Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Compound Interest – Senjata Jutawan – Dr. Irfan Khairi

Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil
kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan
ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung di dalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya
dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa kompoun interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan
minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds).

Pasangan tersebut sebenarnya adalah di dalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagaimana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM 2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur
38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk kompoun interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek kompun interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Salam cemerlang!

ps: Untuk melipat kali gandakan pendapatan melalui compound interest, tambahkan hasil pendapatan anda, mungkin dari memulakan perniagaan secara sambilan dan gabungkannya dengan pendapatan melalui compound Interest ini.

Bisnes Cinta Merudum

Krisis kewangan global sudah mula menjejaskan ‘bisnes cinta’ di Singapura dengan sejumlah agensi mencari jodoh mengeluh kerana kekurangan pelanggan.

Beberapa agensi mencari jodoh menyatakan golongan lelaki kini berfikir panjang sebelum membelanjakan ribuan dolar untuk mencari bakal isteri.

“Hampir 10 peratus pelanggan saya berkata ‘ekonomi lembap, saya tidak mempunyai wang’,” kata pengusaha Vietnam Brides International Matchmaker, Mark Lin.

Tiga hingga empat pelanggannya membatalkan perkahwinan pada setiap bulan.

Semua ketidaktentuan ekonomi dunia bermula di Amerika Syarikat (AS) hingga ke Iceland mengakibatkan bukan sahaja pasaran kewangan tetapi sektor lain termasuk harga rumah jatuh dan kebimbangan kehilangan pekerjaan sehingga memaksa pengguna mula berjimat cermat.

“Perniagaan terjejas teruk akibat keadaan semasa. Pada masa lalu, saya akan memperoleh sehingga 20 panggilan sehari tetapi kini untuk mendapatkan satu panggilan pun sukar,” kata seorang pekerja di agensi Truelove International Matchmaker, Hannah.

Pasangan di Singapura akan menghabiskan beribu-ribu dolar ketika mereka berkahwin dengan mengadakan majlis makan mewah untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.

Mark mengenakan yuran S$8,000 (RM19,120) bagi lelaki yang mencari pasangan di agensinya namun jika pelanggannya tidak menemui gadis idaman mereka boleh membuat bayaran tambahan S$2,000 (RM4,780) pergi ke Ho Chi Minh City, Vietnam untuk memilih antara 50 hingga 100 perempuan.

“Pelanggan saya selalunya berumur lebih 35 tahun. Mereka kecewa dengan wanita tempatan yang dianggap memiliki cita rasa tinggi,” kata Mark.

Penjagaan Bateri Laptop

Ramai di kalangan kita sudah mula mempunyai laptop sendiri untuk kegunaan peribadi. Pelbagai jenama laptop boleh di dapati di pasaran dan harganya pun berbeza di antara satu sama lain. Sering kali kita melihat mereka-mereka membeli laptop yang begitu mahal sehingga mencecah RM3k, akan tetapi mereka tidak tahu menjaga laptopnya agar ia boleh tahan lebih lama dari jangka hayat yang sebenarnya.

Ketahuilah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop anda sekali gus dapat menggunakannya dengan lebih lama. Berikut adalah langkah-langkah penjagaannya :-

1. Sekiranya komputer tidak digunakan untuk satu tempoh yang agak panjang, letakkannya pada mod bersedia atau standby. Mod bersedia akan memastikan data semasa disimpan di dalam RAM dengan pengunaan kuasa yang minimum.

2. Menambahkan ingatan sementara atau RAM komputer anda akan menjimatkan kuasa bateri kerana ia akan mengurangkan pergantungan sistem operasi pada virtual memory swap pada cakera keras anda.

3. Tetapkan kecerahan skrin LCD anda serendah yang mungkin tetapi selesa pada mata anda. Semakin cerah paparan skrin, semakin banyak kuasa bateri yang digunakan.

4. Elakkan daripada mengecas bateri dan pada masa yang sama mengoperasikan komputer menggunakan adapter AC anda. Seboleh-bolehnya, cas ketika komputer tidak digunakan. Ini membolehkan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan sempurna tanpa gangguan.

5. Sekali-sekala bersihkan sambungan bateri (berwarna keemasan) bagi memastikan ia bebas daripada habuk. Anda boleh menggunakan sedikit alkohol dan lapkan dengan kain bagi mencuci bateri.

6. Nyahaktifkan fungsi atau ciri yang tidak digunakan pada komputer riba anda. Sebagai contoh, keluarkan disk optikal (CD/DVD) dari pemacunya apabila tidak digunakan. Pemacu CD/DVD akan cuba membaca media di dalamnya dan ini menggunakan kuasa bateri yang lebih.

7. Cabut kabel perkakasan tambahan seperti pencetak, pengimbas atau gajet digital lain daripada komputer anda kerana ia akan memakan bekalan kuasa walaupun ketika tidak digunakan.

8. Hentikan carian automatik wifi dan bluetooth anda apabila tidak diperlukan. Sekiranya anda tidak menggunakannya langsung, matikan semua fungsi ini dan sekali gus anda dapat membuat penjimatan kuasa yang lebih.

Internet Bantu Tajam Fikiran

Amalan melayari internet mungkin membantu dewasa pertengahan umur dan golongan lebih berusia mengekalkan ketajaman pemikiran mereka, kata penyelidik Amerika Syarikat kelmarin.

Penyelidik di Universiti California Los Angeles mengkaji mereka yang melakukan penyelidikan web sambil aktiviti otak mereka direkodkan dengan pengimbas imejan.

“Mereka yang berpengalaman dalam internet menggunakan lebih banyak aktiviti otak ketika melakukan penyelidikan,” kata Dr Gary Small, pakar penuaan di UCLA, dalam temu bual telefon.

“Ia mencadangkan hanya dengan melakukan pencarian dalam internet mungkin melatih otak lebih aktif dan sihat,” kata Small dalam penyelidikannya diterbitkan Jurnal Psikiatri Geriatrik Amerika.

Kebanyakan penyelidikan mendapati mencabar aktiviti mental seperti teka silang kata boleh membantu memulihara fungsi otak, namun agak sedikit yang melihat peranan internet.

_____________________
Petikan dari Berita Harian

Biar Kecil Asalkan Berhasil! – Dr. Irfan Khairi

Terlalu banyak perniagaan saya lihat “membesar” dengan cepat dan kemudiannya, habis rebah… kalau tak rebah pun, “surviving”.

Take note, saya guankan perkataan “membesar” bukan maksudnya “mengembang”. Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar… ofis mahal. Belum jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus dapatkan ramai pekerja… untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi :)

Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar- pejabat, kereta, pekerja (ramai… bukan besar. kalau pekerja besar, lain cerita :) . Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim, semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran “surviving”. Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan. Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost… nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan, bagaimana pula?

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya
bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

Bak kata mentor saya jutawan senyap, Chef Li: Biar kecil, asalkan berhasil!

ps: Dapatkan strategi 8 mentor jutawan di http://www.irfankhairi.com/mentor

SEO Wordpress – Beginner

Jika anda baru sahaja siap membina blog wordpress, kemungkinan anda menghadapi masalah membuat SEO untuk blog baru anda. SEO amat penting untuk mendapat trafik organik yang datangnya daripada enjin carian. SEO untuk blog wordpress mungkin sedikit membingungkan berbanding SEO laman web biasa.

Saudara Bearnerd telah membuat sedikit kajian melalui artikel-artikel di internet dan ada beberapa teknik seo blog wordpress yang dapat menaikkan kedudukan blog anda di enjin carian. Berikut adalah perkara yang perlu anda optimisasikan di blog wordpress anda.

1. Blog Title dan TagLine
2. Update Services
3. Title Tag bagi theme wordpress anda
4. Meta Tag
5. Permalink
6. Optimisasi Keyword bagi post anda
7. Google Sitemap
8. Social Bookmarking

Lapan perkara di atas perlu diambil perhatian semasa melakukan seo blog wordpress anda. Bagaimana cara mengoptimisasikannya? Mudah sahaja, download ebook percuma ini dan ikut langkah-langkah yang telah di tuliskan untuk proses seo blog wordpress anda.

Tunggu apa lagi kepada mereka yang masih baru lagi dengan SEO, download sahaja, tidak memerlukan bayaran.


DOWNLOAD

P.S. Anda inginkan duit bermula dari USD 1.00 secara percuma klik di sini Make-Your-First-$1.00-NOW! . Ramai yang telah mendapat lebih dari USD 100.00 hanya menyertai program ini, anda bila lagi!