Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Salam Aidilfitri



::Kad Ucapan Raya Percuma

Pertama sekali saya selaku pihak pengurusan Nabieel.com ingin mengucapkan Selamat Aidlfitri Maaf jika ada terkasar bahasa kepada pelawat-pelawat, guru-guru , rakan-rakan IM, rakan-rakan Majalah IM, rakan-rakan di hotel sekitar Langkawi, rakan-rakan blog, rakan-rakan forum dan kepada sesiapa baik kenal mahupun tidak. Pesanan saya, berhati-hati ketika balik ke kampung dan jangan terlalu “enjoy” sehinggakan terlupa tanggungjawab yang patut di lakukan selepas ini. :D

Pemikiran Orang Berjaya #1

Orang-orang yang berjaya mempunyai pemikiran yang berbeza. Tetapi tidak di nafikan ada kalanya pemikiran mereka nampak seperti tidak masuk akal, akan tetapi mereka yang berjaya telah membuktikan kepada masyarakat bahawa pemikiran mereka yang di anggap karut itu telah membuahkan hasil yang berlipat kali ganda berbanding si pengkritik itu, yang hanya tahu memberi alasan tetapi tidak mendapat apa, walaupun habuk.

Pemikiran orang berjaya ada banyak caranya. Saya hanya ingin menyentuh 3 cara dahulu, bagaimana pemikiran orang berjaya boleh mewujudkan perniagaan dengan menggunakan apa yang di fikirkan. Cara ini saya rasa ramai yang sudah tahu, tetapi mungkin kita tidak nampak atau tidak mengambil berat atau sebaliknya.

Minat

Untuk melakukan sesuatu perniagaan perlulah mempunyai minat. Jika ada kemahiran dan pengalaman sahaja tidak mencukupi. Ini kerana minat adalah satu perkara yang boleh melonjakkan motivasi seseorang untuk melakukan dengan lebih baik lagi dari mereka yang ada kemahiran dan pengalaman.

Bagaimana pula jika saya tiada minat di dalam bidang perniagaan, tetapi perasaan ingin menceburi itu ada? Anda boleh menceburinya, dengan syarat bermula dengan perlahan-perlahan dahulu. Mungkin anda boleh membeli buku-buku mengenai perniagaan dahulu, kemudian bercampur dengan orang-orang yang telah melakukan perniagaan dengan jayanya. Dari situ anda boleh memumuk sifat minat terhadap perniagaan sedikit demi sedikit sebelum pergi lebih jauh lagi.

Percaya

Saya ingin pecahkan percaya ini kepada 2 bahagian :-

1) Percaya terhadap apa yang anda lakukan

Ramai di antara mereka yang ingin memulakan perniagaan pasti akan meminta pendapat dari orang sekeliling dahulu sebelum memulakannya. Akan tetapi kebanyakkan jawapan yang di sekeliling menjawab “kau tak boleh buat punya”, “siapa nak beli barang kau tu?”, “banyak sangat perniagaan macam kau ni, kau kena bersaing” dan macam-macam lagi. Jawapan ini semua adalah untuk melemahkan semangat anda. Apa yang saya boleh katakan di sini kepada anda adalah, anda ambil pendapat orang di sekeliling untuk memperbaiki kelemahan dan sekiranya anda percaya diri sendiri bahawa perniagaan anda itu akan berjaya, sila maju ke hadapan, tidak perlu mendengar kata-kata sekeliling yang tidak bermotivasi itu.

2) Percaya terhadap rakan niaga

Kepercayaan terhadap pemilihan rakan niaga juga adalah penting. Bukan senang untuk mencari orang yang betul-betul jujur di dalam pelaksanaan sesuatu kerja. Orang yang di sekeliling anda adalah kebanyakkannya terdiri dari sifat “aku” bukannya “kita”. Aku membawa maksud pentingkan diri sendiri dan kita membawa maksud bekerjasama antara satu sama lain. Pilihlah rakan niaga yang bersifat “kita” agar mudah berurusan baik ketika senang mahupun susah.

Nak atau Tak Nak

Orang berjaya suka menggunakan perkataan “nak atau tak nak”. Sebabnya mereka boleh membuat keputusan secara terus tanpa melambat-lambatkan masa dia untuk mengejar sesuatu matlamat. Jika nak, mereka tidak akan toleh ke belakang lagi untuk mencapai kejayaan. Jika tak nak, mereka akan terus tinggalkan tanpa banyak sebab. Orang berjaya susah hendak berkatakan “nanti dulu” apabila hendak melakukan sesuatu perkara.

P.S : Nantikan siri pemikiran orang berjaya pada artikel-artikel berikutnya :)

Panduan Dan Teknik Rahsia eBay

Anda sudah semestinya tahu apakah itu eBay. eBay adalah sebuah web jualan yang terbaik di dunia dan di web ini pelbagai barangan di jual, sehinggakan beberapa bulan lepas seorang mat salleh menjual dirinya di eBay. Ho3…anda tidak perlu hendak menjual diri di eBay pula, kerana saudara Khairul Azlan atau lebih di kenali sebagai Sifu Lan membongkar kepada anda ebook terbarunya yang bertajuk Panduan Dan Teknik Rahsia eBay.

E-book ini membongkar rahsia dropshipper yang membolehkan anda menjual beratus-ratus produk rekaan anda sendiri di pusat jualan online terbesar di dunia iaitu eBay. Panduan yang lengkap dengan teknik-teknik membuka akaun yang lengkap termasuk PayPal dan dropshipper yang hebat membolehkan anda menjadikan ebook ini sebagai kamus perniagaan internet anda. Panduan yang diberikan sesuai untuk semua golongan pengguna internet dari pengguna baru sehingga yang pakar. Setelah anda membaca ebook ini, sudah pasti anda sendiri akan merahsiakan kandungannya kerana kaedah yang digunakan amat sensitif dan ia mendedahkan rahsia ramai peniaga eBay yang lain di Internet. Anda juga tidak perlu mengeluarkan modal untuk mengumpulkan stok.

Berikut adalah beberapa isi kandungan yang terdapat di dalam ebook tersebut :-

- Membuat research produk hangat
- Mereka bentuk produk di dropshiper yang terpilih
- Menyenaraikan produk di eBay
- Memantau perkembangan jualan
- Melihat tutorial penghantaran produk dari dropshiper yang di pilih

…dan pelbagai lagi, termasuk bonus-bonus dan tips-tips berguna dari pengalaman Sifu Lan sendiri.

Untuk membeli ebook Panduan & Teknik Rahsia eBay anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM30 dengan mendapatkan kod promosi. Jika tidak anda di kehendaki membeli dengan harga biasa iaitu RM80. Kod tersebut boleh di dapati di dalam 3 ebook percuma seperti di bawah. Ketika membeli ebook Panduan & Teknik Rahsia eBay anda dikehendaki memasukkan nombor tersebut sebelum anda boleh mendapatkan harga promosi.

- Panduan Asas Ebay
- Panduan Asaspaypal
- Panduanmendapatkan VCC (Virtual Credit Card)

Yang Pergi, Tetap Akan Pergi…

Setiap yang hidup di muka bumi ini pasti akan meninggal dunia, bilakah masanya ia tidak pasti. Begitulah kitaran hidup seorang manusia yang pergi akan pergi buat selamanya dan yang baru akan muncul di muka bumi ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam takziah kepada kawan karib saya yang kehilangan ayah tersayang iaitu Allahyarham Mohd Yusoff , yang meniggal dunia pada tengahari semalam. Semperna di bulan ramadhan ini marilah kita sedekahkan alfatiha kepada Allahyarham dan juga kepada saudara-saudara atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia, serta berdoa agar mereka di tempatkan bersama mereka-mereka yang beriman, Amin…

Buat Duit Dengan Google AdSense

Google AdSense adalah merupakan satu program untuk anda menjana pendapatan sampingan di internet. Tahukah anda, jika anda tidak tahu akan caranya, sampai bila-bila pun tidak akan perolehi pendapatan dari Google AdSense kerana cara yang di gunakan tidak betul.


Muat Turun Report Percuma Disini

Saudara Busiai Seman aka Inspiration , ada meyediakan satu report “PERCUMA” kepada anda bertajuk Buat Duit Dengan Google AdSense. Ia menceritakan bagaimana menjana duit dari $0.01 sehinggalah $35.00 sehari, bagaimana akaun anda yang telah dibanned oleh pihak Google AdSense bukan kerana anda klik sendiri boleh dan mengikuti program ini lagi,cara mengatasinya dan pelbagai lagi. Ikutilah pengalaman beliau di dalam Google AdSense selama hampir setahun setengah dan suka duka beliau di dalam report ini. Di harap perkongsian beliau dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan dari internet.

Kami Tak Hot, Kami Cool…

Ya, kami tak hot, kami cool je…kalau tak percaya baca dialog ni :-

Kau nak cepat tapi tak berkualiti atau tak berapa lambat tetapi berkualiti?“.

Ha3…inilah hasil daripada kerjasama krew majalah IM Malaysia yang telah mengeluarkan edisi yang ke-7 untuk bulan ini. Majalah IM ini adalah suatu majalah perniagaan internet yang paling top pada masa kini. Mengapa saya katakan begitu, pertama kerana isi kandungannya mempunyai kualiti dan yang kedua ia “PERCUMA”. Jadi tak ke “Kami cool, Majalah IM hot”.

Pada kali ini tajuk utama Majalah IM adalah cabaran dan rintangan perniagaan produk fizikal di internet. Mari kita tengok isi kandungannya : -

Cabaran Dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal Di Internet
- Adly @ Labanon
- Zamri Nanyan
- Noorizam Shah

Jenis-jenis Direktori – Alang

Mindset Yang Betul Untuk Menarik Kekayaan – Amar Mahmood

Membiayai Impian Dengan Duit Gaji – Shamsuddin Kadir

Hijrah Kejayaan – Smartzul

Yes!, Internet Marketers Can Travel… Kak G

…dan banyak lagi!

Tetapi kali ini di majalah IM ada menawarkan sesuatu istimewa kepada anda nak tahu apa jom layari majalahim.com

SCAM Mengganas Lagi…

Tolong…SCAM Mengganas lagi? Ho3…sungguh menakutkan. Sebelum ini negara Malaysia di gemparkan SMS SCAM yang mengatakan anda memenangi beribu-ribu ringgit dari syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Yang menghairankan adalah, sms tersebut datang dari nombor negara jiran kita :D Apa syarikat-syarikat besar yang menawarkan hadiah ini, menggunakan orang tengah untuk diberikan kepada kita? Ini adalah satu penipuan yang amat jelas sekali.

Dengan pendekatan ini, saudara Irwan Dahnil dan Salleh Isa bermurah hati memberikan satu ebook SMS SCAM secara percuma kepada umum. Ebook ini membongkar satu jenayah penipuan sms yang semakin berleluasa di negara ini. Dan yang terbaru saya dapat ketahui adalah, mereka menyebarkan satu risalah di masjid, di mana tempat orang hendak beribadah. Macam mana jenayah ini boleh tersebar sehingga ke masjid? Adakah jenayah ini dilakukan oleh orang Islam sendiri? Tepuk dada tanyalah diri anda sendiri. Mari kita download ebook percuma ini, demi memberi kesedaran di atas jenayah penipuan SCAM ini.


Klik banner di atas untuk muat turun

Pilih Yang Dekat atau Jauh…

Apakah yang di maksudkan dekat dan apakah yang di maksudkan jauh. Anda terfikir artikel ini berkisahkan balik kampung yang mana dekat dan yang mana jauh. Ho3… tidak sama sekali. Artikel ini tidak menyentuh langsung tentang balik kampung pada raya yang bakal menjelang ini :D

Apa yang ingin saya katakan adalah pemilihan tempat belajar dan tempat kerja dekat atau jauh dengan bapa dan ibu. Ada yang inginkan belajar jauh dari famili dan apabila bekerja nanti ingin dekat dengan famili. Tidak kurangnya ada yang memilih di sebaliknya.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda untuk topik ini. Ramai di kalangan saudara saya yang tinggal di Johor, menghantar anak-anak mereka belajar di utara iaitu di negeri Perlis Indera Kayangan. Tidak salah mereka menghantar anak-anak mereka belajar di tempat yang boleh di katakan sekolah paling bagus di Perlis.

Akan tetapi kita perlulah mengkaji atas kemampuan kewangan atau lebih tepat lagi ekonomi rumah tangga mencukupi ataupun cukup-cukup makan. Jika anak yang di hantar ke sana dan mencapai keputusan yang cemerlang ia adalah sesuatu yang berbaloi, tetapi bagaimana pula meraka yang mencapai keputasan baik dan kurang cemerlang. Bukankah ia merupakan satu pembaziran. Perbelanjaan sudah memakan beribu-ribu ringgit tetapi hasil tidak setimpal yang di harapkan.

Biarlah kita belajar berdekatan dengan keluarga dan bekerja berjauhan. Sebabnya bekerja berjauhan adalah merupakan tanggungan anak itu sendiri kerana ia telah mendapat pendapatan untuk menyara kos hidup sendiri.

Untuk itu saya ingin memberi tips kepada mereka yang bercita-cita ingin belajar berjauhan dengan keluarga :-

1.Semasa pergi mendaftar ataupun pulang balik ke asrama, seelok-eloknya anda menaikilah bas bagi mengurangkan kos perjalanan pergi dan pulang. Jika famili ingin menghantar juga, tidak perlulah rombongan sehingga 3 buah kereta, semata-mata ingin menghantar seorang anak melainkan jika ada urusan lain pada tarikh dan tempat yang sama.

2.Bawalah barang yang perlu sahaja untuk ke asrama.

3.Pada zaman saya, telefon bimbit tidak dibenarkan bawa ke sekolah, sekarang tidak tahulah bagaimana peraturannya. Sekiranya telefon bimbit dibenarkan, cukuplah sekadar “top up” RM10 sebulan sahaja.

4.Bagi bapa dan ibu, anda tidak perlulah manjakan anak dan terlalu khuatir tentang anak sangat. Cikgu di sekolah sudah di ajar untuk mendidik anak muridnya. Apa yang perlu bapa dan ibu memberi kata-kata motivasi kepada anak untuk terus belajar dengan lebih tekun lagi.

5.Kos belajar berjauhan dengan famili ingin sudah tentunya banyak menggunakan duit. Oleh itu pelajar tersebut diharap dapat berjimat cermat dalam kehidupannya.

Akhir kata dari saya “Biar belajar berdekatan, asalkan tidak membebankan, biar kerja berjauhan, kampung di sana kerap di kabarkan” :D