Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Ebook Otai Download – Membongkar Akses Ke Lubuk Rahsia

Kebiasaannya kita akan mendengar seseorang itu mengeluarkan produk ebooknya berkenaan membuat duit, tidak kiralah duit RM ataupun USD. Tetapi kali ini, saudara Rizash telah melahirkan sebuah produk Ebook Otai Download – Membongkar Akses Ke Lubuk Rahsia. Pada pendapat saya ebook ini adalah satu ebook yang patut di letak pada tahap pertama sekali, kerana ebook ini boleh menilai sejauh manakah kepakaran anda dengan selok belok internet. Ebook ini boleh membantu anda tanpa di sedari. Ebook ini juga merupakan ebook yang panas seperti “MELODI” kerana ia mempunyai konsep “TERJAH” dan mengupas sesuatu yang panas seperti “360” kerana ia akan menentukan anda menjadi seorang yang baik atau seorang yang jahat selepas membaca ebook ini.

Berikut adalah di antara isi yang terkandung pada ebook ini :-

Akses Ke Lubuk Rahsia

Pada bahagian ini, penulis menyatakan senarai laman web, blog dan forum sebanyak 15 link lubuk yang biasa di layarinya beserta penerangan ringkas tentang link tersebut dan beliau menyenaraikan 30 link lagi lubuk rahsia yang patut dibongkar dan diterokai. Banyak betul lubuk rahsia untuk anda dapatkan software yang diperlukan.

Teknik Memuat Turun Menggunakan Proxy di Lubuk Rahsia

Untuk memuat turun khazanah berharga seperti mp3. ebook dan video yang eksklusif sudah tentu ada cabarannya. Mungkin ada di antara anda akan menghadapi cabaran terbesar apabila anda tidak dibenarkan untuk memuat turun fail idaman anda oleh sebab-sebab yang tertentu. Kadang-kadang anda memang tidak dibenarkan untuk memuat turun langsung oleh sebab yang tidak munasabah. Dimanakah keadilan? Bagi mereka yang tidak tahu cara mengatasi masalah ini sudah tentu akan terus menyerah kalah. Oleh sebab itu, penulis yang amat memahami situasi ini telah menunjukkan langkah demi langkah kaedah menggunakan proxy untuk mengatasi masalah ini. Mungkin ramai yang tahu mengenai cara menggunakan proxy. Namun, berapa ramai yang tahu cara terbaik dan terpantas mendapatkan proxy yang baik? Penulis ada kaedahnya yang tersendiri. Segala-galanya ada diterangkan di dalam ebook Otai Download

Muat Turun Ke Satu Lubuk Rahsia

Mungkin ramai lagi yang masih tidak mengetahui tentang “satu lubuk rahsia” ini. Secara mudahnya, Lubuk Rahsia atau ia lebih dikenali tempat di mana “persembunyian” di simpan. Ibaratkan saja Lubuk Rahsia ini sebagai “kalau tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya”. Ini bermakna pecah satu lubuk tidak rugi maklumat yang di perolehi.

Tahukah anda bahawa sekarang ini terdapat ramai orang yang menggunakan Lubuk Rahsia ini untuk berkongsi fail seperti MP3, movie dan video yang lainnya, ebook dan banyak lagi dengan rakan-rakan mereka ataupun sebagai koleksi peribadi. Perlu anda ketahui bahawa tidak semua yang membuka Lubuk Rahsia mereka untuk diakses oleh orang ramai. Namun terdapat banyak lagi Lubuk Rahsia yang memang bersifat TERBUKA.

Kaedah Berkesan Untuk Carian MP3,Ebook dan Video

Penulis juga ada membongkar teknik mudah untuk mencari MP3, Ebook dan Video dengan “keyword” yang betul. “Keyword” yang amat simple, pendek dan sememangnya mudah, dengan sekelip mata membolehkan anda mencari dengan pantas.

Teknik-teknik ini secara tidak langsung bukan sahaja menjimatkan duit anda membeli sesuatu produk, malahan ia boleh menjimatkan masa anda untuk mendapatkan sesuatu software dengan hanya duduk menghadap komputer dan layari internet serta menggunakan kaedah yang telah penulis kongsikan di dalam ebook ini.

Sebenarnya kehebatan teknik dari penulis bukanlah seperti kehebatan otai-otai lain yang telah lama berkecimpung di dunia internet ini. Sekurang-kurangnya, pengalaman dan teknik penulis, serba sedikit dapat membantu anda dari sesat lebih jauh atau lebih tepat, buang masa yang lama di depan komputer tetapi satu apa pun belum dapat kerana kemahiran yang ada pada diri anda amat cetek sekali. Bak kata pepatah “malu bertanya, sesat jalan”, ebook ini sudah menunjukkan jalannya.

Mengapa saya mengatakan ia perlu untuk anda? Jawapannya kerana anda menggunakan internet, sudah pasti anda memerlukan maklumat yang terdapat di dalam ebook ini. Ebook ini di tawarkan dengan harga yang berpatutan iaitu RM 30.00. Tetapi saya menawarkan ia lebih berpatutan iaitu RM 25.00 dalam masa 1 minggu. Kenapa? tak percaya. Ada lagi yang anda perlu tahu, tawaran ebook ini hanya di buka kepada 300 orang pembeli terawal sahaja. Ini kerana si penulis ingin memberi tumpuan kepada pembelinya di satu forum rahsia. Oleh itu dapat segera sebelum terlambat berserta bonus ebook rahsia dari penulis dan ebook-ebook terpilih di http://otaidownload.blogspot.com/ .

MAKLUMAT PENTING

1) Insyaallah Ebook Otai Download ini akan dilancarkan pada 12 Januari 2009 iaitu bersamaan hari Isnin.
2) Jika anda inginkan DISKAUN dengan harga RM 25.00 pastikan anda meletakkan perkataan ini “Harta Karun” di Kod Diskaun. Link pembelian http://otaidownload.blogspot.com/ . Tawaran DISKAUN ini tamat pada 19 Januari 2009 iaitu pada pukul 6.00 P.M.
3) Walaupun ebook ini akan dilancarkan pada Isnin ini, anda boleh membuat tempahan sekarang sebelum terlambat. Jadilah 300 pembeli terawal sebelum penulis menutup peluang ini. Ebook akan diberikan bermula pada hari pelancaran.
4) Sebelum beli Ebook Otai Download ini,

Lu pikir ler sendiri, aku malas nak pikir sebab murah sangat harga ni

Penulis ingin letakkan harga ebook ini lebih dari RM 30.00 . Nasib baik saya sebagai penyelamat anda memberi diskaun. Jika anda beli tanpa Kod Diskaun, harga diskaun tidak akan diberikan. Jangan cuai semasa mengisi borang.

PIKOM PC Fair 2009 (I)

null

3 – 5 April 2009 (11:00am – 9:00pm)

Permata Car Park (Level 5), Kuching – Sarawak

Dewan Masyarakat Sandakan, Sandakan – Sabah

Dewan Masyarakat Tawau, Tawau – Sabah

Dewan Jubli Intan, Muar – Johor

Berjaya Megamall, Kuantan – Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Pahang

10 – 12 April 2009 (11:00am – 9:00pm)

KL Convention Centre, Kuala Lumpur – Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru – Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru

Village Mall, Sungai Petani – Kedah

Dewan SJK(C) Yuk Choy, Ipoh, Perak – 195, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh

17 – 19 April 2009 (11:00am – 9:00pm)

Miri Indoor Stadium, Miri – Sawarak

Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu – Sarawak

Penang International Sports Arena, Penang – Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau

Mahkota Parade Melaka, Melaka – Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir

Bagaimana Rasanya Mencari Rezeki Sendiri?

Selamat tahun baru saya ucapkan walaupun dah 4 hari berlalu. Di harap kehidupan pada tahun 2009 ini, anda dapat menyenaraikan matlamat yang berguna dan melaksanakan ia agar tidak dijadikan angan-angan mat jenin. Maklumlah saya terlalu sibuk dengan mencari rezeki dan keadan gelombang internet yang tidak begitu baik, telah menyepikan saya untuk suatu tempoh yang lama sehingga tidak mengemaskini blog ini.

Saya pasti semua orang pasti dapat merasakan bagaimana mencari rezeki sendiri melainkan mereka yang tidak terdaya untuk melakukan dan orang yang pemalas untuk mencari rezeki. Saya ingin perkara ini pernah berlaku kepada anda semasa sekolah dulu, dimana sewaktu cuti sekolah, ada sahaja idea-idea untuk mencari kerja mengisi masa lapang cuti sekolah. Tapi bila dah tiba masa hendak bekerja, malas pula hendak melakukannya. Inilah lumrah kehidupan.

Saya ingat lagi pada mula-mula bekerja dulu saya diberi gaji RM 200.00 sebulan. Makan, penginapan dan pengangkutan ke tempat kerja diberikan oleh majikan secara percuma. Perkara ini berlaku setelah saya habis peperiksaan SPM, saya tidak tahu arah tuju kehidupan pada masa hadapan. Semasa di sekolah dulu, saya adalah seorang yang kurang pandai tetapi cerdik untuk mencari laluan hidup.

Sedikit demi sedikit saya belajar dari pengalaman hidup dari gaji RM 200.00 meningkat ke RM 350.00 dan meningkat lagi sehinggalah kini lebih dari RM 1000.00 ke atas. Jika di kenangkan kehidupan masa lalu, saya banyak yang tidak tahu, banyak ketinggalan dari rakan-rakan. Dengar sahaja rakan-rakan dapat gaji tinggi, ternganga mulut dan kembang telinga mendengarnya.

Syukur alhamdulillah, tuhan telah memberi petunjuk kepada saya, dimana sekarang saya sudah memotong kedudukan mereka yang banyak cakap ini secara senyap. Saya di lahirkan mempunyai semangat yang luar biasa dan mempunyai kelebihan banyak berfikir. Dengan ini penitian hidup saya semakin hari semakin ke arah matlamat yang sebenar seperti yang diimpikan oleh saya semasa kecil-kecil dahulu.

Jika anda mencari rezeki dengan berniat seperti :-

“Sahaja aku mencari rezeki kerana Allah”

Anda akan berasa rezeki yang anda cari itu cukup di berkati oleh Allah walaupun sedikit jumlahnya. Cuba anda bayangkan mengapa ramai yang bergaji beribu-ribu tapi masih rasa tidak mencukupi? Satu jawapan yang boleh diberikan adalah niat anda mencari rezeki.

Tahun 2009 ini adalah tahun yang saya anggapkan sebagai tahun untuk mencukupkan kehidupan yang diimpikan. Di harap usaha dan berkat doa saya berhasil hendaknya.

PS :Untuk permulaan tahun ini, saya sibuk dengan JV sebuah produk internet dari seorang IM yang bernama Rizash. Produk tersebut, saya beranggapan ia cukup berguna untuk semua orang yang terlibatkan dengan dunia internet dan pengkomputeran. Untuk mengetahui apakah produk beliau, nantikan dalam bulan ini insyaallah ia akan dilancarkan.