Nak Belajar Buat Website Sambil Jana Duit Hubungi Saya admin@nabieel.ws
Powered by MaxBlogPress  
Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital

Kursus Memborong di China

Sering kali kita mendengar Kursus Internet, Kursus Motivasi dan sebagainya. Pernahkah anda mendengar Kursus Memborong di China? Mungkin ada yang pernah dan ada yang tidak. Kursus ini adalah di bawah kelolaan Shahabudeen Jalil. Kursus ini boleh dikatakan sebagai satu kursus yang unik dan lain dari pada yang lain. Kursus ini di jalankan di Kuala Lumpur dan anda boleh berhubung dengannya jika ingin membuat kursus secara tertutup untuk kumpulan anda. Yurannya adalah berpatutan iaitu RM 400.00 (Deposit RM 100.00). Nampaknya kursus ini ada deposit. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah bertanya kepada tuan empunya di talian 017-2517515 @ kursusborongchina@gmail.com


Pernahkah anda terfikir, bagaimana peniaga lain boleh menjual barangan yang sama seperti yang anda jual tetapi dengan harga yang lebih murah dan masih dapat membuat keuntungan yang tinggi? Sudah tentu terdapat pembekal lain yang lebih murah di tempat lain?

Sebelum anda menyertai kursus ini adalah lebih baik kita melihat apakah topik-topik yang akan di ajarkan nanti semasa kursus :-

BAB 1 : Pengenalan Negara China
BAB 2 : Urusan Paspot dan Visa
BAB 3 : Tiket Penerbangan
BAB 4 : Pada Hari Bertolak dan Tiba di China
BAB 5 : Penginapan (Harga Patut, Selamat dan sesuai)
BAB 6 : Restoran, Makanan dan Minuman (Fokus kepada Orang Islam)
BAB 7 : Pengangkutan Tempatan (Masalah, Tips dan cara mengatasi ditipu)
BAB 8 : Persediaan Tambahan (Buka Akaun di China, Kenapa tak boleh bawa cash banyak)
BAB 9 : Kenal Pasti Duit Palsu – Antara masalah Utama yang perlu diketahui, bagaimana boleh diatasi.
BAB 10 : Membeli-belah dan Memborong (Plaza Memborong yang patut dikunjungi)
BAB 11 : Contoh Produk-produk – Produk Terkini yang berpontensi di Pasaran Malaysia
BAB 12 : Pengangkutan Barang ke Malaysia (Urusan Logistik selepas memborong)
BAB 13 : Penghantaran Duit dari Malaysia ke Pembekal
BAB 14 : Pameran Perniagaan
BAB 15 : Memperolehi idea untuk Mencari Pembekal dan produk terkini Melalui Website B2B
BAB 16 : Tempat-tempat Bersejarah Islam

Anda juga boleh melayari laman webnya di http://kursusborongchina.com

Mentor Jutawan 2008 (baru)- klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.

Bisnes Domain

Betulkah bines domain ini boleh memberi pendapatan pendapatan sampingan kepada kita? Jawapannya adalah ya, ia merupakan suatu bisnes yang amat menguntungkan pada masa sekarang.

Apa itu domain? Saya rasa sudah ramai yang tahu dan ada yang masih tidak tahu apakah domain. Domain ia adalah sama seperti nombor telefon, yang mempunyai deretan nombor yang panjang dikenali sebagai alamat IP. Akan tetapi nombor ini ditukarkan kepada bentuk perkataan agar seseorang yang hendak melawati sesebuah laman web tidak perlu mengingati nombor yang panjang berjela itu.

Tahukah anda :-

Domain kini juga dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang amat menguntungkan menandingi pelaburan hartanah yang telah wujud sejak sekian lama.

Anda jangan terkejut, ada di antara domain yang di jual dengan jutaan ringgit. Salah satu domain yang dapat mencapai jualan jutaan ringgit adalah Business.com, ini kerana zaman sekarang adalah zaman IT dan bisnes, begitu ramai mencari maklumat bisnes di internet dengan hanya menaip perkataan “Business” pada enjin carian.

Secara umumnya, terdapat 2 kaedah untuk mendapatakan domain :-

1) Pembelian baru iaitu seseorang yang belum memiliki domain yang di ingini. Apa yang perlu, anda pergi ke pusat jualan domain seperti SempoiHosting.com, cari domain yang anda inginkan, sekiranya ada lagi kekosongan bolehlah beli terus dengan harga yang berpatutan RM35.00. Cara ini kita tidak perlu berunding dengan sesiapa.

2)Membeli terus domain kepada tuan empunya domain. Cara ini dinamakan “Domain Aftermarket”. Ia seperti kita membeli sesuatu barang “Secondhand” akan tetapi cara ini boleh mencapai jutaan ringgit atas sebab kepopularan sesuatu carian dari pelawat dan perlu berunding dahulu dengan tuan empunya dengan pembeli tentang harganya.

Secara logiknya carian yang banyak merupakan domain yang boleh di golongkan sebagai domain yang berharga dan mahal. Akan tetapi, domain yang berharga dan mahal itu bukanlah jaminan untuk sesuatu bisnes online itu mencapai keuntungan yang banyak. Ada banyak faktor lagi perlu di fikirkan untuk meningkatkan hasil jualan di internet.

Jika dilihat pada zaman sekarang, IT adalah merupakan sesuatu bidang yang meningkat dengan cepat sekali. Oleh itu sekiranya anda bercita-cita ingin membuka perniagaan domain bolehlah mencubanya secara kecil-kecilan dahulu dan anda juga boleh bertanyakan kepada mereka yang pernah melakukannya agar anda dapat tips-tips yang berguna untuk bisnes ini.

Kepada mereka yang pernah atau tahu tentang bisnes ini, bolehlah berkongsi pengalaman secara bersama di ruangan ini.

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Rakyat Malaysia Tidak Komited Rancang Kewangan

Adakah anda adalah merupakan salah seorang seperti tajuk diatas? Anda ada membuat simpanan kewangan, pernahkah anda berfikir bahawa simpanan itu cukup atau tidak pada masa hari tua nanti?

Persoalan ini jarang di ambil berat oleh masyarakat kita terutamanya bagi pihak wanita. Bagi mereka kemungkinan anak-anak akan membantu mereka pada masa tua kelak. Jika di lihat memanglah di Malaysia kita mengamalkan begitu. Apakah semua anak-anak akan berbuat demikian? Ada pula yang berfikir di mana ia akan hidup selesa selepas bersara dengan menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Satu kajian telah di buat oleh Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, terhadap 400 responden yang separuhnya daripadanya adalah kaum wanita. Wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas. Ini kerana mereka lebih terdedah dengan isu-isu kewangan di media massa dan media cetak.  

Tahukah anda?

Wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat. Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup.

Berikan komen bernas anda tentang topik ini agar kita boleh membantu sesama sendiri merancangan kewangan pada masa hadapan.

Impak Negatif Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa

Pada hari ini saya ingin berceritakan sesuatu tentang seseorang jika hendak menjadi usahawan sepenuh masa. Sebenarnya saya mendapat tajuk ini adalah datang dari artikel seorang IM Malaysia yang popular. Tetapi artikel di dalam blog ini adalah dari sudut pandangan saya sendiri.

Ramai di antara usahawan internet banyak menceritakan sesuatu yang indah apabila menjadi seorang usahawan internet, menerima pendapatan internet dari pelbagai sumber. Sesuatu yang kurang menarik atau pahit untuk ditempuhi jarang di bincangkan. Oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara impak negatif bila menjadi usahawan sepenuh masa dan jawapan untuk memperbaikinya.

Berikut adalah beberapa perkara yang benar-benar berlaku pada seorang usahawan internet sepenuh masa:-

Sukar Berurusan Dengan Pihak Bank
Memang tidak di nafikan bila melakukan kerja sendiri sudah pasti anda hendak membuat pinjaman dari pihak bank adalah gagal, atas sebab anda tidak mempunyai slip gaji yang boleh meyakin pihak bank tentang pendaptan bulanan anda. Sekiranya anda betul-betul hendak melakukan perniagaan sendiri, apa kata anda mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Daftar atas nama Enterprise adalah lebih kurang RM 70.00. Oleh yang demikian, bukti-bukti sijil perniagaan menampakkan sedikit profesional perniagaan yang di jalankan dan boleh memberi keyakinan kepada pihak bank untuk memberi pinjaman.

Tak Tahu Nak Jelaskan Kepada Saudara
Ada di antara saudara-saudara kita memandang rendah pada kita tentang perniagaan yang kita lakukan. Ada yang sanggup berbangga kerja dengan syarikat gergasi dengan menyatakan gaji yang di perolehi adalah beribu ringgit. Mempersenda-senda usaha yang kita lakukan dan ada yang bertanyakan berapa pendapatan bulanan kita perolehi. Tidak kiralah saudara anda bagaimana sekali pun, sebaik-baiknya anda buatlah kad perniagaan dan risalah perniagaan anda, edarkan kepada mereka. Kemudian barulah menerangkan perniagaan yang sebenarnya.

Berat Badan Naik
Berat badan naik??? sudah pasti ramai yang cukup risau di dalam bab ini. Duduk di rumah sambil menghadap komputer dan makan apa sahaja makanan yang ada di rumah. Sebenarnya, tak semua yang menjadi usahawan internet sepenuh masa akan memberi kesan ke atas kenaikan berat badan. Ada yang sibuk melakukan kerja sehingga melewat-lewatkan makan dan menyebabkan penyakit gastrik melanda diri sendiri. Sibuk macam mana pun kita, biarlah makan mengikut jadual. Duduk di rumah sahaja bukanlah alasan semata-mata untuk makan pada setiap jam. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Disiplin Diri
Melakukan perniagaan sendiri adalah memerlukan motivasi pada diri sendiri. Jika tidak, anda tidak akan dapat mendisiplinkan diri sendiri. Kerja dengan orang, ia ada tempoh-tempoh tertentu untuk menghantar kerja kepada bos. Kerja sendiri, bila senang hati sahaja kita melakukannya sebabnya tiada sesiapa yang mengawasi kita pada ketika itu. Untuk itu anda perlulah banyakkan membaca sesuatu artikel, buku atau majalah tentang motivasi, perniagaan dan pengurusan untuk membina motivasi di dalam diri. Dengan itu anda juga, dapat menstabilkan disiplin dan motivasi di dalam diri pada setiap masa.

Kurang Bersosial
Saya pasti di kampung mahupun bandar, mesti ada menubuhkan sesuatu kelab atau persatuan. Sertailah kelab atau persatuan itu jika anda kelapangan. Biar anda tahu apa yang berlaku pada persekitaran rumah anda. Janganlah menghadap komputer dan hanya mengetahui tentang dunia luar sahaja sehinggakan jiran sebelah rumah tidak di tegur. Islam juga tidak mengajar berbuat begitu kepada jiran. Buatlah 1 jadual agar anda ada ruang untuk bersosial dengan masyarakat lain.

Menimbulkan Syak Wasangka
Jiran-jiran melihat kita sentiasa berada di rumah, di dalam hati mesti berkata “tak kerja ke orang ni, duk umah pun leh pakai kete mewah”. Di dalam Islam juga, menimbulkan syak wasangka adalah tidak baik. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini? Caranya adalah anda letakkan 1 papan tanda yang ada nama syarikat dan perkhidmatan yang di lakukan di depan rumah. Selain itu juga pengedaraan kad perniagaan, risalah perniagaan dan cakap mulut ke mulut tentang perniagaan yang di jalankan adalah cara yang efektif. Oleh itu fikir-fikirkanlah cara terbaik untuk mengelakkan syak wasangka orang terhadap kita.

Di atas adalah beberapa perkongsian tentang impak negatif menjadi usahawan internet sepenuh masa. Jika anda ada pengalaman atau ingin memberi komen tentang apa yang di tuliskan oleh saya, di alu-alukan. ;)

Rahsia Menjadi Pro Affiliate Terbongkar!


Pada kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda sebuah ebook percuma Rahsia Menjadi Pro Affiliate di tulis oleh saudara Din Beramboi dan Kento yang membongkar rahsia kejayaan mereka menjana pendapatan dari penjualan produk orang tanpa mailing list.

Walaupun ebook ini adalah percuma, ia sudah cukup membantu mereka yang masih baru dan tercari-cari bagaimana untuk menjana pendapatan dari program affiliate, anda boleh dapatkan di sini Rahsia Menjadi Pro Affiliate. Di dalam ebook ini ada menceritakan Program Affiliate Individu, Program Affiliate Berpusat, Bagaimana Menjadi Pro Affiliate? , Mengenalpasti permintaan pasaran, Mengenalpasti pesaing dan banyak lagi.

Ebook tersebut ada mengatakan, Program Affiliate Individu dan Program Affiliate Berpusat. Untuk pengetahuan anda Program Affiliate Individu yang popular pada masa sekarang adalah Rahsia 10k dan Mentor Jutawan, manakala Program Affiliate Berpusat yang popular adalah Click Bank. Anda juga boleh dapatkan panduan click bank untuk mengetahui maklumat lebih lanjut bagaimana ia dilakukan. Dapatkan senarai ebook-ebook yang terhangat di pasaran dengan program affiliate ini secepat mungkin. ;)

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan

Dr. Irfan Khairi baru baharu sahaja mengeluarkan ebook transkripsi temubual Irfan Khairi bersama
8 ikon jutawan melalui program Radio 24, Jutawan bersama Irfan Khairi.

Sekiranya anda ada mengikuti rancangan ini melalui radio 24 sebelum ini tentunya banyak yang anda dapat pelajari seperti Strategi, Teknik Kekayaan, Minda Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia ini.

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Memang tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan jutawan ini tahu segala rahsia, tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana berjuta ringgit!

Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda?

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?

• Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
• Azizi Ali, Jurulatih jutawan
• Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
• Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
• Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
• Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
• Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
• Dr. Irfan Khairi, Jutawan Internet

Sekiranya anda tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan ebook transkripsi bolehlah ke laman di bawah.

Mentor Jutawan

Saudara Irfan Khairi juga memberikan bonus yang cukup berharga bagi saya.

1. Kupon diskaun RM70 untuk Workshop Jutawan Internet kelolaan Irfan Khairi.

2. Koleksi 3 ebook kekayaan klasik Think and Grow Rich oleh Napolean Hill (buku best seller yang
disebutkan beberapa kali oleh mentor-mentor jutawan!), The Science of Getting Rich oleh Wallace
Wattles dan As a Man Tinketh oleh James Allen.

Jangan lepaskan keemasan ini .

Mentor Jutawan

Mentor Jutawan 2008 (baru)- klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.

Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

PIKOM PC Fair 2008 (II) Datang Kembali

Bagi mereka yang ingin mencari peralatan komputer, bolehlah mendapatkannya di PIKOM PC FAIR 2008 (II) bermula 1 Ogos 2008 ini. Di pameran ini sudah tentu anda akan mendapat pelbagai jenis komputer dari pelbagai model, terdapat juga komputer second dan yang pasti harga pada pameran ini adalah lebih murah dari jualan biasa. Nantikan kemunculan pameran ini, berhampiran dengan rumah anda. Berikut adalah senarai jadual pameran : -

1 – 3 August 2008
11:00 am – 9:00 pm

KL Convention Centre, Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru

Central Square, Sungai Petani, Kedah
Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani

Dewan Sri Mentakab, Mentakab, Pahang
28400 Mentakab

8 – 10 August 2008
11:00 am – 9:00 pm

Penang International Sports Arena, Penang
Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau

Mahkota Parade Melaka, Melaka
Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir

Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu

Dewan Tun Hj Mustapha, Lahad Datu, Sabah
91100 Lahad Datu

14 – 16 August 2008
11:00 am – 9:00 pm

KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu

Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu

Star Parade, Alor Star, Kedah
Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Star

15 – 17 August 2008
11:00 am – 9:00 pm

Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan

12 – 14 September 2008
11:00 am – 9:00 pm

Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Jalan Stadium Perak, 31400 Ipoh
This event has been postponed to 12 – 14 September

Lakukan Apa Yang Anda Minat

Saya yakin semua orang mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang minatnya lain dari orang lain. Apa pun minat anda, pastikan ia mendatangkan faedah kepada anda. Tahukah anda minat yang terdapat pada diri kita, boleh diubahkan sebagai pendapatan sampingan dan juga dapat memberi kepuasan hidup.

Sebagai contoh saya meminati bidang internet ini sejak  di sekolah menengah lagi, cuma saya tidak tahu apakah yang patut saya lakukan, sehinggalah satu tahap saya mempelajari sedikit demi sedikit dari buku, melalui informasi internet dan juga menghadiri seminar yang berkaitan bidang yang saya minati. Akhirnya saya dapat juga membina blog atas nama sendiri.

Kepuasan saya bukan sahaja di tahap ini, malahan saya sedang merancang sesuatu untuk menjadikan blog ini sebagai perniagaan internet. Walaupun saya sendiri bekerja dengan orang, ia bukanlah penghalang untuk saya melakukan sesuatu yang di minati. Tension dan penat setelah pulang dari kerja, dapat di kurangkan apabila melakukan minat ini kerana minat boleh mempengaruhi minda dan motivasi diri kita yang sebenar.

Mulai sekarang, tanamkan sikap di dalam diri untuk melakukan sesuatu yang kita minat agar diri tidak terlalu tension dan bosan sehinggakan kita dilihat seperti orang yang tidak bermaya. ;)