Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Ingin Dapatkan Blog Wordpress Secara Percuma?

Ramai newbie masih mencari-cari bagaimanakah membuat blog sendiri menggunakan Wordpress secara percuma. Saudara Nasrun telah mencipta satu ebook percuma yang bertajuk Tutorial Setup Blog Wordpress dengan Domain & Hosting Percuma.

Ebook yang ringkas dan mempunyai screeshot bagi memudahkan pemahaman kepada mereka yang masih mencari-cari panduannya. Saya sarankan anda download ebook tersebut secara percuma.

Dapatkan sekarang juga ebook blog ini, Nasrun hanya membuka kepada 200 orang yang terawal sahaja sebelum menutup tawaran ini.

Anda minat dengan ebook percuma? download sebelum terlambat :)

PS : Tidak kiralah anda bergiat dengan bidang apa pun di internet, blog adalah senjata utama untuk anda menjana duit :) Jika tidak percaya, download ebook ini, ciptakan blog pertama anda dan promosikan produk di blog anda. Senang dan mudah bukan.

Socrates Socratous Getting Started online Story Part 1

Socrates adalah seorang IM yang aktif di eBay dan Amazon. Beliau bermula dengan Zero to Hero. Cuba anda saksikan video ini bagi mengetahui bagaimana beliau boleh terjebak di dalam perniagaan internet.

Selamat menonton :)

Siapakah Otai eBay Yang Popular Pada Masa Kini?

Pada 3 minggu lepas, saya telah pun membuat satu survey di forum wangcyber yang bertajuk Siapakah otai eBay yang popular pada masa kini? dan hasilnya anda bolehlah lihat di screenshot di bawah.

Adakah seseorang yang menjalankan perniagaan internet perlu menjadi popular barulah ia boleh mencapai pendapatan yang lumayan?

Pada pendapat saya adalah tidak. Ini kerana kredibiliti adalah lebih utama dari kepopularan. Apabila kredibiliti anda telah kukuh, barulah populariti akan datang.

Untuk membina kredibiliti anda boleh melihat bagaimana usaha bro Noorizam dan Sifu Lan bertungkus lumus menghadapinya sebelum mereka menjadi popular sebagai otai eBay Malaysia di internet. Dengan kredibiliti yang mereka miliki, mereka telah berjaya menjana pendapatan dari online mahupun offline. Mereka mempunyai perniagaan sendiri di eBay, mempunyai produk sendiri dan juga mempunyai seminar serta personal coaching untuk mendidik seseorang bagaimana menjana pendapatan melalui eBay.

Jika di lihat keputusan bro Mas Dino, mengapakah beliau hanya mendapat 1 undian sahaja, selama 20 hari poll ini berlangsung?

Mas Dino mempunyai kebolehan berniaga di dalam eBay, mempunyai produk sendiri dan mempunyai seminar sendiri, akan tetapi beliau tidak boleh melawan kehebatan bro Noorizam dan Sifu Lan.

Pengiklanan sesuatu produk di internet perlulah di dahului dengan informasi sebelum mempromosikannya

Di dalam perniagaan internet, anda bukan sahaja perlu memberi informasi yang berguna kepada pelanggan seberapa banyak yang boleh, tetapi servis yang ditawarkan oleh anda juga perlulah di ambil kira. Sebagai contoh, bro Mas Dino mempunyai produk yang begitu hebat iaitu Visa Jutawan, disebabkan tidak menang tangan untuk melayan pelangganya yang terlalu ramai, banyak janji-janjinya tidak ditunaikan. Sehinggakan ada yang melabelkan Mas Dino adalah penipu.

Untuk pengajaran dari artikel ini, menjadi seseorang yang popular anda perlulah membina kredibiliti dahulu. Kredibiliti datang dari perancangan yang teratur dan strategi pasaran yang betul. Hebat mana pun produk anda, sekiranya tiada perancangan rapi, anda boleh di anggap sebagai usahawan yang gagal.

PS : Artikel ini tidak berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa mahupun menjatuhkan reputasi seseorang. Ia sebagai pandangan sendiri dan ingin melihat kejayaan anda seperti bro Noorizam dan Sifu Lan.

Rahsia Memulakan Perniagaan Internet Dengan Kos Rendah Terbongkar!

Adakah anda berminat untuk memulakan perniagaan internet anda pada hari ini?

Jika Ya, sudahkah anda mengetahui berapakah anggaran awal modal yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan internet ini?

Jika ada yang belum tahu, mari kita buat kira-kira sedikit mengenai berapakah kos yang diperlukan untuk memulakan perniagaan internet!

Secara Asasnya, untuk memulakan perniagaan internet anda memerlukan semua perkara berikut sebelum anda melakukan pemasaran (Marketing):

1. Hosting dan Domain (RM100 Setahun)
2. Produk yang mempunyai permintaan tinggi.
3. Set Grafik jualan yang profesional (RM100 ke atas) ===> MiniSite, Ecover dan sebagainya.
4. Surat Jualan yang mampu menjual (RM150 ke atas)

Kesimpulannya, jika anda hanya mempunyai produk dan tidak mempunyai kemahiran untuk design grafik jualan yang profesional dan menulis surat jualan yang mampu menjual, kos untuk memulakan bisnes anda ini mampu menjangkau RM350 ke atas.

Bayangkanlah jika anda hanya mempunyai RM150 untuk memulakan perniagaan anda dan anda sudah mempunyai produk dan tahu menulis surat jualan, anda pasti
tidak mampu mendapatkan set grafik jualan yang profesional kerana setelah anda membayar hosting & domain, wang anda hanya tinggal RM50 sahaja.

Bagaimanakah anda mampu mendapatkan atau mengupah para grafik designer untuk design set grafik jualan yang profesional yang mampu menonjolkan produk anda
sekiranya anda hanya mempunyai RM50 dalam akaun Maybank anda?

Percayalah bahawa saya mampu membantu anda mendapatkan set grafik jualan yang profesional bagi menonjolkan produk anda pada mata semua pengguna internet dengan
harga kurang dari RM50 di MiniSiteJualan.com. Anda boleh mendapatkan lebih 14 template minisite dan grafik jualan yang profesional dan mampu serlahkan
kehebatan produk anda!

Anda boleh mendapatkannya dengan segera sebelum terlewat di:

http://nabieel.com/MiniSiteJualan

Kini anda mampu menjimatkan kos untuk memulakan perniagaan internet anda serta mampu mendapatkan set grafik jualan yang profesional untuk produk anda tanpa perlu pening kepala lagi!

PS : Saya memberikan Rebet RM 15.00 untuk produk ini Mini Site Jualan ini. Apa yang perlu anda membeli pada harga yang ditetapkan dan memberikan bukti pembelian di email saya nabieelsr@gmail.com . Tajuk email adalah Rebet RM15.00 Mini Site Jualan

PSS : Setelah saya mendapat komisen yang diberikan, barulah anda mendapat rebet RM15.00 dari saya.

PSS : Tawaran ini sah dari 11/05/09 sehingga 11/06/09. Dapatkan peluang ini sekarang http://nabieel.com/MiniSiteJualan