

PS : eBook Rahsia Buat Duit Dengan Social Networking Terbongkar adalah salah satu produk yang boleh membantu sebagai backup sampingan saluran kewangan anda. Mengapa anda perlu berhutang dengan orang lain sedangkan ada cara dan teknik bagaimana menjana duit sampingan dengan social network.

Telefon Dan Usahawan

Barangkali anda semua mesti terfikir apakah sebenarnya maksud tajuk ini? Adakah ia memberi maksud seorang usahawan begitu sinonim dengan telefon kerana ia perlu berhubung dengan orang lain? ataupun membawa maksud lain. Saya ingin menceritakan sebuah kisah benar yang terjadi pada diri saya dan saya mengadaptasikan kisah ini dengan seorang yang bernama “usahawan”.

Pada 21 Jun yang lepas, iaitu pada hari ahad. Saya bekerja sehingga di malam hari. Iaitu pada hari itu saya bekerja dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam. Kerja 13 jam sungguh memenatkan, gaji tak seberapa pun :) Kerja saya adalah sebagai pemandu pelancong di Langkawi. Kerja sebagai pemandu pelancong ini perlu aktif dan sentiasa bertenaga untuk bekerja lebih masa. Kerja sebagai pemandu ia perlu mempunyai beberapa perkara yang tersangatlah penting ketika bekerja.

Antara perkara tersebut adalah :-
1) Duit
2) Jam
3) Air Masak
4) Telefon

Duit adalah penting kerana ia memerlukan kita membeli makan ketika di perlukan, mengisi minyak kereta dan persediaan sekiranya terjadi kerosakkan pada kenderaan ketika sedang bekerja.

Jam adalah berkait rapat dengan masa. Oleh itu masa ini sentiasa bermain di fikiran pemandu kerana tidak tahu masa maka tidak bolehlah membuat temujanji dengan pelancongan dan juga pengiraan masa ketika melakukan lawatan.

Air masak adalah sebagai satu sumber kepada pemandu yang sentiasa dahaga dan juga sebagai “backup” untuk menahan perut dari lapar. Maklumlahlah, kerja sebagai pemandu, pemakanan selalunya tidak mengikut jadual yang tepat.

Akhir sekali adalah telefon. Telefon ini penting kerana ingin menelefon pelancong ataupun sesiapa yang dikehendaki ketika bekerja bagi membantu pelancaran pekerjaan yang dijalankan. Hendak di pendekkan cerita, telefon saya telah hilang pada hari berkenaan tanpa di sedari samada tercicir atau dipukau oleh seseorang. Apabila telefon hilang, saya umpama berada di suasana yang masa depan yang gelap. Mana tidaknya, jika ingin menelefon seseorang, kita tekan sahaja butang telefon pilih nama yang dikehendaki, terus “call”.

Nombor telefon yang saya ingat pada ketika itu adalah no. boss, no. rumah di kampung dan juga no kecemasan iaitu 999. Apa yang lebih mendukacitakan saya, sudahlah kehilangan telefon, “kredit” di dalam ada banyak lagi, yang paling perit saya tidak ingat no. telefon rakan-rakan saya baik yang ditempat kerja, rakan-rakan IM, rakan-rakan lama dahulu dan beberapa no. telefon yang penting yang selalu saya hubungi. Dengan tidak membuat “backup” senarai no telefon itu, saya telah kehilangan ramai rakan-rakan yang penting dan juga sumber-sumber yang penting dalam sekelip mata.

Kaitan di antara telefon dan usahawan ini saya ingin memberikan satu gambaran iaitu sekiranya anda sebagai usahawan persiapkan diri ini dengan “backup”. “Backup” ini terdiri dari pelbagai sumber, mungkin kewangan, hubungan rakan niaga, bahan mentah yang anda sentiasa perolehi dan bermacam-macam lagi. Dengan persediaan “backup” lebih awal, sekiranya apa-apa perkara yang tidak di duga berlaku kepada anda. Anda tidak akan berasa gelap seperti apa yang berlaku terhadap diri saya ini. Tidak berguna menyesal kemudian setelah perkara itu berlaku.

PS : Sudahakah anda mendapatkan eBook Rahsia Buat Duit Denngan Social Networking Terbongkar? Jika anda belum mendapatkannya, sila dapatkan versi preview sebelum anda betul-betul yakin ingin membina kewangan sampingan sebagai backup perniagaan internet anda. Dapatkan segara di sini.

Rahsia Buat Duit Dengan Social Networking Terbongkar!

Alhamdulillah saya ucapakan, kerana pada hari ini 25 June 2009 adalah merupakan hari yang penuh bermakna bagi saya. Ada 2 perkara yang bermakna berlaku pada diri saya. Pertama ia adalah merupakan ulangtahun abah saya yang ke-64 tahun dan yang kedua adalah pelancaran ebook sulung saya berjudul Rahsia Buat Duit Dengan Social Networking Terbongkar. :)

Sebelum saya pergi lebih jauh izinkan saya mengucap sesuatu kepada abah tercinta. Saya tahu abah saya adalah buta IT dan beliau sendiri pun tidak mengetahui akan kewujudan blog yang akan berusia 1 tahun pada bulan hadapan. Jadi beliau tidak dapat menyaksikan ucapan saya disini. Saya mendoakan abah semoga teguh keimanan, murah rezeki dan terus teguh menerajui ketua keluarga dengan didikan agama yang sempurna.

Seperti IM yang lain sudah pasti penghasilan ebook yang pertama adalah cabaran yang paling besar baginya untuk dilalui. Manakan tidak, belum dilancarkan sepenuhnya, saya telah dikritik hebat oleh IM lain berkenaan ebook ini. Saya memang akui ebook ini tidak setaraf dengan ebook IM yang lain. Tetapi ini bukan bermakna saya akan mengundurkan diri dari mempromosikan produk sendiri.





eBook Rahsia Buat Duit Dengan Social Networking Terbongkar





eBook Rahsia Buat Duit Dengan Social Networking Terbongkar ini adalah merupakan satu ebook ringkas dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja. eBook yang banyak memberikan tips bagaimana menjana pendapatan sampingan dengan hanya menggunakan satu social network sahaja, ia sudah cukup untuk membuatkan anda gembira bila mengetahui rahsia ini. :D

Tiada janji-janji manis oleh saya terhadap anda dengan ebook ini. Bagaimana anda boleh menjana duit dengan social network ini? Ia sebenarnya bergantung berapa lamakah anda meluangkan masa dan fokus di social network berkenaan. Lagi anda fokus, lagi banyak strategi menjana duit yang boleh anda hasilkan.

Berikut adalah di antara isi kandungannya :-

1. PENGENALAN SOCIAL NETWORK
2. BUKTI PEMBAYARAN
3. PLAN RAHSIA JANA DUIT DENGAN SOCIAL NETWORKING DI BONGKAR
4. SOCIAL NETWORK DI BONGKAR
5. LANGKAH RINGKAS MENJANA DUIT
6. PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU

Jika anda ingin mencuba mahupun ingin pendapatan sampingan, bolehlah dapatkan ebook ini dengan segera sebelum harga akan dinaikkan.

PS : Harga pada masa kini adalah RM37.00, pembelian ebook ini akan mendapat 3
bonus daripada saya.
PSS : Ramai yang mengatakan harga ebook ini terlalu mahal, jika dinilaikan kajian
yang dibuat serta plan yang dirancangkan ia sebenarnya adalah lebih berbaloi
daripada apa mereka rungutkan.

PSSS : eBook Rahsia Buat Duit Dengan Social Networking Terbongkar telah TAMAT penjualannya. Sebagai ganti, saya telah menggantikan sesuatu perniagaan yang lebih berbaloi kepada anda. Layarilah http://rahsiasocialnetwork.com

Strategi, Tips dan Rahsia Kuasa Forum

Saya pasti ramai yang sudah menyertai pelbagai bentuk forum dari mewujudkan blog sendiri. Maklumlah di blog kita kena sentiasa aktif untuk mencari idea-idea bernas untuk mengarang artikel baru. Jika di forum kadang-kadang itu letak tajuk apa pun orang singgah.

Tahukah anda kuasa forum bukan sahaja boleh menjana pandapatan sehingga RM3500.00 dalam masa sebulan, malahan ada yang jana lebih dari itu. Tetapi ia juga boleh membina kredibiliti anda serta menjana traffik ke blog anda.

Bagi mereka yang masih baru mestilah ghairah menyertai forum. Post bermacam-macam thread baru tanpa memeriksa terlebih dahulu adakah post di ruangan yang betul ataupun niche forum yang betul. Sebagai contoh forum A diwujudkan untuk niche Ayam Serama, anda yang begitu ghairah berforum ini terus melangkah masuk dengan post thread berkenaan kereta racing. Adakah ini cara yang betul? Jawapannya tidak sama sekali.

Saya akan kongsikan pendapat saya bagaimana Strategi Rahsia Kuasa Forum yang betul untuk anda fahami dan ikuti.

Berikut adalah strategi yang betul saya sempat senaraikan :-

1. Post thread pada tempat yang betul.
2. Post thread berkenaan bertanya, kongsi ilmu, mencari, menjual, membeli atau survey.
3. Tajuk thread mestilah menarik perhatian.
4. Hampirkan atau samakan keyword tajuk thread yang hangat di forum dengan blog anda.
5. Elakkan buang masa dengan post yang tidak berkenaan anda dan niche forum.

Post thread pada tempat yang betul
Saya rasa anda lawat forum mana pun sudah pasti perkara pertama ini yang akan dijumpai jika anda kaki forum. Bagi yang newbie kerap kali membuat kesilapan yang boleh dianggap tidak beretika. Mereka daftar ahli di sesuatu forum dan terus membuka thread yang sama pada kategori yang berlainan. Ini bermakna jika post itu ada kaitan dengan 5 kategori di forum itu, kelima-lima kategori itu di penuhi dan membuat ahli forum lain marah dengan sikap yang tidak mematuhi peraturan forum.

Post thread berkenaan bertanya, kongsi ilmu, mencari, menjual, membeli atau survey
Jika anda post thread yang berbunyi ingin bertanya dan melakukan survey, pastikan anda post artikel itu bersungguh ingin mengetahui jawapan yang anda tidak ketahui. Janganlah anda post sekadar “saya orang baru, diharap orang lama dapat mengajar saya”. Soalan sebegini adalah soalan lapuk dan ia sememangnya tidak boleh diterima dek akal.

Manakan tidaknya, jika anda sudah pandai menggunakan komputer, ini menunjukkan anda sudah boleh membaca di kaca screen komputer dan mencari jawapan untuk soalan anda. Jadi hanya orang malas sahaja yang tunggu orang lama suapkan.

Post berkenaan berkongsi ilmu adalah satu senjata yang patut anda perlu titik beratkan. Disini anda boleh membina kredibiliti sebagai orang yang profesional di dalam memberi ilmu pengetahuan dan mengajar mereka yang tidak tahu. Secara tak langsung dengan perkongsian ilmu, ahli forum akan menjenguk blog anda, sekiranya ada lagi info yang berguna untuk mereka ketahui.

Ingin mencari, menjual dan membeli produk ataupun perkhidmatan adalah cara bagaimana anda mengasah cara berinteraksi dan juga cara untuk mendapatkan anugerah di forum iaitu itrade. Kebiasaannya mereka yang mempunyai itrade yang tinggi adalah orang yang boleh dipercayai di forum dan akan mendapat perhatian dari ahli lain. Jadikan mencari, menjual dan membeli ini untuk anda menambah koleksi itrade bagi jaminan kepercayaan di sesuatu forum.

Tajuk thread mestilah menarik perhatian
Semua orang sedia maklum, jika tajuk yang menarik akan menggalakkan ramai ahli klik pada thread anda dan membacanya. Tetapi bagaimanakah anda ingin membuat tajuk thread itu menarik perhatian? Cara yang paling mudah adalah anda perhatiankan tajuk yang mendapat perhatian di tv, akhbar dan juga blog. Mengapa ramai yang suka membuka thread berkenaan politik, cinta dan artis hiburan? Kerana ia sememangnya menjadi lumrah akan mendapat sambutan pelbagai pihak.

Hampirkan atau samakan keyword tajuk thread yang hangat di forum dengan blog anda
Ramai yang mengeluh, bagaimana ingin menjana traffik ke blog? Sudah mencuba pelbagai cara dari yang percuma sehingga yang berbayar. Macam tu juga traffik yang datang. Ini ada satu tips yang amat mudah sekali iaitu anda tiru tajuk yang hangat di forum untuk artikel di blog anda. Anda cipta artikel sendiri berdasarkan tajuk di forum itu. Secara tak langsung SEO blog anda juga akan mencacak naik di search engine.

Elakkan buang masa dengan post yang tidak berkenaan anda dan niche forum
Ya, ramai yang suka post thread di forum berkenaan artis, politik dan bahan lawak. Anda perlu tahu sekiranya forum berkenaan masakan, anda perlu berbincang pasal masakan. Jika forum tentang perniagaan, anda perlu berbincang pasal perniagaan. Jika perkara ini tidak terkawal, ia bukan sahaja merugikan anda, malahan merugikan forum itu sendiri kerana ia tidak memberikan fokus sepenuhnya kepada niche asalnya. Maka wujudlah suatu forum yang hanya cantik hiasan luar, kosong isi dalaman.

Di perkongsian ini, ia adalah sekadar pendapat peribadi. Oleh itu janganlah anda fikirkan forum ini hanya untuk mendapat duit dan membina kredibiliti diri sahaja. Jika anda berfikir di luar kotak pemikiran, sebenarnya ia adalah lebih daripada apa yang anda fikirkan.

3 Women Starting A Small Business

Starting a small business ranks close to having a child in the “major life event” category. This can be one of the most stressful times, but if done right, it can also be one of the most rewarding things in your life. Some might think that to start your own business, you have to know everything.

One thing that you can have something help you with is marketing and advertising. This is a very complicated part of any business and if the average business owner thinks they know everything they need to know about this, they are kidding themselves.

When someone has a heart problem, they go to a specialist. This is how you should treat your small business marketing. Using an Ad Agency could be one of the smartest things you could do to help ensure your business doesn’t fail. It is well known that 80% of all businesses fail within the first 5 years. How many of those millions of heartbroken owners could have been part of the 20% only if they would have not been a “know it all” and asked the experts for help in areas they didn’t have an idea in.

Throughout the years of running an Ad Agency, we have never had a client spend more money with us than if they would have done it alone. In a majority of cases, they actually have saved thousands of dollars with us. This is for a few reasons. One is the enormous buying power good Ad Agencies have. We can buy in bulk and pass the savings to all of our clients. Ad Agencies also have more negotiating power. Going into a buying process with 5-10 clients at one time can give us a huge advantage in negotiating power.

One thing that new and existing business owners fail to do is create an actual advertising marketing plan for the year. This can be done at any time during the year and not just January first. Create a plan for the next 12 months based on your target audience and your budget. We never come to a client and tell them how much they should spend for the year. We take your budget and create a plan for you, at a price you can afford. We handle over $38 million in advertising dollars every year, but we service the $5000 startup or the $100k budgets. Any and all are welcome to participate in our programs.

S.K.

Sharing Part of Business Life

Rahsia Di Sebalik Kad Perniagaan

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini. Maklumlah saya masih berada di dalam mood cuti. Yalah, setelah penat bekerja, pasti inginkan berehat panjang :)

Kali ini saya bawakan kepada anda tentang Rahsia Di Sebalik Kad Perniagaan.

Anda pasti tahu apa itu kad perniagaan?

Jika tak tahu, anda tonton kembali cerita sitcom 2+1, En. Sam selalu memperkenalkan dirinya dengan berkata “this is my card”.

Kad perniagaan, merupakan salah satu bentuk promosi untuk perniagaan anda. Walaupun kecil, ia sangat berguna. Saudara Wan Khairul Zarizi dan Muhammad Razif bergabung tenaga untuk menghasilkan sebuah eBook PERCUMA bertajuk Rahsia Di Sebalik Kad Perniagaan.

Latarbelakang website Rahsia Di Sebalik Kad Perniagaan sudah melambangkan ia suatu senjata yang begitu ampuh untuk memperkenalkan diri dan perniagaan anda.

Di dalam eBook tersebut mereka mendedahkan :-

  • apa itu kad perniagaan
  • impak kad perniagaan
  • kesalahan peniaga baru mengenai kad perniagaan
  • nasihat Dr Mohd Fadzilah Kamsah tentang kad perniagaan
  • Ciri-ciri kad perniagaan yang perlu anda ketahui
  • 4 ciri penting yang wajib ada dalam kad perniagaan anda
  • 2 perkara yang akan menjahanamkan anda jika anda meninggalkannya.
  • Cara mudah (amat-amat mudah!) menggunakan kad perniagaan anda.
  • apa yang anda perlu buat setelah anda memberi kad perniagaan kepada orang
  • apa yang anda boleh buat untuk membezakan kad anda dengan kad orang lain
  • kaitan blogger dengan kad perniagaan
  • kesan yang akan anda terima daripada kad perniagaan

Jangan tunggu lagi, ia informasi yang sangat berguna kepada anda, malahan ia diberikan PERCUMA. Rebutlah peluang ini sebelum mereka menutup tawaran ini :)