Informasi Perniagaan Kewangan Kehidupan

Jam atau lebih tepat lagi yang dimaksudkan saya adalah masa. Masa merupakan satu perkara yang amat penting di dalam kehidupan. Pepatah mengatakan “Masa itu emas”. Sejauh manakah masa itu bernilai seperti emas?

Jika kita pada 10 tahun yang lalu, menunggu 1 jam itu merupakan satu detik yang begitu lama dan menyeksakan kita. Tetapi sekarang masa 1 jam itu berlalu dengan begitu cepat sekali. Mengapa ia begitu cepat sekali? kerana itulah salah satu tanda hari kiamat yang telah di janji tuhan kepada hambanya.

Berbalik kepada persoalan di atas, berapa jam anda perlukan sehari untuk melakukan kerja? Mengikut waktu standard, seorang pekerja hendaklah bekerja sehari selama 8 jam. Itu jika anda bekerja makan gaji, bagaimana jika anda bekerja sendirian? 8jam sudah cukup untuk mencapai matlamat seorang yang melakukan perniagaan sendiri?

Mengikut pengiraan orang-orang yang berjaya, mereka bekerja lebih dari 10 jam sehari untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Anda pula bagaimana?

Mungkin anda ada yang hendak dikongsikan cerita orang-orang yang telah berjaya, cara bagaimana menguruskan masa seharian mereka atau anda merupakan seorang yang tergolong di dalam orang-orang berjaya itu. Silakan kongsi pengalaman anda di sini, saya mengalu-alukan perkongsian anda :D

Ini adalah berita baik untuk golongan wanita yang ingin mengetahui rahsia seorang lelaki, dengan hanya melalui tapak tangannya sahaja ho3… Anda risau tentang perhubungan kamu berdua? Tak perlu risau lagi, saya akan memberi sedikit rahsia tapak tangan lelaki kepada anda.

Rahsia tapak tangan lelaki ini adalah di ambil dari sebuah artikel yang memberi ulasan dari buku Read His Hands, Know His Heart dari nukilan Marion Gale.

“Ketahuilah watak seorang lelaki sebelum anda menjalinkan serius dengan menerokai telapak tangan kanannya” kata si penulis.

Earth Hand (Tangan Bumi)

Lelaki ini mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemarinya yang pendek. Ia mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup. Ia juga merupakan seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water Hand (Tangan Air)

Berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini adalah seorang yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan. Ia juga di gelar sebagai ulat buku dan mempunyai keperibadian yang tenang.

Air Hand (Tangan Udara)

Telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Ia mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain. Lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Fire Hand (Tangan Api)

Segi panjang dengan jari-jari tangannya pendek, lelaki ini cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama. Ia mempunyai keperibadian tinggi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah ia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat tentangnya.

Apa yang diberitahu adalah hasil kajian yang telah di buat oleh pakar palmistry (membaca garis tangan) dan juga penulis buku ini. Oleh yang demikian tidaklah semestinya setiap kajian itu benar-benar menepati apa yang di katakan. Ia adalah hasil kajian untuk perkongsian sahaja.

Sudah pasti ramai yang menunggu kedatangan bulan ramadhan. Perkara yang di nanti-nantikan adalah solat tarawih. Di samping kita melakukan solat tarawih, saya ingin berkongsikan secara bersama, kelebihan solat tarawih dari malam pertama ramadhan sehinggalah malam terakhir ramadhan. Anda boleh lihat kelebihan-kelebihannya seperti yang di nyatakan :-

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

P.S. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-51 dan selamat menyambut bulan ramadhan dengan penuh keberkatan. :)

Sejak kebelakangan ini, ada orang yang gemar menyediakan tag berantai bagi tujuan menjawab soalan-soalan yang di ajukan. Tidak terkecuali saya pun terkena juga. Walaupun saya sibuk, tapi saya menyahut cabaran untuk menjawab soalan-soalan yang di ajukan nak tahu apa jawapan yang saya berikan, mari kita lihat…

1. What is the most important thing in your life?
Answer: Keluarga di Skudai, Johor

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Answer: Nasi goring kampong dan Nescafe tarik

3. Where do you wish to get married?
Answer: belum plan lagi

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
Answer: Selagi hidup

5. Are you in love?
Answer: cinta , em..busy dengan kerja tak ada masa cerita bab cinta.

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Answer: Restaurant Aiport Conner, Langkawi

7. Name the latest book that you bought?
Answer: Teknik SEO by Norhafidz

8. What is your full name?
Answer:tengok le kat page penulis blog ni

9. Do you prefer your mother or father
Answer: Mana-mana yang memahami saya dulu, tu saya prefer dulu.

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Answer: Labanon Flarebiz

11. Christina or Britney?
Answer: dua-dua tak minat, baik pilih nabil raja lawak..nama pun dah lebih kurang je..

12. Do you do your own laundry?
Answer: Ya

13. The most exciting place you want to go?
Answer: Kota Mekkah

14. Hugs or kisses?
Answer: mana tiba dulu, tu yang bagus kot..

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
Answer: Hapiz Rajali, kira baru kenal je di arena blogging ni, seorang peguam, part time blogging, seorang selamba menegur orang, nak citer lebih baru kenal..sory..

16. 8 things I am passionate about:
-Financial freedom
- Laptop
-Surf internet
-dapatkan idea baru dalam hidup
-dengar muzik
-motivation and financial books
-Travelling
Cukup kot…

17. 8 things I say too often
- Nak online jap!
- Lantak dia le..
- Nak makan apa ye?
- Jap

Tak tahu nak tai papa lagi..

18. 8 books I’ve read recently
Answer: Banyak baca artikel di blog-blog…

19. 8 songs I could listen to over and over again
Answer: semua layan selagi sedap di dengar

20. 8 things I learned last year
Answer: Tentang kehidupan yang sebenarnya
21. 8 people to tag : Diani , Din Beramboi , Labanon Flarebiz , iEn , Ijamidayu , Luvlee , Amzani Mokhtar , Noorizam Shah

So, siapa yang kena tag ni, nak jawab ke tidak? Ho3…

SEO atau Search Engine Optimization adalah merupakan sesuatu perkara yang amat penting terhadap sebuah web dan blog, mencari perkataan yang sesuai untuk menduduki tangga yang terbaik pada setiap SEO. Oleh kerana saya masih baru dan masih belajar lagi di dalam SEO ini, saya telah melayari sebuah blog dan menjumpai 41 link untuk SEO. Oleh itu saya juga ingin berkongsi kepada anda link-link tersebut. Di harap link-link ini berguna kepada anda di dalam pencarian SEO yang di kehendaki. Selamat mencuba

1- Check for No Follow
http://www.tradeweblinks.com/free-seo-tools/no-follow.php

2- Keyword Forecasting Tool by MSN Adsence
http://adlab.msn.com/ForecastV2/KeywordTrendsWeb.aspx

3- Google “Supplemental Results” Identifier
http://www.seovalley.com/seo-tools/google-supplemental-tool.htm.

4- Page Strength
http://www.seomoz.org/page-strength/

5- Google Trends
http://google.com/trends

6- Top Ten Analysis SEO Tool
http://www.webuildpages.com/tools/default.htm

7- Link Suggestion Tool
http://www.123seotools.com/link-suggest/

8- Google Datacenters Popularity Checker Tool
http://www.123seotools.com/google/datacenters/popularity/

9- The Neat-O-Backlink Tool
http://www.webuildpages.com/neat-o/

10- Page Rank Decoder
http://www.search-this.com/pagerank-decoder/

11- Search Engine Decoder
http://www.search-this.com/search-engine-decoder/

12- SEO Links Extention
http://www.webmasterbrain.com/seo-tools/firefox-extensions/seo-links/

13- Bulk Google Page Rank Checker Tool
http://seotools.alfalogic.com/bulk.google.rank.php

14- Visual PageRank
http://www.linkvendor.com/seo-tools/visualpagerank.html

15- Google Analytics
http://www.google.com/analytics/

16- Cloaking Detector
http://www.linkvendor.com/seo-tools/cloaking-detector.html

17- Pagerank Script for your website
http://www.freeseoscript.com/script_client_browser.php

18- Website Analyzer
http://www.manvish.com/eservices/seo/analyser.htm

19- Google vs Yahoo Graph
http://www.seobench.com/google-yahoo-graph/

20- Keyword Density Analyzer
http://www.seobench.com/keyword-density-analyzer/

21- Retrieve SERPs
http://www.seocritique.com/serptool/serplist.htm

22- Kontera Ads Preview
http://www.webconfs.com/kontera-preview-tool.php

23- Page Strength
http://www.seomoz.org/tools/page-strength.php

24- IP Location Lookup
http://www.seomoz.org/ip2loc/ip2loc.php

25- Keyword Difficulty
http://www.seomoz.org/ip2loc/ip2loc.php

26- Speed Tester
http://www.linkvendor.com/seo-tools/speedtester.html

27- Backlink Check Tool
http://www.webuildpages.com/neat-o/

28- Backlink Builder
http://www.webconfs.com/backlink-builder.php

29- Backlink Anchor Text Analysis
http://www.webconfs.com/backlink-summary.php

30- Atom & RSS Feed Validator
http://www.feedvalidator.org/

31- Adword Keyword Generator
http://www.related-pages.com/adWordsKeywords.aspx

32- Search Engine Position Checker
http://www.webmaster-toolkit.com/search-engine-position-checker.shtml

33- Link Popularity Checker
http://www.prsearch.net/inbx.php

34- Robots.txt Generator
http://www.123promotion.co.uk/tools/robotstxtgenerator.php

35- Robots.txt Syntax Checker
http://www.sxw.org.uk/computing/robots/check.html

36- Yahoo Rank Position
http://www.prsearch.net/

37- Yahoo Search Rankings
http://help.yahoo.com/l/us/yahoo/search/ranking/ranking-02.html

38- Alexaholic
http://www.alexaholic.com/

39- Alexa Page Ranking
http://www.alexaranking.com/

40- Alexa Rank Tool
http://www.searchbliss.com/rank.asp

41- Alexa Related Rank Check
http://www.123promotion.co.uk/tools/alexa-related-rank-check.php

Penggunaan autoresponder getresponse kini semakin luas digunakan oleh IM Malaysia mahupun luar Negara. Namun bagi sesetengah daripada mereka dan juga saya newbie, tidak ramai lagi yang tahu cara menggunakannya dengan lebih efektif.

Autoresponder digunakan bertujuan untuk membina list prospek yang berminat terhadap produk anda. Anda juga boleh memberikan artikel percuma, tawaran produk, maklumat terkini dan sebagainya kepada list anda. Ianya adalah bertujuan berkomunikasi dengan mereka. Telah ramai yang menggunkan autoresponder ini, dan ianya memberikan pulangan yang besar kepada anda.

Saudara Mazlie Nadzri dengan bermurah hati ingin berkongsi pengalaman menggunakan autoresponder kepada anda. Jika anda tidak tahu menggunakannya, janganlah anda malu untuk mendapatkannya kerana ia adalah PERCUMA. Ramai newbie mengeluhkan untuk mendapatkan sesuatu ebook untuk di pelajari di kenakan bayaran. Oleh itu rebutlah peluang apabila IM memberikan sesuatu maklumat secara PERCUMA kepada anda. Klik di sini untuk mendapatkan ebook Panduan GetResponse.

PS. Anda juga berpeluang membuat duit dengan mempromosikan ebook di atas. Anda dibayar 0.30 sen bagi setiap orang yang mendaftar melalui link anda.

Baru-baru ini negara kita di gemparkan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak disebabkan harga minyak dunia meningkat. Kerajaan membuat pengumuman itu secara drastik, menyebabkan ramai di antara kita sanggup beratur panjang di stesen minyak pada malam terakhir harga minyak murah sebelum melambung tinggi.

Yang terbaru, dengar khabar berita harga minyak akan diturunkan sedikit tetapi tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Harga minyak dunia telah pun turun, negara kita tetap tidak menurunkan harganya. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja perbincangan harga minyak.

Kita lupakan seketika masalah politik dengan minyak yang tak habis-habis ini. Saya ingin bawakan kepada anda, seorang insan yang bernama Mohd Nuur Fahmy Bin Massailan dari RahsiaEbiz.com. Ia telah pun melancarkan satu ebook berjudul 20 cara jimat minyak kereta secara percuma kepada anda.

Ebook yang banyak memberi tips berguna cara menjimatkan bahan bakar ini terhadap kenderaan anda. Walaupun ia suatu ebook yang ringkas, sudah cukup untuk saudara Fahmy berkongsi kepada anda mengurangkan bebanan yang sedia ada ini.

Jangan buang masa, mari download secara percuma di sini untuk tatapan anda, agar anda melalui kehidupan dengan berjimat cermat.

Nama Projek: AUTO MASS BLOG DIRECTORY
Tarikh Perlaksanaan: 1 September 2008

Saudara Fuad Latip ingin membuat satu projek yang memerlukan sokongan dari anda untuk membentuk sebuah kumpulan blog directory. Caranya amat mudah dan tidak memerlukan anda mengeluarkan duit pun (Terpulang pada individu samada nak guna yang percuma atau berbayar)

Apa yang anda perlu lakukan adalah daftar blog menggunakan blogspot.com atau guna yang advanced di mana letakkan di dalam webhosting. Blog selain blogspot adalah tidak diterima.

Jumlah peserta yang diperlukan di dalam kumpulan ini adalah sebanyak di bawah 40 orang.

Pengenalan:

Auto Blog Directory adalah directory menggunakan blogger blog sebagai directory. Penambahan laman web ke dalam directory ini adalah tiada kawalan oleh tuan punya blog. Anda boleh DELETEKAN laman web yang tidak disukai.

Tugasan Peserta:

1. Setiap orang hanya perlu bina 1 blogger blog dengan design yang cantik, sesuai dengan blog directory. Nak guna domain sendiri atau blogspot.com pun takpe.

2. Sila guna akaun google dan blogger yang baru.

3. Sesiapa yang dah siapkan blogger blog, masuk ruang admin blogger blog

a. Pergi ke menu Setting –> Permissions

b. Add kan email saudara Fuad Latip di projekfuad@gmail.com sebagai author pun ok. Tak perlu admin.

c. PM saudara Fuad Latip di sini setelah melakukannya. Sertakan sekali URL blog anda agar tau siapa punya nanti.

d. Buang post by, written by, timestamp, comment. Biar nampak real cam directory sebenar.

Untuk keterangan lanjut bolehlah klik di sini

P/S: Kepada peserta pertandingan blog tunai, pemenang akan diumumkan pada esok pagi, nantikan pengumumam tersebut. :D

Pertandingan ini adalah berdasarkan cerita yang menarik dan pemenang terbahagi kepada :-

No 1 = RM 70.00
No 2 = RM 50.00
No 3 = RM 30.00

Bagaimana nak sertai:

1. Ceritakan sedikit pengalaman anda menghasilkan duit dari internet yang paling banyak di terima dan ebook yang bagus pernah anda beli. Tuliskan cerita anda di Jombincang.com/forum. Tidak perlu menyatakan alamat web anda. :)

2. Hendaklah menyatakan satu idola anda dan kata-kata perangsang kepada beliau di komen blog nabieel.com/blog pada artikel yang bertajuk “Blog Tunai”. Nama peserta mestilah sama dengan nama di guna ketika di forum agar saya tahu siapakah orangnya. :)

3. Pastikan anda subscribe dari blog saya untuk mengetahui pemenang menerusi email.

4. Peserta mestilah mempunyai akaun Maybank.

5. Tiada had umur untuk menyertai. :D

6. Mana-mana peserta yang terlepas dari salah satu syarat di atas secara automatik akan terkeluar dari penyertaan.

Pertandingan ini di buka selama lebih kurang seminggu bermula dari 17 0gos 2008 dan tamat pada 06:00 A.M 24 Ogos 2008. Berikan saya sedikit masa untuk menilai cerita yang menarik dan sekali gus mengumumkan pemenangnya. :D

*Pertandingan ini telah di longgarkan syaratnya sila lawati di sini
*Ingin mengetahui pemenang blog tunai sila lawati di sini
Ps: Dapatakan report percuma Rahsia Usahawan Internet di http://nabieel.com/rahsiaIM

Saya baru menerima satu soalan yang agak kelakar juga dari seorang rakan baik. Rakan ini telah saya kenal sejak 5 tahun yang lalu. Dia mempunyai kelebihan di bidang komputer dan fotografi. Tetapi apa yang memeranjatkan saya, dia boleh mengajukan soalan kepada saya…

Ada tak kerja yang ko boleh dapatkan untuk aku gaji RM 5000.00?

Jawapan saya cukup mudah dan senang sambil berjenaka…

Ko join ler skim cepat kaya…

Saya fikirkan dia mempunyai kelebihan di bidang komputer, mengapa tidak dia mencuba nasib di dalam perniagaan internet yang sememangnya semakin ‘hot’ pada masa sekarang.

Tetapi jawapannya kepada saya adalah…

Ko tak payah ler mempengaruhi aku dengan benda-benda perniagaan internet ni, aku takkan percaya, aku susah nak mempengaruhi kata-kata orang

Apa yang saya nak jelaskan adalah saya ingin membuka minda dia dan memberi pendapat di atas kesempitan hidupnya yang memerlukan wang. Bukan niat untuk mempengaruhinya. Saya seorang manusia yang mempunyai kesilapan sendiri dan hanya memberi pandangan apa yang saya tahu untuk membantu insan yang memerlukannya.

Ps: Satu pertandingan akan di adakan di blog ini dalam masa terdekat ini, jika inginkan wang, rajin-rajinlah melawati blog ini.. :D

Pss: Dapatakan report percuma Rahsia Usahawan Internet di http://nabieel.com/rahsiaIM

Next Page »