Mari Belajar Buat Website Dan Promosi Secara PERCUMA..
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Rahsia Datuk Nicol David Sebagai No.1 Dunia

Datuk Nicol David telah merangkul kejayaan antarabangsanya 10 kali berturut-turut dan melebarkan penguasaannya selama 58 perlawanan tanpa kalah. Berikut adalah di antara temubual Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Datuk Nicol di atas prestasi kecermelangan beliau di bidang sukan. Artikel ini di petik dari Utusan Malaysia.  

“Saya tidak akan bazir masa dan tenaga memikirkan rasa gementar menghadapi lawan, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada perlawanan dan cuba menumpaskan lawan.” Itulah rahsia pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David mengenai kejayaan antarabangsanya ketika ditanya Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Nicol yang mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Parlimen mendedahkan perkara itu ketika ditanya adakah dia gementar atau gugup ketika di gelanggang kerana masalah tersebut sering menjadi punca utama kekalahan kebanyakan atlet negara pada perlawanan antarabangsa.

”Itulah rahsia saya. Berikan yang terbaik semasa di gelanggang, kekalkan rentak perlawanan mengikut perancangan dan lawan habis-habisan. Saya tidak mahu orang kata saya main sambil lewa,” tambah Nicol.

Anda sudah bersedia menjadi seperti Datuk Nicol?

Ekonomi Dunia

Seperti semua orang sedia maklum, ramai yang sudah mendengar khabar-khabar yang mengatakan ekonomi dunia semakin hari semakin teruk dan impaknya ke atas Malaysia semakin dirasai ramai. Apatah lagi apabila para- para peniaga menetapkan hari selepas Hari Raya Cina sudah pastinya ekonomi akan menjadi lebih teruk. Peniaga-peniaga sekarang sedang bersedia menghadapi keadaan tersebut. Seperti di tempat tinggal saya, para pelancong terutamnaya dari negara sebelah Eropah sudah menitik beratkan soal membeli belah. Mereka hanya membeli apa yang penting. Di dalam kedai cenderamata kawan saya misalnya, pelancong berlegar-legar di sekitar dalam kedai tiga empat kali untuk membeli sesuatu cenderahati untuk dibawa pulang ke negara mereka. Keuntungan di kedainya menurun berbanding tahun lepas pada bulan yang sama.

Ingin saya katakan di sini peniaga-peniaga atau orang-orang Malaysia tidak perlu berasa fobia terhadap keadaan ekonomi sekarang. Jalankan hidup anda seperti biasa. Banyakkan doa. Saya pasti anda mesti berkata pada saya “ Wah, tenangnya dia” atau “Senangnya cakap” Ya, memang betul. Kerana saya tahu cara menggunakan minda saya untuk mendapat apa yang saya mahukan. Saya tak perlu rasa gusar dan begitu juga dengan anda! Percaya dan yakinlah dengan kata-kata saya ini!

Semua orang mendapat jawapan kepada setiap apa yang didoakan kerana kepercayaan atau penerimaan mental tentang apa yang diminta dalam doanya. Bila seseorang itu berfikir, merasai dan mempercayai apa yang diminta, begitulah juga dengan keadaan minda, badan dan situasinya. Apabila minda anda berfikir dengan betul, apabila anda memahami sesuatu perkara itu, minda anda akan bertindakbalas dan membawa anda kepada keadaan harmoni, ketenangan dan yang terbaik dalam hidup anda.

Apa yang perlu adalah dengan memahami prinsip-prinsip dalam hidup. Prinsip dalam hidup seperti normal berkeadaan sihat dan tidak normal berkeadaan sakit, normal berkeadaan harmoni dan tidak normal terjadi peperangan.

Mulai hari ini percayalah pada kebenaran abadi!

Baiklah, sekarang fikirkan apa yang anda betul-betul mahukan sekarang? Dalam aritkel ini saya lebih memfokuskan cara anda perlu berfikir terhadap ekonomi dunia. Pertama sekali, ambil perhatian pada ayat saya ini .

“Untuk mengubah keadaan luaran, anda perlu mengubah penyebabnya dahulu. Untuk membuang segala kekusutan,perselisihan dan kekurangan anda mesti membuang penyebabnya. Dalam erti kata lain, cara anda berfikir dan membayangkan benda itu dalam minda anda”

Perlu anda fahami bahawa minda anda bukannya jahat tetapi bergantung kepada cara anda menggunakan minda anda. Begitu juga dengan elektrik. Elektrik tidak membahayakan sekiranya anda tidak menyalahgunakan.

Minda anda memang kreatif. Tetapi tanamlah benih-benih (konsep) yang baik supaya ianya bercabang menjadi pokok-pokok yang baik. Seperti di dalam prinsip agrikultur, jika anda semai 1 jenis benih maka ia akan tumbuh menjadi 1 jenis anak pokok. Dan sekiranya anda menyemai beberapa jenis benih maka beberapa jenis anak pokok akan menjadi. Ini adalah satu prinsip yang benar bukan?

Apabila anda sudah tahu menggunakan minda anda dengan bijak saya yakin anda dapat menjana:

1. kekayaan dari kemiskinan
2. kebijaksaan dari kenaifan dan kepercayaan karut
3. ketenangan dari kesakitan
4. kegembiraan dari kesedihan
5. keyakinan dari ketakutan
6. kejayaan dari kegagalan
7. keharmonian dari perselisihan

Anda tidak boleh berkata “ Dunia sekarang sudah tidak selamat” “Tak lama lagi perang Dunia Ketiga akan berlaku” “Ekonomi dunia bertambah teruk” Kata-kata ini adalah penyebab dunia sekarang seperti yang anda katakan.

“Ubah cara pemikiran anda, dan anda dapat mengubah takdir ”

Setiap fikiran anda adalah puncanya, dan setiap keadaan yang berlaku adalah kesannya. Anda mempunyai minda dan anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan minda anda. Jika anda fikirkan kebaikan, maka kebaikan akan berlaku, jika anda fikirkan kejahatan, kejahatan akan mengikut. Inilah cara minda anda berfungsi.

Mulai hari ini, mari kita bersama-sama berusaha membayangkan masa depan negara kita. Apa yang kita bayangkan itulah yang akan terjadi. Anda mesti PERCAYA dan YAKIN yang apa yang anda minta atau doakan itu akan termakbul. Jika anda ragu-ragu dengan apa yang diminta, tanamkan dalam minda situasi ini.

“ Jika anda pergi ke restoran dan meminta roti, maka roti lah yang anda dapat”

Takkan anda minta roti , anda diberi nasi pula. Masa depan negara adalah di minda anda sendiri kerana apa yang didoakan oleh 90% rakyat di sesebuah negara itulah yang akan membina negara itu. Doa yang saya maksudkan adalah suatu keinginan atau kehendak.

Sekarang tenangkan diri anda. Tegaskan pada diri anda “Aku berada dalam keadaan tenang” Badan anda serta merta terus mengikut arahan anda kerana andalah yang berkuasa.
Pejamkan mata dan perlahan-lahan bayangkan apa yang anda ingin buat sekiranya ekonomi dunia sudah pulih. Sebagai contoh saya bayangkan kedai saya dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing dari sebelah Europe. (Mereka adalah kebanyakannya yang menjadi pelanggan utama saya) Mereka berada dalam keadaan penuh gembira membelek barang-barang perhiasan di kedai saya. Seorang daripada mereka berkata kepda saya

“It’s so nice that I can spend my money without worrying anymore. The world economic is doing great”

Saya juga gelak ketawa bersama mereka. Mereka membayar kepada saya dan saya dapat melihat dan merasa wang ringgit dua ribu dengan jari-jari saya. Saya berasa sangat gembira.

( Bayangan anda perlu diserta dengan emosi. Lakukannya sekurang-kurangnya 5 minit 2 kali setiap hari. Anda boleh lakukannya di mana-mana. Di tempat kerja, di dalam KTM atau LRT atau Monorail )

Sibukkan diri anda dengan kata-kata ini “Ekonomi dunia semakin hari bertambah baik” Kata-kata ini tidak membawa sebarang konflik dalam minda anda.

Atau boleh juga guna cara ini. “Aku berterima kasih/bersyukur kepada Tuhan memberi keharmonian kepada negaraku”

Anda mempunyai kebebasan untuk memilih. Pilihlah kedamaian! Pilihlah ketenangan ! Pilihlah keharmonian!

Di samping itu juga, amal doakan kebahagiaan dan keharmonian untuk orang lain. Ingat! Sekali anda doakan untuk orang lain, 10,000 kali doa itu datang balik pada anda dan anda juga akan hidup dalam keadaan yang tenang seperti yang anda doakan untuk orang lain. Jika rakyat saling mondoakan antara satu sama lain, maka ini sudah pasti membentuk negara yang harmoni.

Disiplinkan minda anda dengan kata-kata positif. Jadikannya suatu tabiat dalam hidup anda. Apabila tabiat pemikiran anda itu harmoni dan membina, sudah tentunya anda menjalani kehidupan seharian anda dengan baik dan sempurna. Sekiranya anda berkeinginan terhadap sesuatu seperti inginkan ekonomi dunia pulih, sebenarnya 51% permintaan anda itu sudah terlaksana. Selebihnya bergantung kepada anda untuk membayangkan masa depan negara yang anda idam-idamkan.

Sekarang saya ingin terangkan suatu perkara lagi. Sekiranya anda yakin dengan teknik saya ini dan anda memberitahu kepada kawan anda berkenaan perkara ini, tetapi kawan anda berkata;

“Benda-benda seperti itu merepeklah. Tiada siapa yang dapat selamatkan dunia”

atau dialog-dialog yang seantero dengannya, anda sebenarnya boleh menerima atau menolak kata-kata kawan anda itu. Beri latihan pada minda anda untuk memilih yang terbaik.

“You are the only thinker in your universe”

Yang bermaksud, kata-kata dari orang lain tidak dapat mengubah pendirian anda tanpa penglibatan mental anda.

Saya ingin berkongsi dengan anda suatu cerita berkenaan seorang ahli falsafah yang terkenal iaitu Socrates.

Seorang anak muda bertanyakan Socrates bagaimana dia boleh dapatkan “wisdom” atau kebijaksanaan. Socrates menjawab “Mari ikut saya” Dia membawa anak muda itu ke sungai dan menolak kepala anak muda itu ke dalam air dan apabila anak muda itu meronta-ronta untuk mendapatkan udara (oksigen) Socrates melepaskan kepala budak itu. Apabila anak muda itu sudah tenang kembali, Socrates bertanya kepada anak muda itu. “Apa yang anda amat memerlukan semasa kepala anda berada di dalam air?”
“Saya amat memerlukan udara” kata anak muda itu.
Lalu Socrates berkata padanya “Apabila anda betul-betul inginkan kebijaksanaan seperti anda inginkan udara semasa kepala anda di dalam air, dan sebaik anda keluarkan kepala anda dari air anda sudah tentu mendapatnya”

Begitu jugalah jika anda betul-betul mempunyai keinginan yang teramat sangat dan terdapat pelbagai halangan tetapi anda betul-betul percaya memang anda jalan keluar maka sudah pasti anda mencapai kejayaan.

SK
MindMaster
Business Partner Nabieel.com

Pemikiran Orang Berjaya #2

Sebelum ini saya ada memperkatakan tentang pemikiran orang berjaya. Berikut adalah sambungan untuk artikel sebelumnya.

Suka Membantu
Ya, orang yang telah berjaya, mereka suka membantu, baik dari segi kewangan mahupun idea-idea bernas mereka bagi membantu golongan-golongan yang memerlukannya. Tetapi perlulah di ingatkan mereka juga adalah manusia seperti kita dan mereka juga mempunyai tahap untuk menolong yang memerlukannya

Sebagai contoh Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal, beliau melaburkan sedikit asetnya untuk membangunkan Tasik Banding di Perak bagi memelihara kehidupan hutan simpan, haiwan dan juga perkampungan orang asli di situ. Beliau bukan sahaja membangunkan tempat tersebut sebagai khazanah alam yang berharga di Malaysia dan membantu kehidupan orang asli, malahan ia telah mewujudkan industri pelancongan di situ. Secara tidak langsung telah mendatangkan faedah kepada ekonomi negara.

Penampilan Yang Ringkas
Jika di perhatikan betul-betul, kebanyakkan orang yang berjaya ini tidak mahu kelihatan seperti orang mewah sepanjang masa. Bagi mereka cukuplah berpakaian kemas dan sedap di lihat oleh orang.

Mengapa kebanyakkan mereka bersikap sebegitu? Ini kerana mereka dulu juga seperti kita, bukan di lahirkan dengan kaya raya, yang mempunyai harta pusaka yang boleh membawa kekayaan sehingga beberapa keturunan.

Jika sekali pun kekayaannya adalah datang dari keturunan, tidak memiliki pemikiran seperti orang berjaya, dalam sekelip mata ia boleh menghabiskan hartanya, kerana orang yang berjaya mempunyai perancangan yang rapi tentang pengurusan.

Perbualan Penuh Makna
Orang yang berjaya tidak suka bercakap tentang sesuatu yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya. Cuba anda lihat, adakah orang-orang berjaya lepak di kedai-kedai kopi pada setiap waktu, tidak kira pagi, tengahari, petang dan malam.

Mereka ini sentiasa memikirkan peluang dan kejayaan yang bakal mereka tempuhi selepas ini. Dengan ini tiada masa untuk mereka berbincangkan perkara-perkara remeh temeh sesame rakan-rakannya.

Jika anda pernah bergaul dengan orang-orang berjaya ini, kena pada tempatnya untuk bertanya sesuatu yang di inginkan oleh anda, ia pasti akan memberikan jawapan yang bernas dan kadang kala mereka akan memberikan tips ataupun rahsia kejayaan mereka kepada anda. Siapakah yang untung, sudah pastinya anda.

Oleh itu rebutlah peluang untuk bertanyakan soalan-soalan yang bernas, agar anda mendapat sesuatu berfaedah dari pemikiran orang-orang yang berjaya.

Rahsia Bahagia : 63 Petua Bahagia

Setiap manusia mengimpikan kebahagiaan dengan pasangan mereka. Pelbagai cara telah di cuba, ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya. Malahan sejak kebelakangan ini, ramai pasangan menghadapi krisis rumahtangga tidak terkecuali artis-artis di Malaysia ini. Boleh dikatakan setiap hati keluar artikel di akhbar tempatan mengenai pergolakan rumahtangga.

Mungkin 63 petua bahagia di bawah ini dapat membantu anda untuk menjernihkan rumahtangga kembali. Sama-samalah kita membacanya dan mempraktikkannya.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Anda Ada Produk Hendak Di Lancarkan ?

Saya sebenar baru sahaja balik dari menyambut ulang tahun yang ke-24 bersama rakan-rakan. Saya rasa inilah pertama kali saya menyambut ulang tahun yang begitu meriah.

 

Apa yang ingin di perkatakan di sini adalah saya ingin memberi ruang kepada sesiapa yang bakal melancarkan apa sahaja produk di internet pada bulan Disember ini iaitu selepas 9 Disember 2008. Ini adalah satu pertandingan yang di anjurkan oleh saya kepada anda.

 

Apa yang anda akan dapat apabila menyertai pertandingan ini :-

 

1)    Hanya seorang sahaja pemenang

2)    Pemenang akan mendapat tunai bernilai RM 88.00

3)    Anda dibenarkan review produk anda di blog saya secara PERCUMA.

 

Pertandingan yang amat mudah sekali, apa yang di perlukan adalah :-

 

1)    Produk adalah dari keluaran anda

2)    Tidak kira produk apa sahaja

3)    Hendaklah nyatakan kepada saya mengapa anda perlu memenangi pertandingan ini

4)    Hendaklah produk yang terdiri daripada keluaran ketiga ke bawah. Ini bermaksud, jika produk yang bakal di lancarkan adalah produk keempat ia tidak layak di sertai

5)    Hanya produk dan kenyataan yang menarik sahaja pilihan saya sebagai pemenang. Saya tidak melihat design produk semata-mata sahaja sebagai pemenang. Apa yang saya boleh katakana di sini, saya berminat pada seseorang yang kreatif.

 

Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan anda adalah rakyat Malaysia dan mempunyai akaun Maybank. Rebutlah peluang keemasan ini terutama kepada newbie yang ingin mencuba nasib di dalam pertandingan ini.

 

Pertandingan ini di buka selama 3 minggu iaitu berakhir pada 9 Disember 2008. Sila hebohkan pertandingan ini, jika anda rasa ia amat berfaedah kepada usahawan internet yang lain.

 

 

Mengubahkan hobi menjadi perniagaan Internet! – Dr. Irfan Khairi

Pada hari Jumaat lepas, saya di jemput ke MHI TV3 untuk berkongsikan bagaimana anda boleh mengubahkan hobi anda menjadi perniagaan di Internet. Banyak idea dan contoh menjadikan hobi kepada perniagaan Internet, tetapi, tidak sempat saya berikan semalam oleh kerana waktu yang terhad. Oleh itu, saya mengambil peluang ini di sini untuk beri lebih banyak lagi contoh-contoh ;)

Rakaman MHI Bahagian 1 dan Bahagian 2 di:

http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/hobi/

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang bertanya pada saya, bagaimana cara terbaik untuk menambahkan pendapatan secara sampingan?

Jawapannya adalah mengubah kan apa yang anda tahu, apa yang anda minat, atau apa sahaja hobi anda menjadi perniagaan Internet!

Setiap kali saya sebutkan itu, ramai yang akan berkerut dahi dan bertanya, “Boleh ke?”

Sudah tentu boleh! Sekiranya hobi anda adalah cross-stitch, mengapa tidak menjadikan ianya sebagai perniagaan di Internet? Sekiranya anda minat memancing, jadikan topik memancing sebagai perniagaan anda. Sekiranya anda minat bersukan badminton katakan, mengapa
tidak menulis ebook berkaitan dengan badminton- pastinya ramai peminat badminton seluruh dunia mencari maklumat atau tips-tips bermain badminton di Internet!

Sememangnya terlalu banyak lagi hobi yang boleh diubah menjadikan idea perniagaan- anda berpengalaman dalam bidang seni memepertahankan diri, silat? Sudah tentu ramai peminat seni mempertahankan diri di seluruh dunia ingin mempelajari silat. Anda suka memasak? Mengapa tidak jual resepi masakan Melayu kepada mereka di negara barat? Resepi masakan melayu sememangnya amat sukar untuk didapati di negara-negara luar, tetapi, Internet
membolehkan ini dilakukan… hanya kepada mereka yang bijak dan cepat mengambil tindakan!

Berminat dalam bidang kewangan? Anda boleh menjual buku-buku kewangan sedia ada di Internet. hanya perlu hubungio penerbit, dan beli buku-buku tersebut pada harga diskaun untuk dijual semula. Amat passionate dengan topik keagamaan, anda juga boleh pergi ke
pemborong, dan membeli ukiran-ukiran Al-Quran dan menjualnya semula di Internet ke pasaran global. Atau anda seorang agen jualan langsung yang mempunyai banyak stok dalam simpanan? Mengapa tidak menjualnya di Internet?

Tidak kira apa sahaja hobi, minat, pengalaman, pengetahuan, pekerjaan anda kini dan sebelum ini, ada caranya untuk anda ubahkannya menjadi perniagaan di Internet dan mendapat pendapatan sampingan untuk menampung waktu keadaan ekonomi yang meruncing.

Part 1 : Teknik Hebat Untuk Mendapatkan Sesuatu

Kita sebagai manusia tidak lari dengan mengejarkan kehendak dan keinginan kita sendiri. Ramai yang kecewa kerana kehendaknya tidak tercapai. Kehendak ini perlulah bersifat positif, kerana sifat positif itu adalah lebih mudah perjalanannya dari negatif, walaupun untuk melakukan perkara negatif itu mudah dari melakukan positif.

 

Di sini saya bawakan beberapa langkah untuk kita mencapai sesuatu dengan niat baik. Ia datang secara cepat mahupun lambat, hendaklah kita bersabar di dalam perjalanan kehidupan ini.

 

 

1.    Mesti yakin apa yang anda minta dengan berkata “mesti dapat”.

 

2.    Kalau ada negatif, neutralkan dengan kata-kata seperti “aku mesti dapat, aku boleh dapat”. Tidak boleh ada perkataan “akan, jika, tetapi, kalau dan seumpamanya”. Kata-kata ini boleh memadamkan impian anda.

 

3.    Bayangkan sebelum tidur. Lagi lama anda bayangkan adalah lebih bagus. Masa inilah paling berkesan. Ucapkan aku boleh dapat sebanyak yang mungkin sampai terlena.

 

4.    Bayangan mesti seolah-olah ia benar-benar berlaku.

 

 

5.    Bayangan perlu di sertakan dengan emosi.

 

6.    Sibukkan diri dengan kata-kata yang ringkas tapi bermakna, contoh wealth dan success. Dua perkataan ini boleh memberikan kesan yang hebat di dalam hidup anda.

 

7.    Jadikan ia satu tabiat dalam kehidupan seharian anda.

 

8.    Benda yang anda hendak, akan berlaku bila apa yang anda inginkan sebati dengan bayangan anda.

 

9.    Buang sikap cemburu atau kritik orang lain. Contoh, kalau nak kaya, bila tengok orang banyak duit, katakan “semoga orang tu lagi bertambah kaya” sekali doa anda pada seseorang, 10 kali doa itu berbalik pada anda.

 

10.  Bila berbelanjakan sesuatu, ucapkan “aku keluarkan duit ini dengan perasaan gembira dan yakin duit yang datang pada aku akan berlipat kali ganda jadinya, dengan cara yang mengagumkan”

 

Di harap teknik-teknik di atas dapat di praktikkan dengan tujuan baik dan di harap juga ia berkesan untuk kehidupan anda. Satu dan kawan-kawan  telah mencubanya sendiri, ia betul-betul menjadi. Anda bila lagi ingin mencubanya! Jika ia berkesan, sila tinggalkan komen di ruangan ini.

 

PS : 15 November 2008 23:59 P.M. adalah tarikh terakhir tawaran hebat saya untuk produk NiagaKit.com dan RahsiaUSD50sehari.com . Jika anda terlewat walaupun seminit,  saya tidak boleh mengubahnya.

SistemKedaiOnline.com dan NiagaKit.com

Pada 5 November yang lepas Team FlareBiz telah melancarkan sistem kedai online, akan tetapi sambutan yang di berikan adalah terlalu lambat “panas”. Mungkin kerana di sebabkan oleh harga yang mahal sehingga RM 500.00 . Tetapi anda juga mungkin silap, pembinaan kedai online sebenarnya boleh mencecah RM 2000.00, malahan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Kiranya ini adalah masih di tahap yang paling murah.

 

Di sini saya ingin membuat review sedikit tentang Sistem Kedai Online milik Sabri dari Team SaifulSham dan Niaga Kit dari Team FlareBiz.

 

Ebook Sistem Kedai Online milik Sabri adalah berharga RM 69.00. Walaupun ia adalah harga yang murah bukanlah kita boleh mengaggapkan ia tidak berkualiti. Sabri sendiri sudah lama menjalankan seminar perniagaan Internetnya iaitu Rahsia Buat Duit Dengan Internet dan telah menaikkan nama usahawan internet seperti Smartzul, Bitol, Irwan Dahnil, Wan Mohd Syazwan, Zhafran (Team FlareBiz) dan lain-lain lagi. Penghasilan ebook Sitem Kedai Online ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebagai usahawan internet. Jika anda memiliki ebook ini ia menunjukkan cara selangkah demi selangkah cara pelaksanaannya dengan gambarajah sekali. Cara ni memerlukan anda penuh kesabaran terutama bagi mereka yang tidak mahir di dalam pembinaan web dan pemilihan domain, peletakkan gambar dan seumpamanya. Ini kerana ia memerlukan kreativiti anda terhadap kedai online anda. Setelah siap sepenuhnya hasil dari titik peluh anda sendiri, pasti anda merasakan satu kepuasan yang terhasil dari hati kerana di buat oleh tangan sendiri dan di bantu oleh Sabri sendiri sekiranya anda ada persoalan tentang kedai online ini.

  

Kedai Online

Manakala Niaga Kit milik Team FlareBiz adalah berharga RM 500.00. Team FlareBiz juga telah mencapai pelbagai kejayaan. Antara yang paling berjaya adalah Rahsia 10k dan Majalah IM. Bila sebut sahaja harga, anda pasti tertelan air liur kerana harga ini seumpama gaji sebulan. Jika anda mempunyai produk dan ingin di niagakan di internet, niaga kit adalah sistem kedai yang bagus untuk anda. Ini kerana harga itu termasuk dengan pemilihan domain yang sesuai, penggunaan SEO yang betul, penyusunan produk dengan betul, anda turut dapat menyertai forum demi meluahkan permasalahan ataupun ingin berkongsi sesuai kepada ahli forum tersebut dan penghasilan kerja mereka tidak perlu di pertikaikan lagi. Setelah siap sepenuhnya, anda juga akan merasakan kepuasannya kerana ia nampak professional walaupun anda buta IT. Berbaloi apa yang anda laburkan.

 

Sabri SaifulSham dan Team FlareBiz adalah nama yang tidak asing lagi di dalam dunia perniagaan internet. Penghasilan produk mereka adalah berdasarkan kualiti untuk pelanggannya, bukannya kuantiti produk tersebut dapat di jual. Kehebatan mereka ini memang boleh di lihat sendiri melalui penulisan pada blog mereka.

 

Jika anda hanya mampu untuk mengeluarkan sedikit modal untuk sistem kedai online saya syorkan anda membeli ebook sitem kedai online di SistemKedaiOnline.com dan sekiranya anda berkemampuan untuk melaburkan modal tanpa had saya syorkan anda membeli sistem kedai online di NiagaKit.com .

 

PS : Tawaran hebat, saya ingin memberikan anda bonus istimewa sekiranya anda membeli melalui link saya. Ia akan tamat pada 15 November 2008 ini. Sekiranya anda ingin mengetahui apakah bonus hebat itu, bolehlah email kepada saya di nabieelsr@gmail.com . Tawaran hebat dan dapat menjimatkan anda.